Ahad yang Indah

Alhamdulillah

Hari ini hari Ahad. Seperti biasa, saya tak mahu tahu (buat-buat tak tahu) esok hari apa. Saya tak akan ambil tahu! Hee~

Saya bangun dari tidur, ada genangan air mata. Oh, benarlah. Saya mimpikan seseorang yang jauh. Terasa itu semua berlaku, kerana itu sampai menangis dalam mimpi. Saya mengeluh sendiri. Kenapa mesti hanya dalam mimpi? Kan bagus kalau itu adalah realiti!

Saya tolong emak sidaikan baju-baju yang masih di dalam mesin basuh, sedang emak dan akak sibuk di dapur. Ha..Menu hari minggu: Nasi ayam. Jangan terliur ok. Ni untuk famili sahaja. Tak ada kenduri jamuan untuk orang lain~
Semasa menyidai, baru saya perasan...Baju budak-budak ni (anak-anak akak) semuanya berwarna merah.

"Kak...Kenapa baju budak-budak ni banyak sangat warna merah? Cuba la belikan warna lain..." Saya membebel.

"Alah biarlah. Kalau pergi mana-mana...shopping complex ke, pasar malam ke, senang nak kesan. Itu anak akak. Bukan anak orang lain!" Akak membalas.

Dalam benar maksudnya. Saya faham. Biarlah. (^^)

***********
Kereta saya masih belum berbasuh. Oh malasnya! Sekarang akak sedang membasuh keretanya. Saya tak mahu terlibat. Luas permukaan kereta dia lebih besar, jadi saya tak mahu buang tenaga untuk kereta dia. Saya akan basuh Baby saya sekejap lagi, selepas akak siap!

Tapi...Er..mahu memenuhkan tenaga dulu. Masa untuk makan tengahari!

p/s: Tunggu nanti ok!

No comments