April 2015


Selamat datang APRIL

Petang atau malam ni
Kita akan dapat harga petrol yang baharu.
Mungkin naik
Mungkin turun
Entah
Naik
Turun
Apa pak menteri kisah
Aku tetap kena isi tangki
Untuk datang kerja
Demi mencari rezeki
Yang perlu dibayar GST

Hasil keringat kita
Diambil orang tanpa rela
Diminta baik dalam paksa
Dicuri maling dalam jaga

Kasihan aku
Tapi apa boleh buat
Kita ditekan
Sampai lumat
Terima saja hakikat
Miskin melarat
Di tanah sendiri
Yang membusuk hitam berkarat

Mari yakin
Rezeki kita
Untung nasib kita
Dalam kawalan Allah Rabbul 'Alamin
Bukan dalam genggaman rapuh sang pemimpin
Apatah lagi yang kejam dan zalim 

Dhiya

Sale: Charles & Keith - Pedro - Flow - Victoria Secret - Converse- Kickers Warehouse Sale di SSTWO Mall, PJ


Bismillah

Tergugat jugalah iman, oi!

Mereka ni sengaja buat sale gila gila macam ni right after orang dapat gaji, kan?

Ok. Mari saya ceritakan duduk sebenar cerita ini. Alkisahnya, mendapat mesej dari Elis tentang hal ini. Mulanya saya tak kisah sangat dan saya sempatlah beritahu kepadanya yang saya tak akan terpengaruh dengan jualan-jualan murah macam ni dan berazam nak jadi pengguna bijak pada gaji pertama.

Sekaliiiiii....
Dia datang pada saya dan tunjukkan sepasang kasut Converse yang cantik dan harganya jauh lebih murah dari harga biasa. Eh korang ni dah kenapa? Tak rugi ke jual murah murah macam ni haaaa?
Saya: Hm..Tak minat pun kasut Converse..
Elis: Tapi banyak je kasut lain D...Lawa-lawa tau. Charles & Keith punya kasut boleh tahan banyak. Boleh buat pilihan. Beg-beg dia pun cantik.
Saya: ... (Kau kalau bab menggoda memang nombor satu, kan?)
Elis: Kita pergi Ahad, ok?
Saya: (Diam tanda setuju)
Jadinya, semalam (Ahad) pun kami pergilah ke SStwo Mall di Petaling Jaya. Memang tak glamour sebab saya pun tak pernah dengar nama mall ni sebelum ni. Elis pun ada beritahu yang SStwo Mall ini ada ura-ura akan dirobohkan kerana tidak mendapat sambutan dari penyewa- Samada sewa yang mahal atau kurang dikenali atau faktor-faktor lain yang mendorong kepada istilah tak laku~
SStwo Mall ni besar. Dah macam The Curve. Tapi sayang, banyak kedai kosong dan terbiar.

Ok kembali kepada trek asal.Saya datang ke SStwo Mall pada hari terakhir jualan gila ini. Banyak beg yang dah habis, tapi kasut masih banyak. Apa yang boleh saya katakan, memang berpinar juga mata melihat pelbagai rekaan kasut dan harganya yang sangat tak munasabah lagi mampu milik.
Kasut-kasut disusun berdasarkan saiz. Jadi saiz yang biasa untuk wanita Malaysia, haruslah menjadi rebutan seperti pisang goreng panas. Macam saya, kasut ni isu berat sikit sebab saya ada masalah kontur kaki. Jadi kasut pilihan saya bukan sekadar perlu cantik, tapi perlu selesa dan selamat untuk dipakai.
Hasil 2 jam di situ, dapatlah saya sambar sepasang pumps baldu berwarna coklat gelap jenama Charles & Keith. Harga yang ada pada kotak adalah RM49, tapi bila semak balik resit, harganya adalah RM19 dan ditambah lagi dengan diskaun 15% sebab saya dan Elis beli 3 pasang kasut. Banyak design yang dah tak available sebab dah di hari terakhir pun. Kalau ada pun, mesti saiz yang kecil atau yang terlampau besar :(
Kasut yang paling diva saya ada setakat ini. Erkkkk! Bila nak pakai ni weiiii~
Kasut ni boleh pakai kalau nak pergi shopping di Masjid Jamek.
Naik ke tingkat atas, saya dapat pula sepasang sneakers jenama Lee Cooper pada harga RM29.90. Dah daaahhhhh...kena balik segera atau lebih banyak duit akan tiris di situ!
Keluar dari SStwo Mall, saya tenung 2 kotak kasut yang saya beli. Rasa nak gigit Elis sebab dia dah pengaruhi saya untuk beli kasut. Tapi tak jadi nak marah sebab dapat 2 pasang kasut berjenama pada harga RM50 tunaaaaaiiiii.. Sah!

Salam sayang, 
Dhiya
Tidur sambil pakai kasut baru

Temerloh, Pahang


Bismillah

Dah tiga bulan lebih isu banjir kan. Ingat lagi ke kita? Atau sudah lupa? Setiap kali pulang ke kampung, saya akan ambil kesempatan untuk membuat 'lawatan tapak' di sekitar kampung. Sama juga rutin saya sejak peristiwa banjir tu. 
Masih
Masih ada rumah yang tumbang dek tiangnya rapuh
Masih ada kedai yang ditutup dan barang-barangnya tersadai di halaman
Masih kelihatan pokok-pokok sawit mati melainkan pucuk yang dapat menyelamatkan diri dari banjir.

Berikut saya kongsikan gambar-gambar sekitar tempat kegemaran saya di Temerloh, sebelum dan selepas banjir:-
Dalam perjalanan ke Temerloh, jalan kampung. Tengoklah siapa yang berkongsi jalan dengan kita.
Dah la kongsi jalan dengan orang, lepas tu buat onar pulakkkk?
Esplanade Temerloh. Memang betul-betul tepi Sungai Pahang.
Perhatikan jambatan hijau dalam gambar ini.
Banjir? Banjir telah menenggelamkan kawasan ini. Yang kelihatan hanyalah permukaan air.
Tempat Nabiha berdiri semasa ambil gambar dulu dah tenggelam.
Sebelum banjir
Semasa banjir. Anda boleh bayangkan betapa tingginya air yang naik dan pada tahap apa kemusnahannya?
Jalan masuk ke Bandar Temerloh
LPT. Masa ni memang mujur sangat saya tak balik, sedangkan waktu itu saya dah di KL, tinggal nak masuk Gombak dan pecut balik ke Pahang. Saya terputus hubungan dengan keluarga di kampung lebih kurang seminggu.
Stesen bas Temerloh- Tempat turun naik bas dari zaman sekolah sampailah sekarang (Kalau malas balik dengan kereta)
Saya tak tahu milik siapa rumah ini. Tapi kalau dari LPT ke arah KL, rumah ini kelihatan gah sangat.Tak sangka pula rumah ni terkesan juga dek banjir
Sampai sekarang pun, masih banyak kesan-kesan banjir yang kelihatan di bandar Temerloh ini. Ada rumah yang kita boleh tengok kesan paras air banjirnya yang mencecah hingga ke lubang angin rumah. Banyak bengkel yang masih 'mengerjakan' kereta-kereta yang rosak dek bencana banjir.

Harapnya semua mangsa yang terlibat telah atau sedang menerima bantuan yang secukupnya. Kadang-kadang perkara yang tidak didendang ni tak akan sampai ke telinga pemimpin. Jadi kalau tahu atau kenal sesiapa sahaja mangsa yang masih belum menerima bantuan yang sewajarnya, panjangkanlah segera :)

* Semua gambar semasa banjir adalah bukan milik saya. Rata-ratanya saya dapat melalui aplikasi Whatapps dari rakan-rakan. Sebab itu saya tak letak watermark :)

Dhiya

Petition: Stop taxing Malaysian women for their Periods!


Dear ladies,

Women should not be taxed for the purchase of sanitary products that aid in our biological need to menstruate. While the government may be fully justified to tax a host of services and products for the country's profits, this SHOULD NOT extend to feminine sanitary products that we need on a monthly basis. We should NOT be penalized for simply being born a woman. GST on sanitary products infringes on our basic rights to access sanitary aid. 
Additional costs for sanitary products also SHOULD NOT be a laughing matter, as Mr. Tiong King Sing (BN-Bintulu) recently evoked in a recent parliamentary session which poked fun at women for questioning the motion to include feminine sanitary products in the list of GST items. We feel that this is derogatory towards women everywhere in the country. 
Women sanitary product is an essential item that should not be taxed. Taxation implements a monetary discouragement that lessens the product's accessibility and affordability. It is therefore damaging to stand by a tax that restricts the public's access to basic healthcare that constrains their ability to consume products that would otherwise assist in their monthly cycles.  
This petition will run for one month from the 20th of March 2015. At the end of this period, the petition and an appeal will be submitted to the Ministry of Women, Family and Community for further action to eventually get all sanitary feminine hygiene products to the Zero GST list. 
P/S - We are not a political group. We have no affiliations with any political groups. Just Malaysian women who agrees that there should not be additional taxes towards women's sanitary products.
You can also support us on our Facebook page: https://www.facebook.com/notaxonperiods

#NoGSTforPeriods #NoTaxOnPeriods

Sign your petition HERE

DIY: Peta Lokasi Majlis Kenduri


Bismillah

Hari ini dengan jayanya saya telah siapkan peta lokasi pula.  Maklumlah, warga pasca GST- Kenalah fikir dan usaha lebih sedikit untuk pastikan bajet tak burst. Lagi pun, saya tak ada masalah untuk DIY benda-benda mudah sebegini. Kemahiran ada, minat pun ada Alhamdulillah.
Banyak cara, kaedah dan perisian yang boleh digunakan untuk menyiapkan peta ni. Kalau yang sempoi, guna MS Word pun boleh malah hasilnya mungkin jauh lebih mengancam. Kalau yang ada kemahiran Adobe tu, silalah manfaatkan bakat anda sebaik mungkin.
Tempahan? 
Ada juga hajat untuk bantu kawan-kawan DIY siapkan peta ini pada harga yang berbaloi. Tapi bukanlah rakan-rakan yang memerlukannya dengan kadar segera. Saya sendiri pun sedang sibuk (tunggang terbalik dengan persiapan sendiri) Jadi rakan-rakan yang ingin dan memerlukannya pada bulan 7 ke atas, kalau berminat- bolehlah email saya. Syarat mudah: Tak cerewet (sebab saya amatur). Hahahah!

Banyak lagi DIY dan review yang berada dalam senarai. Dah macam assignment zaman-zaman pengajian kampus pula!
Tunggu, ya~

Dhiya

DIY Bunga Telur


Bismillah

Sekarang ni memang fokus pada projek ini sahaja. Tembak gambar dah kurang, blogging pun dah jarang.
Kalau tengok pada timeline, saya kena sudahkan semua ini selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan. Insya Allah ada dalam 3 batch je lagi sebelum angkat bendera 'pencen'.
Ini antara hasil terbaharu saya. Untuk pengetahuan, saya sekarang dalam proses menyiapkan batch warna yang sama, tetapi kualiti yang sedikit berbeza (bunganya lebih gebu sebab saya lapiskan kertas saya dengan lebih banyak- Malas nak tengok dah sebenarnya~).
Jangan tanya sebab apa biru. Jawapannya tak ada kaitan dengan tema baju atau scallop khemah atau pelamin.
Ramai yang tanya bagaimana saya buat bunga ini nampak gebu. Pernah dengar ilusi optik tak? Orang tu nampak gemuk sebab pakai baju besar atau orang tu nampak kurus sebab pakai baju belang memanjang ke bawah. Ha sama konsep la tu.
Macam yang saya cakap tadi, ni batch pertama. Batch terbaru lapisan bunganya lebih tebal. Harapnya tak sampai tahun depan baru saya kongsikan gambar tu :p
Aim seterusnya adalah DIY bunga stokin dan DIY hantaran. Hahhahahaha...dekat dah...dekat daaaahhhhhh!

Dhiya

Gagal Lagi. Kali ni aku Ketawa je~


Assalamualaikum

Cerita lama. Dalam minggu lepas kut. Entah. Tak ingat. Sejak jadi wanita berkerjaya semula ni, banyak sel-sel otak yang tak berkembang. Tapi sebagai wanita yang tidak mahu menyusahkan suami (suami?) saya terpaksa memilih jalan sel otak mengecut ini untuk meneruskan survival. Sudahlah semua alat-alat keperluan wanita nanti kena GST. Kalau tak ada duit, macamanaaaaa?

Hujung Januari lepas, saya ada cerita yang saya ada pergi satu temuduga Q41 (SPA) di Cenderasari, kan? Keputusannya dah diumumkan dan seperti yang saya agak- Gagal lagi. Kali ini dengan bangganya saya nak umumkan ini adalah kali ke 6 saya menghadiri temuduga SPA. Tak apalah. Allah nak bagi dapat pada percubaan yang ke 7 tu...
Tak tahulah bagaimana proses pemilihan ini dibuat. Rasanya dah buat sehabis baik sewaktu temuduga dulu. Keputusan peperiksaan dan pencapaian saya juga berdaya saing dengan calon lain. Jawapan yang diberikan pun lancar, bernas dan selari dengan idea penemuduga (wah puji diri sendiri~). Tapi tak tahulah kalau mereka memang dah ada calon mereka sendiri dan temuduga ini sekadar wayang sahaja kan.
 
Cadangan saya, kalau bilangan kekosongan hanya untuk 7 orang dan calon simpanan yang diperlukan hanyalah 10 orang, tak perlulah panggil sampai hampir 400 orang. Dalam 400 orang tu, mesti ada yang super excited dan sangat mengharap. Entah-entah, ada yang memang tak ada duit untuk datang temuduga, tapi sebab namanya panggilan dari SPA- Sanggup pinjam duit emak ayah atau adik beradik. Tiba-tiba pula pusat temuduga lupa nak ditukar ke Kuala Terengganu (contohlaa). Daaaahhh kena naik bas ekspres dari KT ke KL. Eh tambang bas ekspres akan naik kan? tempat tidur lagi? Makan lagi? Teh tarik kena GST tak?

Agak-agak, kesian tak kalau ada orang yang begini?

Saya masih optimis. Saya yakin tempat saya dalam sektor kerajaan memang ada. Kalau tak, sia-sialah JPA tanggung pengajian saya dulu. Harap-harap mereka tak akan tunggu sampai usia 62 tahun baru nak tinggalkan hot seat tu. Bagilah peluang kepada kami pula untuk menyumbang kepada negara.

Waiting for the 7th interview. Hahahahaha!

Ok entri ni mungkin agak sinis. Tapi hakikatnya saya sangat sedih sebab gagal dalam temuduga ini. Tapi apa boleh buat. Kita ketawa je lah~

Dahlia

Ini adalah bebelan: Kenapa?


Subjek: Bebelan

Kenapa 1
Kenapa pemandu-pemandu yang saya jumpa lewat kebelakangan ni sungguh pelik-pelik perangainya? Tak kiralah lelaki atau perempaun- Kalau nak tukar lorong, pemalu betul nak bagi isyarat. Itu belum lagi yang menyelit-nyelit dengan muka tak bersalah dan jauh sekali nak angkat tangan minta maaf atau ucap terima kasih. Bas? Lori? Lagilah~ Mentang-mentang besar.
Beberapa hari lepas, saya hampir 'dirodok' dari belakang. Ceritanya begini: Sebaik keluar dari tol Bangi, saya memberi isyarat ke kanan untuk ke KL. Saya lihat dari belakang ada satu kereta Wira masih jauh dan sedang mengambil tiket di kaunter tol. Tapi dia melaju dan dengan kurang ajar meninggikan lampu. Saya terpaksa kekal di lorong saya untuk beri dia memotong. Alih-alih, dia potong depan saya dan menghimpit ke kiri untuk ke Selatan. Kepuasan jenis apakah yang dia dapat dengan bertindak sebegitu? Lembu?

Kenapa 2
Kenapa surau-surau awam selalu kotor dan bersepah? Ya, saya memang seorang yang suka travel dan menjadikan surau-surau awam serta surau-surau di stesen minyak sebagai tempat untuk solat. Dalam banyak-banyak persinggahan saya, dapatlah saya simpulkan bahawa surau-surau awam ini masih gagal dalam beberapa aspek.  Saya pilih untuk lebih menyalahkan pengguna berbanding pihak yang mengurus.
Telekung- Sudahlah kotor, lembap- Sebaik diguna terus digumpal begitu saja. Kadang-kadang saya lihat depan mata sendiri orang yang buat kerja tu. Tapi sebaik mengenakan tudung, bukan main lagi kemas-lilit sana sini- bedak- eye shadow- lip balm segala.
Oooo...kalau nak keluar, bukan main lawa lagi kau ye kak. Tapi depan Tuhan, kau cincai mana yang sempat je kan~ Habis kalau di rumah, macam tu juga ke manner kau? Atau adakah kerana surau ini milik awam jadi kau boleh lepaskan tanggungjawab begitu sahaja?
Gerutu saya dalam hati. Itu sahajalah yang mampu.

Kenapa 3
Ini paling common.
Kenapa orang kita (Malaysia) paling kurang ajar terhadap tandas awam? Adakah hanya kerana ia dipanggil tandas awam, kita boleh sesuka hati membiarkan tisu, tuala wanita dan lebih teruk najis sendiri begitu sahaja?
Saya pernah memanggil semula seorang wanita yang baru keluar dari tandas yang saya berdiri di depannya untuk mengunggu giliran. Dia keluar tanpa ada bunyi flush.
Miss, I think you forgot something
Dia berpatah balik dalam keadaan tergesa-gesa kerana mungkin dia fikir dia tertinggal telefon atau barang berharga.
You forgot to flush
Dia yang alah malu masuk kembali ke dalam tandas dan menarik pam. Mukanya merah padam. Mungkin dia marah pada saya. Tapi ada aku kesah~? Pada saya itu adalah cara terbaik untuk mengajar hal yang semua orang sudah tahu.
Come on~
Isu tandas ni rasanya isu yang paling asas yang diajarkan bermula sejak dari rumah lagi. Kalau hal yang sebaliknya berlaku, saya dapat simpulkan bahawa pendidikan asas itu tidak diajar dan orang-orang sebegini datang dari keluarga yang tidak bertamadun. Marah? Tak kisah~

Kenapa 4
Kenapa masih ada pemandu kereta yang gagal meletak kereta mereka dalam petak dan ruang yang betul? Adalah nampak sangat 'busuk' jika dalam deretan kereta di satu-satu tempat letak kereta, ada sebuah yang 'memakan' ruang orang lain dan lebih teruk dari bangkai kalau kereta itu adalah kereta mewah.
Saya pernah jumpa satu kes semasa saya di Hospital Temerloh. Kalau di hospital pun mereka boleh buat, maka tidaklah pelik kalau sikap itu boleh terbawa-bawa ke tempat lain. Kereta kecil ke, besar ke- Tolonglah park kereta anda di ruang atau petak yang betul.

Fenomena-fenomena di atas adalah apa yang saya lihat dalam kehidupan seharian saya. Saya percaya anda juga ada melihatnya.
This is a random idea of a real situation for us to think.
Dalam semua itu ini, kunci utama yang dapat saya simpulkan ada sikap.
SIKAP.
SIKAP.
It's all about our attitude.
Perkara-perkara sebegini- tak perlu diajar dalam kelas samada di sekolah atau universiti sangat pun. Selagi ada akal yang bersarang, selagi itulah kita boleh nilai.

Ini memang bebelan yang agak panjang. Dah lama tak menulis, kononnya. Tapi sekali menulis. Nah~

Ok. Lepas ini kita akan tulis isu yang indah-indah sahaja. Tak akan ada bebelan lagi. Kut.

Dhiya