...

Penat mengemas.

Tak tahu yang mana satu harus dibawa, yang mana perlu ditinggalkan.

"Kamu tak nak balik dah ke Dhiya?" Tanya yang di sana mengusik.

"Huh, ikutkan hati...Memang tak mahu balik." Nak berlama-lama di sana!

Esok saya akan memulakan perjalanan saya menjejak Nurul. Mungkin ini akan jadi entri terakhir sebelum saya akan kembali semula minggu hadapan.

Mohon doa semua agar perjalanan saya yang jauh ini mendapat perlindungan Allah, atas niat untuk meraikan walimah teman baik. Insya Allah.

Semoga ada gambar terbaik yang saya boleh kongsikan di sini kelak. Ok, bye!

Naik Pangkat

Lebat bersembang dengan Cik Nurul di Facebook. Esok lusa dia dah jadi Puan Nurul, saya dah tak berani ganggu~

Ini kisah orang nak naik pangkat la. Antara seronok, teruja, gemuruh dan macam-macam lagi. Oh, ingatkan senang nak naik pangkat. Rupanya susah juga, ya! Hikhikhik!
Nurul!

Saya sangat gembira untuk kamu! Tunggu kami tau!

p/s: Puan Dhiya? Er...bunyi sedap gak kan? Eh, ups!

Menghitung Hari

(^^)

Lewat beberapa hari ini, saya sangat teruja menanti tarikh itu. Iyalah...Semakin hampir, rasa semakin berdebar pula. Majlis mesti mau sempurna, pakaian mesti mau cantik...Lauk pauk cukup tak? Er...goody bag cukup tak? Em...Hantaran dah siap?

**************

Itu baru kawan baik sendiri punya majlis. Kalau saya punya sendiri...Ah, tak terbayang!

Benar, Nurul akan melangsungkan pernikahannya Ahad ini. Rasa sungguh tak percaya. Dia yang menjadi teman serumah saya di kota mega, dia yang selalu pinjamkan telinga mendengar cerita saya, dan dia jugalah yang selalu menolong saya ketika saya dalam kesusahan. Dalam tempoh kurang dari 3 hari lagi, dia akan dimiliki!

Apabila sendirian, saya cuba mengingat-ingat kembali memori manis kami bersama:

Siput Bab*
Nurul antara orang yang membuat pakatan hadiah harijadi siput bab* untuk ulangtahun kelahiran saya di asasi dulu.
Saya tak akan sekali-sekali melupakan momen itu. Ia yang menyebabkan kami berkawan hingga ke hari ini!

Spageti Urm...
Oh sedapnya saya makan spageti tu. Saya tak nak tahu resepi dan idea siapa. Tapi ia sangat sedap. Spageti tu dimasak sempena ulangtahun kelahiran salah seorang kawan kami: Wawa.
Itulah seronoknya persahabatan kami ketika itu. Kalau ada ulangtahun kelahiran sesiapa, kami takkan lupa. Dan pasti ada saja ideanya.
Nurul, berkat spageti tu, Wawa dah jadi doktor sekarang. Uh!

Memori Daun Pisang
Pernah kami berdua pulang dari kelas dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Apalah kudrat payung yang kami ada tu untuk menghalang kami dari basah kuyup.
Ia hanya cukup untuk melindungi buku-buku dan kalkulator kami dari basah dan rosak. Tak apalah kami basah, asalkan buku dan alatan belajar kami yang lain selamat.
Tiba di kolej, kami memang basah kuyup. Seronok juga sekali-sekala bermain hujan. Entah kenapa saya sangat gembira ketika itu. Kami ambil keputusan untuk berdiri lama di depan bilik sambil membiarkan kami ditimpa hujan lebat di situ. Memang tak ada kerja!
Nurul, ingat tak lagi kenangan tu?

*******************

Itulan antara pengalaman saya dengan Nurul. Persahabatan yang sederhana, tapi kami sama-sama rasa akan kemanisannya. Kerana itu saya bersungguh-sungguh akan berusaha menjejakinya hingga ke utara.

Sepanjang berkawan, kami menemui banyak titik persamaan. Kerana itu saya serasi dengannya. Ada rahsia saya yang orang lain tak pernah tahu, tapi Nurul satu-satunya insan yang tahu dan mengerti. Itu yang membuatkan saya senang dengannya.

Kami pernah menangis berkongsi kisah bersama. Kisah keluarga, cinta, cita dan impian. Perjalanan hidup kami mungkin berbeza, tapi kami punya ikatan persahabat yang sama serasinya. Dia sangat berharga pada saya.
Anak bongsu seperti saya pernah mengimpikan Nurul sebagai kembar saya agar mudah untuk saya berkongsi apa saja.
Pernah saya terdetik:
"Kan seronok kalau aku dilahirkan kembar dengan Nurul?"

Majlisnya adalah kegembiraan saya. Maka saya tidak akan menulis sepanjang hujung minggu ini kerana berada di utara tanah air, menjejaki majlis pernikahan Nurul.

Nurul, tunggu kami!

p/s: Menangis.

Jauhkan Menipu!

Kisah benar ini terjadi malam semalam. Dan saya belajar sesuatu: JANGAN MENIPU

**********
Emak saya seorang guru mengaji. Kami adik beradik pun mengenal alif ba ta dari hujung lidah emak dan abah, Alhamdulillah. Kini Kakak dan Angah pun belajar dengan mak, di samping ada empat orang lagi cucu jiran emak. Seorang lelaki, dan tiga lagi perempuan bersepupu yang tinggal betul-betul bersebelahan rumah kami.

Setiap hari selepas Maghrib, televisyen memang 'diharamkan' untuk ditonton. Kakak dan Angah akan siap menunggu lagi empat orang kawannya untuk mengaji bersama.

Tidak seperti biasa, semalam hanya Kakak, Haziq dan anak murid emak yang lelaki itu yang datang. Tiga bersepupu itu tidak ada. Selesai mereka bertiga mengaji pun, yang bertiga itu masih tidak datang.

Tiba-tiba ibu kepada salah seorang yang tak hadir itu datang ke rumah:

"Mak Long (panggilan untuk emak), mengaji tak malam ni?" Bertanya si ibu.

"Eh, mengaji la. Macam biasa... kenapa ?" Jawab emak.

"Ipah (anak saudaranya) kata Tok Long (emak) suruh cuti malam ni" Dia berkata lagi

"Astaghfirullahal'azim... Tak ada pun Mak Long cakap kat deorang macamtu! Ni tak buka pun lagi tudung, baru lepas mengajar Kakak dan Haziq dan Uda" Emak membalas.

Dalam pada kalut-kalut itu, sepupu bertiga itu akhirnya 'ditolak' oleh ibu itu untuk mengaji juga, biarpun telah lambat. Hampir azan Isyak kalau tak silap saya. Selalunya, azan Isyak tandanya mereka sudah hampir siap atau sudah siap.

Selepas mengaji, saya lihat situasi itu. Emak memandang seorang demi seorang wajah kanak-kanak di depannya. Tak pernah rasanya emak berbuat begitu. Yang ditenung pula memang tak berani angkat kepala. Tahu diri bersalah agaknya.

"Siapa yang cakap Tok Long suruh cuti?" Baik mengaku

Diam. Tiada seorang pun antara mereka bertiga mengaku.
'Hu. Keras hati juga, ya!'
Saya yang memerhatikan dari jauh hanya berbisik dari dalam hati. Tak mahu masuk campur kerana kami dulu tak pernah berani berbuat begitu. Maka kami tidak tahu dan tidak boleh mengagak apa yang emak akan lakukan.

"Cakaplah. Siapa yang cakap Tok Long suruh cuti?" Emak mengulang soalannya.

"Ipah..." Kelihatan anak bernama Ipah itu sendiri mengaku akan silapnya.

"Kenapa buat macamtu?" Emak terus bertanya.

Dia tunduk dan terus berdiam diri.

"Kalau buat lagi, Tok Long bagitau kat ibu dan ummi kamu! Jangan menipu. Allah marah!"

Semua terus membeku dalam lipatan sila masing-masing. Terkejut agaknya.

Usai sesi itu, mereka bersiap-siap untuk pulang. Ngeri juga melihat emak marah. Iya lah, kami dulu malas macamana pun takut sangat nak bagitau yang malas nak ke sekolah agama petang atau mengaji. Takut!

Apabila mereka pulang, emak kuat-kuat berkata:
"Jauhkan menipu. Jangan sekali-sekali menipu di depan anak. Perkara itu boleh 'berjangkit'!"

Kami faham...

p/s: Tipu olok-olok

Mencari Momentum

Lama benar blog ini dibiar tak dijenguk.

Minggu ini terasa sangat kosong. Seminggu yang penuh tekanan dan emosi. Macam-macam yang bermain di dalam kepala. Antara kerjaya yang mendesak dan cita yang belum tercapai. Saya tertekan. Amat!

Orang sekeliling tanpa belas terus menghukum sedangkan ini juga bukan kehendak saya. Mereka tak faham apa yang terjadi. Penerimaan mereka sepatutnya bukan begini. Saya terkilan.

Tekanan ini tak terkongsi dengan sesiapa. Saya hanya 'syok sendiri' bermain dengan perasaan. Saya betul-betul kehilangan momentun.

Allah...

p/s: Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...

Sembang Malam Minggu

Sembang kami agak berat dan serius malam tadi.

Entah bagaimana kami boleh cekal hati untuk berbicara soal itu.

Samada saya atau dia, kami sedar yang kami bukanlah orang yang terbaik untuk bercakap tentangnya. Tapi kami yakin, dalam diri kami masih ada kasih sayang Allah yang mengkehendakkan kami menjadi hambaNya yang terbaik. Itu kami pasti.

Saya tahu apa yang saya katakan itu menghentak dan memukul kuat perasaan kami . Ya, kami sedang melukai hati kami sendiri. Malu rasanya untuk memberi nasihat dan pendapat kerana saya juga bukan orang yang layak. Tapi kami berdoa semoga ini menjadi turning point sebenar untuk memperbaiki diri, Insya Allah...

Bukan mudah untuk bermujahadah (bersungguh-sungguh) dengan apa yang kita impikan. Susah! Sangat susah. Kami sedar akan tanggungjawab masing-masing, tapi masih terasa perjuangan itu sesuatu yang menyakitkan.

Saya bukan orang yang layak untuk bercakap tentang hal itu. Tapi boleh jadi kalau terus disimpan, ia akan menjeruk perasaan yang lama-lama membawa kepada sakit hati dan nipis iman. Biarlah pahit, akan tetap saya katakan. Supaya kita sedar, saling menyedarkan dan saling disedarkan. Mungkin benar: Jangan lihat pada orang yang berkata-kata, tapi renunglah apa yang dia katakan. Mungkin?

Allah, sedarkan kami akan kelebihan sabar dan mujahadah di jalanMu!

p/s: Allah, berikan yang terbaik buat kami!

Ini Satu Pesan...

Pesan seorang ayah kepada menantu yang baru menikahi anak perempuannya.

Ya, walaupun tak terjadi dalam dunia sebenar akan segala lunak lirik tu...Tapi inilah harapan dalam diam seorang ayah yang melepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki lain.



Saat Lafaz Sakinah, Far-East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus

p/s: Kenapa Dhiya tiba-tiba pos entri ni? Er...Sebab kawan baik Dhiya akan melangsungkan pernikahannya 7 hari lagi.

Ijoy Dah Besar!

Mana tak besarnya...Dah 25 Tahun!

Entri ini khas untuk Ijoy yang juga sepupu saya, yang selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya hari ini.
Macam tak percaya je~ Hehehe!
Kami sepupu rapat. Ijoy ni dulu masa kecil-kecil sangat la nakal...Er...Maaf, Joy. Itu hakikat!

Saya masih ingat, dia sangat suka memunggah almari buku saya yang penuh dengan komik 'KAWAN' tu. Dia akan keluarkan semua dan selak helaian komik tu dengan kasar. Sakit jiwa saya melihatnya. Nak tegur, tak boleh. Dah tu, lepas baca tak reti nak susun balik. Kalau susun pun, mesti tak sama macam saya susun! Hu!

Tapi sekarang, kami semua dah dewasa. Kalau saya ke rumahnya pun, saya dah jadi seorang yang pemalu. Aha! Seganlah...Dia dah jadi ustaz, saya ni pula masih nakal-nakal manja. Memang tak sesuai lagi nak bersembang macam dulu.

Apapun, saya ucapkan tahniah atas majlis itu. Semoga kekal hingga menjadi pasangan suami isteri yang bercinta hingge ke syurga.

Bila Ijoy si sepupu sendiri dah bertunang, maka kedengaranlah soalan klise untuk saya pula:

"Dhiya...Kamu bila pulak?"
"Dhiya ni dah jadi anak dara, cantik dah...Takkan tak ada yang berkenan kot?"
"Dhiya itu, Dhiya ini"

Saya muda lagi, jadi tak ada jawapan untuk soalan itu. (^^)

p/s: Hanya Dhiya tahu hati Dhiya...

Palestin, Don't Cry!

They held up a stone.
I said, 'stone'.
Smiling they said, 'stone'.

They showed me a tree.
I said, 'tree'.
Smiling they said, 'tree'.

They shed a man's blood.
I said, 'blood'.
Smiling they said, 'paint'.

They shed a man's blood.
I said, 'blood'.
Smiling they said, 'paint'.

(Puisi Hebrew diterjemah ke bahasa Inggeris)

Doa Seorang Gadis Buta


Kisah setahun yang lalu, di Universiti Malaya.
++*************++

Semester satu tahun akhir memerlukan saya mengambil satu subjek elektif luar- maknanya satu subjek yang tidak ada kaitan dengan apa yang saya sedang belajar. Saya mencari-cari subjek yang sesuai dari segi minat saya dan jadualnya. Uh, susah juga sebab terpaksa berebut dengan pelajar-pelajar fakulti lain. Subjek-subjek yang
enjoy dan menarik, pasti cepat laris seperti pisang goreng panas!

Lama juga menilai, akhirnya saya dan beberapa orang teman sekelas membuat keputusan untuk mengambil kelas Bahasa Arab komunikasi tahap satu. Kebetulan saya juga ada asas dalam subjek ini. Pada perkiraan saya, prioritinya taklah setinggi subjek-subjek kejuruteraan lain. Ok lah tu kan?~

Kelas setiap Isnin dan Rabu jam 8 awal pagi itu diadakan di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Alhamdulillah, alat bantu belajar yang satu itu sangat banyak membantu. Saya masih ingat suasana hari pertama kelas itu. Isnin yang masih dibaluti
Monday Blues itu terasa sunyi kerana kami bukan datang dari fakulti yang sama. Entah sesiapa pun saya tak kenal. Kami baru sesama kami. Mujurlah ustaz Malik yang mengajar kami sangat cool dan menggembirakan. Kami dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Alhamdulillah.

Hari kedua (Rabu) minggu yang sama, saya dan beberapa rakan lain menunggu di depan kelas yang masih berkunci. Kereta yang lalu lalang di situ memberikan pemandangan sesak yang menyakitkan mata. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang panjang. Saya terus memandang ke arah bising itu.
Kelihatan seorang gadis memegang tongkat teraba-raba mencari arahnya. Dia seperti hendak melintas jalan, tetapi hilang panduan.
Saya terus berlari ke arahnya. Bimbang kalau-kalau dia dilanggar kereta. Saya masih ingat ada satu suara yang bertimpik ke arah saya setelah saya memegang lengan gadis itu:

"Adik, kawan sendiri pun tak boleh tolong ke? Prihatin la sikit! Nama je pelajar bagus"
Argh! Marah benar saya dituduh begitu. Saya bukannya sengaja!

Setelah keadaan tenang dan membawanya ke tepi jalan, saya bertanya:

"Nama awak siapa? Awak nak ke mana? Maaf tadi saya tak nampak awak nak lintas jalan" Saya benar-benar kesal.

"Saya Atikah...ambil subjek Bahasa Arab Komunikasi tahap satu. Awak tahu tak kelas tu kat mana? Saya baru je daftar..." Katanya lembut.

"Oh kebetulan ni! Saya pun ambil kelas yang sama. Lepas ni kita akan jadi rakan sekelas!" Saya gembira. Dia sudah terbantu!
Siti Atikah Ayub
Sejak perkenalan kami itu, saya mula rasa gagal dan bersalah jika melihat dia datang ke kelas berjalan kaki. Saya kagum akan kentalnya jiwa dan semangat juang yang dimiliki. Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, tapi dia tetap mahu belajar dan rela bersusah payah ke hulu ke hilir menghadiri kelas.

Perkenalan satu semester itu mengajar saya banyak perkara. Setiap kali menjemput dan menghantarnya pulang dari kelas, dia selalu menceritakan perihal keluarganya pada saya. Saya gembira mendengarnya.
Pernah suatu ketika saya menghantarnya ke bilik, dia menunjukkan saya semua kemudahan yang dia miliki sebagai seorang OKU. Saya belajar bagaimana untuk menggunakan mesin Braille, membaca kodnya dan melihat komputer dan telefon bimbitnya yang dilengkapi panduan bersuara. Itu pengalaman yang sangat baru pada saya.

Satu keistimewaan yang saya lihat pada Atikah, dia punya daya ingatan yang tinggi. Inilah kelebihan yang dia miliki ketika Allah menyimpankan satu kelebihannya yang lain. Dia boleh mengingat banyak perkara. Uh, benarlah buta mata tak bermakna buta hatinya!

Perjuangan itu kami teruskan hinggalah tiba di akhir semester, kami perlu mengambil peperiksaan. Atikah terpaksa mengambil peperiksaan di bilik khas dan dikuarantin beberapa jam sebelum peperiksaan. Jadi kami tidak berjumpa lagi.
Selepas kelas yang terakhir minggu itu, saya menghantarnya pulang seperti biasa. Dia memeluk saya erat sambil mengucapkan terima kasih kerana banyak membantunya.
Ah, apalah sangat kalau nak dibandingkan dia yang banyak menyedarkan saya tentang itu dan ini? Tentang semangat dan tekad yang jangan pernah padam?
Kami sama-sama sebak di situ. Saya tak mampu nak berkata apa-apa cuma:

"Dhiya tak tau nak cakap apa. Tapi Dhiya belajar banyak tentang kuat semangat dari Atikah. Atikah tolong doakan Dhiya cemerlang semester ni dan satu semester lagi. Nanti kita boleh konvo sama-sama."

++***********************++

Di hari keputusan peperiksaan diumumkan, saya terpana melihat keputusan sendiri.
Pointer saya mencanak naik, rasanya itulah yang paling tinggi yang pernah saya dapat. Alhamdulillah. Terus saya teringat akan Atikah. Semoga Allah terus membantu saya dan dia!

p/s: Di mana Atikah sekarang ya? Saya telah putus hubungan dengannya.

10 Hari Lagi

Pejam celik, pejam celik...Ia hanya berbaki 10 hari saja lagi.

Dalam pada rasa gembira dan teruja, jauh di sudut hati saya juga rasa kehilangan.
Ya, akan kehilangan.
Biarpun sedar tujuan dan matlamat itu bukanlah untuk memutuskan, tapi saya pasti akan tetap rasa kehilangan!

Apapun, Insya Allah semuanya pasti ok. Saya tetap mendoakan yang baik-baik belaka. Saya di sini sudah bukan main 'panas', tak sabar untuk menunggu hari itu. Sungguh, macam tak percaya!

p/s: Nurul, 29 Mei 2011!

Kawan Bak Awan

Pulang tadi, saya termenung sejenak sambil terdetik:

'Allah, betapa kau sedang menganugerahi aku dengan sahabat-sahabat yang hebat!'

Di saat saya hilang semangat dan bersedih, saya sedar saya masih ada Dia yang membelai jiwa. Tapi kehadiran kawan tidak kurang juga pentingnya.

Teringat saya satu insiden suatu masa dulu...
Terpalit dengan fitnah bukan suatu yang 'menyeronokkan'. Malah tidak langsung memberi thrill atau keseronokan menguji peluru berpandu amarah yang diam tersimpan. Saya betul-betul rasa dianiaya. Di saat saya jatuh dan kecewa, Nurullah yang banyak memujuk hati saya sedangkan sebenarnya dia yang jauh lebih hebat diuji ketika itu.

Satu kisah lagi...
Pernah saya diuji ketika di Bukit Jalil dulu, benar-benar jauh dari sahabat untuk mengadu. Saya tak mampu berfikir ke mana arah yang patut dituju. Hal peribadi seperti itu tak wajar rasanya diadu kepada mak dan abah di desa. Mereka tetap jauh!
Akhirnya Nurul dan Yan sanggup membantu saya. Pengorbanan mereka pada ketika itu bukan sedikit. Di saat saya sedih dan rasa jatuh, saya akan menghantar SMS dan mereka pasti membalas saya dengan pelbagai kata-kata semangat.
Benar, hingga hari ini SMS mereka masih ada yang tersimpan. Tandanya mereka sangat saya ingati. Mereka yang menjadi dahan survival untuk saya berpaut.

Ketika saya dalam pengajian asasi...
Ulangtahun kelahiran saya yang ke 19 disambut dengan cara yang sangat luar biasa sekali. Semuanya gara-gara 'kawan bak awan'.
Saya tak kisah dihadiahkan dengan sipu-siput bab* yang lembik-lembik tu, kerana saya tahu mereka mahu buat saya gembira. Saya tak kisah dicalit-calit dengan krim kek harijadi saya sendiri, kerana saya tahu mereka merancangnya semua untuk saya!
Dan kerana siput-siput bab* itulah, kami masih berkawan hingga ke hari ini dan mereka antara kawan-kawan terhebat saya!

Benarlah...
Kawan bak awan tak pernah membuatkan langit runtuh. Kami akan selalu rasa teduh. Biarpun selalu ada mendung dan hujan, tapi kami tak pernah goyah dengan dentuman petir yang sekali sekala memberi kejutan. Kami selalu lihat pelangi padanya. Kerana persahabatan ini terbina atas rasa kasih sayang yang bukan palsu, pelangi itu bukan saja berwarna-warni malah kami turut terhidu akan bau wanginya!

p/s: Teringat panjangnya private message Nurul di Facebook semalam. Kawan bak awan selalu menjadi payung kita sekawan!

Dhiya Hari ini

Rabu, 18 Mei 2011

Seperti yang dijanjikan, saya cuba menjadi seoptimis mungkin pagi ini. Pagi saya terhias dengan bunyi kicau burung yang mula sibuk mencari rezeki. Kalau mereka boleh terus hidup, mengapa saya yang dihadiahi akal ini terlalu cepat putus harap dan kecewa?

Saya sudah awal-awal lagi merencana untuk ke bandar atas urusan yang banyak kali tertangguh itu. Makin lama bertangguh, makin tak nampak bila nak diselesaikan. Hari ini hari yang terbaik. Saya perlu selesaikannya segera.

Tangan ini saja-saja menghantar SMS kepada Hidayah, salah seorang kawan baik saya bertanyakan samada dia sudah ada di rumah atau belum. Iyalah, orang baru berpesta konvo...Kut-kutlah masih berada di kota.
Jawapan yang diterima sangatlah positif. Hidayah sangat-sangat available untuk saya pinjam dia atas pelbagai tujuan. Huu! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus membuat temujanji bertemunya. Oh, gembira!

Selesai semua urusan saya, terus saja menjemputnya di rumah. Alahai bandar ini hanya sebuah bandar kecil, jadi kami terus saja memilih restoran makanan segera itu sebagai tempat perbincangan kami.
Makannya mungkin 5 minit saja. Maklumlah, Lapar kami tak boleh dihalang-halang lagi!. Yang lamanya ialah sesi bersembang dan berkongsi macam-macam!
Utamanya, Hidayah membantu saya melihat-lihat 'hajat' saya yang satu itu. Hajat yang dah lama dipendam, cuma masih bermain tarik tali dengan hati. Aduh, perlu istikharah ni! Banyak sangat pilihan yang membolak-balikkan hati.
Selebihnya kami berjalan-jalan keliling bandar kecil itu. Jadilah...Di sini tak ada MidValley atau Times Square untuk kami berjalan-jalan membuang masa. Uh, Kalau ada pun, kami tak akan pergi, sebab pasti akan sesat! maaf, Dhiya bukan seorang kaki perayap tegar~ Heee
Hu!

Hampir jam 3, barulah saya hantar Hidayah ke rumah. Penangan berjumpa kawan lama. Inilah jadinya. Dipendekkan cerita, saya hanya tiba di rumah jam 4.30 petang. Paling tidak hari saya telah dipenuhi riang ketawa yang sangat membahagiakan. Saya gembira. Sangat gembira!

Untuk Hidayah, terima kasih sebab sudi temankan saya hari ni. Banyak yang kita kongsikan, banyak juga yang menemui titik persamaan. Saya gembira!

p/s: Hidayah ialah rakan sekolah saya sewaktu di Seri Jengka. Kawan satu team bola tampar, satu team nakal, satu team rajin, satu team kena kejar dengan cikgu Seri dan paling penting satu team cemerlang!...Oh, kita kan geng!

::Terima Kasih::

Terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat itu.

Saya sangat menghargainya.

Hari yang penuh dengan tangis ini tak akan berulang lagi esok pagi.
Benarlah: Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.

Terima kasih Nurul dan Mfa yang setia mendengar dan memahami perasaan ini. Saya sayang kalian.

p/s: Allah, peliharakan mereka!

Setabah si Tukang Sapu

Ketika berjalan-jalan di pasar malam berhampiran rumah sewa Jumaat lepas, saya sekilas terpandang wajah seseorang.

Otak saya ligat berfikir:

'Di mana aku pernah lihat wajahnya?'
***************************
Sebelum abah membelikan saya Baby-K untuk kemudahan saya di kampus, saya hanya berjalan kaki untuk berulang alik ke kelas. Bukan tak ada shuttle bus yang mengangkut pelajar, tapi saya sendiri yang bukan jenis 'penunggu setia'. Itu belum lagi risiko bersesak-sesak atau bas lambat. Uh...Lebih baik berjalan kaki, banyak kilo juga yang hilang dalam perjalanan itu...

Seingat saya rutin itu setia saya lalui sejak di tahun satu hingga tahun tiga pengajian. Hujan dan panas tak pernah sekali saya mengeluh. Pernah beberapa kali kasut saya haus, tercabut tapak dan pernah juga putus di tengah jalan. Tapi saya tak pernah kecewa untuk terus berjalan kaki di balik bangunan-bangunan kampus kota mega itu.

Dalam beberapa tahun itu, saya sangat setia melalui celah-celah bangunan di kampus untuk menuju ke fakulti seorang jurutera. Satu tempat yang paling saya gemari adalah di sekitar bangunan Canseleri dan Bank CIMB kerana di situ suasananya agak teduh. Banyak pokok rendang yang menjadi payung perjalanan saya.

Dia Si Tukang Sapu

Di situ juga saya sering melihat seorang makcik tua selalu menyapu daun-daun kering yang tak pernah berhenti gugur. Pada hemat saya, dia mungkin pekerja yang menjaga kebersihan kampus terutamanya di kawasan tersebut.

Setiap hari tanpa terlepas, saya pasti akan terserempak dengan makcik itu menyapu daun-daun yang gugur. Pagi dia sapu, petang saya balik pun dia menyapu juga. Sampai pernah ada seorang staf CIMB menegur makcik itu:

"Sudahlah makcik, dah bersih tu. Nak tunggu licin sampai bila pun tak makcik. Daun tu tak pernah tak gugur! Pergi makan dulu, makcik..."

Saya tak lupa itu. Betul-betul menyentuh perasaan. Teguran staf itu seperti nasihat seorang anak kepada ibu tuanya sendiri.

Sejak dari peristiwa itu, saya akan lalu berhampiran dengan makcik tu dan memberi salam padanya. Kalau dia tengah mengemop lantai kaki lima bank, saya tak akan pijak kaki lima tu. Tak sampai hati sangat rasanya. Paling tidak pun, saya lemparkan senyuman dari jauh. Makcik itu betul-betul membuatkan saya kuat semangat untuk terus berjalan kaki menyudahkan kelas saya dalam sehari!
*************************
Masa berlalu. Di tahun akhir pengajian, abah bersungguh-sungguh menyediakan saya alat bantu belajar yang satu itu. Alhamdulillah, rezeki abah dan rezeki saya. Baby-K itu tak boleh dibawa melalui jalan kecil Canseleri lagi. Saya perlu memandunya melalui jalan besar. Bersaing dengan kereta-kereta lainnya.

Maka saya mula meninggalkan lorong Canseleri. Hanya kadang-kadang saya ke sana, atas urusan membeli alatulis atau ke bank. Ada kalanya saya terserempak dengan makcik itu. Kalau nasib 'tak baik', saya hanya melihatnya dari jauh. Dia terus saya 'lupakan' seiring dengan kesibukan saya di tahun akhir. Kali terakhir saya terlihat batang tubuhnya adalah semasa saya ke sana untuk mengambil jubah konvokesyen. Setahun yang lalu.

Dan minggu lepas, saya sekilas terpandang wajahnya di pasar malam yang biasa saya pergi dulu. Ya, dialah seseorang yang saya maksudkan. Wajah tua yang tidak ada apa-apa. Hanya seorang tukang sapu yang setia dengan tugasnya. Namun dia tanpa disedari telah memberi pengajaran hidup kepada saya yang terkesan hingga ke hari ini.

Lalu bagaimana?

Terus saya berfikir, mengapa saya terlalu cepat putus asa dan kecewa dengan apa yang saya lakukan? Sedangkan makcik itu terlalu tulus dengan usahanya tanpa ada rungutan dan rasa bosan. Saya terpukul. Setabah si tukang sapu telah mengajarkan saya sesuatu yang berguna!

Ketabahannya menjadi nasihat terbaik dalam diri saya. Tak salah rasanya kalau saya katakan, dialah sebahagian dari sumber inspirasi untuk saya terus menapak ke kelas walau dalam apa jua situasi selama saya menjadi pejalan kaki tegar, sedang dia seorang tukang sapu setia. Semoga makcik itu diberkati usia dan rezekinya.

Dia telah ditakdirkan untuk menjadi 'pensyarah' saya di balik redup pokok-pokok kampus kota mega.

p/s: Memujuk diri, memberi inspirasi!

Mereka tahu...

Kalaulah mereka tahu apa yang saya simpan dalam hati ini...
'Pandanglah mataku, kerana mata takkan pernah menipu. Kelak kau tahu apa rasa dalam hatiku...'

Oh...Saya sangat tak mampu untuk optimis sekarang. Kecewa dan sedih saya tak dapat disorok lagi. Biarlah ia terlihat, supaya mereka tahu saya juga inginkan perhatian dan peluang.

Terasa mahu pergi jauh, barang seminggu-dua. Yang bersimpul-simpul ini perlu dileraikan baik-baik. Kalau terus diratap pun apa gunanya. Tetap serabut tak terurai.

p/s: Terasa penat sangat. Melihat insan di sekeliling sebagai satu kekecewaan yang amat sakit untuk dipandang.

...Cuti...

Oh yeay hari ni cuti! (Sangat la tak menjejaskan saya langsung)

Saya akan berhibernat sepuas mungkin!

Maaf jika panggilan telefon, sms atau segala bentuk komunikasi di Facebook atau e-mail tak dilayan. Untuk hari ini saja, saya perlukan masa untuk diri saya sendiri.

Kadang-kadang saya tertekan dengan keadaan. Penat menjaga hati dan perasaan orang lain, rupanya jiwa sendiri yang terkorban sedang mereka sukar sekali untuk cuba masuk dan faham akan jiwa saya. Terasa mahu ke kota mega sekali lagi. Saya perlukan teman bicara! (Cukuplah, Dhiya~)

Untuk hari ini saja, maaf. Saya akan menjadi seorang yang pentingkan diri.

p/s: Mood pagi saya direnggut marah. Sebab itu perlukan privasi.

16 Mei Setiap Tahun

Teringat #1

"Kamu ni, Dhiya...Nama je budak pandai! Tapi nak stay up untuk study pun malas turun bilik study kat bawah!!!"

Suara tengking cikgu Seri itu saya tak pernah lupa hingga hari ini. Kerana tengkingan itulah, saya menjadi saya hari ini.

Teringat #2

"Ustaz, Dhiya teringin sangat nak masuk KISAS tu. Macamana ye?" Saya bertanya kepada Ustaz Awi di suatu hari ketika saya dalam tingkatan 3.

"Ustaz tak ada nak kata apa melainkan satu je. Dapatkan 9A dalam PMR kamu,Insya Allah kamu akan ke sana."

Benar. Berkat kata-kata itu, saya telah mendapat 9A dan telah menjadi sebahagian daripada warga KI pada tahun 2003 dan 2004.

Teringat #3

Hari pertama saya menjadi guru di SMKJP sangat menggetarkan jiwa.
Selama ini saya yang duduk di banyak-banyak kerusi menghadap papan tulis, mendengar segala apa kata-kata hikmat seorang guru.
Tapi hari itu sebaliknya- saya yang berdiri di depan papan tulis , sedang ramai yang duduk di bangku-bangku tekun menulis dan mendengar saya mengajarkan mereka sesuatu.

Oh, baru saya tahu...Begini rasanya menjadi seorang guru!

***************

Puas seorang guru apabila melihat anak didiknya memahami dan menghayati apa yang diperkatakannya. Gembira bukan kepalang apabila segala kefahaman itu diterjemah ke atas sehelai kertas yang menzahirkan sebuah kecemerlangan. Kembang dadanya tak terkata!

Setiap 16 Mei, pasti banyak kenangan saya dengan guru-guru sekolah yang mencuit hati dan mengusik jiwa. Ya, kerana mereka pernah mendidik saya secara formal.

Tak terkecuali, sesiapa juga yang pernah berkongsi ilmu dengan saya secara tak formal- mereka juga guru saya. Si kecil yang membuang sampah ke dalam tong sampah atau si miskin yang kuat tabah mencari rezeki mahupun si kudung yang kuat semangat untuk berjalan, mereka semuanya guru dalam sekolah kehidupan saya.
Tanpa sedar, mereka mungkin telah mengajar saya sesuatu, dan bukankah mereka juga guru?

Di kesempatan ruang menulis ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih sempena Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya secara formal ataupun tidak.
Yang diingati buat guru-guru sekolah- SKJ20, SMK Seri Jengka, Kolej Islam Sultan Alam Shah, pensyarah-pensyarah Pusat Asasi Sains UM dan Fakulti Kejuruteraan UM:

SELAMAT HARI GURU

Semoga setiap apa yang disampaikan itu adalah syafaat yang berguna kelak. Terima kasih, guru!

p/s: Cikgu Dhiya pun dapat ucapan 'Selamat Hari Guru' dari pelajar-pelajar. Seronok ok!

Sepi

Sepi

Maaf. Blog ini terbiar sejak Jumaat lepas. Saya ke Kuala Lumpur untuk 'berehat'. Almaklumlah. Keadaan yang hectic dan menekan perlu dinyahkan segera. Tak boleh disimpan diam-diam. Bahaya!

Tiga hari saya di sana terasa sangat lama. Saya boleh luangkan masa bukan dengan sedikit orang. Saya gembira kerana mereka gembira. Macam-macam juga yang terjadi. Ada ketawa, ada air mata. Adunan rasa yang fitrah yang Allah campakkan dalam diri kita.

Apa-apa pun, terima kasih buat mereka di sana.

Sekarang masih dalam mod 'mabuk'. Penat. Mengantuk.

Esok kita sambung cerita.

p/s: Zzzzz...

Pertak dalam Kenangan

12 Mei 2010

Pada tarikh ini, setahun yang lalu...Saya dan semua warga tahun 4 BBEng Universiti Malaya baru sehari menamatkan kertas peperiksaan terakhir iaitu Artificial Intelligence. Ya, itulah peperiksaan terakhir kami semua di Bangunan Peperiksaan. Kami merdeka!

Walaupun bukan merdeka yang sebenar (kerana minggu selepasnya itu kami ada pembentangan projek tahun akhir), tapi kami sekelas dah berpakat untuk pergi berkelah. Lantaklah... persediaan untuk pembentangan projek tahun akhir belakang kira! Yang penting, otak yang dikerah bekerja teruk sepanjang tahun akhir itu perlu diupah dengan ganjaran yang setimpal~

Semua sepakat untuk memilih Sungai Pertak di sekitar Kuala Kubu Baru (betulkan kalau saya silap) sebagai destinasi perkelahan kami. Saya tak pernah sampai ke sana. Tapi menurut mereka yang pernah pergi, tempatnya ok lah. Tak payah berebut-rebut dengan pengunjung lain.

Dipendekkan cerita, 12 Mei 2010 kami semua berkumpul di depan fakulti dan bergerak ke destinasi dengan 5-6 buah kereta. Huu! Ramai ok! Saya dah lupa banyak momen. Jadi apa kata saya kongsikan gambar-gambar kenangan ni saja untuk anda. Enjoy!
Kami di sepanjang perjalanan.Saya lupa apa nama empangan ni. (-.-)Dah sampai!Saya yang bersungguh-sungguh berazam tak mahu terjun, akhirnya tewas dan terjun juga. Siapa yang tak tergoda dengan air sungai yang cantik macamni ha?Selepas berendam sampai naik biru, kami solat dan minum abc di gerai bandar kecil tu. Sekali lagi, saya lupa nama bandar tu.

Ya Allah, rindunya saya pada rutin hidup di universiti dulu. Betapa singkat rasanya tempoh 5 tahun untuk saya menghuni universiti kota mega itu. Suasana belajar yang mencabar, rakan-rakan yang pelbagai ragam, dan setiap inci universiti itu akan saya rindui. Air mata dan keringat yang tumpah di sana adalah saksi betapa perjuangan saya bukan sekadar untuk menggenggam segulung ijazah, tetapi juga untuk sebuah cita yang tersimpan.

Untuk rakan-rakan seperjuangan saya, masihkan kalian ingat momen-momen indah kita? Pasti jika kalian melihat gambar-gambar ini, kalian mesti tersenyum sendiri. Saya rindu!!!

Ups...Terima kasih kepada Cik Din dan Khadir kerana tanpa kamera canggih dan kepakaran mereka, entri ini pasti sepi. Terima kasih atas gambar-gambar hebat anda! Saya pinjam beberapa keping ok~

p/s: Banyak kenangan manis yang nak dikongsi. Nanti ok!

Dhiya kucing, kucing Dhiya

7.15 pagi

"Helo, Dhiya! Bangun!" Suara di hujung talian sana seperti biasa kedengaran.Uh!
"Kite dah bangun la. Ape barang tidur lama-lama...Buat malu kat ayam je" Saya membalas.
"Kamu buat ape, Dhiya?"
"Tengah kasi minum baby kucing..."
"Ha? Sejak bila kamu bela kucing ni?"
"Eh, dah lama la. Kite tak bagitau ek?"
"Takde pun...Pandai ke kamu jaga baby kucing? Entah-entah habis penyek kamu buat...Hahaha!"
"JAHAT!!! (><)"

***************

Itu antara perbualan saya dengan seseorang yang sangat rajin merindui saya. Huhu! (Berhenti merepek, Dhiya!)

Ya, sekarang saya ada membela dua ekor anak kucing yang comel-comel. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Anak-anak kucing itu kehilangan ibu mereka ketika mereka masih kecil. Mulanya saya hanya menjenguk-jenguk mereka di dalam kotak sahaja. Tak berani nak pegang dan peluk-peluk, tambahan pula saya ni agak allergic dengan bulu kucing. Masa kecil-kecil dulu, saya pasti akan gatal-gatal dan batuk-batuk selepas pegang kucing. Tapi lama-kelamaan timbul pula rasa kasihan pula sebab mereka tak dapat minum susu.

Fikir punya fikir, akhirnya saya 'curi' botol susu Biha yang dah lama tu buat botol susu 'anak-anak angkat' saya ni. Biha pun macam pasrah je melihatkan botolnya diwakafkan. Takpe lah Biha, dapat pahala tau!

Setiap pagi saya akan berikan susu. Sejak mereka dah pandai makan ni, makin sibuklah saya. Jadual makan mereka tak boleh ditinggalkan. Kalau tidak, habislah mereka menjerit-jerit macam kena dera. Hu!

Ok, dah boleh jadi surirumah tak? Hahaha! Untuk Kakak dan Biha, sila ambil alih komitmen tu secepat mungkin. Makcik kalian yang jelita ni dah tak larat nak menjaga mereka. Esok lusa kalau dah tak duduk rumah ni, takkan la nak bawak deorang ikut sekali?

p/s: Tak patut la orang yang kata saya penyek anak kucing tu. Siap la nanti.... ;p

Adik rempit

Hari ini saya hanya di rumah. Cuaca panas terik ni tak sesuai untuk saya keluar.Nanti hitam demam, siapa yang susah? Semua orang dalam rumah akan susah.

Lewat petang barulah saya keluar, itu pun setelah mak buka mulut:

"Keluarlah, Dhiya oi! Duduk terperuk dalam bilik tu, puteri lilin sangat ke?" Emak ni, Dhiya kan puteri lilin~ Hahaha!

Saya pun keluar menyertai mak, akak dan si kenit bertiga ni bermain di halaman rumah. Duduk di kampung ni, adat kebiasaannya mestilah petangnya damai dan tenang. Itu yang mahal sebenarnya!

Tapi satu yang saya geram dengan 'budak-budak kampung' ni. Mereka tak puas kalau tak menunggang motor dengan laju. Sudahlah laju, bunyi pula macam halilintar membelah bunyi. Abah kata motor mereka kebanyakannya dah diubah suai. Paling pasti, mereka dah buang silencer pada ekzos motor tu. Sebab itulah bunyinya menyakitkan telingat dan hati.

Kawasan rumah saya ni menurun bukit sikit, jadi memang sedap sangatlah adik-adik rempit ni melaju je ke bawah. Suatu masa dulu memang terjadi seorang budak 9 tahun terbabas dan terjatuh betul-betul di depan rumah emak dan abah. Nak buat apa lagi kalau dah tersengkang pada motornya sendiri. Hospitallah jawabnya...
Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang.

Masa Haziq masih bayi, emak marah betul kalau ada motor yang sedemikian buruk bunyi (yang dibuat-buat) tu lalu. Baby Haziq akan terkejut, sedangkan dia baru tidur. Haih! Kasihan! Huhu

Pesanan buat adik-adik rempit di kawasan kejiranan ini, tolonglah hentikan perbuatan bahaya tu. Bahaya untuk anda dan bahaya juga untuk adik-adik yang berbasikal di tepi-tepi jalan pada waktu petang. Mereka mungkin anak-anak saya atau barangkali adik-adik anda. Jangan rampas hak orang alin. Zalim namanya!
Di kampung sebelah dah ada litar untuk sukan lasak bermotor. Sila berpindah ke sana. Ok?

p/s: Mentang-mentang jalan lurus elok.....

Pagi Dhiya

Pagi yang ceria, Alhamdulillah!

Saya menerima panggilan telefon seawal jam 7 pagi. Maklumlah...Orang berkerjaya memang tak membazir masa. Semuanya tentang komitmen dan wang. Huuu! (Terima kasih, awak!)
Selamat pagi, Dhiya! Gambar ni saya ambil dari balkoni kolej kediaman saya semasa belajar di UM dulu. Lima tahun lamanya saya belajar dan mencari inspirasi sambil menghadap Menara TM ni. Rindunya zaman belajar di universiti!

Untuk kesayangan-kesayangan saya yang ada di depan mata, kalian semualah inspirasi saya sekarang. Terima kasih kerana selalu berada di samping saya. Untuk yang jauh, kalian tidak pernah dilupakan. Insya Allah, minggu ni saya datang lawat ya!

p/s: Pagi dah cerah!

Etika Membenci, Kunci untuk Dicintai

Kita ini tidak dapat lari dari dari dua kalangan manusia: Kekasih yang dicintai, dan musuh yang dibenci. Maha Mengetahui fitrah manusia yang satu itu, Allah telah menggariskan bukan sahaja panduan berkawan, tetapi juga panduan berlawan supaya kita tidak bertindak sesuka hati dalam menangani nafsu.

Saiyidina Ali bin Abi Talib pernah berkata:
"Cintailah kekasihmua sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Kali ini saya nak kongsikan satu cerita. Ada sisi baiknya yang memukul palu hati saya sendiri. Malu untuk berkongsikan kisah ini kerana saya juga tidak sempurna dalam mengasihi dan membenci orang lain...Apapun, tak mengapa. Saya mengambilnya sebagai satu nasihat dan teguran untuk saya perbaiki diri sendiri juga.

****************
Kisah benar di Mesir ini berlaku suatu masa dahulu. Ia membabitkan dua orang tokoh ulama di kota tersebut iaitu Ibn Daqiq al-'Id dan Ibn Binti al-A'azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, hubungan mereka dicemburui dengan konflik yang agak serius.

Suatu masa, Ibn Binti al-A'azzi telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan di mata Sultan dan pengawainya. Mereka berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan mencipta tuduhan palsu mengatakan ulama itu telah murtad.

Tuduhan itu ditulis pada selembar kertas dan diedar kepada setiap tokoh besar di seluruh Mesir. Seorang demi seorang tokoh menurunkan tandatangan menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibn Daqiq al-'Id menjadi tokoh terakhir menerima surat itu dan membaca isinya dengan teliti. Semua tokoh yang hadir menggesanya agar menandatangani sahaja surat itu, namun beliau tidak mengendahkannya sebaliknya terus meneliti surat tersebut.

Selesai membaca, Ibn Daqiq al-'Id mengangkat kepalanya dan berkata:
"Tidak halal bagiku menyetujui surat ini!"

Kata-kata itu sangat mengejutkan semua orang. Mereka tidak menyangka sikap ini yang ditampilkan Ibn Daqiq al-'Id terhadap orang yang membenci dan memusuhinya. Mereka menyangka tokoh ini pasti akan menggunakan peluang itu untuk menghapuskan musuhnya!

Demi untuk meneruskan usaha membunuh Ibn Binti al-A'azzi, ada yang masih memujuk Ibn Daqiq untuk turut bersejutu akan kandungan surat itu. Malangnya Ibn Daqiq al-'Id tetap dengan keputusannya:
"Aku tidak akan turut serta membunuh seorang Muslim!"

Sikap tegas ini telah menggagalkan pakatan jahat tersebut sekaligus menyelamatkan Ibn Binti al-A'azzi dan pada masa yang sama meninggikan nama Ibn Daqiq al-'Id dalam lembaran sejarah umat Islam hingga ke hari ini.

Sumber: Petikan dari Majalah Solusi, Isu no. 29.

****************************
Semoga kita semua beroleh isi dan manfaat. Saya pun berkongsi di sini supaya tidak mudah lupa kelak. Koleksi Majalah Solusi saya sangat banyak info menarik! Saya suka!

p/s: Insya Allah...

Macam-macam

Allah...

Macam-macam yang saya buat hari ini. Bermula dari pagi hingga ke petang, saya tak ada masa untuk duduk berehat.
Apalah erti hujung minggu saya kali ini. Rasanya sekarang juga mahu terbang ke sana atau ke mana-mana yang boleh untuk saya bersendiri.

Er...Saya nak ke Pulau Redang atau Pulau Tioman!

p/s: Pening kepala. Jarang benar saya mengalami sakit yang satu ini. Mungkin tadi banyak berjemur di bawah matahari...Allah!

Bahagia!

Saya sedang bahagia dan gembira dengan keadaan keluarga sekarang.

Sayang emak

Sayang abah

Sayang semuanya

Ya Allah, peliharakan keluarga kecil kami. Berikan kami ketabahan hati dan kecekalan azam untuk menghadapi segala apa ujianMu.

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang sabar!

Terima kasih atas ujian nikmat ini. Maka jangan jadikan kami hambaMu yang kufur dan lupa untuk bersyukur...

p/s: Emak...Selamat Hari Ibu. Setiap hari pun hari untuk emak. Terima kasih, emak. Dhiya dan akak-akak sayang emak! (Sensitif betul bila bercakap tentang keluarga, terutamanya emak dan abah. Dhiya menangis!)

Melaka!

Walaupun dah terlewat hampir seminggu, saya akan kongsikan juga pengalaman bersama anak-anak kecil ini. Membawa mereka sebagai 'beg tangan' memang satu cabaran, tapi memberi satu kepuasan. Seronok apabila melihat wajah-wajah teruja mereka. Terutamanya Biha yang comel tu. Lama ditenungnya mata burung hantu di Zoo Melaka.

"Mata owl tu macam mata adiklah, mama!" Huh! Bahaya nih!

Ok, kali ni saya dapat akses menggunakan kamera telefon bimbit akak. Jadi adalah beberapa bahan untuk dikongsi bersama.

Tapi...

Gambar saya masih belum kedapatan dalam entri ini. (^^).
Biha. Maaf, dia memang tak boleh tinggalkan botol susu dan bantalnya begitu saja. Naik bas pun mesti kena usung!'Hantu Carik Kafan'??? Sejenis burung hantu. Tapi nama melayunya sangat mengerikan. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak memaparkan wajahnya~Animal show! Seronok juga ye~ (dah tua-tua pun enjoy menonton...)Safari

Saya dah jadi tak tahu nak pilih gambar yang mana satu untuk dikongsikan dalam blog ni. Mungkin kekok sebab bukan kamera sendiri kan. Tak apalah. Ini yang saya termampukan untuk dikongsi. Lain-lain tu ada, tapi mungkin nanti lah ok~

Tak puas sebenarnya lawatan ni. Banyak tempat yang kami tak sempat pergi. Almaklumlah, nama pun sehari suntuk...Kalau tiga hari tiga malam punya lawatan mungkin la habis satu Melaka kot!

p/s: Bahagia!

Cikgu Dhiya

Semalam saya ke bandar seorang diri. Itu bukan perkara canggung bagi saya. Setelah mendapat izin abah, saya terus memandu tak ingat dunia ke sana. Hee!
Alhamdulillah setakat ini kalau urusan yang biasa-biasa, abah dah boleh lepaskan saya memandu sendiri (walaupun khutbahnya akan panjang berjela terlebih dahulu.)

Selesai urusan saya, saya ke pasaraya untuk membeli barang. Tiba-tiba:

"Assalamualaikum, teacher!"

Entah kenapa, saya terus menoleh. Perasan cikgu ye, Dhiya?

"Waalaikummussalam!" Saya terus menjawab dan menyambut huluran tangannya sambil bertanya khabar masing-masing.

"Kenapa?!, kenapa?!, kenapa saya jumpa awak kat sini?!" Saya bercanda dengannya.

"Tu la...Teacher nak lari-lari lagi dari kami. Hari ni kantoi dengan saya kat pasaraya je. Senang sangat! Kenapa la bukan kat KFC ke...~" Dia membalas.

"Ah, saya gagal untuk menyorok lagi!"

Dia yang saya maksudkan ialah salah seorang anak murid saya di SMKJP dulu, Nazhirah namanya. Ketika saya mengajarnya dalam tingkatan 5 tahun lepas, saya bertanggungjawab membantunya dan 3 kelas lain dalam subjek Kimia.

Ya...Saya pernah menjadi guru. Mereka menggelarkan saya dengan gelaran 'teacher'. Sungguh, walaupun saya bukan lagi seorang guru, jolokan 'teacher' atau cikgu itu masih kekal. Benarlah, ia akan kekal sampai bila-bila waima sampai saya pencen nanti!
Saya suka dengan gelaran itu, dan sekarang saya ingin menjadi seorang guru. Memberi apa yang saya tahu kepada orang yang tidak tahu, sambil berkongsi kisah dan memotivasikan mereka betul-betul memberi kepuasan kepada saya. Saya ingin menjadi guru walaupun saya bukan pemegang ijazah perguruan. Saya telah jatuh cinta pada bidang ini.

Kami berkongsi banyak cerita di tepi bekas bawang pasaraya itu. huu! Dia yang memperolehi banyak A dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini telah mendapat tempat di matrikulasi KPM dan masih menunggu keputusan UPU ketika itu.
Apapun, semoga terus cemerlang. Apabila kita sedang memacu diri ke arah puncak, kadang-kadang kita perlu untuk memandang ke bawah juga.

Untuk adik-adik murid saya di SMKJP, tahniah dan selamat maju jaya. Saya menganggap pengalaman bersama kalian adalah pengalaman yang sangat berguna dan berharga. Saya akan terus mengingati momen-momen kita dulu. Kalian memang yang terbaik!

p/s: Cikgu Dhiya...Erm, sedap juga bunyinya. Eh...Miss Dhiya la. Baru nampak comel! Ok, panggil Miss Dhiya ye!

Sabtu

::Sabtu dan beg plastik::

Pagi ni saya sekali lagi ke rumah yang satu itu untuk menyambung misi mengemas. Penat! Tapi nak buat macamana. Itu pun sebahagian daripada tanggungjawab saya juga.

Sebelum sampai, saya singgah dulu di pasaraya. Beli sekotak jus memandangkan saya tak sempat sarapan. Sebaik dibayar, saya pelik kenapa juruwang tu biar je kotak jus saya atas kaunter. Haih!
Tapi kan, nasib baik memori saya masih pantas.

"Hari ni hari Sabtu! SABTU, Dhiya!" Hari Sabtu kan 'Hari Tanpa Beg Plastik!"

Teringat saya ketika berada di kota mega dulu. Memandangkan Sabtu dan Ahad sahaja yang kami ada untuk membeli belah, kami selalu lupa untuk membawa beg untuk meletakkan barang. Kadang-kadang bila dah masuk dalam kereta dan mula bergerak barulah akan teringat. Paling sedih apabila dah sampai di parking lot di shopping complex, barulah kami teringat:

" Oh, hari ni hari Sabtu rupanya. Kita terlupa bawa beg sendiri! Waaa! Rugi 20 sen!"

Pesanan untuk diri sendiri, lain kali kena beringat sangat. Kalau beli barang banyak sampai 5-6 plastik, dah berapa ringgit kita spend untuk beg plastik saja? Huh!
Tapi bagus juga kan kempen ni? Pada saya ada positifnya. Enam hari kita berbelanja di Mid Valley (contoh je~) tu dengan beg plastik percuma, apa salahnya sehari yang tinggal tu kita bantu kempen ni. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk penghuni bumi juga...Kasihan alam sekitar kita!

::Sabtu dan Filem Hindustan::

Heee...Sejak saya bersekolah, saya dah tak layan sangat filem Hindustan setiap Sabtu ni. Dulu masa masih di sekolah rendah, layan la juga sebab tak ada hiburan lain. Mak abah pun tak bagi merayap sangat. Astro pun tak ada lagi zaman tu. Apa lagi...Hindustan pun Hindustan la! Namun sejak masuk ke sekolah menengah dan universiti, saya dah lupa 'apa itu tv'. Jadi filem Hindustan bukan lagi daya tarikan Sabtu saya~

Teringat canda Cikgu Norhizan, guru Bahasa Melayu saya di KISAS dulu:

"Kamu tengok ke filem Hindustan tu? Huh...Kalau dah nama hero, jatuh timpa bangunan pun masih boleh survive. Tiba-tiba je akan muncul dari celah-celah runtuhan tu dengan luka sikit-sikit kat dahi dan tangan~"

Hm...Betul kata cikgu tu. Saya masih ingat sampai sekarang! Rindunya cikgu dan seluruh isi KISAS.

::Sabtu dan pasar malam::

Di kawasan rumah emak dan abah ni, ada satu pasar malam yang sangat besar. Diadakan setiap Sabtu, ia berjaya menarik ramai pengunjung kerana kedudukannya yang strategik dan banyak pilihan di samping memberi kepuasan kepada pengunjung.

Saya sendiri pun tidak pernah tidak mengunjungi pasar malam ini. Dari kecil sampailah sekarang, itulah tempat kegemaran saya. Tak mengapa kalau tak dapat ke Mid Valley (lagi sekali, sebagai contoh) atau Times Square yang serba gah itu, tapi jangan halang saya untuk ke pasar malam kegemaran saya ini!

::Sabtu bersama famili::

Oh ini sudah pasti. Peluang yang ada ini saya gunakannya sebaik mungkin.

Dah lama tak dapat bersembang dengan emak sambil memasak di dapur.

Dah lama tak buli budak-budak bertiga tu sampai mereka menangis.

Dah lama tak basuh kereta bersama abah bermain badminton sambil jalan-jalan keliling kejiranan ni.

Waaaaaa! Saya akan lakukan semua itu nanti!

***********************
Sekejap lagi saya nak mula sibuk di dapur semula. Istimewa untuk minum petang. Ohuuu!

p/s: Sabtu yang indah...

Jumaat di desa

Alhamdulillah. Saya dah melepasi 6 Mei dengan jayanya.

Siang tadi saya dan abah ada misi penting. Selepas solat Jumaat, saya, Abah dan Angah the Hero ke BJ untuk menguruskan rumah kami yang satu lagi tu.

Kami ribut-ribut mengemas sebab Ahad ni akan ada penyewa yang terdiri daripada pelajar akan masuk menyewa di rumah tu. Kalau ikutkan saya, berat juga nak sewakan. Sayang! Tapi mengenangkan siapalah saya ini, tak mengapalah...Paling tidak ada juga orang yang solatkan rumah tu daripada terbiar je. Betul tak?

Hari ni kami tak cukup kakitangan, sebab 'pekerja-pekerja' yang lain punya komitmen sendiri. Tak mahu mengganggu, saya dan Abah tekad pergi berdua dan buat apa yang kami larat.
Insya Allah selebihnya akan disambung esok.

Pulang dari mengemas tadi, Abah bawa saya singgah di gerai tepi jalan yang meriah tu. Dah lama saya tak duduk santai sebegitu. Sesekali mendengar bunyi kenderaan menderu, ditambah dengan aroma perit busuk rokok tembakau milik pakcik di meja sebelah...Saya benar-benar rasa kehilangan. Kehilangan cara hidup desa yang telah jauh saya tinggalkan sementelah bertahun-tahun berkelana di kota mega! Rindunya!

Sampai di rumah, kelihatan emak sedang membakar daun-daun kering yang degil gugur menutup halamannya. Bau asap tu pun sedap pada saya. Zaman kecil saya dahulu, saya sangat biasa dengan bau itu. Oh..Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak!

Untuk anak-anak saudara yang turut berada di desa ini, hargailah apa yang ada di sekeliling kita. Dewasa nanti, kalian pasti akan merindui apa yang kalian pernah lalui suatu masa dulu. Seperti ibu saudaramu ini...

p/s: Esok Sabtu!

PM di Hot Fm

Seperti selalunya, pagi saya ditemani penyampai-penyampai radio yang satu ini. Seronok sebenarnya mendengar celoteh penyampai-penyampai yang santai dan enjoy ni. Adakalanya ketika saya memandu ke tempat kerja, tanpa segan silu saya boleh tergelak sendiri dalam kereta. Lantaklah orang nak kata apa pun.

Hari ini saya berpeluang mendengar PM di Hot Fm secara langsung. Cool lah! Kan seronok kalau sekali sekala berada dengan orang penting negara itu dalam situasi yang santai dan tak formal? Hee~

Tapi saya kesallah...ada yang tak suka tu, tulis macam-macam di Facebook. Alah...Kalau setakat perbezaan politik yang menjadi punca, cubalah ketepikan sekejap. Cubalah melihat sisi positif. Jangan asyik bencikan orang. Tak baek tau!

p/s: Entri ini bukan entri berbau politik. Dhiya neutral dalam menulis. Cuma teruja sebab PM sangat sporting dan cool!

Menulis sampai lebam

Semangat yang barapi-api ini saya suarakan kepada teman baik saya, Nurul. Kononnya malam ini saya nak meletakkan 75% komitmen untuk menulis. ok lah kan...Saya sudah siapkan kerja-kerja orang lain, kini kerja saya yang tertangguh pula menagih perhatian.

Tapi hingga sekarang, saya masih gagal untuk mulakan walau satu cerita. Ini semua gara-gara anak saudara saya yang bongsu- Biha Babana.
'Babana' tu dia dapat ketika mula-mula nak belajar bercakap dulu. Kami ni sungguh-sungguh mengajar pisang itu disebut 'banana', tapi dia minat sangat dengan 'babana'. Lama-lama kami sedar, dia tahu itu salah, tapi mengada-ngada nak sebut juga. Ha...sebutlah!
Biha. Masa ni kami sekeluarga berkelah di Sungai Lentang, Karak. Macam tak pernah jumpa air~

Keletahnya betul-betul menambat hati saya untuk tidak bergerak ke mana-mana. Melayannya sangat memberi kepuasan.
Kadangkala terdetik rasa hairan dan pelik...Bagaimana ada ibu atau bapa (bapa lah...kan bapa ketua keluarga~) yang sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak? Sungguh berhati binatang manusia itu. Kalau dah tahu tak mampu, untuk apa bernikah dan punya zuriat kalau semata-mata mahu menggelapkan masa depan anak yang lahir~

Ooh, Dhiya...Sila kembali ke topik asal.

Tadi kami lawan 'bersilat' berdua. Habis kakak abangnya pun jadi mangsa. Sungguh tak padan dengan kenit budak kerinting ini.

Mulutnya macam bertih jagung. Kalau silap 'makan ubat', ketika semua orang dah masuk tidur, hanya dia seorang yang masih berjaga dan berselawat seorang diri-takda-siapa-nak-layan. Nakal yang comel dan menggeramkan.
Rasa nak kerat-kerat je rambut kerinting dia tu.

Kerana dia, saya gagal menulis sampai lebam malam ini.

p/s: Dhiya nak anak sendiri!!!

senyum

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya terdetik benar nak berkongsi tentang senyum. Perbuatan yang mudah, tetapi membawa erti yang besar kepada yang memberi senyuman, dan juga yang menerima senyuman itu.

**************************
Senyuman yang ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya. Ia merupakan penawar dan semudah itu dikira ibadah! Senyum juga dapat menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah, ia telah menjadi ibadah sedekah. Allahuakbar, semudah itu!
Secara saintifiknya, orang yang selalu senyum akan dapat mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil endorphin dari dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria.
Kesannya, senyuman yang dilemparkan dapat menimbulkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya.

Apatah lagi jika senyuman itu ikhlas dan bukan plastik yang dibuat-buat, pastinya ia akan meresap dalam kalbu dan akan diingati sampai bila-bila...

*************************
Tadi ke bank atas urusan tertentu, pegawai di kaunter tu payah sungguh nak senyum. Berurusan dengan saya pun tak pandang muka. Uh...Dia sakit mata kut. Sebab tu dia tak nak pandang saya, nanti berjangkit pulak~

p/s: Eh...Dhiya tak suruh senyum sorang-sorang la! Jangan buat macamtu!

Naik lagi!

Ron97 naik harga lagi.

Saya bukan pengguna Ron97...saya tak layak. Saya seorang gadis buruk yang memandu kereta murah. Maka bahan bakarnya juga selayaknya murah. Nak buat macamana...Saya tak mampu.
Cuma saya memikirkan kesan-kesan lain.

Barang keperluan harian juga mungkin naik.

Terbaiklah!

Kasihannya rakyat. (kerana saya juga seorang rakyat!)
Saya melihat dan merasai payah dan sukarnya hidup rakyat yang berjuang untuk hidup.

Semoga mereka yang mendominasi kuasa turun naik minyak ini sedar, ada yang tak mampu untuk hidup dengan kenaikan seperti ini.

Allah, kasihani hambaMu ini. Mudah-mudahan semuanya cukup bagi kami. RezekiMu melaut luas!

p/s: Jom pakat tuang ayaq paip dalam tangki kereta!

Entri ke 100!

Yeay!

Saya sudah mencapai entri yang ke 100!

Uhu...Mula menulis dalam Dari Diri Dhiya ini pada Mac lalu, saya sekadar menulis untuk memenuhi minat. Saya menulis tentang semua: isu semasa, tentang diri sendiri, pengalaman, dan nilai baik yang barangkali kita semua boleh mendapat manfaat daripadanya.
Saya memang suka menulis!

Kelahiran Dari Diri Dhiya juga telah banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dan berhati-hati. Pengalaman baru ini mendisiplinkan saya agar tidak sekali-kali menulis sebarangan, teliti dalam berbahasa, dan cermat ketika meluahkan rasa.

Untuk entri yang ke 100 ni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pembaca terutamanya rakan-rakan baik saya yang tegar (dalam paksa~) membaca blog ini. Heee!
Saya berjanji akan terus menulis dan meluaskan jaringan persahabat dengan blogger lain dengan cara yang baik dan meneladani segala perkara yang baik ketika menulis dan membaca blog.

Semoga persahabatan maya ini mendapat rahmat Allah swt. Kita berkongsi, kita juga yang akan beroleh manfaat. Sayang kalian semua!

p/s: Semangat nak menulis~! Heee

Sehelai kertas

Dek kerana sehelai kertas ini, saya sangat sedih dan marah. Oh cepatlah siap kerja saya yang satu ini. Tak sanggup rasanya untuk menatap kertas ini lama-lama. Lukanya tak terlihat, tapi dapat dirasa.

Buat masa sekarang, saya sepenuh masa berada bersama keluarga. Cinta sayang saya yang menyebabkan saya di sini. Dalam masa yang sama, saya masih dalam usaha peningkatan kualiti diri. Ya, mencari yang terbaik dan masih berusaha.

Doakan saya, rakan-rakan. Kadangkala tekanan ini membuatkan saya rasa putus asa. Tapi saya selalu dipujuk oleh suara yang entah milik siapa: Sabar itu ada ganjarannya!

p/s: Menyudahkan isi terakhir.

Jadi macam-macam

Untunglah belajar multidisciplinary courses ni. Sekejap-sekejap boleh jadi jurutera, nanti boleh jadi doktor...Sekarang ni jadi peguam pulak. Heee.

"Kakak nak jadi doktor!"

Yang sulung sudah boleh berfikir. Dalam usia 10 tahun, kami yakin dia sudah boleh menilai. Yang baik semoga diwarisi, yang jengkel dan hina itu mohon dijauhi. Kita tak perlukan itu, kakak.

"Angah nak jadi ultraman lah, mama!"
"Eh..Tok, Angah fikir nak jadi imam muda pulak lah~!"
"Nama saya Angah. Saya nak jadi polis atau doktor."

Itu antara cita anak saudara kedua saya yang macam-macam. Untunglah kau, nak...Paling tidak kecil-kecil lagi dan ada misi dan visi untuk menjadi seseorang.
Jangan jadi segelintir orang- tak punya matlamat dan cita-cita. Bila dah besar dan punya keluarga, habis dengan anak isteri terperangkap sama dalam dunia sempitnya. Amanah dan tanggungjawab entah ke mana. Agama jadi perkara yang bukan pertama.
Jangan warisi kebodohan dan kehinaan itu, nak!

"Adik nak jadi orang baik, mama!"

Biha Babana pernah berkata ini suatu masa dulu. Air mata saya berlinang. Biarpun saya bukan ibunya, tapi dia sebahagian dari darah daging saya. Si bongsu ini terlalu petah berbicara. Jadilah sesiapapun, nak. Asal diletak Islam yang diajarkan sebagai pegangan utama. Kami sayang Biha!

Saya sendiri pun sekarang sedang menjadi peguam. Gigih memperjuangkan hak seorang client. Huuuu! Kerja saya dah siap pun. Masa untuk tidur!

p/s: Sinis?

Kembali

Saya selamat tiba jam 3 pagi tadi.

Sakit pinggang
Sakit kaki
Sakit badan

Tapi gembira

Kerana dapat bersama keluarga.
Kerana si dia sanggup menjejak saya hingga ke sana (kebetulan sebenarnya)...

p/s: Masa untuk tenangkan fikiran

Ogawa Nao

Ogawa Nao

Ketika dalam tahun akhir pengajian di Universiti Malaya, saya berpeluang berkenalan dengan gadis ini.Pelajar antarabangsa dari Jepun, mengikuti kursus di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Alkisahnya dia mengikut teman lelakinya, yang juga seorang pelajar antarabangsa dari Korea yang mengikuti kursus sama dengan saya di Fakulti Kejuruteraan menghadiri satu pembentangan akhir kami. Melihatnya yang 'asing'dan pastinya bukan dari kelas kami, saya menegurnya terlebih dahulu.

Dipendekkan cerita, kami berkawan hingga ke alam maya Facebook dan salah satu keistimewaan Ogawa ialah dia boleh berbahasa Melayu! Dia hampir boleh memahami semua ayat-ayat mudah dan biasa digunakan.
" Dah makan? / Jom makan!"
" Kamu cantik!" (Oh memang saya cantik~)
" Siapa nama awak? / Nama saya..."
Dan banyak lagi

Tamat pengajian, kami tidak lagi berjumpa. Dia pulang ke Jepun, saya pula meneruskan survival saya di tanah air ini.

Ketika dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun Mac lalu, saya terdetikkan namanya. Bagaimanakan keadaan Dia? Selamatkah dia?
Saya tidak pernah lepas mengikuti perkembangan bencana itu. Habis akhbar dibaca dari muka ke muka. Facebooknya tidak diusik. Bagaimanakah dia?

Suatu hari baru-baru ini, dia menegur saya di Facebook. Oh dia masih ingatkan saya! Kami banyak berkongsi cerita termasuklah pengalaman ngerinya menghadapi bencana besar itu. Khabarnya dia selamat, cuma trauma kerana merasai gegeran yang sangat dasyat.
Semoga warga Jepun terus kuat demi sebuah perjuangan kehidupan!

Untuk Ogawa, jemputlah datang ke Malaysia lagi. Saya menanti awak di sini!
Persahabatan tak pernah ada batas. Berkawanlah hingga ke hujung dunia, kerana di situ letaknya nilai kita bersaudara, biarpun berbeza agama!

p/s: Di UM tu memang ramai pelajar antarabangsa. Terasa kami pula yang berada di luar negara...

1 May 2011

Hari pertama dalam bulan ke-5. Cepatnya masa berlalu...

Kalau saya jadi Nurul, dah tentu asyik berangan. Maklumlah, hujung bulan dah nak menikah! Waaahahaha~!

Tak ada banyak yang berlaku di rumah. Kami memasak berjemaah sambil melayan buah hati yang bertiga tu. Lantaklah kalau nakal sampai sepah-sepah rumah tok dan tokwan mereka pun, asal mereka ada di depan mata saya!

Selebihnya saya banyak menatap blog yang lama terabai ni. Kasihan dia. Tipu. Dhiya tidur tak ingat dunia!

Malam ini saya akan bertolak ke Melaka mengikut rombongan sekolah Haziq. Kasihan anak-anak ni asyik terperap di rumah. Tak mengapalah sekali sekala mereka diganjari dengan sebuah perjalanan rehat minda sebegini.
Syaratnya hanya satu: Sila JANGAN degil. Kalau berlaku sebaliknya, maksu mu yang jelita ini akan bertukar menjadi seorang wanita ganas yang menakutkan~
Mohon doa dari rakan-rakan semoga perjalanan kami selamat dan beroleh manfaat.

Untuk yang jauh, saya minta maaf. Tuntutan dan komitmen kepada keluarga benar-benar mengekang kita berdua. Sepertimana saya di sini bersama keluarga, saya yakin anda di sana juga sedang berbakti kepada kedua ibu bapa. Semoga kita diganjari dengan imbal balik yang terbaik kelak, amin!

Ok lah. Kalau sempat, sebelum bertolak nanti saya akan kongsi barang satu atau dua entri lagi. Kalau tak sempat pun, jumpa anda lewat malam esok!

p/s: Allah, selamatkan perjalanan kami...

Not everyone enjoyed that kiss

I was one of the million peoples who watched the royal wedding of Prince William and Kate Middleton. Not to be too fanatic, just being a little girl who sat in front of television and watch it. That's all...Hee

My attention was grabbed when I saw this picture in Yahoo! interface yesterday. It was so cute, but full of meaning for me. And yes- Not everyone enjoyed that kiss. Huu! This picture signifies me many things.
Look at the girl in the red circle! She's sooooo cute! -source

"Maybe it was just a long day or perhaps she was overwhelmed by the screaming crowds in front of Buckingham Palace. Whatever the reason, it appears that of one of Catherine Middleton's littlest bridesmaids didn't have much love for the much-anticipated royal kiss on on the balcony. Cheer up kid, next stop is lunch!" - source

The cute girl might experienced a very tiring and long wedding day. She's hungry maybe~ Whose daughter she is? May I borrow you?


Abah said: "Stop dreaming Dhiya. It is impossible for you. "
"Yep abah, I know. They just looked very nice. That's why I share it in my blog."

p/s: Biha will be the flower girl for my wedding. <---eh~?

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Semua maklum yang sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, Kuala Lumpur.
Program yang bermula sejak 22 April 2011 itu akan melabuhkan tirainya pada hari ini, 1 Mei 2011.
Alhamdulillah saya telah berpeluang ke sana pada hari pertama dan kedua pesta buku bermula. Sejak maklum akan tarikhnya, saya awal-awal lagi telah merancang cuti. Pesta buku memang menjadi sebahagian dari agenda tahunan saya kerana saya sangat obses dengan buku-buku!

Pada 22 April 2011, saya telah berada di PWTC seawal jam 1 petang. Ya, bersendirian. Saya bebas dan puas. Kalau mengikut orang atau orang mengikut saya, saya akan rasa terikat. Ini tidak. Saya bebas nak berjalan ke mana-mana gerai, bebas nak membelek buku berapa jam sekalipun, bebas! Kerana kaki yang berjalan itu kaki saya. Saya lupa apa itu penat dan lenguh~

23 April, sekali lagi saya menjejak kaki ke sana, kali ini berteman. Ghairah membeli buku pun dah kurang, jadi boleh la berjalan dengan teman- Sekadar mencuci mata. Lagipun, semalamnya saya dah berhabis sakan untuk buku-buku pilihan saya. Poket dah .... erm...~

Saya merancang untuk datang lagi minggu ini sebelum ia tamat hari ini. Tapi nampaknya Allah mahukan saya berada di rumah bersama keluarga. Tak mengapalah...Syukur juga dapat datang pada minggu lepas. Tak ada apa yang nak dikecewakan.
Tapi untuk rakan-rakan yang berada di sekitar KL, masih boleh berkunjung ke PWTC kerana hari ini adalah hari terakhir pesta buku tersebut.

Semoga tahun depan ada jodoh untuk bertemu lagi. Buku yang ada ni pun agak banyak. Cukuplah untuk bertemu kembali tahun hadapan!

p/s: Seronoknya baca buku

Jangan ganggu lagi

Hari ini berjalan seperti biasa. Sungguh seperti biasa. Penuh dengan naturaliti yang bukan dibuat-buat. Rancangan yang tak menjadi itu bukan dalam kuasa dan kawalan tindakan saya. Benarlah kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Ada hikmahnya saya tidak terikat dengan rancangan pertama itu. Allah sudah tetapkan saya perlu berada di samping keluarga sebagai benteng dan pembantu. Benarlah aturan Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya!

*********************
Sudah lama saya tak ke pasar malam berhampiran rumah tu. Sejak bekerja, Sabtu saya hanya di rumah. Maka petang tadi saya mengambil keputusan untuk ke pasar malam. Rindu pula suasana itu.
Saya memilih untuk pergi sendiri. Kasihan pula pada abah, biarlah abah berehat saja di rumah.

Suasana pasar malam itu memang tak pernah berubah. Kalau masa belajar dulu, setiap Sabtu saya tak pernah melepaskan peluang untuk ke sana. Tak mengapalah kalau tak membeli, cukup sekadar berjalan itu sudah cukup puas hati.

Dalam perjalanan pulang, saya menerima satu SMS. Tiba-tiba hati saya bagai diratah dan dirobek kasar. Sakit hati tak boleh ditahan-tahan lagi.
Apalah kudrat saya yang perempuan ini. Paling teruk saya terus menangis. Lainlah orang yang adik-beradik sembilan sepuluh orang. Boleh buat pasukan silat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Lama benar SMS itu tidak datang mengganggu saya dan keluarga. Selama itulah kami hidup aman dan bahagia. Tetapi apabila mereka kembali mengganggu, kami akan jadi tertekan. Menjadi pelarian di tempat sendiri. Allah...

Bilakah masanya mereka akan faham dan mengerti semua ini? Kalau tak kerana mereka yang mulakan semua ini beberapa tahun yang lalu, saya yakin tak akan ada dukacita.
Kepada kalian yang berkenaan: Cukuplah, sudahlah. Hindari kami kerana kami tak pernah lagi hadir dalam hidup kalian.

Apa yang berlaku sudah menjadi sejarah. Tak boleh diundur. Apa yang kami lakukan hari ini juga bukan kerana apa, semuanya berpandukan agama. Kami tahu apa yang kami lakukan...

Jangan lihat kami lemah. Kami juga ada kekuatan tersimpan! Insya Allah, selagi gadis bernama Dhiya ini masih bernyawa, kalian tak pernah akan boleh menerobos hak dan pendirian kami lagi. Cukuplah apa yang lalu. Kalian sungguh DramaKing!

Saya pulang dari pasar malam dengan wajah masam tanpa tawa. Abah dan emak mengerti. Saya menangis sendiri. Mereka tak wajar melihat saya lemah. Saya harus tampil kuat dan berani demi keluarga.

Allah...

p/s: Sambil menangis. Allah, limpahkan hambaMu ini kekuatan! Sungguh aturanMu itu adalah yang terbaik. Kami yakin!