Jom Pizza!

Minggu ini ada yang teringin makan char kuey tiaw. Dek penangan teringin sangat, dia bagitahu saya yang dia masak menu tu sendiri. Hari ini tiba-tiba saya teringin nak makan pizza. Jom lah...Kita buat sendiri juga~

Bahan-bahan doh:
  • Tepung gandum 1kg
  • Planta satu sudu besar
  • Susu Pekat
  • Garam
  • Yis /mauripan (dikembangkan dengan air suam)
  • Air
Bahan-Bahan topping:
  • Sosej
  • Sos spageti
  • Lada benggala
  • Keju
  • Tambahan lain mengikut citarasa
Cara-cara:
  1. Biarkan seketika doh yang siap diuli supaya naik.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Tebal roti bergantung kepada saiz doh.
  3. Tekan doh di dalam loyang supaya rata. Cucuk dok dengan garfu supaya mudah masak apabila dibakar nanti.
  4. Bakar doh selama 6-8 minit.
  5. Keluarkan roti, letakkan sos spageti di atas roti sehingga rata. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tabur sosej yang telah dipotong, kemuadian lada benggala serta baha-bahan tambahan lain
  7. Taburkan keju
  8. Letakkan serbuk perasa.
  9. Bakar semula selama 5-8 minit pada suhu 175- 180 darjah selsius.
*
  • Roti boleh dibakar terus bersama-sama dengan topping tetapi masa yang diambil lebih kurang 13-15 minit atau lebih
  • Suhu dan masa membakar bergantung kepada ketebalan roti dan bahan-bahan topping yang digunakan.
Takpe, cuba dulu. Nanti hasilnya akan jadi macam kat bawah ni...
Tipu. Ni gambar Pizza Hut yang saya makan beberapa bulan lepas...

Waaa seronoknya kalau ada barang dapur sendiri. Periuk sendiri, kuali sendiri, microwave sendiri...Tapi...Boleh ke saya masak sendiri? He...Insya Allah!

p/s: Dalam fikiran Dhiya sekarang ialah pelbagai jenis topping yang menyelerakan...Daging kisar, cendawan, dan lain-lain lagi! Huuu! Siapa yang dah cuba, boleh bagi testimoni kat Dhiya ye~ (Tiba-tiba jadi laman web resepi masakan pula~)

No comments