My Rapid Vs. T-Money


Bismillah

Hari ini saya nak menyingkap memori menaiki pengangkutan awam semasa di Korea. Saya boleh dikira sangat bertuah semasa di Malaysia. Dari sejak tahun 3 pengajian di UM, saya dipinjamkan sebuah kereta. Apabila bekerja, saya dapat memandu ke pejabat kerana jarak yang sangat dekat. Apabila kembali belajar, saya masih berkereta. Balik kampung cuti semester, balik raya- Memang tak payah cakap. Zaman beratur beli tiket ni macam dah berlalu. Saya bergerak dengan Baby K kesayangan saya.

Ketika saya di Korea, saya tahu saya perlu berdikari. Pengangkutan awam akan menjadi medium utama untuk saya bergerak. Nak pandu dan menaiki kereta memang mustahil di sana, ditambah dengan lorong pemanduan yang berbeza dengan Malaysia.

Sebab tu, sebaik sampai di Korea- Sasi telah bantu kami untuk beli T-Money pada harga KWN12500 kalau tak silap. Di dalamnya siap ada kredit lebih kurang KWN10000 (Maaf lupa sangat) bagi memudahkan kami bergerak menggunakan pengangkutan awam di Daejeon.
Fungsi yang sama- Dari negara yang berbeza :) T-Money Korea ni best sebab kadang-kadang mereka akan jual kad yang berbeza rekaan dan corak. Saya punya ni biasa je. Tak memilih sangat pun sebab masa beli tu hanya fikir untuk 3 bulan punya survival.
T-Money ini sangat istimewa, berguna lagi membantu. Setiap bas awam di bandar Daejeon ada satu panel yang hanya memerlukan penumpang mengimbas T-Money ini dan tambang KWN1100 (kadar rata) akan ditolak dari kredit kita. Jika kita perlu menukar bas, kita perlu mengimbas kad sekali lagi sebelum keluar dan mengimbas masuk pula ketika memasuki bas baru. Kalau pertukaran bas ini berlaku dalam tempoh kurang 15 minit, kita tak akan dicaj KWN1100 lagi. Paling bagus, kekerapan bas mereka memang tidak pernah lebih dari 15 minit. Jadi sesiapa sahaja yang menaiki bas, 10 kali tukar pun- Kalau kurang dari tempoh 15 minit, tambangnya adalah malar iaitu KWN1100. Bagus kan?
Lebih bagus, kad ini juga boleh digunakan ketika melalui panel Subway bawah tanah di seluruh bandar Daejeon!
Maknanya- Kalau kita nak tukar BAS-BAS atau BAS-SUBWAY atau SUBWAY-BAS atau SUBWAY-SUBWAY- kalau dalam tempoh 15 minit, tambang kita sampai ke sudah hanyalah KWN1100.
Nak lagi? T-Money juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang di GS25 terutamanya di dalam stesen Subway. Tak payah terkial-kial nak buka dompet sambil barang dan beg digalas kiri kanan tangan.
Senang.
Pengsan.

Bukan hanya di Daejeon. Di Seoul juga begitu. Seluruh laluan Subway Seoul yang berselirat tu saya dah habis jelajah dengan menggunakan T-Money.

Kalau tak ada T-Money?
Terserah.
Boleh guna syiling. Tapi kalau kena tukar 3-4 kali bas, setiap naik bas tu kita perlu masukkan duit ke dalam tabung automatiknya. Maknanya kita tak dapat menikmati perjalanan percuma walaupun kita tukar bas lain dalam tempoh kurang dari 15 minit.
Rugi!
Kalau di Subway pula, kita perlu beratur untuk beli token macam yang Malaysia sedang laksanakan sekarang ni. Leceh untuk traveler macam kita.

Jadi saranan saya kepada pelancong Malaysia yang akan ke Korea, belilah T-Money ni supaya perjalanan anda mudah dan cepat. Letak dalam card casing yang ada lanyard- Gantung kat leher.

Kad ni ada dijual dan boleh ditambah nilai di GS25 (macam Seven-Eleven) Mereka pun ada Seven-Eleven. Selalunya kedai-kedai macamtu akan ada jual T-Money.

Ada sesiapa yang akan ke Korea dalam masa terdekat? Selamat mengembara. Jangan lupa untuk ambil sebanyak mungkin pengalaman dan pengajaran baik dari sana. Saya pun sangat merindui Korea terutamanya bandar kecil Yuseong dan Daejeon. Amat. Rindu.

Salam sayang, 
Dhiya

Ramly Halal Kiosk- Menikmati Makanan Barat Buatan Orang Malaysia


Bismillah

Ya Allah lapaqnya bila tengok balik gambar ni.

Yep it was our food hunting series yang entah kali ke berapa. Hujung minggu lepas, memang kerja kami memburu makanan je~ Tambah-tambah pulak 2 hari berturut-turut saya menunggu partner PhD saya datang ke makmal- Tapi akhirnya dah tengahari baru bagitahu yang dia tak dapat datang- Maka ada rasa tertekan di situ. Jawapan yang terbaik adalah makan!
We have stumbled upon this Kedai Ramly dekat dengan Bandar Salak Tinggi. Kedai ni ada jual banyak processed meat untuk peniaga-peniaga dan mereka sendiri ada kaunter jualan produk mereka- Macam KFC gitu.
Saya tak ada sebab kenapa Kedai Ramly Bandar Salak Tinggi, walhal banyak je lagi cawangan lain. But our first time going here was the day I depart to Korea. Four hours before the departure, we were here, taking our dinner and surprisingly I took lamb chop which I never eat before. Dalam hati saya cakap: 'Kalau muntah pengsan atas kapal terbang, tolong maklum ini adalah sebabnya!'

Produk Malaysia Ramly ni memang sedang memanjat prestasi ke luar negara. Pada pendapat peribadi saya, kualiti makanan dan rasanya dah macam sama dengan produk antarabangsa. Contohnya, saya makan chicken chop dia- The taste is nothing weird. Sama sedap kalau pergi restoran Barat lain. Ini produk Malaysia tau!
Rasanya kalau bawak naik atas Malaysia Airlines System dan AirAsia pun tak ada salahnya. Sedap pun iya, halal pun dah pasti.

Chicken chop saya ni memang sedap dan puas hati. Harga? RM 9.00. Kenyang. Tersandar lepas tu. Alhamdulillah.
Boleh lawat laman web mereka untuk info lanjut. Dengar-dengar kata mereka sedang mencari ejen di luar negara. Siapa duduk Korea oi? Tolong la ambil peluang. Tahun depan saya nak duduk Korea, takdelah malam raya, pagi raya, hari raya makan kimchi je.

Laman web: Sini

Salam sayang,
Dhiya

Slide Pembentangan Kertas Kerja


Bismillah

Slide ni dah siap sejak minggu lepas lagi. Punyalah banyak ujian yang perlu diharungi. Dengan jurnal yang dah banyak kena beli, capaian internet yang entah apa-apa dan sebutan matematik yang tak dapat saya terbitkan.
Nak tunggu partner PhD saya, dah 3 kali hujung minggu berjanji. Tapinya ada saja halangan. Allah nak uji :|

Alhamdulillah, Insya Allah semuanya dah siap sedia. Hanya perlu baca dan tambah mana-mana lompong info. Mudah-mudahan pemeriksa saya Dr. Hafidz lembut hati. Aish dia memang baik pun...Masa kelas dengan dia dulu pun, saya senang dengan dia. Tak ubah macam ayah yang penuh dengan negotiation skills.
Drawing pun pakai Paint je. Menunggu Elis bagi AutoCad, sampai sekarang pun tak dapat-dapat lagi. Tak apalah. Guna untuk PhD nanti je~
Doakan yang terbaik untuk saya.

Semoga PNGK akan meningkat lagi semester ni.

Doakan,
Dhiya

10 Soalan Sebelum Bertunang

Bismillah

-perkongsian-

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya?
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Kawan Baru: Rosken Skin Repair


Bismillah

Baru-baru ni, saya 'terlepas tali' dan dapat ke Jusco terdekat. Hahaha! Alahaila bukan beli apa pun. Saja berjalan. Sejak berhenti kerja ni, simpanan saya memang dicatu. Jadi memang dah tak ada istilah membeli belah kasut sepasang sebulan atau baju 2-3 pasang sebagai reward kepada diri sendiri. No and big no. 
Tak apa.
Apa ada hal.
Nanti dah kerja balik, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Amin. Insya Allah.

Tapi dalam pada dok berdisiplin tu, saya tersangkut juga dengan Rosken Skin Repair dari Guardian ni ha. Eh tapi yang ni tak apa. Untuk kebaikan diri. Tak dikira sebagai membazir amalan Syaiton~
Saya pernah tulis di sini dulu yang saya mengalami alahan kulit yang teruk. Keadaan semakin melarat semasa saya di Korea sebab cuaca di sana sejuk dan kering. Setelah pelbagai ubat, usaha dan ikhtiar yang saya dah cuba. Setelah beberapa bulan, saya pulih. Tapi memang agak 'fobia' juga.

Sejak tu baru saya perasan yang kulit saya sangat sensitif. Masa tu juga yang saya baru perasan ada beberapa jenis makanan laut yang saya alah. Saya sangat teliti dalam menjaga kulit. Kalau dulu rasa dah cukup dengan losyen yang biasa-biasa, sekarang siap cari resepi home based food and skin spa dan losyen-losyen yang berkhasiat untuk kulit.
(Ini kalau bakal mertua tahu ni, mesti dia ingat aku high maintenance punya anak gadis. Hahah~!)
Rosken ni antara yang saya percaya dan ok. Setakat yang saya guna, kesannya agak positif dan sangat serasi dengan kulit saya. Losyen ni cepat meresap dan terasa kulit lebih lembut dan tak ada masalah kalau lepas sapu, kemudian terus pakai stokin.
Boleh dapatkan di Guardian pada harga RM 26.90. Bau dia pun wangi. Sukaaaa!
Rosken High Potency Vitamin E Cream- is an emollient-rich, deep moisturizing and healing cream, specially formulated with high potency Vitamin E, and enriched with Cocoa Butter and Shea Butter. It helps to protect against the visible signs of ageing by assisting in healing dry, dehydrated and damaged skin.  The natural antioxidant and nourishing properties of Vitamin E, Cocoa and Shea Butter help to fight free radicals helping to protect cell membrane and improve skin elasticity. It also can assist in promoting cell regeneration in scar tissue caused by sunburn and stretch mark, minimizing the appearance  of scars and cell damage.
(Malas nak translate punya pasal)

Memang agak susah untuk recover balik. Tapi setakat ni memang dah elok la, cuma nak terus elok dan elak situasi yang sama berlaku lagi. Apabila dah tahu yang kulit saya memang sensitif, maka mulalah belajar untuk lebih berhati-hati.
Kepada rakan-rakan yang ada masalah yang sama, bolehlah cuba Rosken Skin Repair ni. Jangan bimbang, saya review ni bukan sebab dapat payment ke apa. Saya review barang yang saya guna, dan berkesan pada saya. Siapa tahu bagus juga untuk anda.

Salam sayang,
Dhiya

Jumaat: Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2014


Bismillah

Salam Jumaat :)
Insya Allah pagi ini saya akan ke KL untuk buat bayaran dan mengambil kunci rumah tamu. Akak dan anak-anaknya akan datang ke KL untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang memang wajib bagi kami.

Alhamdulillah
Saya bangga kerana dilahirkan sebagai salah seorang pencinta buku.
Amat.
Hingga pada usia sekarang pun, saya tak pernah punya minat berlebihan terhadap arus fesyen yang selalu berubah (bukan bermakna saya jumud dan tidak pandai berfesyen langsung), tapi saya semakin jatuh cinta dan ingin bercinta dengan buku!
 Kalau berjalan di pusat membeli belah, saya akan cari kedai buku seperti POPULAR, MPH atau Kinokuniya di KLCC. Kalau di Temerloh pula, kedai buku kegemaran saya adalah Pustaka Saujana. Saya boleh dikatakan membesar dalam kedai buku Pustaka Saujana tu sejak kedainya kecil hinggalah mempunyai kedai dua tingkat sekarang ni.

Ouh~
Lagi satu, bau buku terutamanya yang berkulit kuning tu sangat nikmat.  Haha~ Saya tak kisah untuk membaca dalam apa juga keadaan dan selalunya saya tak pernah lupa untuk bawa buku kalau ke mana-mana.

Habit saya ni sangat kontra dengan Elis. Memang kami adalah dua manusia yang sangat jauh berbeza. Kadang-kadang, kalau kami ke kedai buku, dia lebih rela tunggu di luar, macam tak nampak mutiara emas berlian dalam buku-buku tu. Sakit kepala dibuatnya. Tapi baiknya, walaupun dia jarang ada masa membaca, tapi dia akan tanya balik apa yang saya dah baca dan saya akan terangkan kepadanya. Bagus juga untuk listening skill dia dan membebel skill saya. Hahah!

Insya Allah untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2014, saya masih menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. RM250 tu kalau tunai, memang cepat habis dan kadang-kadang tak nampak pun habisnya ke mana. Tapi kalau dalam bentuk baucer ni, saya tak dapat bayangkan berapa banyak buku yang boleh dibeli! Seronoknya!

Saya memang gila dengan  PBAKL ni. Dua tahun lepas- Semasa masih bekerja, saya sanggup ambil MC sebab nak ke PWTC. Oh...ngok nye masa tu! Haha! Tak apalah, janji gembira dan puas!

Insya Allah 1st round ni saya nak raikan akak dulu. Saya boleh datang bila-bila masa guna pengangkutan awam. Elis pun selalunya tak menolak untuk ke sini sebab event ni setahun sekali sahaja. Jadi dia tahu saya punya 'gila' tu tak lama mana.

Untuk pembaca blog DDD yang akan ke PBAKL 2014, selamat membeli belah ya. Bawa luggage untuk isi bahan belian dan jaga barang berharga masing-masing. Oh ya, paling penting- Jangan tinggal solat. Surau ada disediakan di sana. Hehu!

Jumpa di PBAKL PWTC,
Dhiya

Panggilan Temuduga: Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)


Bismillah

Saya menerima berita 'terkejut' pagi ini.

Dah lama juga rasanya tak dapat panggilan temuduga SPA. Ini kali pertama saya menerimanya dalam tahun 2014.
Ada sesiapa yang dapat panggilan yang sama?
Atau ada sesiapa yang pernah menghadiri temuduga untuk jawatan ini?
Mohon kongsikan dengan saya :)

Nampaknya saya kena duduk dan buat sedikit ulangkaji tentang jawatan ini. Lama dulu, sewaktu temuduga PTD M41, saya ada juga buat ulangkaji. Tapi semestinyalah dah lupa. Hihihi

Elis ucap tahniah. Tapi pada saya, ini baru temuduga. Ramai pun yang tahu temuduga untuk masuk ke dalam perkhidmatan awam agak mencabar.

Doakan saya.
Semoga ada rezeki sempena bakal menamatkan pengajian hujung tahun ini.

Salam sayang, 
Dhiya

Pembentangan Kertas Kerja- Tarikh dah Diumumkan!


Yeay!
Yeay?

Cuak

Sebelum ni rabak sangat bercakap-
Tapi hanya bercakap.
Sambil menangis
Sambil gelak
Kadang-kadang melawak

Ha sekarang
mari bersedia
Untuk bercakap
Penuh isi, fakta dan teori
Semua ni markah
Bisu di depan
Markah terkorban

Gelak lagi kan
Gelak la
Gelak...

Hahahah!
Gelak kat diri sendiri
 ************************************
Slaid pembentangan dah siap
Dah email dan tunjuk pada Dr. Zaha
Esok lusa dia komen
Pinda sikit-sikit
Kemudian akan berlatih bercakap
Macam biasa-
Depan cermin

Tolong doakan
Rasanya dah lama tak buat kerja
Ala-ala Dr. yang kacak masa kat UM dulu.

Eh~
Hoi!

Dhiya

Welstory Cafe & Rakan Korea


Bismillah

Rindunya cafe ni.

Walaupun makan kami memang hari-hari di sini, dan tak semua benda kami boleh makan- Tapi ada satu ruang lain di cafe ni yang kami semua suka.

Lepas habis kerja-kerja makmal, kadang-kadang ada trainer yang baik akan bawa kami ke cafe dan belanja kopi yang sedap-sedap  ni. Di Korea, memang budaya kopi sangat signifikan. Di sudut-sudut makmal, ada je mesin kopi untuk semua sementara menunggu kerja-kerja makmal dan ianya percuma! Itu yang seronok.

Cafe ni menyediakan kopi dan minuman jus kepada sesiapa yang memerlukan refreshment berbayar. Sedap pun sedap.

Saya memang tak pernahlah pergi semata-mata nak beli kopi dan minuman di sini. Secawan  ni saja dah cecah KWN3500 bersamaan lebih kurang RM10. Dah macam Starbucks!
Strawberry Smoothie. Kalau tak silap. Hehehe
Selalunya kami ke sini kalau ada tutor kami yang cool nak belanja. Mereka juga selalunya jenis yang nak bersembang dan suka tanya macam-macam. Masa ni lah kami akan push aside perbezaan kami dan kami bersembang like friends. Kami akan tanya tentang bahasa, budaya dan cara hidup mereka. Begitu juga mereka. Paling tak boleh elak, kami akan ditanya tentang agama. Isu tudung yang saya pakai juga selalunya termasuk dalam topik perbincangan. Jadi saya selalu bersedia dengan jawapan yang rasional dan tepat untuk mereka.

Masa ni lah kami semua memperbaiki kemahiran komunikasi kami termasuklah penguasaan Bahasa Inggeris kami. Kalau nak tahu, mereka pun bukanlah perfect sangat dalam berbahasa Inggeris. Mereka menggunakan Hangul dan berbahasa Korea sebagai bahasa rutin. Jadi kami secara tak langsung berusaha keras untuk menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan tepat agar dapat difahami.

Saya juga gemar menunjukkan gambar-gambar tempat-tempat dan makanan tempatan Malaysia. Apabila mereka melihat, mereka gemar bertanya dan di situlah kami boleh membuka topik perbualan. Mereka ni sangat peramah sebenarnya, cuma saya faham yang mereka kurang yakin dengan bahasa. Alah, macam kita jugalah kan. Ada masa yang kita sangat tak yakin nak berkomunikasi dengan orang lain apatah lagi kalau melibatkan Bahasa Inggeris.

Jadi kepada adik-adik yang masih belajar, pastikan anda menguasai Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya pada tahap sederhana. Teruskan berusaha hingga anda yakin untuk menggunakannya di peringkat universiti. Sungguh, bahasa pengantar ini sangat penting.
Manglish yang kita guna berslang sampai berbelit lidah tu bukanlah yang terbaik. Kalau bawa ke luar negara, tak ada siapa akan faham. Ingat tu.

Sungguh, saya sangat rindu cafe ni. Tempat melepaskan tekanan selepas berhempas pulas dalam kelas dan makmal. Ouh!

Rindu Daejeon,
Dhiya

Kebakaran Kilang di Salak Tinggi


Bismillah

Ya.
Semalam kebetulan saya berada di sekitar Salak Tinggi Sepang untuk food hunting. Dari jauh saya nampak asap, yang saya ingatkan awan gelap sebab masa tu memang mendung nak hujan.
Boleh nampak dari jauh!
Tapi semakin dekat, semakin gelap pula asapnya. Tak lama kemudian saya nampak jentera bomba. Oh memang sahlah ada kebakaran. Tapi melihatkan asapnya yang sangat hitam, saya agak ini bukan kebakaran biasa-biasa. Kebakaran kilang, mungkin.

Tak lama kemudian memang sahih ada kebakaran kilang sarung tangan di kawasan berhampiran. Tahu pun semasa kami makan. Ada dengar orang di situ bersembang.

Masa kerja dulu, saya pernah mengikuti satu kursus pencegahan kebakaran terutamanya dalam kilang macam nilah. Jurutera mekanikal atau pembinaan selalunya memang akan concern tentang hazard ni sebab risikonya tinggi dan kesan jika berlakunya insiden ini juga sangatlah teruk.

Baca dan lihat gambar lagi: Sini, sini dan sini

Dhiya

Kedai Roti Sung Sim Dang @ Daejeon


Bismillah

Kali ini saya nak kongsikan tempat 'lepak' kegemaran saya dan rakan-rakan Malaysia semasa di Daejeon. 
Skyroad ni terletak atas sikit dari bandar yang ada Emart yang selalu kami pergi tu. Kiranya kalau nak have fun lebih sikit, selalunya kami akan naik bas 604 terus ke Skyroad. Pada kami, have fun lebih sikit tu bukannya boleh makan beria atau tengok wayang pun. Saja jalan-jalan je~ Di sini banyak kedai-kedai pakaian, kosmetik dan restoran yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Paling istimewa bumbung LED di satu lorong yang digelar Skyroad itulah merupakan tarikan utama tempat itu.
Pemandangan jalan Skyroad pada waktu malam. Memang 'hidup' sebab kebanyakan mereka menghabiskan waktu selepas bekerja di sini untuk makan malam dan meluangkan masa dengan teman-teman.
Bagi kami, tempat terbaik adalah kedai roti Sung Sim Dang ni ha. Setiap kali ke Skyroad, saya memang tak akan melepaskan peluang masuk ke kedai ni sebab ianya sangat istimewa. Dr. Jung pun- setiap kali bawa kami untuk program luar, dia selalu belikan roti dari kedai ni sebagai bekalan sarapan kami semasa dalam bas. Comel kan? Ya, dia memang ayah yang baik dan prihatin.
Sung Sim Dang merupakan kedai roti tertua di Daejeon dan sangat terkenal! Cubalah Google nama ni, anda akan faham betapa signifikannya Sung Sim Dang dengan bandar Daejeon. :)

Kenapa saya kata kedai roti ni istimewa? 

Pertama kali saya masuk ke Sung Sim Dang, saya dibawa oleh Angel. Saya lihat banyak sangat roti dan ada pekerja yang sibuk memotong roti-roti tersebut dan diletakkan ke dalam bekas tester. Rupanya salah satu keistimewaan Sung Sim Dang adalah ada free tester- which is very goooooood for us!
Angel bawa saya keliling longgokan roti tu dan dia suruh saya rasa semua roti yang saya boleh makan. Not too worry sebab setiap roti ada nama dalam Bahasa Inggeris, jadi saya boleh tahu bahan-bahannya supaya boleh elak roti yang berasaskan daging.

Mula-mula saya takut dan rasa macam tak patut je nak rasa tester tu beria. Tapi saya tengok ada je orang yang sekali dia rasa roti tu sedap, dia akan ulang banyak-banyak kali dan even kalau tester roti tu habis, dia akan minta dan tunggu sampai mangkuk tester tu diisi semula. Paling unik, tak ada langsung kes ambik roti jualan dan semua orang setia meminta dan menunggu roti tester- Padahal pekerja tu ambil roti yang nak dijadikan tester tu dari roti yang nak dijual juga. Can you see their attitude?

Sebaik saya faham bagaimana Sung Sim Dang meraikan pengunjung, saya pun memang dengan muka tak malu merasa semua jenis roti berasaskan tumbuhan di situ. Ada satu roti kentang tu sangatlah sedap dan saya memang ulang banyak kali sampai kenyang!
Cuma iyalah...Kita orang Melayu ni kan (paling nipis iman pun) ada lagi rasa bersalah dan lembut hati. Saya selalu terfikir: ' Aku makan banyak ni, pekerja dia mesti perasan sebab aku kan pakai tudung- Senang dia nak cam (TT)' 
Hahah!

Eh
Apadehal~
Saya dengan Angel pernah makan roti Sung Sim Dang sampai kenyang dan kami jimat duit tak beli makan malam hari tu.
Tester diletak dalam mangkuk putih tu. Kebanyakan pizza saya tak boleh makan sebab ada campuran meat floss dan sosej.
Tapi kalau roti kentang, bijan dan kacang merah- Saya sanggup berdiri depan mangkuk tu dan makan sampai kenyaaaaang! Modalnya kecil je. Bawalah air siap-siap...Sung Sim Dang tak sediakan air (banyak cantik la kan~) kalau tercekik kat situ.
Tengok la adik baju merah kat sebelah kiri gambar ni. Bukan main lagi dia menikmati roti tester Sung Sim Dang
Semua delegate kami pun tahu taktik ni dan saya yakin semua pun pernah buat. Nak jimat bajet kononnya~ Hahah! 
Tapi saya percaya ini adalah sebahagian dari strategi pemasaran mereka. Mereka mahu buat sesiapa sahaja yang datang dan masuk ke kedai Sung Sim Dang mereka keluar dengan membawa viral positif tentang Sung Sim Dang seperti yang saya sedang lakukan sekarang.
Saya boleh faham ucapan yang tertulis dalam Bahasa Arab tu.
Tengok saja ucapan pelbagai bahasa yang tertulis pada cawan mug ini. It means that Sung Sim Dang memang menerima ramai pengunjung dan mengambil kesempatan itu untuk membuktikan kepada pengunjung sekarang akan kekuatan mereka. Mug ni tersusun elok dalam satu almari kaca di satu sudut kedai mereka.
See the pink fluffy girl? Itu An yang menjadi pemangkin saya untuk tidak rasa malu masuk ke Sung Sim Dang dan menikmati roti kacang merah mereka. Hahah!
Daejeon ni tak ramai orang Malaysia. Kalau ada rasanya di KAIST sahaja. Itupun mesti dah ada keluarga, rumah sewa dan asrama yang sempurna bersama strong community dan tak perlu nak makan free di Sung Sim Dang sangat. (buat muka sedih~).
Kami yang musafir ni memanglah kena belajar survive sikit.

Tapi kami enjoy melakukannya.

I miss Daejeon, Korea!

Dhiya

Bas Terbalik lagi?


Serius saya sangat takut dengar.
Tambah-tambah laluan tu adalah laluan saya balik ke kampung.

Dah kenapa ye?
Kalau sekali ada insiden bas
Meleret-leret insiden yang menyusul

Salah pada jalan? Mungkin
Salah pada pemandu? Hampir ya
Takkan salah penumpang kut
Ada penumpang yang menari berlari dalam bas tu- sampai tumbang ke?
Tak pun ada yang rampas steering bas tu ke?

Maaf nampak bias
Tapi kadang-kadang
Ada pemandu bas yang memang macam berlumba di lebuhraya

Lepas ni
Kemungkinan besar
Saya akan memandu kereta untuk balik ke kampung
Kalau congak-congak balik pun
Harga tiket pergi balik
Dah sama dengan minyak dan tol pergi balik.
Nak buat pengiraan ke?
Tak payah~

Memanglah
Naik apa pun
Risiko tetap ada
Tapi sekurang-kurangnnya
Kita berusaha

Malaslah nak argue panjang
Harap insiden ni tak akan berlaku lagi
Banyak nyawa yang tergadai

Dhiya

Meja Belajar


Bismillah

Selamat hari Ahad. Bagi saya, kehidupan seorang pelajar tidak ada bezanya samada hari Ahad atau hari Rabu. Kami sentiasa dihambat senarai tugas yang panjang dan kadangkala perlu belajar dan mencari sesuatu yang asing lagi baru dalam hidup.

Tapi saya suka.

Saya suka keadaan tu.

Meja ini menjadi saksi susah payah, lintang pukang hidup saya sebagai seorang pelajar. Macam saya cakap dulu, emosinya amat berbeza dengan serabut di pejabat atau tempat kerja. 
Abaikan Hotfm streaming tu. Itu je halwa telinga yang saya dapat dengar kalau di kolej. Hotfm streaming jugalah yang beri saya perkembangan MH370.
Kadang-kadang, saya akan mengubah angin ke bilik khas di fakulti yang menyediakan fasiliti yang lebih sempurna. Bagusnya berbanding di bilik, tak adalah rasa mengada-ngada nak baring-baring dan tertidur atas katil empuk~! Kerja lebih fokus dan berdisiplin. Cuma- sejuk macam Korea!

Insya Allah bulan hadapan adalah bulan terakhir semester ini sebelum kami semua sibuk dengan pembentangan dan peperiksaan akhir.
Doakan saya boleh laluinya dengan baik, sebagaimana saya berjaya melepasinya pada semester yang lepas.

Meja belajar
Yang penuh emosi

Salam sayang
Dhiya

Penyelarasan Semula Tajaan dah Diluluskan :)


Bismillah
Alhamdulillah

Dalam kegusaran, banyak juga Allah bagi keringanan. Banyak hal-hal pengurusan pengajian saya dimudahkan kebelakangan ini. 

Terbaharu, permohonan saya supaya KPM menyemak semula tempoh tajaan saya selepas penangguhan untuk ke Korea tempoh hari akhirnya telah diluluskan.
Saya tahu ianya agak lambat. Sepatutnya semua ni boleh selesai semasa saya berada di Korea lagi. Tapi kesilapan dari pihak sekretariat siswazah menulis alamat menyebabkan surat dari universiti tidak sampai kepada saya. Apabila disemak, barulah saya tahu alamat salah dan mereka terpaksa buat balik surat  tu dan saya hanya dapat surat tu sebaik semester baru ni dibuka.
Atas kelewatan tu juga, lambatlah saya hantar surat tu kepada KPM dan akibatnya lambatlah juga surat jawapan dari KPM diterima. Nampak tak kesan dominonya di situ?
Tempoh baru dah diluluskan. Alhamdulillah.
Terima kasih KPM. Terima kasih En. Shukri pegawai di sana yang sangat baik dan melayan saya dengan penuh profesional samada melalui panggilan telefon dan email.

Sekarang saya tak ada alasan lagi untuk teruskan perjuangan.

Saya yakin, bantuan Allah ada dan sedia untuk hambaNya yang sedang berjuang.

Terima kasih Allah

Dhiya

Jatuh Cinta


Bismillah

Sekarang ni memang saya tengah jatuh cinta dengan tempat ni.

Undefined.

Tak tahu kenapa.

Perasaannya jauh sangat berbeza dengan suasana di UM dulu. Terasa saya lebih menghargai setiap inci peluang yang hadir.
Dah berjuta-juta kali saya tulis dan cakap, saya tak pernah akan menyesal berhenti kerja dan memilih untuk 'sakit' untuk tempoh ini.
Saya dah separuh jalan. Lebih dari separuh dah pun. Saya dah run projek dan menulis tesis. Tak ada sebab untuk saya berpatah balik.
Sangat.

Saya nak buktikan kepada mereka yang saya boleh.

Sekarang pun dah banyak yang terbukti.
Masa-masa macamnilah tiba-tiba kawan baik pun dah macam tak kenal kita...
Ada.
Adaaaaa...

Tapi tak apa
Mungkin bila saya dah kembali bekerja nanti
Dia akan kembali 'hai' saya.

Insya Allah.

Dhiya

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Pendidikan


Bismillah

Mungkin ramai yang tidak tahu, saya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana ini adalah dengan inisiatif sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana syarikat atau universiti. Sebaik mendapat tempat, barulah saya memohon pembiayaan yuran dari Kementerian Pendidikan Malaysia. It's a typical pathway and procedure for an ordinary Malaysian like me.

Memandangkan KPM hanya menaja bayaran yuran pengajian, jadi lain-lain yuran (yang saya tak mahu sebut di sini) adalah berada bawah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai palajar- Bukan hanya menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan, tetapi perlu mengambil perhatian terhadap isu pengurusan pengajian dan kewangan (hutang) serta kedudukan semasa kita di peringkat jabatan, fakulti dan seterusnya universiti.
Pengabaian hal ini mungkin boleh menjadi sebab kita gagal menyudahkan pengajian dan tidak boleh bergraduasi (Nauzubillah...)

Berbalik kepada isu pengurusan kewangan tadi, saya yakin ramai yang berada dalam keadaan saya- Belajar sepenuh masa dan tidak bekerja/ mengambil keputusan berhenti kerja.
Sebagai inisiatif untuk meneruskan survival perjuangan saya yang berbaki satu semester sahaja lagi, saya telah (terpaksa) mengeluarkan wang KWSP akaun 2 untuk menampung pengajian saya. Pada saya, itu lebih baik daripada membuat pinjaman terutamanya PTPTN!

Saya telah menelefon pihak KWSP bertanyakan prosedur permohonan. Jawapan yang diberikan sangat jelas dan mudah. :-

[1] Pergi ke pejabat bendahari universiti masing-masing dan minta surat pengesahan yuran anda. Hanya beritahu yang anda ingin keluarkan wang KWSP untuk bayaran yuran. Pihak bendahari maklum dan akan sediakan surat tersebut dalam tempoh 5 hari bekerja (bergantung kepada prosedur pejabat bendahari universiti anda)
[2] Isi borang KWSP 9H (Pengeluaran Pengeluaran Pendidikan).
Borang hendaklah diisi di laman web, masukkan maklumat lanjut nilai yuran yang telah disediakan oleh pejabat bendahari universiti masing-masing (yang telah dimohon lebih awal). Sebaik siap diisi, borang itu boleh terus dimuat turun dan dicetak. Prosedur adalah seperti berikut:
Pergi ke laman web KWSP. Di sebelah kanan tu ada pautan 'Borang- borang KWSP'. Klik.
Pergi ke bahagian 'Borang- borang berkaitan pengeluaran' dan cari pautan borang KWSP 9H (Pendidikan). Klik.
Anda perlu mengisi ruang yang disediakan dengan maklumat anda, barulah boleh dimuat turun...
...seperti ini
[3] Sediakan surat tawaran pengajian (asal) dan kad pengenalan. Buat satu salinan masing-masing.
[4] Bawa dokumen asal dan salinan ke mana-mana cawangan pejabat KWSP terdekat dan berurusanlah di kaunter macam biasa.
[5] Memandangkan saya belajar di Selangor, saya memohon di Selangor dan Alhamdulillah urusannya sangat cepat. Dalam tempoh kurang 2 minggu, saya dah dapat surat dari KWSP menyatakan yang permohonan saya telah diproses dan bayaran sedang disalurkan terus ke universiti.

Senarai semak:
- Surat pengesahan yuran dari pejabat bendahari universiti
- Muat turun borang KWSP 9H
- Surat tawaran pengajian (asal dan 1 salinan)
- Kad pengenalan (asal dan salinan)
- Kalau ada invois universiti yang boleh dicetak dari akaun kewangan pelajar (dalam sistem pelajar), bawa je. Dokumen sokongan juga tu.
Surat dari KWSP- Memaklumkan yang permohonan saya telah diluluskan.
Satu lagi adalah surat penyata amaun yang telah berjaya dipohon dan maklumat penerima bayaran. Jadi saya sudah senang hati- Yuran semester ni dah selesai!
Pada saya, tak kisahlah keluarkan KWSP tu sebab memang ada haknya pun. Insya Allah nanti apabila bekerja semula, semoga bertambah-tambahlah simpanan saya. Hehehe.

Harapnya info ini akan membantu rakan-rakan saya di luar sana. Insya Allah semoga berbaloi dan Allah mudahkan urusan pengajian kita semua.

Selamat maju jaya,
Dhiya

A Woman's Apology


Bismillah

Today's Wordless Wednesday entry is out!

Selalunya macam tulah~

Congrats My Korean Friend!


Bismillah

Torres secara rasmi telah diterima mengikuti pengajian MBA di Amsterdam. Dia telah tag nama saya dalam salah satu statusnya di FB menyatakan yang dia telah berjaya.
Dia juga merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan saya (yang sepicing tu) dalam menyemak karangannya tempoh hari.

Blushing

Semasa dia di Malaysia dulu, kami taklah serapat ini. Sejak saya ke Korea dan kami berjumpa di Seoul Oktober lalu, kami sangat rapat dan selalu saling bertanya khabar. Dia juga mengikuti perkembangan MH370 dan selalu mengirimkan doa dan kata-kata sokongan buat Malaysia. Katanya dia terasa dekat dengan Malaysia kerana dia punya ramai kawan semasa berada di sini dulu.
Tengoklah status yang dia tulis. Satu apa pun saya tak faham. Yang saya tahu hanyalah nama saya ada di-tag di situ. Haha~!
Torres akan berkahwin tahun hadapan dengan gadis pilihannya- Seorang guru. Insya Allah kalau panjang langkah, saya merancang untuk kembali ke sana untuk majlis perkahwinannya di Busan. Dia juga akan ke Malaysia Julai ini. Jangan tanya saya macamana nak jumpa dia. Hahaha!

Tahniah Torres!
Saya tahu awak masih boleh faham dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Senyum,
Dhiya

Sambal Hitam Pahang


Bismillah...

Argh!
Kecur air liur saya dibuatnya!

Ini gambar sambal hitam yang mak bekalkan untuk saya tempoh hari. Ya Allah sorganyaaaaa! Sedap amat!

Untuk pengetahuan, keluarga saya bukan asal jati Pahang. Jadi kami memang tak berapa terdedah sangat dengan makanan tradisi macam ni. Pernah dulu, patin tempoyak tu sangat pelik pada saya. Tapi sekarang Alhamdulillah saya dapat sesuaikan diri dengan baik sekali.

Sambal hitam Pahang ni adalah antara makanan kegemaran saya. Selalunya ia dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tak ada lauk lain pun sebenarnya dah cukup. Rasanya masam-masam manis, tambah pedas cili padi. Fuuuh!

Kalau yang belum tahu, sambal hitam ni bahan utamanya adalah belimbing buluh yang telah direbus lama hingga belimbing tu menjadi hitam dan air rebusannya berasa masam (macam rasa air asam jawa). Jadi masam dia memang lain. (lap ayaq lioq lagi). Kebetulan, belakang rumah kami ada 3 pokok belimbing buluh ni. Mak dah rebus banyak periuk belimbing ni buat stok. Ouwh~!
Insya Allah nanti saya akan kongsikan resepi penuh sambal hitam ni. Buat masa ni, mak je yang hebat dalam misi ni. Insya Allah saya nak belajar juga supaya bakal mertua nanti terus lembut hati. (Hoooo)

Korang sabar eh...
Nanti saya kongsikan resepinya.

Telan ayaq lioq,
Dhiya

Simulation & Report


Bismillah

HOMER
Semester ni berkenalan dengan software ni. Boleh tahan fun. I really mean that. Seronok sangat menggodak benda alah ni. Assignment pun sekali dapat 5 set terus. Perfecto!

Dua hari yang saya tak balik cuti sem tu- 
Sebab dia ni lah. Simulation tu yang kritikal sikit. Report boleh dikatakan Insya Allah tak ada masalah.
Saya tekad nak siapkannya di kampus. Tak mahu bawa balik. Alhamdulillah azam tercapai. Sehari je. Sehari yang tinggal tu dapatlah saya siapkan dua set report. Berbaki 2 report dan satu hand calculation yang perlu dibuat- Insya Allah boleh buat masa di rumah ni.
Simulasi
Dah dapat jawapan dari simulasi, kena pindahkan pula secara manual kepada laporan bertulis. Prof KS kesayangan saya tu tak mahu HTML Report. Itu semua orang pun boleh generate katanya.
Alhamdulillah.
Doakan saya terus bersemangat.
Saya sangat menikmati pengajian saya sekarang.
Dah sejuta kali ulang, saya tak menyesal langsung berhenti kerja dan pilih jalan payah ni.

Banyak Allah buktikan kasih sayangNya selama saya 'tiada apa-apa' ni. Insya Allah saya bercadang untuk tulis panjang tentang kisah pengajian Msc. saya yang penuh cabaran ini sebaik saya tamat pengajian hujung tahun ini.

Doakan!

Salam sayang,
Dhiya

Saya Sokong: AJ Jangan Letak Jawatan #MH370


Bismillah...

Artikel asal: Sumber

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia menyokong Ahmad Jauhari Yahya untuk kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), jika berpandukan apa yang diperkatakan di internet.

Merujuk kepada komen yang sedia ada di media sosial, majoriti tidak mahu Ahmad Jauhari meletak jawatan ketika syarikat penerbangan nasional itu berhadapan dengan krisis.

Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Jauhari, dan menyatakan mereka menghormati beliau dan berbangga dengannya.

Saya hormat #ahmadjauhari. Anda dapat berhadapan ketakutan dan bangkit untuk mengatasinya. Semoga Allah memberkati dan menunjukkan jalan, ” kata Sabariah Nordin.

Dalam laman Facebook Astro AWANI, “Fo Fo Wanshu wanmo”perkara ini di bawah bidang tugas AJ. Sebab dia rasa bertanggungjawabla dia masih pegang jawatan ni. Bila dah selesai baru dia pertimbangkan untuk resign. Bukan jadi bacul bila ada masalah terus larikan diri.

Seorang lagi, Sherryl Rahman, menulis dalam Bahasa Inggeris: “Saya tidak faham kenapa orang Malaysia dan dunia mempersalahkan beliau untuk segala-galanya. Kenapa?

Zalea Zie Zamin Shah berkata semua pihak yang terlibat dalam MH370 perlu meletak jawatan juga kalau Ahmad Jauhari, yang juga dikenali sebagai AJ, perlu melakukan yang sama.

Kalau AJ melepaskan jawatannya saya juga berharap semua yang berkaitan dengan MH370 juga melakukan perkara yang sama.Bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.jgn hanya menjadikan MAS sahaja yg perlu dipertanggungjawapkan,” katanya.

Pada halaman Astro Awani, hanya segelintir komen, daripada beratus-ratus lagi, yang berkata Ahmad Jauhari perlu berhenti.

Mohamad Zizul berkata: "Bagi memulih imej MAS di mata dunia..beliau kena letak jawatan atau jika brlaku satu kemalangan lg atau kerugian maka di akan dikambing hitam kan."

Sejak MH370 hilang pada 8 Mac, sudah ada beberapa pihak telah mengkritik cara mengendalikan perkara ini dan ada yang meminta Ahmad Jauhari untuk meletak jawatan.

Seruan ini bukan satu perkara baru, kerana Ahmad Jauhari juga telah dipersalahkan untuk kerugian kewangan yang berterusan MAS mengalami.

Pada bulan Februari, MAS mengumumkan kerugian RM1.17 bilion bagi 2013.

Hari ini, Kinibiz, memetik sumber-sumber industri, melaporkan bahawa kontrak Ahmad Jauhari berkemungkinan tidak akan dilanjutkan selepas tempoh asal tiga tahun akan tamat pada September 2014.

****************************
Pendapat peribadi saya:

AJ tak perlu dan jangan letak jawatan.
Lihat sisi positif.
Berapa ramai dalam dunia ni-
Kalau salah BENDA,
Ada ORANG yang mengaku bertanggungjawab.
Tak ramai.
AJ salah seorang yang melaluinya.

Paling tidak-
Dia BERANI tampil
Walau dia sendiri pun sakit
Tak makan, tak balik rumah
Memikir masalah sejagat-
Yang mahalnya adalah nyawa.

So Malaysians,
Please stand by his side
Lend him some support
As well as to our leaders (regardless of political stands)

We really need to unite
Now and after this.

#AJjanganletakjawatan.

Sokong,
Dhiya Dahlia

Semua Dalam Satu


Bismillah

MH370
Masih sepi. Liputannya juga semakin kurang. Tak macam 2-3 minggu pertama dahulu. Tapi saya mengikuti perkembangannya. 
Lama-lama saya tak boleh menolak yang isu ini ada kaitan dengan konspirasi Amerika. Maaf. Jangan saman saya. Tapi gerak hati saya kuat ke arah itu.
Saya masih optimis bahawa kesemua penumpang MH370 masih selamat. Selagi tiada bukti serpihan pesawat timbul di Laut Hindi, selagi itu saya yakin mereka masih hidup.Saya bercakap sebagai seorang manusia. Humanity akan membuatkan kita lebih menghayati isu ini.

Tudung
Malaslah nak cakap lebih pasal jenama tudung dan isunya. 
Pada pandangan saya, pertama sekali kena betulkan balik niat bertudung. Tanya diri: KENAPA KENA BETUDUNG?
a) Bertudung sebab Allah (fitrah menerima tu datang dari hati dan sukar diterangkan)
b) Bertudung sebab fesyen?
Rasanya kalau kita ikhlas bertudung, kita tak akan bertekak tentang hal ini. Mahal atau murah bukan menjadi persoalan sebab matlamat utama kita adalah mencari yang patuh syariah. 

Bas Terbalik
Kenapa-
Sejak kebelakangan ni banyak sangat kemalangan melibatkan bas?
1. Kemalangan di PLUS- pemandu maut
2. Bas sekolah membawa pelajar terbalik- Ada pelajar maut
3. Minggu lepas ada bas terbalik di Pulau Pinang kan?
4. Hari ni di Bentong- Transnasional terbalik dan ragut 3 nyawa
Itu belum kira kes terburuk di Genting tahun lepas.
Sekarang ni, bas yang saya naik setiap kali ulang-alik ke kampung pun macam dah menakutkan saya. Ramai pemandu muda dan memang terasa sangat kegelojohan pemanduan mereka. 
Kalau yang nampak 'budak' tu, saya tegur juga. Tapi ada yang menyindir kita balik. Saya memang tunggu masa mengumpul bukti. Kalau hilang sabar nanti, saya akan tulis surat.

Cukup. Tiga topik yang saya gabungkan jadi satu. Kalau saya bincang satu persatu, boleh jadi panjang dan menimbulkan arguments. These are just my 2-cents idea that are genuinely come from my heart. You might have yours.

Selamat berhujung minggu,
Dhiya

Koc Wanita @ Keretapi Tanah Melayu Tidak Dihormati?


Bismillah...

Ini situasi dalam koc wanita KTM semasa saya dalam perjalanan balik ke kampung Rabu lepas. Saya memang jarang guna KTM. Tapi sejak 'tercampak' di sini, saya akan guna KTM, koc wanita semestinya kalau nak ke mana-mana terutamanya ke Kuala Lumpur kalau ada urusan.

Tapi sepanjang pemerhatian saya, ramai lagi kaum lelaki yang tidak sensitif dengan kewujudan koc pink ini. Masa hari ni, sebaik saya masuk ke dalam koc- Saya lihat ada beberapa orang lelaki berada di dalamnya tanpa rasa bersalah. Saya pandang tajam-tajam sambil konon-konon mengeluh dengan beg yang banyak dan berat. Puuuuuun masih tak faham.

Memang.
Kebanyakannya bukan orang Malaysia. Tapi saya ternampak juga beberapa orang lelaki tempatan di dalam koc wanita. Pelik kan?
Tak peka?
Tak baca?
Tak cakna?
Kadang-kadang rasa kelakar pun ada.
Jalan dengan teman wanita- Terlalu protective sampai masuk koc wanita.
Macamtu ke?
Bukti punya pasal. Saya sanggu snap gambar ni. Yang berbaju hitam dalam gambar ni adalah seorang lelaki. Yang berbaju putih tu pun rasanya jelas lagi nyata seorang lelaki.
Ada beberapa kali saya lihat pegawai bertugas 'menghambat' kaum lelaki ini supaya ke koc lain. Ada yang akur sambil buat muka tak bersalah, ada yang banyak soal dan tak kurang juga hanya terus duduk di koc wanita tu tanpa rasa bersalah.

Haila...
Rasanya di luar koc tu dah terang lagi nyata tertulis 'koc wanita' siap dengan warna merah jambu dan lambang wanita lagi. Kalau tandas kita boleh bezakan antara lelaki dan wanita, kenapa koc ni tak dapat dibezakan juga? Walhal lambangnya tetap sama.

Saya percaya tujuan utama kewujudan koc wanita ini adalah untuk menjaga keselamatan kaum ini yang terdedah kepada risiko selama keluar dan balik bekerja. Tapi apabila tujuan ini tidak dihormati, maka koc ini seperti tidak ada beza dengan koc lain.

To all,
Please note that Keretapi Tanah Melayu (KTM) intercity train (Rawang- Seremban) has a special coach for ladies to make them comfort and safe during their outing. It's called Ladies' Coach and colored in pink!
Please be considerate and have some respect. :)

Ladies, mari ramai-ramai tegur kalau ada kaum Adam dalam koc wanita. Itu hak kita ok~!

Salam sayang,
Dhiya

Kerja Lebih Masa Rosakkan Jantung


Bismillah

Kakak abang yang sedang bekerja tu, nanti sampai waktu balik- Baliklah
Kakak abang yang khusyuk bekerja sampai tak sedar jam dah cecah pukul 5.30 petang lebih tu- Baliklah sekarang

Kerja lebih masa boleh rosakkan jantung!
 Lagipun
Kita bekerja untuk hidup
Hidup untuk Allah
Banyak lagi kerja khalifah yang kita boleh buat selain kerja-kerja pejabat ni
Mana tahu kut-kut boleh berjemaah dengan keluarga
Bukankah itu lebih indah?

Kerja di pejabat tu
Memang tak akan siap
Memang sentiasa ada

Tapi dengan syarat
Masa bekerja-
Bekerjalah dengan fokus
Jangan tengok drama, layan FB, bersembang atau uruskan perniagaan online

Kunci keberkatan
Kita yang pilih untuk pegang atau buang
Supaya cukup bulan
Dapat gaji
Sentiasa cukup
Itu petanda berkat

Berdasarkan pengalaman saya-

Waktu bekerja: 9 pagi- 5.30 petang.
Pukul 8 pagi, saya dah terpacak di ruang kerja saya, sarapan dan baca surat khabar siap-siap. Tepat jam 9 pagi- Mula bekerja dan bersikap profesional. 
Dulu, committee ada simpan nombor telefon peribadi saya. Kadang-kadang ada la seorang dua yang tak ada common sense tu akan call saya seawal jam 7 pagi. Ada masa saya masih di rumah bersiap-siap ke pejabat. Masa tu saya lurus bendul- Jawab panggilan telefon mereka. 
Sama juga waktu habis kerja. Ada seorang committee ni suka sangat request macam-macam pada pukul 5.30 petang. Kadang-kadang saya dah galas beg pun. Geram. Tapi sekali lagi, masa tu saya lurus bendul- Duduk balik dan lunaskan permintaannya.

Lama-lama saya fikir- Saya ni dah macam kuli yang bekerja tak tentu masa. Privasi saya tidak dihormati. Kurang 6 bulan, saya bertegas dengan semua orang di sekeliling saya. Saya tidak lagi melayan panggilan telefon dari mereka yang masuk ke nombor peribadi sebelum 9 pagi dan selepas 5.30 petang.
Saya balik tepat jam 5.30 petang walaupun saya tahu, Jane cakap saya tak bagus sebab selalu balik awal.
Pada saya-
Balik awal, kerja tak ada yang tertangguh- Itu tandanya efisyen.
Yang duduk lama depan komputer sampai pukul 8 malam tu belum tentu lagi buat kerja.
Sebab apa saya berani cakap?
Anak buah kesayangan dia sendiri kantoi dengan saya- blog walking dan FB semasa bekerja. Nak kata apa?

Stress tulah yang menyebabkan risiko sakit jantung.
Lebih baik balik awal, solat Asar dan jalan-jalan di Tasik Perdana sementara tunggu azan Maghrib. Itu lebih sihat~

Baliklah.
Kalau nak tunggu kerja siap
Memang tak akan siap
Sampai mati (maaf cakap) pun
Tak akan selesai
Akan ada orang baru ganti dan sambung kerja tu.

Betul tak?

Dah pukul 5.30 petang ni.
Pergi balik!
Oh...Siapa yang baca entri ni dalam waktu bekerja, lebih baik ganti dulu masa tu. Baru boleh balik ke rumah dengan aman.

Ingat.
Berkat.
Sihat.
Kongsi nasihat.
Maaf.

Salam sayang,
Dhiya

Daging Salai Masak Lemak Cili Api @ Batang Benar


Bismillah...

Inilah gara-gara berkawan dengan orang Negeri Sembilan!

Pertama kali kami buat keputusan untuk datang ke sini, saya sangat keliru. Kenapa sanggup kami memandu dari Bangi sejauh ini hanya untuk makan tengahari?

Rupanya...
Itulah titik permulaan saya jadi ketagih dengan menu daging salai kat sini. Memang ori Negeri Sembilan punya. Haih...(face-palm)

Sampai sekarang pun, kalau rasa gagah, kami akan ke sana untuk makan tengahari. Selalunya kami akan gerak awal sebab nak elak peak hour waktu makan tengahari. Biasanya dalam pukul 12 tengahari tu kami dah boleh duduk dan makan dengan selesa. Saya dapat bayangkan, kalau pukul 12 tengahari baru nak gerak, jenuhlah nak tunggu meja kosong.

Minggu lepas saya berpeluang lagi ke sini. Sejak balik dari Korea dan kambali ke kampus semester ini, inilah kali pertama dapat jejak kaki ke sini. Punaylah lama tahan rindu dendam.

Gerai makan ni terletak hampir dengan stesen KTM Batang Benar. Kalau dari Nilai, stesen KTM tu akan berada di sebelah kiri pemanduan. Jadi pandu terus dalam lebih kurang 500 meter, anda akan nampak gerai-gerai makan dengan kereta yang banyak di tempat lapang. Ha..Itulah tempatnya.

Saya memang dah jatuh cinta dengan gerai No. 3 ni. Daging salai pucuk ubi masak lemak cili api dia memang terbaik! Setiap kali datang sini, memang itulah menunya. Tak pernah pula cuba yang lain. Tunggulah kalau dah boring nanti (boring ke?), saya akan cuba lauk lain~ Saya dengar gerai No. 4 sebelahnya pun sedap juga menunya.
Gerai kegemaran saya- Gerai No. 3. Orang kata Gerai No. 4 pun sedap juga, tapi kami masih belum cuba lagi. Di sini juga, di gerai paling kanan, ada dijual pelbagai manisan termasuklah trifle, dadih, dan puding. Memang pakej sangat.
Menu kami dari dulu sampai sekarang. Tak lebih, tak kurang. Paling wajib ada mestilah daging salai masak lemak cili api tu. Lain-lain kami dah tak kisah sangat.
Here goes my ratings:

Sajian: Menu kampung. Memang sedap.Selain daging salai, ada itik salai, ayam salai, ikan keli salai dan macam-macam lagi menu kampung. Tak nak cerita lebih. Lapar nanti. 9/10
Harga: Berbaloi. Kami makan macam dalam gambar tu, siap air limau ais- lebih kurang RM15 sahaja. Lepas tu, kami bungkus pula lauk daging salai tu. (Tamaknyaaa). 8/10
Kondisi kedai: Gerai kampung saja. Jadi jangan expect makan dalam kedai ada penyaman udara. Kerusi pun kerusi kayu je. Tapi saya suka- Padan sangat dengan suasana kampung di sekelilingnya. Tempat letak kereta disediakan. 7/10

Jadi kepada yang rasa tercabar dengan menu-menu yang saya sebut di atas, bolehlah buat site visit ke sana secepat mungkin. Kalau tak silap, Gerai No. 4 tu dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Kami pun datang kalau hujung minggu je. Hari kerja memang taklah!

Ha yang dah meleleh ayaq lioq tu, pergilah esok. Nanti terkilan pulak~

Cepat!

Enjoy your meal,
Dhiya