Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Chicken Bone Stock untuk Nuha


Bismillah

Hari ni rasa bersemangat nak cerita pasal chicken bone stock (CBS) untuk si Nuha.

Nuha dah start makan pada mid Dec yang lepas lagi. Cerita makan ni nanti aku buat entri lain lah. Sekarang kita jump dulu ke cerita CBS ni. CBS ni adalah bahan perisa untuk makanan baby yang menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan perisa tambahan seperti garam dan gula.

CBS ni bukan saja perasa, tapi juga menjadi superfood kepada bayi selain meningkatkan immunity badan. 

Bahan-bahan CBS versi amak Nuha:

1. Kaki ayam (dibersihkan)
2. Bawang Holland
3. Bawang putih
4. Daun seleri
5. Lobak merah (ada yang letak kentang)
6. Tomato
7. Asam keping (ada yang guna hirisan lemon atau apple cider)
8. Kulit kayu manis dan adik beradiknya (ada yang letak halia)
Semua bahan ni diletak di dalam periuk tanah dan direneh sehingga semua bahan terutamanya kaki ayam hancur lembut. To be exact, kalau guna dapur gas, reneh selama 4 jam dan kalau guna slow cooker, boleh cecah 7-8 jam.
Aku pernah guna kedua-dua cara (dapur gas dan slow cooker, both work well on me).

Selepas beberapa jam (yang aku mention td), maka terhasillah air rebusan tulang yang menjadi perisa untuk makanan Nuha ni. 
Ha inilah hasilnya! Hasil ni diperolehi selepas ditapis. Bau dia macam bau sup. Rasa plain sikit (sebab tak ada garam dan gula) tapi very healthy to your baby. Baki hasil tapisan adalah seperti di bawah. Baki ni boleh dibuang.
Air rebusan tu dimasukkan ke dalam bekas ais dan dibekukan. Selepas dibekukan, keluarkan dan simpan dalam ziplocked plastic. 
Sekali nak masak, bolehlah keluarkan 2-3 ketul dan masukkan dalam masakan.
Ada juga satu bekas yang aku tak bekukan. Aku simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dekat peti bawah je.  Pun okay, boleh dituang dalam masakan bayi.
Ini hasil yang dibekukan dan disimpan dalam plastik.

Senang kan?

Selamat mencuba, ya!

Resepi Sambal Kelantan (Ala-Ala Sambal Nasi Kak Wok)


Bismillah

Malam tadi aku terlebih vitamin R. Ini semua sebab bibik bagi banyak sangat limau nipis. Dia kalau membagi, memang tak beringat. Dia ingat dalam rumah ni ada 7 orang ke? Dia lupa ke aku ada laki aku dengan Nuha je? Hari tu dia bagi setalam cili kecil yang aku dah selamat (terpaksa) buat cili jeruk. 
Dengan bibik ni, aku terpaksa jadi rajin sebenarnya!

Setelah berfikir panjang apa aku nak buat dengan limau ni, akhirnya aku buat keputusan nak buat stok sambal je lah. Boleh simpan dalam peti tak ganggu hidup aku. Bila perlu, boleh makan terus cicah ayam goreng.

Bahan-bahan:
1. Cili merah (cili besar)
2. Cili kecil
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Limau nipis dibuang biji
6. Cuka
7. Gula, garam

Cara-Cara
1. Bawang: bakar atau sangai sampai nampak macam hangit sikit tu (tengok gambar)
2. Cili pun aku sangai sekejap untuk hilangkan air. Buat sambal ni tak guna air. Kalau ada air tu yang boleh buat sambal tak tahan. Bagi memastikan sambal aku tahan, itu yang aku sangaikan semua tu.
3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Aku guna blender kering Cornell kesayangan aku. Putar je sampai semua hancur sekata.
4. Kalau tak puas hati dengan rasa, boleh perisakan lagi sebelum disimpan dalam bekas/balang, letak dalam peti ais.

*Sambal ni memang tak guna belacan ye. Jangan cakap "sis, sis tertinggal belacan!"
Bahan-bahan
Hasil kejadian
Tapi
Tapi
Limau nipis bibik masih banyak berbaki. Aku rasa nak bukak gerai kat pasar tani je jual limau ni.

Haila bibik...bibik~

Dhiya

Siakap Stim Limau Sedap


Bismillah

Dua hari lepas kami makan di sebuah kedai makanan Thai dekat dengan rumah. Kedai ni  terletak dalam AEON Big Subang Jaya. Menu wajib kalau  ke sini mestilah siakap stim limau dia yang meletop sedap tu. Cashier dia pun dah kenal muka kami berdua yang tak pernah order makanan lain.

Tapi dah namanya pun makan di kedai, banyak benda yang limited. Ikan kecil lah, kuah sikitlah (padahal boleh tambah kuah percuma), nasi sikit lah, takde telur dadar lah dan pelbagai lagi komen yang mengada-ngada.
In the end, suami saya kata- Jomlah buat sendiri~! Mungkin sebab dia pun rasa benda yang sama dan percaya buat sendiri lebih puas hati.
Macam biasa, kalau dah namanya suami yang memasak, saya akan serah 100% dapur kepada dia. Saya cuma masakkan nasi je.
Setelah beberapa ketika, siakap stim limau hasil tangan suami saya pun siap. Rasanya nak memasak ikan ni lagi lama dari tempoh makan. Sedar-sedar dah tinggal kepala dan tulang. Hahahhaha!. Bang, maafkan binimu ini yang kuat makan tapi malas nak memasak~

Resepi tak disertakan sebab saya tak masuk ke dapur menolong. Insya Allah nanti saya akan update resepi di sini kalau dah habis berguru dengan encik chef.

Babai!

Rendang Minang (Apabila suami ada lebih Vitamin R)


Bismillah

Lately saya memang kurang memasak. Janganlah tanya kenapa. Tapi yang pasti saya dianugerahkan suami yang walaupun sibuk, tapi dia rajin dan pandai memasak, lebih lebih lagi kalau terlebih vitamin R (R=rajin). 

Baru-baru ni dia tengok peti ais macam penuh dan sempurna je keperluan di dalamnya. Jadi idea dia pun bercambah-cambah macam taugeh. Dalam banyak-banyak makanan, dia sebut nak masak rendang minang. Jadinya kerja saya adalah masak nasi putih sajalah.

Suami saya ni sejenis yang kalau dia memasak, jangan kacau dia di dapur. Saya ni pulak kalau tengok dia memasak, asyik tak kena je cara dia. Jadi saya prefer mengemas rumah atau mendobi dan tak ganggu kerja masing-masing. Hahahha! Dia ni sebenarnya boleh je diharap buat dari awal sampai siap. Nanti saya akan masuk ke dapur untuk tolong menghidang saja. Cumalah biasalah, cara kita dengan dia berbeza, nanti bergaduh je kerjanya kat dapur~
Sejam dua berpung-pang di dapur, saya lantakkan je. Janji lauknya siap dan dapur saya dikemas balik. Maka jadilah lauk rendang minang hasil air tangan suami saya. Lauk lain tak ada pun. Makan je dengan nasi panas dan air lemon pudina. Alhamdulillah kenyang.

Resepi? Resepi ni bukan reka-reka. Kami pun rujuk kepada blog orang lain. Jadi kalau teringin nak masak rendang minang macam suami saya masak ni, anda boleh tengok resepi dan caranya di sini. Kami pun bukan chef hebat. Masih belajar-belajar.

*Sekarang tengah aktif buat projek susun stok dalam peti ais. Doakan kami ya. Nanti kalau menjadi, kami akan kongsikan bagaimana kami lakukannya dan apa tipsnya. Semoga istiqamah dan bersemangat untuk memasak dari dapur sendiri dan juga dari hati.

Selamat mencuba!
Dhiya

Lunch Menu for Dinner


Bismillah

Ini cerita semalam. Balik kerja, terus keluarkan ikan dari fridge. Pelam tu dibeli sejak Isnin lagi dah sampai masak kuning dah! Itulah akibatnya bertangguh-tangguh. Padahal teringinnya dah lama sangat.

Sebaik ikan lembut, kunyitkan dan biar sekejap. Sementara tu sempatlah goreng tempe tu untuk dibuat tempe sambal sira.
Pelam masak dihiris, ditambah tomato, bawang dan cili dan garam- Dibancuh dengan belacan dan asam jawa.
Panaskan pemanggang ajaib dan bakar ikan sambal sebelah dapur lagi sirakan tempe.
Alhamdulillah kurang dari sejam, menu makan malam kami siap!
Terasa sungguh efisyen~
Kalau waktu malas, nak basuh ayam pun ambil masa setengah jam. Itulah saya. Hahhaahah!

Inilah menu kami. Itu pun kalau saya sempat dan rajin. Kadang-kadang, sampai je rumah badan dah penat. Kalau suami saya yang memasak, tak akan dapat menu macam ni sebab dia more to western, macam stik, spageti dan salad untuk makan malam. Mudah katanya.

Tapi pada saya menu macam ni pun mudah, sihat pun sihat juga.

Resepi tempe sambal bersira:
-Goreng tempe sampai rangup, ketepikan.
-Tumis bawang merah dan putih, bila dah garing, masukkan cili kisar.
-Biar sampai garing, masukkan asam keping saiz kecil
-Masukkan sedikit sos cili dan kicap.
-Perisakan dengan garam dan gula.
-Masukkan tempe goreng tadi dan gaul sebati
-Siap!

Resepi air asam pelam:
-Hiriskan: pelam muda, bawang besar, tomato, cili kecil
-Sekalikan dalam mangkuk
-Masukkan garam dan aji (jika perlu)
-Masukkan belacan dan asam jawa
-Bancuh dengan air masak
-Siap!

Eh rasa nak buat lagi lah!
Dhiya
Kuat makan~

Resepi: Kerang Bakar dengan Sambal


Bismillah

Resepi hari ini:
Kerang bakar dengan sambal
Minggu lepas kami balik ke Sg Air Tawar Selangor untuk melawat pakcik saya yang sedang uzur. Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di Pasar Pasir Penambang untuk membeli sedikit barang basah terutamanya ikan dan lepastu mulalah melilau membeli apa-apa yang menarik

Akhirnya ikan dapatlah 3-4 ekor. Yang selebihnya keranglah, udanglah, sotonglah~
Tapi saya nak cerita pasal kerang yang kami jumpa di Pasir Penambang ni- Sekilo RM15 dan besar sangat sangat! Rasanya 20 biji je dah sekilo.

Sampai di rumah, saya buat kerang bakar dengan sambal jelah sebab itu yang paling cepat dan mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kerang dibasuh bersih kulitnya. (Saya guna berus)
Kerang yang saya beli ni kerang besar. Sekilo RM15. Ni proses memberus dan membuang lumut dan kotoran
...Sehinggalah jadi bersih dan putih bersinar macam ni
2. 2 batang serai
3. Garam
4. 6 biji bawang merah dan 4 biji bawang putih (dikisar)
5. Cili kisar (dalam 2-3 sudu)
6. Kicap dan sos tiram
7. Perasa (gula dan garam)
8. Air asam jawa dan air bancuhan belacan

Cara-cara:
1. Rebus kerang dengan garam dan bubuh serai. Biarkan masak dan ketepikan.
2. Untuk sambal, tumis bawang yang dikisar tadi hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing dan naik minyak
4. Masukkan air bancuhan belacan dalam 2-3 sudu. Masa ni bau dia sedap gilaaaa!
5. Kacau, masukkan kicap dan sos tiram untuk beri warna gelap sedikit. Boleh tambah air kalau rasa nak banyak
6. Masukkan air asam jawa tadi dan seimbangkan perasa dengan garam dan gula sampai puas hati
7. Biar sekejap hingga sambal tu sedikit pekat dan hampir kering
8. Kemudian, masukkanlah kerang yang dah direbus tadi sekali dengan serainya
9. Siap!
Jadi di mana 'bakar' nya?

Hahahah!

Bakar tu optional sebab kerang dah masak melalui kaedah rebus tadi. Ada orang tak puas hari dan masih mahu dibakar. Kalau nak, pindahkan kerang yang dah bersambal tadi tu ke dalam pemanggang ajaib dan bakarlah sekejap sementara tunggu waktu makan.

Saya secara peribadi tak berapa suka bakar sebab nanti isi kerang tu akan kecut. Rebus lebih baik :)

Senang tak?
Senang kan?

Selamat mencuba, ya!

Dhiya

Resepi Teh Tarik Masak dalam Periuk


Bismillah


Saya ni bukan big fan of teh tarik sangat, tapi suka tengok teh tarik yang kat kedai Mamak tu. Semalam tiba-tiba rajin pula mencari resepi buat teh tarik yang sedap. To my surprise, saya jumpa resepi buat teh tarik yang dimasak dalam periuk! (Jakun sebab selama ni teh tarik bancuh dalam jug saja~)

Bahan-bahan:

3 Liter air (untuk 10 orang)
5 sudu serbuk teh (kalau guna teh uncang, letaklah dalam 4-5 uncang)
3 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus (jangan janyak nanti jadi gulai lemak!)

Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga menggelegak
2. Kemudian masukkan teh dan kacau
3. Masukkan susu dan garam
4. Kacau sehingga masak (dalam 5 minit)
5. Sambil-sambil tu adjust lah rasa ikut keperluan

Orang Malaysia ni memang sinonim sangat dengan teh tarik, kemudian pakej dengan roti canai. Taaaaaaaakk kira bangsa. Itu yang uniknya!

Insya Allah kalau buat makan-makan, bolehlah cuba resepi ni. Periuk di rumah mak di Pahang pun besar-besar juga~

Dhiya 

Ayam 4 Fingers Buat Sendiri


Bismillah

Sehari sebelum Ramadhan yang lepas, kami makan di Sunway Pyramid. Suami saya kata dia taknak makan makanan yang fine dine. Dia nak yang ringan-ringan saja. Jenuh juga nak fikir sebenarnya. Tapi tiba-tiba saya teringatkan 4 Fingers Crispy Chicken di sini. Terus kami ke kedai tu.

Sebenarnya kedai 4 Fingers Crispy Chicken ni ada je dekat pusat beli belah dekat pejabat saya, tapi kedainya sentiasa penuh dan orang pula asyik beratur tak putus-putus. Sebab tu saya kadang-kadang putus asa untuk makan ayam ni di pejabat saya. Nak beratur je dah habis 1 jam waktu makan tengahari.

Jadi di Sunway Pyramid ni, kami menggilalah juga. Pertama kali dapat makan kat dalam kedai ni dengan aman dan tak ada orang tunggu di belakang tempat duduk!
Tapi apa yang istimewa sangat ayam ni? Haih...susah nak diterangkan dengan kata-kata. Dia bukan macam ayam KFC atau ayam goreng MCD. Kalau nak senang, dia macam ayam goreng sira madu. Kalau tak silap ini adalah resepi dari Korea sebab masa saya duduk Korea dulu, banyak  juga jumpa dan teringin. Tapi tak boleh la nak makan sebab tak halal.

1 Ramadhan, suami saya beli kepak ayam dan telah mencuba resepi ayam ini di rumah. Hasilnya? Menjadi!
Jadi lepas ni saya dah tak boleh dah makan 4 Fingers di kedai sebab chef di rumah dah boleh buat sendiri malah jauh lebih sedap dan murah. Hahahahhaha!
Home made 4 Fingers
Menu berbuka puasa hari pertama :)
Saya akan dapatkan resepi dari suami saya dalam masa terdekat dan akan kongsikan di sini nanti. Maaflah sebab sebelum ni saya tak ambil kisah sangat ayam dia ni sampailah saya makan dan rasa sedap. Huhu!

Insya Allah
Resepi nanti, ok!

Kemaskini:

Cara memasak ayam goreng 4 Fingers

1. Lumurkan kepak ayam yang telah dibasuh dengan tepung jagung dan sedikit serbuk lada hitam
2. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Ingat, jangan sampai hangit
3. Rahsia ayam ni rangup lama: Lepas angkat dari gorengan pertama, biarkan sejuk sikit dan goreng sekali lagi dalam minyak tadi. Tapi kali ni goreng sekejap saja sebab isinya dah masak pun. Cuma nak rangupkan permukaan ayam saja
4. Untuk sira, cincang halus sedikit halia. Tumiskan ke dalam kuali dengan sedikit minyak panas.
5. Kemudian, masukkan sedikit serbuk cili bergantung kepada kepedasan yang anda mahukan.
6. Seterusnya, bergantung kepada kemahiran sendiri je. Masukkan kicap, madu dan gula (jika kurang manis)
7. Kemudian, rasa dan tengoklah apa yang perlu ditambah. Tapi asasnya, cara buat sira ayam tu cuma guna bahan-bahan di dapur yang mudah-mudah je. Kat Cold Storage ada jual pes produk Korea untuk sira ni, tapi bila saya tengok-tengok, pes ni tiada logo HALAL.
8. Apabila sira sudah likat, boleh tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sampai rata. Ada orang suka sapu sira tu pada ayam. Semuanya bergantung kepada anda :)

Senang kan?
Buatlah~!

Dhiya

Dhiya buat Kuih Raya: Biskut Chocolate Chip


Bismillah

Ini memang jarang-jarang berlaku. Saya bukan orang yang rajin sangat untuk ke dapur dengan hobi memasak ni. Bagi saya memasak hanya keperluan (sebab nak makan~)

Tapi semalam saya tiba-tiba dirasuk saka rajin. Lepas sahur terus je bancuh adunan untuk buat biskut coklat cip.Resepinya banyak tersebar di media sosial tapi saya cuma ada simpan satu yang saya rasa paling mudah.

Resepinya:

ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega (lebih kurang 230gm)
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN KERING (DIAYAK):
2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
2 cawan chocolate chip
CARA-CARA:
1.    Panaskan oven ke 180C.
2.    Satukan mentega, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang dan sebati.
3.    Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4.    Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
5.    Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
6.    Bakar selama 10 - 15 minit sehingga perang.
7.    Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah di alih ke atas redai ataupun dulang.

INFO CHEF:
**Saya selalu bakar pada 15 - 18 minit untuk jadikannya rangup.
**Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookies lagi sedap. Selalunya saya beli di kedai bakery imported choc chip.
**Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
**Ada yg bagitau esen vanilla tu gantikan dgn coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap.

Saya ikut 100% resepi di atas tanpa melebihkan atau mengurangkan bahan-bahannya. Cuma sewaktu membakar dalam oven, saya ambil masa dalam 20 minit (17 minit api atas bawah dan 3 minit api atas saja untuk bagi biskut tu nampak kuning dan rangup). Bab membakar ni memang kena bergantung pada oven masing-masing. Jadi jangan peliklah kalau batch awal biskut tu mungkin hangit, rentung dan hodoh. Hahahah!
Mixer baru. Beli masa ada jualan gudang dekat rumah bulan 5 haritu. Hubster kata kalau tak guna-guna, dia nak jual balik. Itulah sebabnya saya gigih buat biskut ni agaknya!
Butter: Unsalted Tatura, Choc Chip: Hershey. Semuanya beli kat AEON Big je. Bahan lain semua dah ada kat rumah. 
  
Saat paling ditunggu-tunggu adalah saat meletakkan adunan atas dulang untuk dibakar. Percubaan pertama memang menyedihkan. Tersilap letak banyak sangat. Bila masuk ke dalam oven, dia mengembang sebesar talam. Hahahahaha! Jadi tipsnya adalah, guna sudu kecil je untuk letak adunan dan ambil sikit je adunan tu, dalam sebesar ibu jari. Nanti dia akan mengembang elok je
Batch pertama biskut coklat cip saya. Jangan gelak, ya!
Satu adunan ni, dapatlah satu balang kecil tu. Cukuplah nak buat makan sendiri dulu. Terasa tak layak untuk dijamu pada tetamu di hari raya. Hahahah!

Suami saya cakap, lulus. Dia makan yang hangit rentung tu pun ok je. Maksudnya walaupun hitam, tapi masih sedap lah kut. Saja pujuk diri. Yakin tu penting~

Kepada anda yang nak mencuba, bolehlah guna resepi ni. Orang yang tak mahir macam saya ni pun boleh buat, apalagi anda yang hebat-hebat tu.

Open for order?
Hah~
Memang taklah!

Dhiya        

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging dengan Rebung


Bismillah

Lama tak cerita pasal resepi. Minggu lepas saya ambil cuti hari Isnin sebab Sabtu sebelumnya saya kerana bekerja. Jadi banyaklah yang bermain dalam kepala. Rasa nak buat semua benda dalam satu hari tu.

Tapi yang pasti- Kalau bercuti, saya akan memasak menu makan malam istimewa untuk kami berdua. Jadi saya telah masak:

1. Masak lemak cili api daging dengan rebung
2. Sambal kentang, tempe dan ikan bilis
3. Ikan talapia goreng rangup
4. Sambal kicap dengan jus limau

Tapi menu yang saya nak kongsikan ni adalah menu masak lemak cili api tu je sebab yang lain-lain tu macam senang je. Huhuhu

Bahan-bahan:
1. Serai- dua batang
2. Kunyit- 1 inci
3. Cili api- 5 biji
5. Bawang besar- 1 biji
6. Daun/ pucuk selasih
7. Daging dihiris nipis
8. Rebung segar atau dijeruk
9. Pucuk paku dibuang batang tua
10. Santan
11. Asam keping
12. Perasa
Cara-Cara:
1. Tumbuk: Serai (yang dihiris), bawang merah, cili kecil dan kunyit hingga lumat
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, masukkan sedikit air dan daging dan asam keping- buka api
3. Apabila sudah empuk, masukkan rebung , pucuk paku dan pucuk selasih (opsyenal)
4. Masukkan santan
5. Perasakan
6. Tunggu hingga mendidih dan boleh dihidang

Alhamdulillah siap!

Lauk mudah-mudah je. Tak mampu nak buat lasagne bagai~

Dhiya

Mr. Chef


By Mr. husband the greatest chef.
Memang.

Suami saya lebih pandai memasak daripada saya. And he enjoys cooking! I thank Allah for this blessing. Sekurang-kurangnya dia boleh dan sudi ambil bahagian dalam satu bab rumahtangga.

Dia suka mencuba dan jangan terkejut, dia lebih teliti dalam pemilihan bahan dan cara memasak. Kadang-kadang saya malu juga dengan dia, tapi apa-apa jelah.

Ni saya kongsikan video suami saya memasak di rumah paklong saya di Kuala Selangor Disember dulu. Paklong saya ni ni keluarga nelayan. Anaknya (sepupu saya) yang aktif sangat turun ke laut sekarang ni. Asal kami datang je, ikan-ikan segar akan naik ke rumah ni dulu baru dijual. Itu yang suami saya seronok sangat kalau ke sini. Dia dapat masak dan makan lauk 'orang kaya' katanya~

Happy CNY, selamat bercuti. Saya akan menulis lagi nanti!

Pancake Treat


Hai

Hari Sabtu adalah hari untuk jadi malas. Tapi tidaklah malas apa pun. Memandangkan Isnin depan kita akan mula berpuasa, jadi hari ini dan esok sajalah kalau nak merasa sarapan pun.

Hari ini kami makan pancake . Tu je nak cerita.

Resepi tidak disertakan. Tapi percayalah resepinya mudah dan cara membuatnya pun senang lagi pantas. Yang sebenarnya pancake adalah resepi suami saya. Dia yang bekerja di dapur tadi. Hikhik!
Pancake ni sedap kalau makan dengan apa?
Makan dengan madu tu dah biasa. Kalau betul-betul Melayu cara kami, dengan sambal bilis pun jadi.

Ahhhh jemput makan, ya~!

Dhiya

Telur Rebus Yang Macam Mana Anda Mahu?

Ini tips yang sangat berguna. Sekali sekala melayan kegemaran suami, bolehlah semak balik nota ni. 

Oh baru saya tahu, untuk dapatkan telur rebus yang separuh masak, purata merebusnya adalah sekitar 3-5 minit sahaja. Kalau dah terlajak tu, jadi telur rebus kenduri kahwin sajalah~

Selamat mencuba~!

Resepi: Asam Pedas Ikan Kembong


BAHAN-BAHAN
1. 4 ekor ikan kembong saiz besar (4 ekor pun dah rm 6.50)
2. 10 batang bendi, cuci dan toskan
3. 2 biji tomato dibelah dua
4. 1 kuntum bunga kantan, belah 2
5. 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
6. 1/2 senduk nasi cili kisar
7. 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
8. 1 kiub pati ikan bilis
9. 3 biji bawang merah, hiris
10. 1 ulas bawang putih, hiris
11. 3/4 camca besar pes asam jawa
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Air secukupnya

Ikan kembong.

Bahan-bahan utama
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS smile emoticon
1. 8 biji bawang merah kecil
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 keping hirisan halia
4. 1/2 inci kunyit hidup
5. 1/2 inci belacan
6. 2 biji cili merah, dibuang biji (saya ganti dengan 2 biji cili kecil)

CARA MEMBUATNYA smile emoticon

1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Saya tak kerat dua ikan tu. 

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
3. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. (Pastikan betul-betul naik minyak tau!)
4. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
5. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. 

6. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. 
7. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. 
8. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
9. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. 

Hasilnya. Masya Allah sangat sedap. Tak sangka sangat percubaan pertama saya menjadi. Seronok tengok Hubster makan sampai hirup kuah berpeluh-peluh. Eh ini bukan puji drama tau. Memang rasa dia sama dengan asam pedas Parit Jawa yang kami makan di Melaka hujung minggu lepas.
P/S:

Resepi dari FB, gambar milik saya sendiri.


Ini gara-gara masa hari keluarga di Melaka minggu lepaslah ni. Kami berdua jadi gila asam pedas. Asam pedas Melaka kami makan, asam pedas Parit Jawa depan Mydin tu pun kami sebat. Kalau dah Johor tu, Johorlah juga. Terima kasih abang sebab berjaya menyerapkan elemen Jawa Johor ke dalam diri isterimu ini.

Dhiya
Orang KL

Nasi Ayam Penyet


Bismillah

Tahukah anda, nasi ayam penyet adalah antara menu yang paling pantas untuk disediakan di alam semesta ini?

Saya dah buktikan.
Selain nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi daging adalah menu lain yang cepat untuk disediakan dan disukai oleh tukang makan.

Kami sekarang fikir menu yang sedap, cepat dan kenyang. Tak ada masa nak hias-hias macam Masterchef or whatsoever.  Tapi masih, menu-menu sebegini walaupun macam 'main campak-campak' je- tapi sedapnya terasa lebih kalau nak dibandingkan makan di kedai (siapa tak nak puji diri sendiri kan)
Menu mudah sangat-sangat. Tak payahla tulis-tulis resepi ye? Hahahah~
Terung berlada 
Ulam ikut dan
Ayam pun goreng jadi ayam goreng berempah :(
Tempe dan tauhu  yang menjadi rebutan
Sambal kicap JDT
Jemput makan, ye~

Dhiya

Resepi Roti Puri


Bismillah

Dah lama resepi ni tersimpan dalam telefon saya. Terasa macam tak ada keyakinan sangat untuk buat resepi ni. Tapi Isnin lepas saya malas sangat nak memasak. Saya cakap pada suami, saya buat sepinggan bihun saja, kemudian saya buat roti puri ni untuk dicicah dengan kuah kari mamak dan rebus dua ketul ubi engu yang Kak Bibik bawa pulang dari Indon. Harapnya kenyanglah. Hahaha

Sekali dah siap, saya lihat seronok pula dia kunyah roti puri ini. Di dalamnya saya tambah gula sedikit semasa saya bulatkan tepung. Bila menggoreng, gula tu mencair dan rasa sedaplah sebab ada manis-manis sikit :) 

Untuk adunan di bawah, saya dapat 11 ketul roti puri. Saya dapat makan 3 ketul, yang lain saya tak tahu bocor hilang ke manaaa~
Kasihan roti puri ku hangit sedikit :(
Bahan-bahan:

1. 2 cawan tepung gandum*
2. 1 sudu teh mauripan*
3. 1 sudu teh gula*
4. 3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
5. 1/2 sudu teh garam
6. 3/4 cawan air panas mendidih

Cara-cara:

1. Satukan bahan bertanda * dan gaul hingga berderai
2. Masukkan air panas dan uli sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan peramkan ~ 30 minit dalam bekas tertutup
4. Untuk menggoreng: Panaskan minyak dan sebaik panas, gelekkan roti hingga leper dan masukkan ke dalam kuali. Curahkan minyak pada bahagian atas roti supaya ia mengembung dengan comelnya.
5. Siap! Sedap dicicah kuah kari mamak (eh~), sardin, atau susu pekat manis. Hmmmmm

Selamat!
Dhiya

Resepi Ayam Masak Ala Thai


Bismillah

Cerita menu lagi~!

Kadang-kadang, kami akan makan lauk ayam hampir setiap hari. Bukannya apa, harga ikan sekarang ni lebih mahal dari ayam. Jangan tak percaya. 
Saya pun dah buntu nak masak apa lagi ayam ni. Kadang-kadang jenuh juga saya melayari internet semata-mata mencari kelainan menu untuk memasak ayam.

Kali ini saya nak kongsikan menu ayam masak ala Thai yang saya jumpa di laman sosial dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya. :)
Ayam masak ala Thai
Bahan-bahan:

1. 2-3 biji bawang putih*
2. 3 tangkai cili api*
3. 1/2 inci kunyit hidup*
4. Serai- dititik
5. Sos cili + sos tiram
6. Perasa
7. Bawang Holland- potong kasar
8. Daun limau purut
9. Ayam dipotong kecil, diperap dengan kunyit dan garam

*kisarkan

Cara-cara

1. Goreng ayam 1/2 masak dan ketepikan
2. Tumis bahan kisar + serai hingga pecah minyak dan naik bau
3. Masukkan sos cili + sos tiram
4. Kacau sebati sambil masukkan perasa (jika masih perlu)
5. Masukkan hirisan bawang + daun limau purut
6. Gaul rasa dan biarkan seketika hingga masak
7. Ehemmm...siap!
Tunggu QA/QC officer balik, suruh dia rate. Tapi selalunya sambil rate, sambil komen, sambil tolong habiskan. Hhahahaha!

Menu ni mudah sangat. Balik kerja, tukar uniform dan hanya perlukan 30 minit saja untuk menyediakan menu ni. Percayalah :)


Selamat mencuba!
Dhiya





Ulam Bendi Tak Kecut- Bagaimana?


Bismillah

Bagaimana nak buat ulam kacang benci tak kecut selepas direbus?

Ini petua dari emak saya.

Saya tak pernah nampak emak rebus ulam bendinya. Rahsianya mudah saja. Semasa memasak nasi, sebaik nasi sudah agak keras (tapi masih ada air di dalamnya), masukkan bendi yang sudah dibersihkan ke dalam periuk nasi tersebut.
Percaya atau tidak, bendi tu akan lembut sama seperti direbus cuma bezanya tekstrur kacang bendi tu kekal, tidak kecut dan warnanya yang kekal hijau. Best tak? Saya memang tak pernah rebus bendi sejak belajar petua ini dari mak.
Kawan-kawan kaki ulam tu, bolehlah cuba kaedah ni. Mudah pun mudah. Tak perlu nak set-up periuk dan didihkan air untuk rebus bendi :)

Selamat mencuba
Dhiya

Resepi Kek Marjerin Mudah (Guna Blender Je)~


Bismillah

Minggu lepas terasa rajin lebih sikit. Sambil scroll FB, terjumpa pula menu mudah ni. Terus saja teringin dan saya ke dapur. Alangkah sukanya sebab semua bahan yang diperlukan ada sedia di dapur. Tanpa fikir panjang, saya terus saja buat.

Begini perasaannya memasak dengan jiwa rupanya. Hahahhaha! Lagi menggembirakan, kek mudah saya ni menjadi! Ya Allah, masuk bakul, angkat sendiri, sungguh berat rupanya~ Heh!

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/2 sdk baking powder 
Diayak bersama ketepikan

Bahan B
1/2cwn marjerin cair
3/4 cwn gula halus 
2 bj telur
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

1. Blend bahan B lebih kurang 10-15 minit atau sehingga adunan nampak halus.
2. Sementara itu, panaskan periuk (saya guna non-stick pan yang boleh buat kukus (yang leper) lebih kurang 10 minit dengan api yang paling kecil.
3. Selesai blend, tuang bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A dan gaul sebati.
4. Sapukan loyang dengan planta dan seterusnya tuang adunan sampai habis. Hentakkan sedikit supaya adunan rata. Kalau nak hias dan buat corak pun, masa inilah.
5. Masukkan dalam periuk yang sudah dipanaskan tadi. Oh ya, jangan lupa lapik loyang dengan tungku kaki 3 (jangan letak loyang terus ke lantai periuk) dan tutup tudung. Saya bakar selama 1 jam 15 minit dengan api yang kecil. (Kena sabar)
6. Memandangkan saya tak guna oven, jadi kenalah selalu-selalu tengok. Lepas sejam baru saya buka dan tengok samada sudah masak ke belum. Alhamdulillah selepas sejam lebih barulah masak. Jenuh tapi berbaloi!
Taraaa~!
Selamat mencuba!
Dhiya