Dalam kesibukan dan kepenatan setiap hari di hospital, ada masanya saya fikir mahu saja berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini pernah saya utarakan sebagai topik diskusi kami. Tapi dalam dunia yang serba tak cukup ini, ia sukar berlaku. Saya perlu menumpahkan keringat dan usaha sendiri untuk sama membantu sebuah survival masa depan.
Ya, saya kini seorang wanita berkerjaya...Baru bertatih mencari tapak dan sedang belajar selok belok dunia karier yang jauh berbeza dengan dunia universiti saya dulu. Banyak yang telah saya lihat, rasa dan fikir. Pelbagai kerenah manusia telah saya ketemu. Dari sebaik-baik hati dan budi hinggalah sejahat-jahat khianat kelakuan saya pernah jumpa.
Terima kasih kepada Mr. Sofian dan Dr. Nizar yang banyak membuka mata saya akan persepsi nilai sebuah dunia kerjaya umumnya dan kehidupan khasnya.
Hari ini, saya benar-benar di dunia realiti. Kalau dulu sewaktu belajar saya tidak sabar-sabar untuk menempuh alam pekerjaan, nah...Hari ini saya sudah punya kerjaya sendiri. Ia tak semudah dan semanis yang diimpi. Dunia kerjaya menuntut komitmen yang tinggi.
Saya tidak bercakap kosong. Mengambil contoh komitmen saya sekarang, kecuaian atau pelanggaran etika akan mendatangkan risiko kepada pesakit. Nyawa mereka adalah taruhan kerjaya saya. Gerun? Ya...Saya gerun. Saya pernah melihat kematian di saat orang memerlukan saya, sedang saya bukan Tuhan dah tidak mampu menyelamatkannya. Ajalnya menjadi bayaran.
Kerana itu, saya di sini dilatih supaya menjadi lebih teliti. TELITI!
Biar di mulut saya selalu merungut penat dan tidak suka, tapi hakikatnya saya belajar banyak perkara. Ada yang secara terus dan ada kalanya ia tersirat, tapi masuk ke hati sebagai hikmah. Saya mengambilnya sebagai ilmu. Antara yang termahal selain gaji sebagai pendapatan saya.
Esok...Isnin datang lagi. Cuti dua hari benar-benar memadamkan momentum saya untuk kembali bekerja. Argh! Tapi selalunya semua itu 'tipu' saja. Sebaik saya tiba di hospital nanti, rasa itu akan lenyap. Yang ada hanyalah kegembiraan. Mereka yang ada di pejabat semuanya baik-baik dan kelakar~
Baik-baik kerja esok, Dhiya!
p/s: Tiga hari lagi. Jangan lupa, tau!

No comments