Dwibahasa

Sudah hampir sebulan saya menulis di blog baru ini.

Alhamdulillah, saya senang menerima rakan-rakan maya baru yang sama berkongsi minat berblog. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mengikuti perkembangan Dari Diri Dhiya.
Untuk pengetahuan, saya sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini. Dari Diri Dhiya adalah medan saya yang kedua: tampil lebih matang, berilmu dan selamat Insya Allah.

Saya suka menulis kerana ia membantu saya memperkasakan penggunaan bahasa. Dulu saya menulis dalam dwibahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Saya tidak pernah berani memulakan langkah menulis dalam Bahasa Inggeris sehinggalah saya memasuki kelas komunikasi Mr. Sofian. Katanya:

"Keyakinan itu penting. Salah macamana pun, tapi apabila orang melihat anda penuh keyakinan...Mereka tidak akan nampak anda melakukan kesalahan. Buatlah sebanyak mana kesilapan. Kerana anda belajar daripadanya, asalkan anda bersedia membetulkan kesilapan itu"
Inilah Mr. Sofian! Er...bunyi tak sedap! This is the guy! (Sounds greater, huh?)

Mengingati tunjuk ajarnya, saya selalu bersemangat untuk memulakan penulisan dwibahasa saya. Cuma entah, Dari Diri Dhiya mungkin belum cukup bersedia. Tapi ketahuilah, saya akan secepat mungkin mengumpul kekuatan dan keyakinan untuk memulakan habit itu kembali.
Apa yang susah, Dhiya? Berapa banyak alasan lagi yang perlu diberi~? Ohooo!

Saya berazam, satu hari nanti Mr. Sofian akan hadir di laman ini dan melihat sendiri betapa saya mengadaptasikan tunjuk ajarnya! Pasti!

p/s: Tribute to Mr. Sofian

No comments