Sebelum Pulang


Bismillah...

Sebelum saya pulang, saya sempat singgah ke tempat kegemaran saya. Hm~
Inilah tempat saya beriadah dan membuang rasa tertekan sewaktu pengajian di UM dahulu.
Rindu...Rindu sangat!

Berpeluang bersarapan di situ sambil bermenung jauh.

Dalam hati saya bermonolog-

Kota ini mewah
Tapi tak semuanya mudah
Banyak yang susah lagi payah
Perlu banyak mujahadah

Kota besar
Nampak semua ada
Tapi hanya untuk yang berada
Selebihnya pandang saja
Telan air liur, berputih mata
Yang kaya terus kaya
Yang daif terus miskin lagi hina
Rakyat marhaen namanya

Kota megah
Aku lelah
Mohon izin undur selangkah
Bukan kalah, tapi beralah
Perjuangan aku ada rehat, bukan noktah
Esok lusa aku kembali
Bawa jati diri
Supaya aku tak tersungkur lagi



 Rasanya tak susah untuk anda teka di mana saya berada... :)

Salam sayang,
Dhiya

Jumaat yang Sangat Tenang


Bismillah

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Hari ini terasa sangat release. Bangun pagi pun rasa tenang :) Terima kasih, Allah...

Semalam, tepat jam 4.30 petang, selamatlah saya menghantar tugasan Pak Arab yang diberikannya minggu lepas. Menyiapkannya memang memberi tekanan. Iyalah...Bagi last minute, tapi nak segera. Tak aci sangat! 
Tapi saya siapkan juga dengan penuh keazaman semalam. Masa makin suntuk. Barang-barang peribadi saya belum berkemas. Kalau ditangguh tangguh, saya memang tak sempat check out pada masa yang ditetapkan. 

Saya sudah mula mengemas sejak malam tadi. Boleh tahan banyak juga barang saya. Betul...Sebelum ini saya menyewa bilik dan bekerja. Jadi saya memang banyak aset. Ada yang sempat dibawa pulang, dan ada pula yang saya angkut lebih dari sepuluh kali ulang alik ke asrama.
Kalau nak bergantung dengan kekuatan Baby K, saya tak rasa semua barang ini boleh ikut saya balik. Puas saya fikir, macamana nak selesaikan masalah ni.
Jauh menerawang, saya call Wani dan minta izin tumpang stor pejabatnya. Saya janji padanya yang saya akan kembali awal Julai (berita baik) dan ambil semula barang-barang tu.
Elis pun menjadi mangsa. Baldi pink dan beberapa kotak lagi akan saya amanahkan kepadanya. Maaf kerana susahkan ramai orang. 
Saya sangat perlu bertahan sebelum mendapat rumah tetap dan bernikah nanti!

Sekarang saya berhenti rehat sekejap sambil bersarapan. Makan pun apa yang ada saja- Bubur nasi segera. Bujanglah katakan~
Selepas ini saya akan sambung lagi mengangkut barang ke dalam kereta. Mudah-muadahan muatlah barang yang tinggal untuk dibawa pulang. Saya teringin sangat untuk tidak kembali ke Kuala Lumpur ini dalam tempoh yang agak lama. Sejak bekerja, saya hanya pulang ke kampung hujung minggu. Kadang-kadang emak dan abah pun ada urusan lain. Jadi berapa sangatlah nilai maa saya bersama mereka.
Tapi awal Julai saya akan kembali sekejap atas urusan kerajaan. Doakan!

Salam Jumaat, 
Dhiya

Selesai Satu Lagi


Bismillah

Alhamdulillah

Hari ini selesai satu lagi tugasan. Tiga laporan bertulis, dan satu pembentangan untuk seorang pensyarah yang sama. (-.-). Tarikh pembentangan dan penghantaran adalah hari ini. Memang masak juga dibuatnya. Tapi itukan sudah permintaannya~

Jam 8 pagi, saya sudah keluar menuju ke kedai fotokopi di fakulti. Dari tempat letak kereta, saya lihat abang kedai tu sedang menutup pintu kedai. Saya lihat jam, baru 8.20 pagi. Ehh? Berdesuplah saya mendapatkannya.

"Abang, kejaaaap!!!" Saya menjerit dari jauh. Peh...Memalukan je
Abang tu berhenti dari mengunci kedainya.
"Dah tutup ke bang? Cuti ke?"
"Taklah...abang nak pergi minum." Tapi saya lihat tangannya membuka semula kunci mangga kedainya
"Terima kasih bang, Terima kasih banyak banyak...Saya ada kelas pukul 9...Sorry la susahkan abang" Saya berbasa basi. Selebihnya saya hanya syukur sebab dapat tahan abang tu dari lesap ke cafe. Jadi satu hal pula saya nak menunggunya~

Tak sampai 10 minit, urusan binding dan printing saya selesai. Baguslah. Pagi-pagi lagi sudah efisyen. Selepas itu, saya terus bergerak ke SERI untuk sesi pembentangan. Dr. H sudah sampai. Kemas duduknya di atas kerusi depan. Ergggh~
Saya tidak mahu jadi yang terakhir. Jadi selepas Ana, saya terus ke depan dan masukkan pendrive untuk membuka slide pembentangan.Penuh yakin. Kemudian baru saya teringat yang saya lupa pindahkan fail tersebut ke dalam pendrive. Semuanya tersimpan dalam Dropbox! Alahai...Cuai oh cuai!
Mahu tidak mahu saya terpaksa biarkan pelajar lain dahulu membuat pembentangan. Lesson learnt, Dhiya!

Setelah berhempas pulas di depan membentangkan isu GBI dan menjawab soalan-soalan Dr. H, akhirnya saya boleh menarik sedikit nafas lega. Alhamdulillah. Paling tidak saya sudah langsaikan 'hutang' untuk subjek ini dan saya sudah boleh remove tugas ini dari to-do-list saya. :)

Green Building Index (GBI) in Malaysia. Setahun lepas, saya hanya dengar dari mulut pakar dalam EETD sahaja. Sekarang saya buat semua ini untuk diri saya sendiri!
Ilmu saya masih cetek. Tapi saya harus tepuk bahu sendiri dan ucap tahniah atas usaha ini. Bukan sedikit tekanan yang saya hadapi. Banyak tugasan lain yang menunggu ketika itu. Apabila saya berjaya buat apa yang saya kira mustahil, bukankan itu satu pencapaian peribadi?
Oleh yang demikian, kepada sesiapa terutamanya pakar dalam bidang ini yang ingin mendapatkan slide di atas, bolehlah tinggalkan komen ye. Semoga perkongsian itu akan memperbaiki diri saya dan memberi ilmu kepada orang lain juga. Amin :)

Tinggal satu lagi, 
Dhiya Dahlia

Peperiksaan yang Boleh Buka Buku dan Internet!


Bismillah...

Ini cerita yang saya janjikan- Peperiksaan kedua saya yang agak mencabar- 21/6/2013. Tapi memandangkan saya sudah ada pengalaman menjawab soalan kertas Dato', jadi saya sudah boleh agak situasinya.

Malam sebelum peperiksaan, seperti biasa saya ke hulu ke hilir. Apa yang hendak dibaca pun tak pasti, sebab esok boleh bawa 'pawang'~
Tapi saya cuba rancang baik-baik peperiksaan kali ini. Punya sedikit pengalaman buat saya sedikit yakin untuk menebak soalan. Bagi mendapatkan juga aura peperiksaan tu, saya buatlah senarai apa yang perlu dibawa. Penting juga...Kalau tertinggal apa-apa yang penting, kan naya!

Sungguh saya tak tahu apa yang hendak dibawa. Kami tidak ada silibus yang khusus. Jadi memang senjata paling berkesan adalah laptop dan segala alat yang boleh menembusi internet :P
Dipendekkan cerita, jam 9 pagi  bermulalah peperiksaan Pengurusan dan Penilaian Teknologi. Calonnya masih 4 orang, cuma berlainan orang kerana subjek ini adalah subjek elektif. 
Kali ini rasanya saya lebih stabil dan boleh mengagak masa. Saya juga tidak lagi mengambil masa yang lama untuk screen maklumat dalam talian. Mana yang rasa betul dan relevan, salin je cepat-cepat!

Soalan kali ni ok sikit. Sudah ada pembahagian markah. Jadi kita tahu macamana nak cari markah :)
Saya sertakan disclaimer awal-awal ye. Anda mungkin sebahagian dari junior saya yang terjumpa blog dan entri ini. Apa yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya hadapi. Soalan yang saya dapat mungkin tidak sama, tapi barangkali boleh dibuat panduan dan idea bentuk soalan. Dato' mungkin ada banyaaaaak stok soalan untuk pelajar-pelajarnya. :p

Jadi dapatlah saya simpulkan bahawa peperiksaan jenis ini (open book/ open access) tidaklah semudah yang disangka. Bacalah buku sampai koyak helaiannya pun, belum tentu boleh jawab. 
Kalau dah nama open book, saya nasihatkan baca secara screening (rawak) dan gariskan atau warnakan fakta-fakta penting. - Supaya semasa menjawab peperiksaan nanti, kita hanya perlu mencari sahaja, bukan membaca.
Kalau open access (internet dibenarkan), jangan buang masa membaca banyak sumber kalau sudah diyakini jawapannya. Kalau rasa macam dah tahu jenis-jenis soalan, buka browsing page siap-siap- Banyak-banyak tab pun tak apa. Dan paling penting, cas bateri laptop atau jangan lupa bawa wayar kabel laptop. Kalau elemen terakhir ni terabai, memang bye bye dan ucapkan saja see you next semester. 

Betul. Tak tipu~

Alhamdulillah. Peperiksaan bertulis secara rasminya sudah selesai. Cuma yang tinggal sekarang ni adalah titipan terakhir beberapa orang pensyarah yang masih tak boleh terima hakikat anak buahnya nak bercuti lama. Jadi saya perlu siapkan semua ini terlebih dahulu sebelum boleh berehat sedikit. Sedikit sahaja :(

Cuti yang akan datang, saya sepenuh harapan berharap agar punya masa untuk menulis dalam DDD ini. Saya rindu. Sangat!

Salam sayang,
Dhiya

Khamis, 20 Jun 2013


Bismillah

Assalamualaikum...

Esok saya akan menghadapi kertas peperiksaan kedua selepas 13 Jun lalu. Bayangkanlah...8 hari gap yang boleh bikin terpenjara :p

Namum dalam tempoh 8 hari tersebut, saya punya 2 sesi kelas Pak Arab, dan 2 sesi pembentangan.

Sehingga kini, saya masih punya 4 tugasan + 1 tugasan yang baru diberikan oleh Pak Arab pada sesi pembentangan 18 Jun lalu, ditambah dengan 2 lagi sesi pembentangan yang akan dijalankan pada 26 Jun! Semua itu perlu disudahkan sebelum 28 Jun kerana 29 Jun adalah tarikh akhir check out (-.-)~

Tapi semua tu saya rasa berbaloi kerana semuanya untuk saya. 
Sebab itu saya paling marah kalau saya diganggu ketika khusyuk dan duduk kemas di meja belajar. Bunyi telefon paling membencikan lewat kebelakangan ini. Begitu juga dengan email yang masuk. Rasa mahu ditamatkan semua. 
Mungkin orang kata saya dangkal kerana tidak tahu bahagikan masa. Ada yang kata saya kena belajar multitasking dan apa-apalah...Tapi satu yang saya pegang: Jangan cakap banyak sebab cara kita berbeza. Jangan ingat orang lain boleh ikut cara kita, demi mengejar matlamat yang sama. Salah tu.

We have our own way

Jadi saya fikir respect itu lebih baik.

Esok, sekali lagi saya akan menghadap Dato'. Dia memang suka buat kertas peperiksaan kut. Sebab dalam banyak-banyak subjek yang saya ambil, hanya subjek Dato' sahaja yang ada 50% peperiksaan.
Masih sama, kami dibenarkan membawa segala pawang yang punya enjin carian. Dan saya sudah boleh agak bagaimana situasinya nanti.
Panjang usia, keluar dari bilik peperiksaan nanti saya akan kongsikan apa dan bagaimana rupanya soalan itu nanti. Malam ini adalah malam untuk melatih jari supaya tangkas mencari maklumat dan pantas menulis!

Doakan,
Dhiya

Peperiksaan


Bismillah

Hari ini terasa macam hari raya. Pukul 5.30 pagi sudah terjaga. Pukul 7.30 pagi sudah siap bersarapan. Pukul 8.30 pagi sudah duduk kemas di dalam bilik seminar, menanti detik jam 9 pagi.

Ini gara-gara paper Philosophy and Policy in Energy. Calonnya hanya empat orang, jadi mungkin Dato' pun rasa tak berbaloi kalau buat exam yang style 'tinggalkan nota dan buku rujukan di luar dewan/ bilik peperiksaan'. Tak cukup mencabar baginya untuk melihat hanya empat orang calon 'menderita' dalam bilik tu. Huhu
Jadinya, seminggu sebelum peperiksaan, Dato' sudah maklumkan kepada kami yang peperiksaan itu adalah open access based. Pada ketika itu, saya hanya agak boleh bawa buku sahaja. Oklah kan...Ada juga talian hayat dan soalannya mungkin hanya berpandukan rujukan sahaja (kononnya).
Tapi saya rasa nak pengsan apabila terima email dari Dato':


Sah. Kau jangan ingat open eccess tu sangat menyeronokkan, Dhiya! 
Siap boleh bawa laptop, IPad, Tab semua...Itu tandanya isu dan soalannya adalah worldwide dan Google adalah talian hayat kami!

Dan memang tepat. 


Soalan sangat holistik. Kalau setakat bawa buku rujukan, memang akan menangis kat situ. Tapi kalau boleh Google pun, dalam tempoh dua jam itulah nak baca, nak difahamkan, nak screen the main points dan nak salin atas kertas jawapan. Tak sempaaaat!

Tapi apa-apa pun, saya dah buat yang terbaik. Sekarang adalah masa untuk berserah dan bertwakkal. Semoga Allah bantu perjuangan saya ini.

Dalam pembacaan saya sewaktu peperiksaan tadi, saya baru tahu yang Oil Crisis 1973 adalah disebabkan negara Arab menyekat dan mengenakan embargo terhadap pengeluaran minyak kerana AS membantu Israel. Besar juga kuasa negara Arab waktu tu. Tapi apa dah jadi sekarang eh? Saya perlu baca lebih lagi. Isunya menarik!

Dan kerana itulah saya suka bidang yang saya ambil sekarang ni. Penuh dengan ilmu baru yang membuka minda. Bukan setakat belajar Msc, malah ada juga isu politik, ekonomi dan ketamadunan manusia yang boleh diambil iktibar.

Tamat satu paper,
Dhiya Dhalia

Fatrah Imtihan


Bismillah...

Tiga tahun lepas, saya berada dalam atmosfera yang sama- Tekanan yang sama, malah lebih teruk saya boleh katakan. Saya menjawab soalan peperiksaan akhir dengan hati galau. Isu diri dan keluarga benar-benar menjadikan saya tidak stabil. Dua jam menjawab soalan, dua jamlah air mata mengalir hingga kembang dakwat pen atas kertas jawapan saya. 
Pada ketika itu, saya tidak boleh fikir apa-apa kecuali mahu bergraduasi bersama rakan-rakan. Bolayan tentang keputusan, asal lulus dan tamat!
Ya, tahun akhir saya sangat penuh dengan kesakitan. Sangat...

Hari ini suasananya sedikit berbeza. Minggu peperiksaan yang tanpa rakan-rakan BbEng, malah tiada tempat untuk berkampung siang hari malam untuk menelaah pelajaran... Saya hanya bertapa di bilik menyudahkan baki tugasan dan ulangkaji seadanya. Saya rindu suasana yang dahulu...

Khamis ini saya akan turun ke medan peperiksaan pertama dalam pengajian Msc saya, selepas tiga tahun meninggalkan buku-buku ilmiah. Gementar!
KPI saya kini bergantung kepada apa yang akan saya tuliskan di atas kertas jawapan. KPI yang dipanggil CGPA itulah yang saya perlukan untuk menebus segala apa yang saya telan dan hadapi selama tiga tahun ini!
Demi Allah, CGPA ini bukan setakat lambang ilmu yang ditimba, tetapi lambang kemahuan saya. Saya lakukan semua ini demi emak dan abah yang saya mahu mereka gembira dan senang hati. Lillah...

Setakat ini saya berpuas hati dengan apa yang saya pilih. Tidak sama sekali ada nada kesal. Saya yang mulakan, jadi saya akan akhirinya dengan baik. Doakan.

Semoga cemerlang!
Dhiya

Buah Tangan


Terima kasih Dr. Pak Arab saya yang menghadiahkan buah tangan dari Tanah Suci Makkah...

Berbaloilah kelas minggu lepas yang terbatal begitu sahaja. Hehu!

Kurma dan kayu siwak
Alhamdulillah :) Ana dan saya ada berseloroh sebelum dia ke Makkah dahulu

"Dr, please make a dua for us, so that we can get a good husband in the future..."
Gelaknya besar. Entah apa ertinya...Tapi kemudian dia tak putus-putus mengaminkannya.

Ok, Solar Thermal Technology masih berbaki 3 topik untuk dibentangkan. Minggu peperiksaan akan bermula minggu hadapan. Allah, mudahkan mana-mana yang sulit!

Salam sayang,
Dhiya

Please Welcome June!


Hi Jun...

Please be nice to me ok~


Few items to take note in June:

  • It's mid of the year. So please don't delay whatever your intentions. Make sure your to-do-list has reached the target at least half!

  • Ija, my good old friend would marry her Mr. Right. We used to be in the same primary school and always fight for nothing. Heh!

  • My exam would be on 13 and 21 June. What a long gap. This exam is my first exam after about three years leaving the first degree university life. 

  • Will officially start my two months semester break on 22 June (after the exam). 

  • Will be in kampung. No compromise. I just felt upset with some people who are easily putting bad comments on my decision. This is my hometown. My parents are here. So there is no reason for me to stay there. Got it?

  • I really wish to watch P Ramlee's movies during the holiday. I don't know why but surely I love it damn much. 

I am getting tired when people around me keep on asking the WHEN-question. They are very caring but I don't think the care is on the right place.
Now let it be like this: 
Once they ask me WHEN, I will ask them WHAT, WHY,WHO and HOW. 

Deal~!

Regards,
Dhiya

Tekanan Itu Apa?


Di hujung semester sebegini, saya sudah tidak larat untuk berfikiran buruk. Jika diambil pusing persepsi orang, tekanan akan bertambah-tambah.

Bolayanlah. Saya mahu fokus pada tugasan yang tinggal serta peperiksaan yang akan datang. :)

Saya sangat perlukan CGPA yang menawan.


Untuk rakan-rakan seperjuangan yang turut berada dalam fatrah imtihan (musim peperiksaan), selamat maju jaya.

Salam sayang,
Dhiya