Assalamualaikum...
Hasil berkongsi idea melalui penulisan blog, saya telah ditemukan dengan pemilik blog Atika Aula. Masya Allah, saya sangat sukakan blognya! Ideanya 'soft' membelai jiwa dan masuk ke dalam hati.
Melihat blog sebagai medium yang paling mudah dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat hari ini, kita sebenarnya telah bebas untuk melontarkan segala idea melalui tulisan. Adunan rasa marah, benci, aib atau segala apa yang dirasakan ingin dikongsi, ianya dengan mudah terlontar ke blog tanpa ada had dan limit.
Menyedari fenomena itu, saya dengan ini menyahut seruan Atika Aula untuk sama-sama memperbaiki diri dengan menjadikan blog sebagai medium dakwah. Bukan hanya menulis tentang agama tanpa diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, saya berazam untuk menulis dan menyelitkan nilai-nilai murni yang biasa kedapatan dalam hidup kita. Semoga ini adalah ingatan terbaik untuk diri saya sendiri malah menjadi perkongsian berguna buat para pembaca, Insya Allah.
Untuk rakan-rakan yang membaca, saya mohon sokongan dan penglibatan semua agar kempen ini dapat disebarkan dengan lebih meluas di kalangan blogger Malaysia. Caranya mudah: Klik gambar di bawah, anda akan terus ke blog si manis Atika Aula. Nanti anda akan buat perkara yang sama seperti yang telah saya buat ni~
Harapan saya, semoga ini adalah tabungan amal jariah kita semua buat menuju hari penting kelak. Biar menulis sedikit, tapi manfaatnya besar. Biar tidak masyhur di kalangan pembaca, tapi isi tulisan kita masuk ke jiwa, Insya Allah. Hasil berkongsi idea melalui penulisan blog, saya telah ditemukan dengan pemilik blog Atika Aula. Masya Allah, saya sangat sukakan blognya! Ideanya 'soft' membelai jiwa dan masuk ke dalam hati.
Melihat blog sebagai medium yang paling mudah dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat hari ini, kita sebenarnya telah bebas untuk melontarkan segala idea melalui tulisan. Adunan rasa marah, benci, aib atau segala apa yang dirasakan ingin dikongsi, ianya dengan mudah terlontar ke blog tanpa ada had dan limit.
Menyedari fenomena itu, saya dengan ini menyahut seruan Atika Aula untuk sama-sama memperbaiki diri dengan menjadikan blog sebagai medium dakwah. Bukan hanya menulis tentang agama tanpa diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, saya berazam untuk menulis dan menyelitkan nilai-nilai murni yang biasa kedapatan dalam hidup kita. Semoga ini adalah ingatan terbaik untuk diri saya sendiri malah menjadi perkongsian berguna buat para pembaca, Insya Allah.
Untuk rakan-rakan yang membaca, saya mohon sokongan dan penglibatan semua agar kempen ini dapat disebarkan dengan lebih meluas di kalangan blogger Malaysia. Caranya mudah: Klik gambar di bawah, anda akan terus ke blog si manis Atika Aula. Nanti anda akan buat perkara yang sama seperti yang telah saya buat ni~
Moga Allah mudahkan urusan dakwah ini. Biarlah kecil, semoga nilainya besar di sisi Allah. Amin!
syukran kerana join kempen ni ye :)
ReplyDeletewah..puji yang terlebih tu.hehehe
semoga ianya bermanfaat :D
SALAM UKHUWAH
salam perjuangan dan salam mujahidah dalam meneruskan dakwah islamiah :)
ReplyDelete