Membetulkan yang Salah


Bismillah

I've encounter this photo few days ago and I feel very sad. Seolah-olah memang sudah hakikat menjadi seorang perempuan untuk bekerja dan menjadi lelaki untuk berseronok-seronok saja. This is totally wrong and unacceptable at all!

People,
Nabi Muhammad S.A.W - Walaupun Baginda seorang Nabi yang mulia, tapi Baginda tetap suami yang gentleman. Aku pasti korang biasa dengar kisah bagaimana Baginda menjahit pakaian sendiri dan banyak lagi kisah Baginda sebagai suami menyantuni isteri dan keluarganya. 
Jelas, mejadi lelaki bukan untuk berehat-rehat dan berseronok.

Aku membesar dengan melihat bagaimana ayah aku boleh ke dapur - Menjerang air sebelum ke masjid untuk solat Maghrib, tutup tingkap menjelang petang dan membantu emak aku mencuci pinggan mangkuk sambil emak aku memasak. 
Aku juga melihat bagaimana suami aku cuba membantu - Tolong sidaikan kain baju dan kutip pakaian kering, suap anak dan basuh pinggan mangkuk malah dia adalah tukang masak yang mahir berbanding aku.
Itu semua tidak menjadikan mereka kelihatan seperti hamba malah aku mengangkat lelaki sebegini sebagai raja sebenar! (Allah yubaarik alaik!)

Parents nowadays,
Kau ada anak lelaki ke, perempuan ke - Please educate your child to help you in everything. Jangan sekali-sekali ajar 'ini kerja orang lelaki' or 'ini kerja orang perempuan' to your child (At a certain point, yes you have to tell them so). Tapi  in terms of house chores, aku rasa wajar bagi semua anak tak kira lelaki atau perempuan untuk belajar buat. Basuh pinggan mangkuk bukan kerja perempuan sahaja. Kau makan, kau basuh. Ajar begitu. Kalau tak, kau sebagai parents sedang melahirkan anak lelaki (khususnya) yang sedang menjadi tuan. Kesannya kau akan tengok bukan esok lusa. Tapi 20 tahun akan datang. Dia akan berkahwin dan sedang membawa ketuanan tu ke dalam rumahtangganya yang baharu dan sedang menjadikan isterinya seorang hamba.
Aku mohon jantan seperti ini untuk lupus segera. Kau tak layak jadi suami!

Isteri, wanita bukan untuk diperhambakan. Susah sama-sama, senang sama-sama. Mengemas sama-sama, rehat sama-samalah. Takkan kau jantan je nak menyedap sendiri? Habis buat apa kau kahwin? Just nak ada 'perempuan simpanan' untuk serve kau je ke? Mohon belajar agama bagi habis dulu, please!

Generasi kita,
Mari didik anak-anak kita untuk belajar buat kerja rumah. Yang basic-basic je dulu sesuai dengan usia mereka. Bukannya paksa memasak, umur baru 3 tahun pun. Yang ada bibik sekali pun, expose your child with basic house chores. Kalau tak, besar esok kau tengoklah. Anak kau boleh call bibik guna handphone dari tingkat 2 rumah suruh bibik hantar air masak naik atas. Hey ini terjadi betul. Masa tu nak ubah pun dah tak boleh. Rebung dah jadi buluh. Menangislah kau sambil mengongoi ' I'm not a good mother'...

Amak,
Dhiya

Eid 1440H


Bismillah

Dah dua minggu berlalu, baru aku nak tulis pasal raya. This year's Eid seems too short for me even though it was a ten-days holiday. Maybe aku tak boleh move on lagi dengan cuti raya aku tahun lepas yang bercantum dengan cuti bersalin iaitu selama dua bulan. Hikhikhikhik! Best weiiiii cuti raya lamaaaaa!
Kenangan bazar Ramadhan pekan Temerloh :)
Kami mula-mula beraya di Pahang. Tapi raya kedua je dah balik ke Johor. Aku dan suami setuju yang raya pertama di Pahang is better and lebih meriah sebab di sini ada komuniti dan masih mengamalkan adat 'baraan' iaitu berziarah dari rumah ke rumah. Di Johor tu pulak tinggal rumah arwah nenek belah suami aku je. Jadi makcik-pakcik dan sepupu-sepapat hanya akan balik ke rumah tu untuk tujuan berkumpul dan bila dah berkumpul, biasanya kita akan serbu rumah nenek-nenek saudara. Raya di Johor is more to konvoi dan serbu rumah saudara mara. Deal.

Baju raya kami warna dusty pink. Cliché jugak lah. Ini semua gara-gara tak sempat beli kain dan tempah sebab suami aku sangat-sangat sibuk. Kami beli je baju siap. Itu pun mujur sangat jumpa sama warna sebab kami beli baju Melayu dulu, baru cari baju kurung. Baju Nuha memang takde warna sama. Terpaksa beli baju kurung kat AEON warna light pink sikit.
Itu pun babah dia tak puas hati lagi cariiiiiiiiiii jugak warna yang sama. Tak cukup dengan tu, kalau nampak gown comel dia sebat, nampak blouse lawa pun dia beli. In the end, baju Nuha paling banyak kalau nak dibandingkan dengan baju ummi. Apeni kan?

Next year's resolution will be; getting fabrics and send to the tailor early of the year. Tak kira! Aku taknak pakai baju raya beli dah! Nak tailor-made! Hahahhahaha!

Since last year aku tak beraya, tahun ni aku join juga baraan raya di blok perumahan aku, sambal bawak Nuha. Hm....bagusnya bawak Nuha ni, collection duit raya dia bertambah lah. Hahahaha. Baguslah Nuha. Boleh buat duit tambang naik kapal terbang hujung tahun ni~ Tapi aku tak dapat habiskan satu blok sebab Nuha dah mengantuk. Sampai je rumah, suami aku dah balik dari baraan lelaki. Kami bantai tidur sampai pukul 3-4 petang macam tu. Mak aku pun ke mana tah join beraya dengan geng jiran-jiran dia. Hahahahahahha!

Raya di Johor pada aku kalut sikit. Sebab gerak macam pasukan tentera kan. Jadi nak bersiap pagi tu mencabarlah juga. Bilik air dua pun masih jem. Aku pulak kalut siapkan makanan Nuha sampai sendiri punya makan pun tak sempat. Mujurlah suami aku pantas bab siapkan Nuha. Aku boleh lepas tangan dah bab tu.

Now, kami dah balik kepada rutin asal. Menjadi 'robot' di kota mega. Raya is always and forever significant with balik kampung. Tak balik kampung, tak bermaknalah raya. Sekarang, aku tak boleh dengar lagu raya di pejabat. Aku nak lagu raya, mesti di rumah mak abah. Minggu ni atau awal Julai nanti aku plan nak balik Pahang untuk dapatkan mood raya balik. Minggu lepas tak boleh sebab ada reunion dan minggu depan pun tak boleh sebab nak hantar nenek bibik balik Indo. OMG ummi sedih nenek Budi nak balik Indo!

I miss raya. Ya Allah, panjangkan umur aku untuk Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Semoga aku lebih istiqamah dan bekerja lebih kuat untuk beribadat dan dapat meraikan Syawal dengan penuh rasa kemenangan. Amin.

Sorry no gambar raya attached.
Salam sayang,  
Dhiya Dahlia

Nuha is One!


Bismillah

Alhamdulillah, Nuha turns one on the last day of Ramadhan (4 June 2019).
Ya Allah rasa baru je lahirkan dia. Tak sedar pun dia dah makin besar dengan macam-macam akal. Kenangan bersalinkan Nuha, kenangan berpantang di kampung di musim raya dan semuanya tentang kami bertiga adalah kenangan yang paling indah dalam hidup.

Serius aku cakap, aku rindu waktu pantang aku. Best je duduk kampung dan suami aku balik tiap-tiap hujung minggu. Heheheheh! Tapi tulah, kalua nak berpantang lagi, kena mengandung lagi. Upsssss~

Nuha sekarang dah ada 4 batang gigi dan dah boleh berdiri. Aku syak esok lusa dia akan memulakan langkah pertama dia. Raya haritu pun dia dah 'mengganas' panjat meja Jepun mak aku yang penuh kuih raya tu. Good job, Nuha. Balang kuih raya di dapur pun habis digolekkannya semua. Hebat anakku!

Kepada Nuha- Berapa pun anak ummi esok lusa, Nuha tetap yang pertama. Ummi doakan Nuha jadi anak yang baik, solehah, bijak dan semua yang baik-baik je untuk Nuha. Ummi babah akan bagi yang terbaik untuk Nuha. Ummi dah jumpa playschool dan kindy yang terbaik untuk Nuha. Tunggu Nuha nak besar je. Hahhahaha! Ummi tak kisah kalau Nuha tak masuk MRSM macam babah atau masuk KISAS macam ummi. Belajarlah di mana-mana, asalkan jadi manusia patuh agama dan ada nilai kemanusiaan. Semoga Allah bantu dan murahkan rezeki kita semua, ya. 

Memiliki Nuha adalah satu anugerah selepas 3 tahun menunggu. Betullah, Allah memberi bukan pada kemahuan kita semata-mata, tapi pada waktu ketika yang tepat juga. Dia Maha Tahu bila kita betul-betul mampu. Bukan samata-mata mahu. 
Those who are still trying to conceive (TTC), aku doakan kalian dikurniakan anak dalam masa terdekat. Siapa tahu, selepas beberapa tahun menunggu, Allah kasi 2 terus. Kan berbaloi. Moga-moga rezeki pun berganda, kan?

Doakan Nuha membesar menjadi anak yang baik, bijak dan sihat. Dan doa-doa baik korang akan berbalik semula kepada korang sekeluarga. Amin!

Ummi Nuha

Random


Bismillah

This is the last week working before raya. To be frank, aku down sikit sebab gaji belum masuk. Aku malas dah nak mengadu kat siapa-siapa kecuali suami aku.

The whole team been crying about this since early this week. Sepatutnya gaji kami masuk setiap 27hb. Tapi sampai hari ni aku belum hidu bau duit.
Aku dengar dari budak-budak atas (management), bos besar dah authorize, tapi finance manager (FM) letak effective date 31 May which is Jumaat ni. Macam disengajakan di situ. 
Kalau betul lah ada sekelumit niat jahat dia macam tu, aku doakan karier dia tumbang cepat.
Orang nak raya weh. Takkan tak ada common sense langsung kan?

Aku sekarang masuk ofis sebab nak balik rumah je. Haritu aku terpalit dengan kes datang lambat (beria sangat padahal berapa kali je tu pun semua ada sebab dan bos aku maklum). Sekarang aku dah boleh datang awal, ape lagi salah aku yang deorang nak korek~. Gaji lambat taknak fight pulak?

Lately aku memang nampak politik dalam pejabat aku especially di bahagian management. Department aku ni tak rasa sangat sebab kami duduk aras lain. Aku tahu pun sebab ada desas desus yang sampai ke telinga aku. Sorry ya, aku tak kepoh nak cari cerita orang.

Aku sekarang sibuk dengan cycle meeting bulan 7 nanti. Antara benda yang seronok aku handle kat sini adalah cycle meeting. Aku suka jumpa team dari region lain dari seluruh Malaysia. Deorang sangat baik, friendly dan funny. Time meeting memang serious tapi kalau tea time atau time rehat, seronok bersembang dengan deorang ni. Haritu rep dari Sabah bawakan aku sekilo ikan bilis sebagai hadiah. Terharu sangat!

Terbuktilah hubungan baik dengan orang akan memberi manfaat kepada kedua-duanya. Tak salah pun buat baik dengan semua orang kan. Kalaupun kita tak suka orang tu, elok jangan tunjuk sangat dan diam je. Ini tak. Jumpa kat lif, sanggup tak masuk lif sekali dengan kita. Punyalah tak reti nak asingkan profesionalism dengan emosional. Humpppphhh!

Aku ni dah tua. Aku kerja bukan sebab nak lompat-lompat company dah. Aku kerja sebab aku nak kerja. Budak-budak sekarang ni aku tengok sangat kurang common sense. Email writing pun teruk. Tak ada formality. Aku harap kat university adalah belajar tentang benda-benda common sense ni supaya graduan fresh ni tak keluar dari university dan masuk ke industry sebagai sampah sarap! Sebab apa? Sebab macam ni lah. Nampak blur and spoon feed je. Kadang-kadang Nampak biadab pun ye jugak.

This is too random. Aku dah takde mood nak kerja. Nak raya pun tak bersiap apa lagi. Baju tak kemas. Nak membeli-beli barang untuk mak abah aku pun, kena tunggu gaji.

Jumpa raya jom?
Dhiya

Nuha Food Journey: Cookies Tak Jadi


Bismillah

This is a funny entry. Aku bagi peluang kepada semua untuk gelakkan aku. Ha gelak!

Alkisahnya, aku terinspirasi untuk buat cookies sebagai finger food Nuha. Walaupun dia masih belum ada gigi, tapi aku nak galakkan dia mengunyah dah. Aku ada few recipes taken from the support group dan begitu bersemangat nak mencuba.

But my problem is, aku derhaka dengan sukatan resepi tu. This is my first try: Terlebih tepung gandum dan tepung jagung. Chewable, tapi terasa gak la kerasnya. Kalau Nuha makan dan boleh bercakap, mesti dia ingat aku nak buli dia. All this while semua makanan lembut tapi tiba-tiba keras terus. Aku tak bagi pun Nuha makan cookie tu. Kesian kat dia. Percubaan pertama aku, GAGAL.
Percubaan kedua, aku masih derhaka dengan sukatan tepung. Aku tak ikut pun sukatan yang diberi. Tapi aku cuba play around dengan letak tepung sikit-sikit dan cuba bakar dua tiga ketul. Gambar di bawah ni adalah hasil dari adunan yang sangat cair (kurang tepung). Ha silalah gelak. Aku memang izinkan kau gelak.

 Dari adunan cair tu, aku alter sikit sikit sampai dapat adunan yang tak lekat di tangan. Cuba bakar 180 degree selama 20 minit. Bila 'ting' je oven, aku bukak oven dan ternampaklah cookies aku yang macam menjadi. Bila dah dibiar sejuk, aku try makan satu.

Hah. Kali ni menjadi. Lembut dan cair di mulut. Cumanya aku dah lupa tepung yang mana yang aku tambah dan berapa sudu aku tambah tepung tu untuk dapatkan adunan ni. Ha sekali lagi aku izinkan kau gelak.

Hahahahahah!

Tapi aku ada baca, cookies yang ditambah dengan puri pisang, kurma atau lain-lain buah memang akan liat sedikit sebab buah tu sendiri ada fiber yang akan membuatkan cookies tu sedikit liat. 
Jadinya aku plan nak buat butter cookies kosong je tanpa tambahan buah. Kebetulan Nuha pun dah pass telur dan susu segar. Insya Allah aku tak akan putus asa dan yakin next try mesti berjaya. 

Nuha Food Journey: Creamy Cheese Pasta with Vegetables


Bismillah

Hari ni aku nak kongsikan resepi western untuk Cik Nuha; Creamy Cheese Pasta with Vege. Kemahennnnn!

Bahan-bahan:


1. Pasta (Baby pasta, beli kat kedai baby)
2. Bawang putih
3. Ayam
4. Sayur (aku letak labu. Boleh je letak sayur lain macam brokoli ke, pak choy ke)
5. Cream cheese (aku guna jenama Tatura)


Cara-caranya:


1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter hingga naik bau
2. Masukkan ayam
3. Bila dah lembut sikit, masukkan labu
4. Masukkan pasta. Pasta ni cepat je masak, sebab tu aku letak lambat sikit
5. Bila dah masak, dah dekat nak pekat tu, masukkan cream cheese.
6. Boleh tambah serbuk bilis atau mixed herbs untuk menaikkan aroma dan rasa.

Alhamdulillah Nuha tak cerewet bab makan. Semoga semangat dia nak makan tu berterusan dan aku pun terus terusan bersemangat untuk keluarga kecil kami ni. Banyak lagi perkongsian tentang Nuha dan makan. Insya Allah aku akan menulis lagi di lain masa.

Salam sayang, 
Dhiya

Nuha Food Journey: Bubur Pulut Hitam Versi Baby


Bismillah

Resepi Nuha's food journey kali ini adalah bubur pulut hitam! Tapi kan, sebenarnya tak ada satu pun dalam bahan dalam resepi ni guna pulut hitam. Hehehe!

So this is the recipe:
Bahan-bahan:

1. Beras
2. Sweet potato warna ungu dipotong kecil
3. Kurma (1-2 biji je)
4. Santan (kalau dan introduce santan pada baby, boleh bagi. Kalau tak letak pun tak apa)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan (kecuali santan. Santan masuk last dalam 5 minit sebelum diangkat) ke dalam slow cooker. Tambah air (agak-agak supaya jangan banyak sangat, jangan sikit sangat)
2. Kalau nak biar overnight, boleh setkan 'slow'. Kalau untuk 2-3 jam penyediaan, boleh setkan kepada 'fast'
3. Biarkan sehingga semuanya lembut.
4. Kalau perlu dikisar, boleh kisar apabila sejuk
5. Those yang guna periuk biasa, sama je. Letak semua, dan kena jaga api. Last nanti baru letak santan. 

Nuha paling suka bubur pulut hitam ni sebab dia manis-manis lemak. Aku selalu letak satu portion untuk minum petang dia di rumah Mama. Amak is happy Alhamdulillah!

Simple tapi berbaloi
Dhiya

Nuha Food Journey: Ayam Masak Lemak Kuning


Bismillah

Antara resepi Nuha yang aku masak lately; Ayam Masak Lemak Kuning!
Kalau untuk orang besar, mungkin namanya ayam masak lemak cili api. Hahahhaha!

Bahan-bahan:

1. Isi ayam
2. Kentang dipotong dadu
3. Tomato ceri
4. Sayur pakchoy atau brokoli
5. Santan
6. Bahan tumbuk: Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai sebatang. 

Cara-cara:

1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau
2. Masukkan isi ayam dan tambah air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
3. Masukkan kentang dan tunggu sehingga empuk
4. Masukkan sayur pakchoy dan tomato ceri
5. Masukkan santan dan biar hingga mendidih
6. Boleh masukkan serbuk bilis untuk sedikit rasa
7. Siap!

Nasi boleh dimasak asing, atau masukkan sekali dalam periuk ni selepas menumis bawang tu. 

Alhamdulillah so far Nuha layan je apa yang aku masak. Dia ni tengah dalam fasa teething. Ada dua gigi atas dan dua gigi bawah sedang nak tumbuh sejak 11m2w macam tu. Yea Nuha memang agak lambat sikit tumbuh gigi, tapi kaki dia kemain ligat melangkah! 

Grow and fly high, Nuha! Ummi love you so much!

Salam inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana, 
Dhiya

Nuha Food Journey: Yoghurt Bark


Bismillah

Kemain kan...

Kemain nama resepi amak Nuha ni. Kali ni aku nak share resepi minum petang Nuha yang diberi nama yoghurt bark. Yoghurt bark ni sesuai dimakan waktu cuaca panas atau baby tengah gatal gusi nak tumbuh gigi.
Tengok. Tangan dobot tu dah standby dah nak cekau yoghurt bark dia!
Bahan-bahan:

1. Full cream yoghurt
2. Pelbagai buah dicincang halus
Variasi buah-buahan pilihan
Cara-cara:

1. Ratakan yoghurt atas permukaan bekas rata. Aku guna pinggan aluminium.
2. Taburkan buah yang dicincang halus tadi
3. Bekukan dengan meletakkannya di dalam freezer.
4. Bila dah beku, boleh patah-patahkan dan simpan dalam zip-lock plastic.
5. Kalau nak makan, boleh ambil sekeping dua.

Maafkan ummi Nuha
Pos cerita tentang makanan pulak

Nuha Food Journey: Tomyam Baby


Bismillah

Sekarang aku dah try adapt family food untuk Nuha. Yelah...sooner or later she will eat whatever we eat. Sampai bila nak jadi baby? Hhaahhahahhaah!

Last weekend aku try buat tomyam versi baby untuk dia. To my surprise, pertama kali suap dia sangat suka. Amak pun ape lagi...berlipat kali ganda suka lah sebab anak makan apa amak masak!
So here's the recipe for Nuha's Tomyam.

Bahan-bahan:

1. Bawang besar dan bawang putih dihiris
2. Serai diketuk
3. Pes tomato
4. Ayam
5. Kentang
6. Lobak Merah
7. Batang seleri
8. Tomato ceri
9. Putik jagung
10. Daun limau purut

*Pastikan semua bahan dah pass dalam 4DR anak tau, baru boleh campur macam ni.

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sampai naik bau. Masukkan juga daun limau purut tu. Awal-awal dah dapat bau tomyam.
2. Masukkan ayam
3. Masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong kecil. Boleh tambah air ikut banyak mana nak kuahnya
4. Masukkan pes tomato
5. Masukkan serbuk bilik. Tak letak pun tak apa. Makanan bayi is no salt and no sugar. Rasa tu selalunya dating dari natural sources. Contohnya lobak merah bagi rasa manis dan batang seleri tu bagi rasa masin.

Buang serai dan daun limau purut tu kalau nak blend dengan nasi. Ada dua pilihan untuk menghidang;
1. Kalau anak dah besar, makan macam orang besar lah. Letak nasi lembik, letak tomyam tu jadi kuah.
2. Kalau anak tak ada gigi lagi, aku blend kan nasi dalam tomyam tu, atau aku lenyek portion yang nak makan je. Nuha aku lenyek je sekarang ni. Kuah kasi lebih. Ada bunyi menghirup di situ. Kemain anak apak~

Demikian kisah makan Nuha kali ni. Sorry gambar bahan je. Gambar hasil kejadian tak ada pula aku ambil. Maafkan aku ya. Tapi rupa dia sama je macam tomyam kita dok makan kat restoran tu. Bau pun sama.

Next; banyak lagi. Cuma amak sangatlah tak sempat nak menaip.

Dhiya
Amak Nuha

How's Ramadhan?


Bismillah

How's Ramadhan?
Tahun ni Ramadhan aku sangat sangat sangat berbeza. Pertamanya, awal Ramadhan kami tak berapa meriah sebab suami aku ada komitmen kerja yang sangat tinggi. Dia kerja office hour, lepas tu pukul 4 petang je dia ada building audit sampai ke malam dalam pukul 8 ke 9 malam macam tu. Kau bayangkanlahhhhhhh! Rasanya tak ada lagi yang kami duduk berbuka puasa bersama-sama lagi.

On my side pulak, aku akan keluar pejabat seawal 4.30 petang, laju laju kejar tren kemudian drive pula untuk ambil Nuha. Sampai rumah, aku akan sediakan juadah berbuka ala kadar sambil bersilat dengan si kenit tu. Masuk je Maghrib, aku makan dulu. Terawih pun, aku solat sendiri di ruang tamu rumah sambil Nuha kadang-kadang masuk dalam telekung dan panjat aku. Memang pengalaman manis sangat ni! Insya Allah nanti during weekend, kami plan nak bawa Nuha ke Masjid Negara for Terawih :)

Kadang-kadang, Nuha dan tidur- Barulah suami aku balik. Sedih gile kan? Tapi takpe. Cari rezeki untuk keluarga memang macam ni lah. Aku di rumah pun bukannya bersenang lenang. Dunia ini bukan tempat untuk berehat, kan?

Stress?
Ada lah jugak sikit-sikit. Penat pun ya. Kadang-kadang aku rasa nak freeze kan masa and I just want a me time for a moment. Tapi aku sedar aku diperlukan oleh ramai orang terutamanya suami aku dan Nuha. Jadi aku kena urus stress dan kepenatan aku dengan bijak. 

Berpuasa dan menyusukan anak adalah pengalaman baru untuk aku. Dannnnnnnn it's not an easy journey! Baru aku tahu wey dia punya dahaga tu lain macam betul. Kering tekak tu macam lepas lari marathon yang dahaga sampai terjelir lidah tu. Boleh bayangkan tak?
First day puasa, aku jenuh heret kaki nak balik ke rumah. Tak lapar, tapi dahaga. Lepas tu, yield aku drop by 30% which is quite significant. Aku down sangat. So hari kedua dan hari ketiga semalam, aku tak puasa sebab nak betulkan balik fluid intake aku dan at least boleh cover balik yield aku yang drop tu.
Tolong doakan yield aku banyak balik ye!

Bazar Ramadhan is quite an impossible destination for us this year. Memang macam tak rasa nak pergi sebab ada Nuha ni, aku malas nak bersesak-sesak. Keduanya, makanan di bazar ni nampak memang lah tempting. Tapi nanti masa suap, rasanya belum tentu memuaskan hati. Tu belum jumpa lagi karipap oksigen, murtabak kosong, roti john sos je at the list goes down! Malas aku nak overthinking bab makan ni. 

So to answer the question of How's Ramadhan,
It's challenging, but great!
Pengalaman baru yang sangat menarik dan sangat banyak benda yang aku belajar. Didoakan agar Ramadhan korang pun baik-baik saja. Jauhkan diri dari orang negatif, dan berkawanlah dengan orang-orang yang boleh menggembirakan kita.

Salam sayang,
Dhiya

Ramadhan 1440H


Bismillah

Salam Ramadhan, semua!

Alhamdulillah dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Tahun ni Ramadhan aku is totally different dengan kehadiran Nuha. Tapi aku sangat teruja untuk melaluinya bersama.
Semoga kita dapat mengisi Ramadhan dengan amal kebajikan semaksimanya.

Amin

Dhiya

Breastfeeding Info


Good to read.
Semoga memberi manfaat. Aku dah nak half way journey dah. Tak sangka kan?

Alhamdulillah, and I'm gonna miss the moment!

Dhiya

Why?


Bismillah

Hari ni mood aku tak bagus sangat sebab since last week lagi HR ada hantar email cakap nak jumpa regarding on my attendance. Actually ada beberapa orang lagi from my team yang terima email yang sama termasuklah manager aku.
FYI, all this while team kami aman makmur je. Manager aku pun pelik kenapa lately HR suka betul cari pasal dengan orang and recently dah mula kacau team kami. Haih...Mengeluh jap.
Aku mula-mula terima email tu, bengang la jugak. Tapi in the end I try to do some reflection. Yea memang aku lambat. Lambat sikit ke lambat banyak ke; masih lambat. Ada la dalam tiga kali. Cuma aku rasa offended sebab cara deorang approach dan gaya bahasa dalam email tu bunyi macam tak appropriate. Heh

Why?
Aku tak tahu apa agenda mereka. Adakah mereka mula red flag staff dalam usaha untuk retrenchment? I don't know. Tapi kalau betul, department aku maybe akan bubar terus le sebab manager pun kau nak kick out. Hahhahahaha!

 I've put 100% effort to fix this. Malah manager aku pun tahu the struggle of getting things right at the place. Bukan aku tak usaha nak betulkan keadaan. Tak ada siapa tahu the real story at the backstage of my life and I have no intention at all to share with anybody especially HR because it doesn't give any good things. Aku rasa, kalua cerita- Lagi deorang akan cuba ambil kesempatan atas kelemahan kau.

Kawan-kawan, doakan aku. Aku bukan buta-buta lambat. Aku compensate, kadang-kadang tak keluar lunch pun. Managers aku pun support aku. Dia cakap believe that KPI kita semua is based on output kerja. Bukan barely from your attendance. We are not robot, Dhiya. Aku bersyukur dapat manager baik dan flexible macam ni. Aku doakan dia terus menyokong dan protect team kami ni dengan baik. 

Why?
Entah…
Tapi aku macam dapat smell political games initiated by them. Aku bermohon dan berlindung dari kebencian manusia yang merosakkan. Ya Allah, tolong pelihara aku dan kawan-kawan aku yang ikhlas mencari rezeki.

Dhiya

Behave Yourselves


Entri ni aku nak ulas tentang angin bahang yang bertiup sekarang tentang fenomena qariah muda yang menjadi johan MTQA minggu lepas, dan seorang 'ustaz' selebriti yang haih...menceraikan isteri yang sarat mengandung 7 bulan.
Aku geli dengan komen-komen di link berita tentang kemenangan adik Farhatul yang kebanyakannya membawa mesej gatal, miang dan bernafsu.

"Dah la pandai mengaji, lawa pulak tu"
"Bergetar rusuk abang, dik"
"Masya Allah bidadari ke ni?"
"Sudikah awak menjadi pendamping saya?"

Dan yang ini adalah komen dari alma mater KISAS sendiri. Aku rasa nak sembelih jantan macam ni!
Satu, ayah adik Farhatul ni dah meninggal. Bila kau tulis macam ni, aku anggap kau biadab. Dua, kau nampak sangat desperate dan telah meletakkan diri kau pada kedudukan yang sangat rendah dan tak bermaruah. Kau ada agama, so jangan gadaikan agama kau tu dengan memperlihatkan nafsu kau sebegini teruk caranya. 

Ada pulak yang cakap; Dah tahu penyertaan perempuan tu membawa fitnah, kenapa buka untuk perempuan? Memang ada banyak perdebatan tentang suara wanita sebagai aurat. Tapi MTQA ni dah berlangsung selama lebih 60 tahun, tak ada pula orang komen. Negara kita anjurkan program ni ikut saluran yang betul. In fact, penyertaan luar dari Turki dan lain lain negara Timur Tengah turut membawa peserta wanita yang cantik dan suara yang sedap. Aku yakin mereka juga adalah juara di peringkat negara mereka. Tapi kenapa baru sekarang adik Farhatul tu yang kena? Tahukah korang johan qariah MTQA tahun lepas pun muda dan cantik juga? Hah kalau tak tahu, nampak sangat baru tengok tahun ni je kan?

Adik Farhatul tu punyalah elok tutup aurat. Bernafsu juga korang dalam memberi komen. Ohhhhh lupa...Kalau yang nak dibuat bini, pandai la cari yang elok. Yang ketat, singkat, nipis tu- Apa usaha korang (so called lelaki kiriman Tuhan) dalam menyelamatkan mereka? Nan hadooo!

Komen aku kepada kaum lelaki di luar sana yang ada komen pasal adik Farhatul ni, dari kau sibuk dengan bergetar tulang rusuk lah apa lah, lebih baik kau cemburu dengan ilmu Al Quran yang dia ada. Kau tak malu ke- Dia bukan takat boleh mengaji lancar. Tapi siap boleh bertaranum yang mana taranum ni adalah added value tau! Kau? Mengaji pun mengesot macam suster ngengsot. Nak jadi iman solat hmmmmm apatah lagi. 
Maaf aku memang kasar dalam entri ni sebab aku geram apabila seorang wanita berilmu dan beragama, dengan rupa tapi dipandang dan dilayan dengan hanya berlandaskan nafsu.

Ada lelaki yang memang betul-betul 'lelaki kiriman Tuhan'. Dambaan wanita. Tapi aku termenung panjang dengan tindakan seorang 'ustaz' (aku taknak sebut ustaz ni. Aku akan denote sebagai lelaki je) yang menceraikan isterinya yang sedang mengandungkan anaknya hanya kerana mahu berkahwin dengan janda anak satu.

Aku bermonolog dalam hati;
'Kalau sepantas dua bulan selepas nikah hati kau dah berubah, kenapa kau hamilkan isteri kau tu. Tak fikir ke nanti anak yang lahir tu akan membesar tanpa kehadiran seorang ayah? Dan, kalau pilihan kau adalah seorang janda, kenapa tidak dari awal kau kahwin dengan janda?'

Lelaki tu cakap dia ada cerita tersendiri atas keputusan yang diambil. Tapi aku tetap nampak ada unsur penganiayaan terhadap isteri yang diceraikan. Walaupun talak tu sah, tapi adalah sangat tidak adil kepada si isteri yang terpaksa menanggung tekanan emosi, kesakitan dan  kesusahan sewaktu mengandung sendirian tanpa suami di sisi. Sedang, lelaki itu seronok dapat mendakap janda anak satu yang selama ini disorok-sorok keberadaannya. 

Komen aku kepada lelaki ini, takutlah pada kemurkaan Allah. Kau menganiaya orang lain, hidup kau tak akan senang. 
Untuk sang isteri yang ditinggalkan, tak mudah untuk menerima ucapan 'bersabarlah...'. Itu terlalu cliché. Tapi aku doakan dia kuat, bangkit dan terus berjalan ke depan. Aku juga doakan dia berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul mulia dan mengangkat darjatnya sebagai seorang isteri calon syurga. 
Kepada si janda anak satu; berbahagia atas kesedihan orang lain bukanlah sesuatu yang best sangat. All the best!

Readers, 
Kenapa aku kasar sangat kali ni?
Sebab aku tak jumpa best words, with wisdom to describe this. Mangsa dan pemangsa adalah orang beragama. Adik Farhatul, penonton MTQA, lelaki kiriman Tuhan dan isteri lelaki kiriman Tuhan- Semuanya orang faham agama. Tapi kenapa ini berlaku. 

Atas nama agama, aku menyeru semua terutamanya diri aku sendiri agar janganlah kita menjatuhkan maruah diri sendiri dengan menampakkan sisi tidak elok kita. Semua orang ada buat salah. Kita semua ada kelemahan tapi adalah menjadi kewajipan kita untuk tutup aib sendiri. 
Mungkin kedengaran tak adil, tapi nasihat aku kepada kaum lelaki di luar sana, behave yourselves. Tu je lah nasihat yang terbaik dari aku kut. Nak tulis panjang nanti kena kecam pulak. Biasalah tu~

Bawang
Dhiya

Mommy-hood


Bismillah

Hi. Terasa nak menulis, sambal minum kopi di tepi tingkap dengan pemandangan hutan atau air terjun.
Hidup aku agak hectic sejak sebulan dua ni. Semua kerja nak buat dan nak kejar sebelum puasa dan raya. Itu belum masuk rutin di rumah. Kadang-kadang sampai rumah je, battery aku dah flat. Haih...This is life. Juggling with so many things in your hands are not easy, but you have no choice.

Walaupun penat, tapi aku rasa hidup aku terisi. Aku lebih focus dan bermatlamat dalam kehidupan seharian. Aku lebih bijak merancang hidup. Kalau dulu, balik kerja boleh je cakap tak tahu nak buat apa. Tapi sekarang, aku dah tahu aku nak buat apa untuk seminggu ke depan.

Being a mother, aku tak boleh lari dari emosi. Kadang-kadang nak nangis sebab penat sangat. Kadang-kadang rasa happy sampai rasa macam di awanan. Dan orang yang selalu nampak turun naik mood aku semestinyalah suami aku. Dialah punch bag aku time aku bad mood, tapi dia jugalah bantal empuk aku kalau aku gembira. Means dia selalu ada dengan aku walau apa keadaan sekali pun (walaupun kadang-kadang dia ada kat situ sebagai pasu bunga je read: tak buat apa-apa

Nuha dah 10 bulan. Cepatnya masa berlalu. Terasa nak pause dia sekejap supaya aku boleh preserve kecomelan dan keletah manja dia tu. Wallahi aku akan rindu momen-momen ni. Baru aku faham perasaan ni, sebaik aku menjadi seorang ibu. Dan berapa ramai yang tahu aku sebak hampir setiap malam setiap kali merenung dia tidur. Aku selalu cakap pada dia yang aku akan jaga dia full time soon bila family kita dah senang sikit. Aku akan jadi WAHM dan Nuha akan ada dengan aku selalu. I'm sorry for not always being with you for now, Nuha. But please know that we love you so much.

Dah masuk Q2, kami sekeluarga masih belum berpeluang untuk bercuti bersama. Suami aku sangat sibuk. (Cliché). Hahhahaha! Aku teringin nak ke Sabah. Tapi dengan adanya Nuha, memang kami perlu rancang elok-elok in and out. Kalau boleh nak flawless je. Insya Allah lepas raya lah kita fikir balik plan ni. Sekarang kita focus nak kutip duit raya je dulu buat tambang kapal. Kehkehkeh!

Oh yea. Pesanan kepada readers aku, kalau nak tanya apa-apa kan, ada dua platform yang boleh diguna: 1. Tekan butang 'contact' dan tulis soalan di situ. Tapi sebelum tu, perkenalkanlah diri. Kalau nak tanya tentang tips and tricks travel, itinerary ke, apa kata cerita dulu situasi korang. Jangan main sondol je ; sis RM200 cukup tak untuk 4hari 3 malam punya penginapan kat Tioman? Aku ni tak tahu hujung pangkal, terpaksa email balik tanya details area mana, pergi dengan family ke dengan kawan, bajet berapa. Ehhhhhhhh kerja aku pulak~
2. Boleh komen terus kat ruang komen di bawah setiap entri. Senang. Both methods ni akan ada notification yang masuk ke email aku supaya aku alert. Insya Allah aku akan reply punya~

I will be back in no time!
Mak Nuha

Basuh Tangan Lepas Pegang 10 Benda ni


Bismillah

Since ada Nuha, aku jadi manusia yang sangat skeptikal. I know it's not good (at a certain condition) tapi aku rasa ni normal dan inilah yang dinamakan sindrom mak-mak. Salah satu perkara yang menjadi concern aku adalah kebersihan. Semua benda nak bersih sebab Nuha. I do lot's of readings on how to clean, or how to keep things clean. Hahahahah!

So based on my readings, here are some tips and sharing for all especially mommies out there!

Basuh tangan lepas pegang 10 benda ni:

*Tahukah anda bahawa dengan membasuh tangan, kita dapat mengehadkan penyebaran bakteria, virus dan kuman (MayoClinic.com). Penggunaan sabun, pembersih berasaskan alcohol, air bersih dan antiseptic adalah sangat bagus bagi memastikan kebersihan tangan.

1. Duit. 
Yea...Basuh tangan lepas pegang duit! Yea zaman sekarang kau boleh guna kad je. Swipe-swipe je, jalan. Tapi kadang-kadang kita kena juga handle duit kan. Kita tak tahu 'perjalanan' duit tu macam mana. Mungkin dari tangan penjual ayam, mungkin orang tu baru lepas keluar toilet and (….all the sceptical list goes down!)
Ada kajian mengatakan duit (kertas atau syiling) mungkin ada E.coli dan salmonella. Hah sebab tulah pentingnya kita basuh tangan lepas pegang duit.

2. Handrails, handles, doorknobs
Eeeeee hat ni memang sangat kritikal pada aku. Aku memang akan basuh tangan kalau lepas naik public transport, pegang tempat gayut dalam tren tu, lepas naik eskelator atau keluar dari tandas lepas pegang tombol atau handle pintu tandas tu. Aku macam terbayang banyaknya kotoran sebab orang ramai bersilih ganti pegang tempat atau surface yang sama.

3. Buku menu restoran
Ni pun sama. Kadang-kadang aku rasa buku menu tu melekit dan berlendir je. Urghhhhhh!Aku selalu buat muka sampai kadang-kadang suami aku cakap; "Jangan buat camtu. Nanti orang kedai kecik hati" Tapi masalahnya kita tak tahu berapa banyak tangan dah pegang buku menu tu. Jatuh ke lantai ke, ape ke. Kita tak boleh elak dari memegangnya sebab kita nak tengok menu. Tapi yes, kita boleh basuh tangan lepas pegang tu.
Satu lagi kakak! Baby seat. Cuci dulu sebelum bagi baby duduk. Itu akulah~

4. Pen yang bukan kau punya.
Contohnya, pen kat kaunter pejabat pos atau kat kaunter pejabat kadi. Memang zaman sekarang boleh je ambil nota guna komputer atau phone. Tapi ada dalam keadaan tertentu, pen masih diperlukan. Menurut kajian WSJ, sebatang pen 'awam' tu ada 10 kali lebih banyak kotoran berbanding toilet seat. Korang pernah gigit penutup pen tak?
Hhaahahahhaahah!

5. Any animals.
Apa-apa haiwan. No compromise. Ketahuilah haiwan adalah pembawa bakteria yang boleh dipindahkan tidak hanya kepada jenis mereka sahaja, tapi ia boleh menghinggap manusia. Aku dulu best friend betul dengan kucing. Lama-lama bila ada kesedaran, aku dah kurang minat nak pegang haiwan. Kucing kat rumah nenek Nuha tu aku dah warning pada bibik jangan keluarkan. 

6. Touchscreen.
Kalau kat mall, selalu ada big touch screen untuk check directory kan? Hah kalau lepas main menda alah tu, basuhlah tangan ya. Seluas-luas screen tu, punyalah banyak tentera bakteria. Bayangkan jap. Bayangkan.

7. Papan pemotong dan span basuh pinggan.
Dua benda ni, bukan setakat kau kena basuh tangan lepas pegang dia. Depa berdua ni pun kau kena basuh sental sekali. Tahukah anda bahawa dua alat ni menjadi padang kawad kepada bakteria? Pada seketul span basuh pinggan, ada 326 bakteria yang hidup di situ. Sebab tu kena tukar selalu dan ada pendapat kata tak payah guna terus! Dapur juga adalah tempat di mana kita bawa balik bahan mentah macam sayur dan daging. Jadi risiko untuk bakteria membiak di dapur sangat tinggi. 

8. Soap pump or dispenser
Tambahan satu lagi; kepala paip kat sinki kat tandas atau kat restoran. Haaa tiga objek ni pun aku agak 'geli'. (Sorry kalau Nampak aku acah-acah pembersih sangat). Hahahha. Selalunya lepas pam sabun dari pam dan basuh tangan dekat sinki, aku tak pegang dah tap tu. Aku akan tutup paip guna siku. Kahkahkah!

9. Semua dalam bilik doctor
Kau tahu kan orang jumpa doctor sebab apa? Sebab sakit kan? So dapat bayangkan tak betapa bilik doctor adalah tempat bakteria berkumpul. Penyandar kerusi yang kau tarik untuk duduk tu, mungkin dah disentuh di tempat yang sama oleh orang sebelum kau. Dia datang mungkin sebab selesam dan dia tutup mulut dia dengan tangan yang sama.
Pen, tombol pintu (yang ni memang laaaaahhhh), meja, dan mainan bayi adalah antara barang yang kau kena beringat.

10. Apa saja di airport
Lapangan terbang bukan saja tempat untuk bawa kau terbang, tapi ia turut mengumpulkan bakteria dan kuman dari seluruh dunia. Macam aku cakap tadi, kalau lepas pegang handrails ke, tombol pintu tandas ke, kerusi tempat menunggu ke- Bersihkan tangan.

Kadang-kadang memang renyah la kan. Kenapa dunia ini terlalu rumit sedangkan semuanya boleh dipermudahkan. Gittuhhh. Kalau aku, aku standby wet tissue dan hand sanitizer botol kecil tu untuk sentiasa cuci tangan aku terutamanya kalau lepas menghadap benda-benda yang aku cakap tadi.

Yang benar,
Mak Nuha

How to Succeed and be Content


Hi readers,

Ni sharing yang aku dapat dari some of my readings. It's taken from a magazine, written originally by a Buddist monk and a teacher named Haemin Sunim based on his observations on living a fulfilling life.
1. Jangan tagih perhatian orang.

Kita ni, kalau nak happy, buat kerja kena ikhlas. Amat penting untuk tidak menagih perhatian sesiapa (e.g bos). Buat kerja kau dan siapkan. Done.

2. Jangan dengki.

Kalau kita tengok orang lain rajin atau lebih berjaya dari kita. Jangan dengki. Sepatutnya kita kena jadikan dia motivasi untuk kita juga boleh rajin dan berjaya. Tahukah korang bahawa kesungguhan, kerajinan itu boleh berjangkit? Cuba dulu.

3. Jangan takut buat silap.

Kawan-kawan, semua orang buat silap. Jangan takut untuk mencuba sesuatu dan bersedia untuk melakukan kesilapan. Apa yang tak betul adalah apabila kau tak boleh terima teguran (kalau buat kesilapan) dan tak nak belajar untuk membetulkan diri.

4. Raikan perbezaan.

Dunia ni- kalau tak ada kepelbagaian, hidup akan jadi boring dan kau tak akan ada peluang nak grow dan belajar sesuatu yang baru. Jadi, jangan kecam orang yang tak sama idea dengan kau. Atau paksa orang supaya agree dengan kau. Sebaliknya, terima dan hargailan perbezaan yang ada dalam sesuatu perhubungan. Dengan menghormati pendirian orang lain, hidup kau akan lebih tenang and you gained respects too.

5. Jadi matang.

Semakin kita belajar untuk menjadi matang, kita akan melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih baik dan positif. Percayalah.

6. Enjoy the moment.

Jangan terlalu overthinking atau terlalu focus sangat. Enjoy apa yang kau ada sekarang. Tak perlu tunggu kaya (for example) untuk gembira. Kau boleh gembira dengan apa yang kau ada sekarang. Kalau ada RM5 dalam tangan, kau mungkin boleh gembira dengan satu kon ais krim. Tu analogi enjoy your moment, ok?

7. Jangan tamak

Jangan tamak tak bermaksud lepaskan peluang. Tapi berpada-padalah. You only have one soul to feed. Berbahagialah dengan apa yang ada di depan. Tak salah merebut peluang tapi pilihlah yang terbaik.

Cuba
Dhiya

Nuha Food Journey: Oat + Pisang Emas


Bismillah

Ingat lagi dengan entri aku tentang menu oat dan buah mangga tu? Ada yang email aku tanya selain mangga, buah apa lagi yang sesuai nak dicampur dengan oat ni. Komen pun tak pe, sis. Huhuhu.

Pada aku, konsepnya mudah. Kau fikir kalau kau yang makan dan apa yang kau nak campur dalam oat tu. So aku rasa oat dan pisang is a great combination, too. Selain tu, aku terbayang-bayang buah strawberry, bluberry dan macam-macam lagi.

Cara yang sama macam buat oat + mango tu, cuma tukar buah je. Alhamdulillah Nuha suka sangat oat-based menu ni. Selalunya aku bagi untuk sarapan dia. 
Yang dalam bowl hijau tu adalah oat + pisang. Aku dah blend sekali. Yang sebelah bawah tu adalah gambar oat + mango macam dalam cerita yang lepas.

Mommies, bagi anak makan- Bukan senang. Tapi when you put it in your life as a responsibility, add on loves- Insya Allah kau akan enjoy. Aku ni ada je fasa yang Nuha takmau makan. Tapi Insya Allah momentum tu ada, aku tak pernah putus asa untuk pikat selera dia.

Oklah. Selamat mencuba Mommies!

Salam sayang
Dhiya

Nuha Food Journey: Oat + Mango


Bismillah

Hello mommies, hari ini aku nak kongsikan resepi oat untuk Nuha. Oat can be a substitute to rice, so selalunya aku tak akan campur oat dengan beras dah. Oat ni selalunya aku bagi sebagai sarapan dia. Ala macam kita lah kan. Oat dengan buah di pagi hari gittuuhh!

Banyak jenis oat di pasaran, tapi aku guna rolled oat yang mana perlu dimasak sedikit lama (sebab rolled oat ni tebal sikit) dan apabila dimasak, kita masih rasa oat tu. Dia tak hancur semua. Rolled oat ni sesuai lah kalau dicampur dengan buah-buahan.
Ada yang jenis instant oat (instant maksudnya cepat dimasak sebab potongannya yang lebih nipis), bukan instant 3 IN 1 tu ya. Yang 3 IN 1 tu memang totally out from baby's food list sebab ada gula. Instant oat yang cepat dimasak ni aku prefer guna kalau nak buat bubur ayam ke, bubur lambuk ke sebab nanti bila masak, tekstur dia halus je.
Ok lagi cerita tentang oat, dalam entri yang lain ya. Entri tu nanti bukan cerita oat untuk menu baby je, tapi sesuai juga untuk orang dewasa yang nak tukar kepada menu yang lebih sihat.

Penyediaan oat:

1. 4 sudu besar rolled oat
2. 1 sudu tepung gandum
3. Sedikit perahan lemon
4. Air suam

* Semua bahan dicampur sekali dan dibiar dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam). Rendaman dengan tepung gandum dan air perahan lemon adalah untuk menggalakkan proses germination rolled oat tu.
Selepas direndam, oat tu aku bilas dengan air untuk buang rasa lemon dan tepung tu. Kemudian aku masak dengan air dalam 5-10 minit dan dibiarkan sejuk. Kadang-kadang aku masak plain macam tu je, kadang-kadang aku letak cream cheese sikit.  Bila dah sejuk, aku akan blend dengan buah mangga manis. Nak blend asing pun boleh tapi aku macam tak suka buat kerja redundant ni. Lagi pun Nuha tak suka premixed ni. Maybe rasa dia tak balance masa gaul tu sebab tak sekata jadi ada part yang rasa plain oat je.
Lepas siap, aku masukkan dalam jar comel-comel untuk sedang elok sukatan makan dia dan simpan dalam peti. Oat dengan mangga ni boleh dimakan sejuk, tak perlu rendam air panas. Tapi depends juga pada penerimaan anak masing-masing. Macam Nuha, dia macam boleh tahu makanan yang macam mana perlu suam, makanan macam mana yang boleh sejuk.  
Ha yang jenis macam ni la Nuha tak suka. Dia suka yang blended sekali harung. Ni sekali ni je aku buat macam ni. Kebetulan lawa pulak warna dia. So simpanlah satu gambar buat kenangan.

Oh ya, Nuha starts makan oat pada umur 7 bulan lebih and she likes it very much. Aku pun macam senang hati nak sediakan sebab cara dia mudah. Cuma jangan lupa rendam dulu. Selalunya aku rendam sebelum pergi kerja. Nanti balik kerja waktu petang, dah boleh masak. Esoknya dah chilled dan sedia dimakan. 

Selamat mencuba, amak-amak lawa
Real foods never go wrong
At all!

Dhiya

Minyak Zaitun untuk Bayi


Bismillah

Hari ni aku rajin nak buat notes tentang minyak zaitun (Olive Oil, OO) untuk rujukan aku dan pembaca di kemudian hari.
1. Extra virgin olive oil (EVOO)

Bahasa layman nya adalah minyak zaitun yang mula-mula keluar semasa proses perahan. Khasiatnya sangat tinggi, malah boleh diguna terus tanpa perlu dimasak. Jadi dalam penggunaan harian, EVOO boleh terus dititis dalam makanan bayi atau dijadikan sebagai seasoning.

2. Virgin olive oil (VOO)

VOO adalah hasil perahan peringkat kedua. Kegunaan VOO adalah sama dengan EVOO. Aku personally tak pasti apa bezanya, tapi mungkin dari segi kualiti (sebab ni perahan peringkat kedua). Satu lagi, VOO mungkin lebih murah berbanding EVOO.

3. Pure olive oil (POO)

POO adalah olive oil yang boleh digunakan untuk memasak atau menumis. Berbeza dengan EVOO dan VOO kan yang tak boleh diguna untuk menumis, tapi boleh dimakan terus. Jadi kalua (mampu) nak beli minyak zaitun untuk memasak dan menumis, belilah POO. Kalau tak mampu, minyak sawit biasa pun boleh dik. Jangan pembaris sangat. 

**************
Untuk pengetahuan, minyak sawit keluaran negara kita antara minyak sawit yang terbaik di dunia. Tapi kena cari pengeluar yang betul lah sebab ada je company ni beli minyak rejected dari pengeluar utama, proses balik dan jual. Ini aku tahu dari suami aku sebab haritu dia ada kerja kat kilang minyak sawit milik pengeluar terbesar di Malaysia ni. So orang dalam kilang tu bagitahu siap tunjuk satu tangki (tangki minyak reject) yang nanti akan ada company datang dan beli minyak tu. I was like OMG OMG OMG!

Eh cerita pasal minyak sawit pulak. But those who are looking info about olive oil, aku harap cerita pendek aku ni dapat menjawab dan memudahkan pencarian kalian.
Info ni pun aku dapat dari leaflet masa aku kerja luar hari tu. Mudah faham Insya Allah.

Salam sayang,
Dhiya

Nuha Food Journey: Groceries


Bismillah

Ada yang email aku tanya macam mana aku urus bahan untuk masak makanan Nuha. Basically Nuha's food is our food. Cuma no salt no sugar and most importantly it's real foods! Aku membeli groceries macam manusia biasa, pasar malam pun aku layan sebenarnya cuma untuk Nuha aku akan tambah beberapa bahan.

Barang fresh selalunya aku beli di Jaya Grocer atau Cold Storage. Buah-buahan fresh selalunya aku beli di MBG. Selain tu, aku pergi juga ke Tesco, Aeon dan Giant. Aku pun manusia biasa. Idak pun pergi ke tempat mahal-mahal. Tak mampu~
Pembelian dibuat setiap dua minggu. Pertama aku tak nak bahan masak Nuha banyak sangat tersimpan dalam peti. Takut nanti tak segar. Keduanya peti ais aku bukan besar sangat nak simpan semua benda. Aku beli yang aku nak guna je. Oleh itu, adalah penting untuk aku plan apa yang aku nak masak at least untuk 2-3 hari ke depan. 

Cara menyimpan bahan masakan (terutamanya sayur-sayuran) pun penting juga untuk pastikan ianya segar dan tahan lama. Aku ni typical mom je, ikut je petua orang yang berpengalaman. Aku simpan sayur dalam bekas bertutup dan dilapik tisu kering. Tisu kering tu berfungsi untuk serap moisture supaya sayur kita tak lembap dan cepat busuk.
Mana yang boleh dibuat stok puri, aku akan buat juga untuk mudahkan kerja aku di masa akan datang. 

In short, groceries Nuha adalah groceries keluarga. Aku sentiasa berusaha yang terbaik untuk berikan dia yang terbaik. Aku pun belajar dari orang yang berpengalaman dalam menguruskan makanan anak. Not perfect at all. So those yang email aku, note that aku bukanlah dietitian atau doctor atau perunding kanak-kanak. Aku orang biasa je. Amak yang selalu gelabah dan overthinking about anak. Whatever knowledge yang aku ada ni pun, aku gained dari pembacaan atau dari kawan-kawan aku dan aku kongsikan di sini dengan harapan semoga ianya bermanfaat.

Insya Allah, 
Next entri kita berjumpa lagi.

Salam saying
Dhiya

Working Moms vs. Fulltime Housewives


Bismillah

Semalam aku cuti. Mama cuti sebab ada hal dan dia memang dah bagitau sejak bulan Januari lagi.

Aku pun seronoklah sebab dapat rasa jadi housewife seperti yang aku cita-citakan sangat tu.
But let me tell you the truth;

Being a fulltime housewife is not easy at all. These were what I faced on the whole day, yesterday.

Aku bangun dalam 6.30 pagi macam tu dan on mesin basuh. Dalam pukul 7.00 pagi, aku dah mula masak makanan Nuha dan buat sarapan ringkas. Nuha masih tidur, ok lah. Kalau dia bangun, kena pause juga sekejap walaupun suami aku ada je tolong mengasuh.
Aku memang berkitai di dapur. Bungkus segala sampah dan 'kirim' kepada suami aku waktu dia nak turun ke tempat kerja nanti. 

Suami aku bantu mandikan Nuha dan aku sidai baju cepat-cepat. Lepas tu aku mandi cepat-cepat sebab nanti kalau aku sorang-sorang, aku kelam kabut. Sementara dia belum pergi kerja, baik aku maximize kan speed aku.

Lepas dia pergi kerja, aku duduk la kejap melayan si kenit. Sambil sambil tu aku suap dia makan. Makan style Nuha- makan sambil main, makan sambil panjat memanjat. It takes more than 30 minutes kadang-kadang. Masa ni, kalau dia memunggah mainan, sepahkan baju kat rak, aku biarkan je dulu asalkan dia nak makan. 
Sementara itu di dapur, pinggan mangkuk banyak je tak berbasuh tapi aku lantakkan je dulu sebab nak melayan Nuha. 
Lebih kurang pukul 10-11 pagi macam tu adalah nap time dia. Nak nap bukan baring terus pejam. Kena susukan, kena tepuk-tepuk, kadang-kadang bersilat tarik rambut dulu. Hhahahah (I'm gonna miss this moment!)

Only when she felt asleep, aku boleh la buat kerja. Itu pun kena slow-slow dan kalau boleh jangan keluar bunyi sikit pun. Nak blender cili- No. Nak basuh pinggan mangkuk- jangan ketang ketung. Kalau boleh nak basuh jamban pun jangan ada bunyi air. Punyalaaaaahhhh nak bagi anak lena dan tak terkejut. So semalam masa Nuha nap tu, aku sempat la siapkan lunch dia dan buat stok makanan untuk esoknya. Nak buat tomato puree, sempat memotong-motong je. Stucked kat blend sebab taknak ganggu dia tidur.
Semalam dia tidur agak lama. Dalam 2 jam macam tu. Jadi banyak benda jugalah aku sempat buat. Aku ni tak reti nak join tidur kalau anak tidur. Masa dia tidur tulah rasa nak buat semua benda.

Bila dia bangun, aku main-main dengan dia sambil suap makan tengahari. Again it takes sometimes. Mata aku mengantuk tapi bateri dia tengah fully charged. Hahahhaha! Aku tak memasak pun. Aku join makanan dia sekali. Satu masuk mulut dia, dua masuk mulut aku. Last-last aku kenyang macam tu je. Sambil dia main-main tu, aku blend tomato paste yang stucked tadi. Lepas tu campak dalam kuali untuk pekatkan sikit. Sambil jaga api, sambil tu lah aku solat dan bersilat dengan dia. Kadang-kadang memunggah, kadang-kadang memanjat sofa, lepas tu jatuh terlungkup sebab bersandar kat pintu, kadang jatuh terlentang sebab berpaut kat langsir. Hahahahahah!

Pukul 3 petang, her nap time again. This time aku tumpang la juga sekejap. Tapi tak lena pun sebab banyak benda yang berlegar dalam kepala. Last-last aku bangun juga, lipat kain sambil tengok tv. Huuuu. Bila dia tidur, aku dapatlah duduk berlunjur kaki sekejap. Kemas balik mainan dia tadi dan tengok-tengok phone. Ini baru sorang anak okay. Huhuuuu!

Bila dia bangun, dia main lagi. Dia punggah balik mainan yang aku simpan tadi. Lantak. Janji dia happy. Aku menyusun kain baju yang dah dilipat tadi sambil menyusun kain baju dia untuk ke rumah babysitter esok. Itu pun belum sempat dizip, dia dah capai dan kirai balik. Phewww~! Sekali sekala dia merengek minta susu. Rutinnya memang begitu.
Pukul 6.30 petang, aku mandikan dia. Tukar baju malam.

Bila suami aku balik jam 7 petang, Nuha dah siap mandi, dah wangi dah lawa. Aku? Tak sempat mandi lagi. Memang tunggu suami aku balik supaya dia boleh temankan Nuha dan aku dapat me-time dengan tenang dalam bilik mandi. 

*********************************************
Nah. Ini jurnal aku sebagai suri rumah untuk sehari. It's very tiring (tak, aku tak merungut). Tapi just nak bagitahu hakikat sebenar seorang home maker atau suri rumah sepenuh masa. 
Orang di luar sana selalu ASSUME yang suri rumah sepenuh masa ni relax, goyang kaki dan tak penat. Weh, kain baju tak akan berlipat sendiri kalau bukan kita yang duduk dan lipat. Pinggan mangkuk di dapur tak akan terbasuh dan tersusun sendiri. Lauk pauk di atas meja yang sedia untuk di makan tu tak akan tersedia sendiri tanpa usaha dari seorang suri rumah sepenuh masa.

Aku- Di pejabat, ada juga me time. Kalau rasa nak lelap, sejam lunch hour tu aku boleh telangkupkan kepala kat meja dan tidur tak ada siapa akan kacau. Kalau rasa nak makan dan minum, boleh pergi pantry dan enjoy your time takat 5-10 minit tanpa gangguan. Rasa-rasa nak pergi tandas, boleh pergi dengan senang hati. Jauh beza dengan keadaan aku di rumah semalam. 

So aku nak bagitau kat sini, whoever you are; a working mom or a fulltime housewife - Kita sama-sama penat dengan nature kita. Aku maybe penat dan tertekan mengejar dateline, attending meetings, perangai orang. Fulltime home maker mungkin penat mengemas tak berhenti, anak bersilat, air tumpah dan lain-lain house chores. Jangan pernah kita masing-masing nak menang dan bagitahu semua orang kitalah yang paling penat. 
Fungsi kita berbeza, tapi matlamat kita semua sama- Iaitu mahukan yang terbaik untuk keluarga. Jadi berlapang dadalah dengan apa yang kita ada.

Aku- bekerja, dan selalu bercita-cita nak jadi WAHM. Tapi berapa ramai ibu yang tak bekerja di luar sana, hari-hari memasang impian nak bekerja. Bekerja tak bermakna kau mulia, suri rumah sepenuh masa tidak pernah bermakna tak berguna. Ingat, kita semua ada fungsi masing-masing. 

Stop judging and stop talking bad about others. You only will make other people depress.

Appreciate-
Celebrate the differences.

Dhiya

I Really Need a Vacation and How About Bangkok?


Menguap je kerja nya

Aku taknak makan
Aku taknak shopping
Aku taknak tengok movie

Aku nak bercuti.
Menggigil je post bercuti lalu lalang di FB aku.

Terbaru, aku macam jatuh cinta dengan Bangkok. Yeaa Bangkok. Ni akibat baca banyak sangat travelog orang sampai jatuh cinta dan terus rasa nak pujuk suami aku untuk book tiket dan hotel.
Bangkok ni salah satu destinasi yang boleh korang datang untuk bercuti kat Thailand selain dari Krabi, Koh Samui, Hatyai dan Phuket. So kali ni aku nak share dengan korang apa yang korang boleh buat kat ibu negara Thailand ni. Ada banyak tempat bersejarah yang ada kat Bangkok ni.
Tapi tapi tapi, sebelum apa-apa, pastikanlah cari hotel siap-siap. Aku ni memang sejenis manusia yang well-planned. Kalau kata nak travel bulan March, hujung bulan 12 haritu aku dah secure bilik hotel lagi-lagi kalau nak travel jauh atau luar negara. Jadi, korang kena buat Bangkok hotel booking dulu sebelum pergi. Kalau tak, kau menangis je lah tepi pintu lobi.
Kat Bangkok, Grand Palace adalah lokasi bersejarah yang wajib korang singgahi walau sepadat mana pun waktu korang di sini. Istana yang dibina pada tahun 1782 ini pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja. Berkeluasan sekitar 214,000 kaki persegi, untuk melihat kesemua pelusuk kawasan istana ini mengambil masa lebih daripada satu jam. Bukan mudah nak dapat mendekati ruang istana kan? Alang-alang dah dapat masuk tu, teroka habis-habisan ya?
Sumber: Pinterest
Majoriti penduduk Thailand menganut agama Buddha, jadi tak hairanlah kalau kat Thailand ini kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha. Yang menariknya tentang tempat-tempat macam ni adalah kerana usianya yang kadangkala boleh mencecah ratusan tahun, dengan keadaan yang masih well conserved. Salah satu tokong Buddha klasik ini adalah Wat Pho ataupun Tokong Buddha Berbaring. Kalau nak dibezakan dengan umur tokong yang lain, Wat Pho adalah yang paling tua di Bangkok. Tokong yang dibina oleh King Rama I ini juga merupakan universiti Thailand yang pertama di mana sesiapa yang nak belajar teknik urutan dan rawatan terapi yang lain boleh attend kelas-kelas yang diadakan kat sini. (Oh patutlah orang Thai pandai mengurut. Ada kelas rupanya)

Sathorn Unique Tower ini diberikan nama begitu kerana kondisi menara ini yang terbengkalai setelah 80 peratus siap akibat krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997. Menara berketinggian 49 tingkat ini telah dibina di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Bagi pelancong yang berjiwa ekstrem dan ingin menikmati pemandangan yang memuaskan pandangan mata sekitar Bangkok, tak salah untuk korang cuba menawan bangunan tinggi ini. Namun begitu korang perlu membayar beberapa Baht terlebih dahulu kepada pengawal yang menjaga menara ini. Aku? Memang tak teringin lah nak ke tempat tinggi ni. Gayat wehhh!
Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik kat Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road pula dikatakan sebagai pusat berkumpulnya ramai kaki backpackers kat Thailand. Kat sinilah korang dapat jumpa ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya dalam golongan mat-mat saleh. Antara yang terdapat kat sini adalah kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan banyak lagi. Kat sini jugalah mungkin kau boleh jumpa jodoh kau. Eh~
Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan, namun begitu mereka yang tidak gugur dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin, telah membina tokong ini. Kat sinilah juga raja Thailand kemudiannya mula membina istana. Tokong yang  berketinggian sekitar 79 meter ini terletak bersebalahan dengan Sungai Chao Phraya. Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana korang akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam kat sebalik Sungai Chao Phraya.
Sumber: Google
Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah kat sekitar sebuah tokong. Salah satu daripada perjanjian pembelian tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana beratan patung ini yang agak luar biasa. Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dibiarkan semalaman. Dikatakan pada waktu itu musim hujan sedang melanda Thailand, esok paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 ton emas asli, inilah dia Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.
Banyak lagi sebenarnya cerita Bangkok ni… Tapi cerita je mana best. Memang kena pergi sana~ Kalau korang ada plan ke sini nanti aku nak try book Baiyoke Sky Hotel online sebab hotel ni salah satu hotel yang selesa sesuai dengan budget aku (personally) dan senang nak pergi ke mana mana. Lagipun aku kena consider Nuha dalam setiap langkah perjalanan aku. Sekarang ni dah tak boleh book hotel cabuk-cabuk. Kena yang proper sebab aku nak Nuha selesa. Aku tengok-tengok gambar hotel ni pun...Hm...Boleh tahan. Kau tunggu situ nanti aku datang!
Tunggu tau!
Dhiya