Tersedak saya mendengar berita ini di corong radio ketika pulang dari kerja tadi. Terasa kereta yang dipandu melelong-lelong juga~
"Seramai 50 orang pelanggan yang menikmati patin dan hidangan kampung terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM 13,000 di sebuah gerai makan di Temerloh, Pahang."
Apekah~!?
Saya yang masih memandu berusaha keras mencapai kalkulator telefon bimbit untuk mengira:
RM 13, 000 / 50 orang = RM 260 seorang. Isk isk~ Pernah tak anda makan hingga 260 ringgit seorang?!
Saya anak Pahang, malah bandar tersebut hanya beberapa puluh minit dari rumah saya. Memang saya pernah dengar yang makanan di bandar itu terutamanya masakan ikan patin sangat-sangat mahal! Saya sendiri pernah mengalaminya: RM 19 untuk makan tengahari hanya berdua dengan abah. Cekik darah!
Tapi kalau 'diketuk' sampai RM 13,000 tu, memang sangat tidak masuk akal. Saya fikir majlis perbandaran perlu membuat pantauan. Peniaga di kawasan itu fikir patin sangat ekslusif- hanya boleh ditemui di situ sahaja hingga boleh meletakkan harga sesuka hati. Kasihan pelanggan yang rata-ratanya orang luar yang mahu mencuba. Mentang-mentanglah- Temerloh Bandar Ikan Patin!
Siapa yang nak temankan saya naik bot ni? Kecut perut nak melintasi Sungai Pahang yang dalam dan lebar ini!
Lawatlah!
Untuk pelawat atau pengunjung yang berhajat untuk menikmati hidangan patin di bandar Temerloh, dinasihatkan agar bertanya atau pastikan dulu harga hidangan tersebut. Takut nanti dah sendawa kekenyangan, termuntah pula bila dengar harga yang tak masuk akal.
Kitakan pengguna bijak!
Kitakan pengguna bijak!
Untuk para peniaga pula, jadilah peniaga yang telus dalam menyediakan servis untuk pelanggan. Peniaga dan pelanggan adalah pasangan simbiosis yang paling harmoni yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki itu datang dari perniagaan. Jika hubungan peniaga dan pengguna terjejas, maka rosaklah institusi perniagaan itu.
Sama-samalah kita menaikkan imej bandar Temerloh dengan identiti hidangan istimewa yang dianugerahkan Allah ini~
Sama-samalah kita menaikkan imej bandar Temerloh dengan identiti hidangan istimewa yang dianugerahkan Allah ini~
Saya menulis bukan untuk memberikan imej buruk bandar ini, atau mana-mana pihak. Itu hanya kes terpencil. Banyak lagi tempat menarik di sini. Saya juga tak pernah jemu. Saya sukakan tempatnya yang tenang dan damai!
p/s: Kalau teringin sangat, beli je patin hidup, jom masak kat rumah Dhiya!
serius rm13000?? huhu
ReplyDeleteaisya, dhiya dengar dalam buletin hotfm petang td, semasa memandu pulang dari kerja. huhu...dasat kan?
ReplyDelete