Ada nampak jam tangan Dhiya?

Jumaat, 7.30 pagi.

"Mak...Ada nampak jam tangan Dhiya?"

"Dhiya letak kat mana? Haih...Mana la mak tau~"

"Entah la mak. Selalu ada je atas meja solek Dhiya. Kalau nak ambil wudhu', selalunya Dhiya letak atas mesin basuh atau kat cermin dalam bilik air tu...Tapi semua tempat tu tak ada pun"

"Tu la...sepah-sepah sangat. Tak sayang harta ke? Lain kali letak tu ingat betul-betul. Tak pe...nanti kalau nampak, mak letak dalam bilik Dhiya"

"Uish! Sayang la mak! Dhiya jarang letak barang sepah-sepah. Dhiya ingat semua barang penting Dhiya tau~ Er...cuma kali ni je Dhiya lupa ingatan sikit..."

******************
Dalam separuh rela, saya keluar pagi itu tanpa jam di tangan kiri saya. Hidup saya terasa kosong! Kosong yang amat!!!

Jam tangan Dhiya

Saya seorang yang tegar memakai aksesori jam. Sejak di sekolah rendah lagi, emak dan abah sudah melatih saya untuk pandai 'membaca' jam. Sebagai galakan, mereka akan belikan jam tangan dan itu menjadi satu kemestian setiap penggal persekolahan! Paling saya ingat, mereka tidak pernah belikan saya jam digital. Semuanya analog!

Hingga saya dewasa, biarlah tangan saya 'kosong' tak ada barang seutas rantai tangan atau sebentuk cincin...Asal saya ada seutas jam tangan sebagai aksesori.

Terbaru, saya memiliki seutas jam: Yang dihadiahi sempena ulangtahun kelahiran saya pada tahun lepas.
Ini dia

Punya nilai sentimentalnya sendiri, saya sangat menyayanginya dan kerana itu ia diterjemahkan ke dalam bentuk jam: Ertinya saya selalu bersamanya, saya tak pernah tinggalkannya~

***********************
Jam itulah yang hilang dalam cerita di atas tadi...Saya hampir hilang arah. Ke hulu ke hilir dalam rumah.

"Sudah...Pergilah rehat dulu. Adalah tu di mana-mana..." Emak memujuk.

Saya pun dah sakit kepala untuk mengingati kembali di mana jam tangan kesayangan itu. Saya putuskan untuk tidur sekejap. Tak kira!!!

Tak sampai 5 minit berbaring, tiba-tiba saya terbangun. Saya sudah tahu di mana jam kesayangan itu berada. Tak berlengah, saya terus menyeluk poket seluar slack saya yang dah dicampak ke dalam baldi. Sikit jam lagi memang dah nak kena rendam!

Alhamdulillah. Dah jumpa! Allah sangat memberi ilham ketika Dia rehatkan saya tadi!

"Mak, Dhiya dah jumpa jam tangan Dhiya"

"Kat mana?"

"Eheee. Mak jangan marah...Er~ Dalam poket seluar Dhiya. Mujurlah belum direndam mak!"

"Ha...lepas ni beringat!" Emak menyindir. Tak kesah la. Memang salah saya pun..Uhu!

Untuk si pemberi jam, jangan bimbang. Ia masih di sini, bersama saya. Saya sangat menyayanginya. Ia selalu bersama saya. Kosong kalau ia tiada di sisi. Benar!

p/s: Sayang~! Pengajaran yang dapat diambil- Jangan letak barang peribadi merata-rata. Susah diri sendiri, susah orang lain juga. Sayangi milik anda!

2 comments

  1. itula.. sama la dengan saya.. kalau saya tak pakai jam tangan.. means kalau terlupa pakai la.. mesti rasa kosong je..betapa pentingnya jam tangan tu untuk saya..:)

    ReplyDelete
  2. betul tu Farah...

    pernah Dhiya terlupa pakai jam, tapi dengan penuh yakin selak lengan baju kiri untuk tgk jam pkul berapa. tetiba:"eh...aku tak pakai jam rupanya" Pastu rasa cam sume orang tgk dan gelakkan Dhiya. Pernah tak jd gitu? haha. malu!

    ReplyDelete