Saya Seorang Dhiya

Bismillah...

Cuaca Sabtu ini benar-benar memberi momentum idea yang membuak-buak. Tapi menulisnya tetap tidak. Entah kenapa. Semangat saya dibawa angin (mungkin).

Hari ini saya banyak bersendiri. Saya perlukan masa sendiri. Kadang-kadang senyum, menangis dan ketawa seorang diri. (Jangan sebut macam orang tak betul ok~) Mestilah...dalam usia 20-an ini, saya lalui bermaca-macam perkara dalam hidup. Semuanya teradun sama rasa, sebati dalam jiwa!

Saya dilahirkan dan membesar di Pahang, sedang emak dan abah datang berhijrah dari Perak.
Ini saya: Dhiya. Kata emak, gambar ini diambil ketika saya masih baru lahir. Dalam 2-3 bulan kut~ Sila beritahu yang saya comel. Isk2!

Pendidikan awal saya juga bermula di sini dan ketika di menengah rendah, saya terpilih untuk ke SMK Seri Jengka di Maran.
Tiga tahun (yang paling indah) di sana, saya menyambung pengajian SPM di KISAS, Klang Selangor. Saya ini anak bongsu. Jadi apabila buat pertama kalinya jauh ke 'luar negeri', saya selalu jadi tak tentu arah~ Saya selalu homesick di tempat ini!
Namun, kejauhan yang terdidik itu bukan sesuatu yang sia-sia. Selepas tamat SPM, saya dihantar untuk PLKN di Cherating pula. (Sekali lagi: Jauh!) Kali ini saya lebih baik (kut). Jauh bukan lagi masalah buat saya. Tanpa saya sedari, rupanya saya sudah 'kuat'..Hee
Tamat PLKN, saya diterima masuk ke program Asasi di Universiti Malaya selama setahun. Empat tahun berikutnya, saya kekal di Universiti Malaya sebagai mahasiswi bidang kejuruteraan.
Hari ini? Ah...malunya nak mengaku. Saya sekarang sebagai trainee engineer di Pahang. Doakanlah semoga ada yang terbaik di sini. Alhamdulillah. Saya sudah kembali dekat dengan mak dan abah! Hehu!

Ya, itulah tempat jatuh bangun yang menjadikan saya seorang Dhiya hari ini.
Dhiya hari ini yang masih kekal sama manja seperti yang dahulu, cuma telah menjadi seorang wanita 'hati batu' dalam mencapai apa juga kemahuannya. Emak kata saya memang keras hati dalam mengejar matlamat.
Ini saya: Dhiya. Gambar diambil ketika di Zoo Negara. Maaf, saya ni tak suka bergambar. Sebab tu tak ada gambar terbaru. Maaf, kawan-kawan. Doakan saya nikah cepat. Mungkin ada gambar nanti. <---Eh?

Saya benci dan marah apabila matlamat dan kemahuan saya terhalang (in a good way).
"Insya Allah, ini sifat positif kamu, Dhiya!" Teringat nasihat cikgu sekolah rendah saya dulu~

Jauh saya berkelana menuntut ilmu, tetapi hari ini kembali ke pangkuan emak dan abah. Mengapa? Tidak mahu bekerja di Kota Megakah?
Mahu, mahu sangat. Saya ada cita yang belum tercapai. Tapi buat masa sekarang, saya sangat perlukan semangat emak dan abah. Saya sangat menyayangi mereka. Sebelas tahun lamanya saya 'meninggalkan' desa untuk satu perjuangan ilmu, biarlah hari ini saya ada di samping mereka. Biarlah gaji sedikit, tapi pahala memandang wajah mereka buat saya bahagia.

Memang benar, kini saya berada di Pahang. Kota Mega itu saya tinggalkan seketika dengan harapan dan usaha semoga saya akan kembali ke sana dalam masa terdekat nanti sebagai seorang Dhiya yang lebih baik, Insya Allah.

Benar, saya seorang Dhiya yang sangat mencintai keluarga. Emak, abah dan lainnya!

p/s: Oh ada rintik air mata rupanya. Tak tertahan apabila berbicara tentang mereka yang disayangi.

No comments