Kek Batik pula...

Saya tak pasti sejak bila mula berminat dengan resepi-resepi ni. Er...harapnya jangan sedap menaip saja, harus perlu dicuba!

Nah...Kek batik. Kek yang tak payah curi-curi pinjam oven mak semata-mata nak bakar sebiji kek. Itu pun belum tentu elok ke tak. Nama pun curi-curi kan...Takut nanti kek tu jadi buntat bengkak ke...hangit ke...apa-apalah~ Sapa suruh curi? Heee

Bahan-Bahan:
  • serbuk coklat (Milo) 1 paket
  • susu cair 1 tin
  • keju
  • gula halus 1 cawan
  • telur 1 biji
  • serbuk koko (pilihan)
  • biskut Marie
Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam periuk.
  • Cairkan dengan api kecil.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Apabila pekat, tutup api dan masukkan biskut Marie sambil dikacau sehingga rata.
  • Masukkan ke dalam loyang.
  • Mampatkan!
Ok dah siap! Tak perlulah buat menu ni sambil sorok-sorok dari emak ok. Dulu saya dah buat dengan akak. Satu kesilapan besar yang tak boleh dimaafkan adalah apabila akak lupa nak mampatkan adunan tu. Dia seronok mencurah aje. Akibatnya, kek batik tu dah jadi macam dodol. Lembik je. huh!

p/s: Anak dara mesti tau memasak!

Takziah

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Takziah buat Kak Nor dan bonda atas pemergian ayahanda tercinta yang pulang ke Rahmatullah semalam.
Allahyarham adalah abang kandung emak saya.

Maaf kerana tak dapat ke sana atas kekangan masa dan tuntutan komitmen lain. Hanya doa yang tulus mengiringi.

Semoga emak, Kak Nor dan bonda serta ibu dan bapa sudara yang lain bersabar.

p/s: Emak diam tak banyak bercakap...

Jom Pizza!

Minggu ini ada yang teringin makan char kuey tiaw. Dek penangan teringin sangat, dia bagitahu saya yang dia masak menu tu sendiri. Hari ini tiba-tiba saya teringin nak makan pizza. Jom lah...Kita buat sendiri juga~

Bahan-bahan doh:
  • Tepung gandum 1kg
  • Planta satu sudu besar
  • Susu Pekat
  • Garam
  • Yis /mauripan (dikembangkan dengan air suam)
  • Air
Bahan-Bahan topping:
  • Sosej
  • Sos spageti
  • Lada benggala
  • Keju
  • Tambahan lain mengikut citarasa
Cara-cara:
  1. Biarkan seketika doh yang siap diuli supaya naik.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Tebal roti bergantung kepada saiz doh.
  3. Tekan doh di dalam loyang supaya rata. Cucuk dok dengan garfu supaya mudah masak apabila dibakar nanti.
  4. Bakar doh selama 6-8 minit.
  5. Keluarkan roti, letakkan sos spageti di atas roti sehingga rata. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tabur sosej yang telah dipotong, kemuadian lada benggala serta baha-bahan tambahan lain
  7. Taburkan keju
  8. Letakkan serbuk perasa.
  9. Bakar semula selama 5-8 minit pada suhu 175- 180 darjah selsius.
*
  • Roti boleh dibakar terus bersama-sama dengan topping tetapi masa yang diambil lebih kurang 13-15 minit atau lebih
  • Suhu dan masa membakar bergantung kepada ketebalan roti dan bahan-bahan topping yang digunakan.
Takpe, cuba dulu. Nanti hasilnya akan jadi macam kat bawah ni...
Tipu. Ni gambar Pizza Hut yang saya makan beberapa bulan lepas...

Waaa seronoknya kalau ada barang dapur sendiri. Periuk sendiri, kuali sendiri, microwave sendiri...Tapi...Boleh ke saya masak sendiri? He...Insya Allah!

p/s: Dalam fikiran Dhiya sekarang ialah pelbagai jenis topping yang menyelerakan...Daging kisar, cendawan, dan lain-lain lagi! Huuu! Siapa yang dah cuba, boleh bagi testimoni kat Dhiya ye~ (Tiba-tiba jadi laman web resepi masakan pula~)

Alhamdulillah

Managed to finish everything today. New challenges are waiting at the front. O Allah, grant me iman and strength in order to overcome the obstacles.

Thanks Mr. Faz who gave me a very sweet present. I like it very much! Thanks also Mr. Naim for the purple book. You two guys seems like to know that I do love purple damn much. He...How do you know ha?

To all staff in BEMS, thanks for giving me an opportunity to learn here. Sorry for not being the best, but I do always try to be the best. Everyone deserve that aim.

I went home with tears in my eyes. I love them so much as they are like my brothers and sisters. I learn a lot of things from them. They are my mentor, they are my sifu!

To all friends, I just want to let you know this: I love you, I love you, I love you. I will start back my blogging habits, with more informative as well as educative input to be shared Insya Allah.

p/s: It was a tiring day!

Dah lama tak ada gambar

Sejak Nikon saya sakit, blog ini sepi dari hidangan gambar-gambar kegemaran saya. Oh!

Tak mengapalah, saya akan bersabar untuk sementara waktu ini. Seperti kata yang dikejauhan, bersabar sedikit. Nanti labanya mungkin lebih baik apa yang kita kecewakan hari ini. Insya Allah~

Biarlah rindu dendam itu tersimpan jauh di sudut hati. Semoga Allah membalas sabar dan tabah saya itu dengan sebuah kamera Nikon d**** yang lebih memuaskan hati. Eh?
Nah, lepaskan gian sekali. Guna kamera telefon bimbit pun jadilah!

Esok hari penting untuk saya. Oh! Tapi malasnya bagai terkena kerasukan. Saya berada di tahap malas paling tertinggi!

p/s: Tidur, Dhiya!

Khamis

Masih dengan audit yang tak sudah-sudah tu.

Dalam saat tertekan sebegini, saya kurang enak apabila disuruh atau diarah malah lebih teruk jika arahan itu datang dari pelajar yang lebih muda daripada saya. Saya tak suka. Titik.

Malangnya saya hanya berada di pejabat hingga pukul 3 sahaja. Selebihnya saya ada urusan di luar. Nak buat macamana...Kalau tak mahu saya keluar di waktu pejabat, bank-bank atau pusat-pusat sehenti keperluan rakyat...Silalah buka kaunter operasi selepas waktu pejabat. Nak?

Mak saya tak berapa sihat hari ni. Allah, tolong peliharakan emak dan abah saya. Berikan kesejahteraan kepadanya. Saya sayang emak dan abah!

Penat ini kadangkala nak dibayar dengan sedikit rehat dan privasi yang perlu menjadi hak mutlak saya. Maka saya sangat marah apabila hak saya itu dicabul demi kepentingan orang lain. Allah, saya menangis sendiri. Tapi apakan daya. Siapalah saya untuk menjadi terlalu ego dan sombong. Kelak barangkali dia akan membantu saya jika berlaku sebarang kemungkinan. Insya Allah.

Sampai di rumah, saya kepenatan. Pintu bilik dikunci rapat. Saya perlukan barang sejam dua masa untuk diri saya.

p/s: Menangis

Terima Kasih

Terima kasih abah
Yang izinkan saya keluar pagi-pagi buta untuk ke tempat kerja. Abah jugalah yang memberi izin untuk saya pulang sedikit lewat hari ini. Kenapa? Sila baca sampai habis~

Terima kasih Kak Wani
Yang banyak bersama dengan saya hari ini. Bermula dengan audit seawal jam 10 pagi hingga jam 2 petang (dengan mengabaikan rehat jam 1 petang), hinggalah sesi di surau tadi. (Hanya menjadi rahsia kami berdua). Ahaha.

Terima kasih BEMS
Yang menganjurkan majlis ramah mesra meraikan minggu tarakhir saya di sini. Majlis diserikan lagi dengan perlawanan futsal oleh jurutera-jurutera lelaki. Seronoklah~ Kami yang hanya bertiga wanita ini hanya di pinggir garisan padang: tolong tengok, tolong menghidang, dan paling benar; tolong makan....

Terima kasih En Faisal
Yang sudi berkonvoi dengan saya di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Memandangkan rumah kami melalui jalan yang sama, saya telah meminta jasa baik beliau supaya kami dapat memandu secara berkumpulan. Ye lah, saya seorang perempuan...Takut juga untuk memandu pulang seorang diri pada waktu malam.

Terima kasih emak
Yang tidak pernah jemu untuk terus mencurah bakti mengisi perut keluarga dengan masakan yang sedap-sedap belaka. Ya, saya membesar dengan sajian air tangan emak. Kerana itu saya emak yang pertama dalam hati saya. Balik-balik tadi, saya makan malam tak sempat tunggu semua orang. Maaf, ya. Dhiya lapar! Heee

Terima kasih semua

Terima kasih yang jauh!

p/s: Penat...

Kelam Kabut

Ha. Betul. Saya sedang kelam kabut, serabut, dan tak terurus.

Saya akan memulakan sesi baru pada 3 Mei 2011. Rumah tak cari lagi, barang-barang yang masih bersepah tak sempat kemas, beg AF saya entah di mana-mana, buku tak baca, alatulis entah ke mana...... Oh, kelam kabut!

Esok akan ada majlis perpisahan di unit saya. Meraikan si comel saya yang akan tamat sesi dan akan kembali kepada penaja saya. Oh...Jangan menangis, Dhiya!
Selamat tinggal sister-sister yang garang, SN-SN yang kuat marah, dan dia yang ego itu. Anda semua guru terbaik saya!

Untuk penaja saya, terima kasih. Tolong berikan saya jawatan cepat-cepat. saya nak nikah ni!

Untuk Iqa yang berada di Kuala Lumpur, oh jauhnya kamu!

p/s: Allah, banyaknya kerja tertunggak!


I love my family

Mak, Abah, Along, Akak and all nieces and nephews...

Let you know this:

I love you. I love you. I love you.

I know it is hard to be expressed verbally. But it is here, deep inside my heart hidden and unexpressed but He knows this real fact. He knows...

I am not too good, but I do really know my responsibilities to be good.

Dear my family, I ask Allah to keep you fine, blessed and protected throughout the life. May He keep us bonded till Jannah. Amin...

p/s: Touched by a story...Kind of 'Kisah Benar' or 'Kisah Masyarakat'...

Majikanku

Saya menerima panggilan dari majikan superior saya. Uhu! Nampaknya kontrak saya dengan majikan yang satu ini akan disambung lagi. Alhamdulillah!

Saya pernah berasa sedih apabila majikan saya sekarang tidak boleh menyambung kontrak saya atas sebab-sebab tertentu. Walaupun kecewa, tetapi saya tidak pernah tidak melakukan yang terbaik di hospital, kerana saya yakin majikan di atas tidak akan mengecewakan saya.

Hari ini semuanya terjawab. Saya gembira tak terucap. Terima kasih, Allah!

Harapan saya, semoga permulaan itu akan menjadi satu platform terbaik untuk saya meningkatkan kualiti diri. Saya perlukan kerjaya stabil. Saya ada cita-cita yang belum tercapai!

Rasminya saya akan mengundur diri dari hospital itu. Mohon doa dari rakan-rakan agar saya berjaya dalam perjalanan hidup berkerjaya saya. Semoga ini pilihan terbaik. Amin!

p/s: Majikan saya baik!

Ingin Berehat

Ingin mencari ketenangan...

Atas hiruk pikuk kesibukan yang dialami ini, saya sangat teruja untuk pergi bercuti barang seminggu dua.

Ingin benar nak ke pulau-pulau peranginan seperti Pulau Tioman atau Pulau Redang. Allah...cukupkan rezeki dan masa kami untuk ke sana. Saya ingin berehat dan mencari ketenangan!

Insya Allah saya betul-betul merancang dan akan melaksanakannya. Kalau tak ada orang nak pergi dengan saya pun, saya tak kisah. Saya boleh pergi bercuti sendiri~ Huuu!

Untuk yang jauh nun di sana, terima kasih. Semoga panjang umur dan jodohnya.

p/s: Esok kerja! Sukaaaaaa!!!

Notis: Tertunda

Blog ini terus sunyi.

Maaf.

Saya terus dihambat tuntutan kerja, ditambah pula dengan urusan itu dan ini.

Hujung minggu yang lalu saya ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Banyak lagi cerita yang saya ingin kongsikan. Tapi bukan sekarang.

Notis ini penting, untuk rakan-rakan pembaca yang setia menyokong dan terus membaca biarpun saya tidak menulis. Allah...Kalian memang terbaik!

p/s: Baru tiba dari Kuala Lumpur jam 6.18 petang tadi. Penat

Big Idea: Write it on a piece of paper!

I still remember when I was in 14 years old, I was a representative of Pahang State to Pertandingan Puisidra Sains Peringkat Kebangsaan.

There was a teacher who managed to do everything for my team including the poem itself, the props, costumes and all the steps and movements. She's a Biology and Mathematics teacher, but amazingly she can provide us all the art stuffs without major help from the art teacher, Pok Ya at that time.

When I came to the teacher (let me name her as Mama), I asked her:

"What's bringing you to this kind of energetic and superb ideas, mama?"

" Of every single idea that crosses your mind, do immediately write and record it on a piece of paper. That's why we (teachers) keep on encouraging you to write notes!"

" How do you implement that?" I still can't satisfy myself.

" Wherever you are, make sure you have a small notebook, jot down whatever plans, ideas or even your feelings of that moment. When you look at them again later, you'll find that they are big and great ideas!"

Until now, I always remember her words. How do I implement it today? I only have few things in my handbag: My purse (with no money inside~), a compact powder (compulsory), a pen, a small book- without make-up stuffs (no blusher, no eyeliner, no lipstick!) as long as I have my PEN and BOOK!

Big Ideas: Write it on a piece of paper!

p/s: I miss Mama...

Belajar Dari Kesilapan

Allah

Kalau saya boleh bertahan untuk sebulan yang lepas, kenapa saya tidak boleh bertahan untuk seminggu lagi?!

Hari ini saya sungguh tidak ada semangat untuk berada di hospital. Insiden semalam masih lagi menyakitkan hati. Sepatutnya saya tidak boleh hadir ke hospital. Api menyala tak boleh disimbah minyak! Tapi mengenangkan saya ini dalam proses belajar dan menuntut ilmu, saya keraskan hati: Itu hanya picisan. Saya tak akan terkesan~

Saya tetap gembira di situ. Mereka semua baik-baik belaka. Malang tak berbau, saya dimarah dan dimaki oleh seorang sister di salah satu wad.
Saya malas nak recall semula apa yang dia katakan. Nanti saya sakit jiwa. Tapi saya ingat apa yang saya jawab, dengan penuh rasa hormat, tapi penuh makna:

" I made mistakes, because I learn from the mistakes. I make mistake, because I am a human!"

" Ah...Nonsense, you!" Dia membalas ego.

Tak apalah. Saya tak membalas lagi selepas itu. Yang pasti, saya puas dengan apa yang saya katakan itu. Wajar atau tidak, saya telah menimbang perlakuan itu awal-awal ketika dia sedang 'sibuk' memaki saya. Orang ego dan sombong ini perlu diajar dan 'dijentik' sikit hatinya. Titik

Saya keluar dari wad dengan penuh rasa hormat sambil mengucapkan terima kasih.

'Ya, saya telah belajar sesuatu dari kesilapan yang saya lakukan itu...!'

Alhamdulillah, saya berjaya mengawal marah saya hari ini. Terima kasih dunia kerjaya yang mengajar saya erti sabar. Terima kasih dunia kerjaya yang mengasuh saya budaya hormat dan profesionalisma yang bukan untuk orang lain semata-mata tetapi yang penting untuk kredibiliti dan maruah diri sendiri juga.

Benar, saya telah belajar tentang sesuatu!

Maka dengan itu saya cuba untuk tidak mengambil kisah hal-hal sampah yang menyumbat saraf-saraf hidup saya. Itu semua tak perlu. Saya perlu ambil positif atas setiap apa yang hadir, baik atau sebaliknya~

p/s: Belajar sesuatu, masa untuk tidur Dhiya!

Menangislah...

Akhirnya air mata ini gugur juga, setelah sejak sekian lama ditahan-tahan.

Saya tak tahan untuk terus berada di situ. Benarlah...Jiwa saya bukan untuk itu. Setelah lama cuba untuk memupuk rasa seronok dan semangat, ia masih gagal untuk hadir. Sekian lama saya bersikap optimis dan positif, saya masih gagal untuk mengakui itu adalah pilihan saya.

Saya tertekan. Saya tak mampu lagi untuk berlakon dan berselindung di sebalik layar penulisan blog ini. Saya manusia biasa, saya juga punya rasa. Saya berhak untuk berdukacita!

Allah...

Penatnya hari ini Tuhan saja yang tahu. Tak cukup ke hulu, saya ke hilir pula. Nak merungut, siapalah saya. Paling habis, saya hanya menangis. Cukuplah. Kalau tidak, kenapa air mata itu tercipta kalau bukan untuk dilimpahkan? Sudah lama ditahan, biarlah ia merintik hari ini.

Saya perlukan sokongan. Saya sedang jatuh ditimpa semangat sendiri yang selebar langit. Akal yang sejengkal pendek ini sedang tidak mampu untuk berfikir. Iman yang senipis kulit bawang pula sedang meronta-ronta minta pengukuhan.

Allah...

Tembok kekuatan saya bukanlah seteguh kubah Masjid Nabi! Kuatkan semangat saya, ingatkan saya akan janjiNya yang sangat membahagiakan!

p/s: menangislah...menangislah tanda kau juga punya perasaan, Dhiya!


Kasihan

Kasihan blog ini. Teruk betul ia terbiar, tak dilayan, jauh sekali dibelai manja dengan hasil penulisan yang bernas dan berguna.

Saya sibuk. Pergi kerja di saat matahari belum terbit. Pulang ke rumah pula ketika matahari sudah di hujung kaki langit. Saya kepenatan. Malamnya pula sudah tidak kisah hal makan malam lagi. Kadang-kadang saya tertidur seawal jam 9 malam.

Bila dikenang-kenang, saya kasihan pada emak dan abah. Sudah payah untuk kami bersembang dan berkongsi cerita biarpun kami tinggal serumah! 'Maafkan Dhiya, emak dan abah...'
Direnung sedikit jauh, saya sangat khuatir jika saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga (apabila berumahtangga kelak) hanya kerana komitmen kerja yang menuntut lebih perhatian.

Allah, jangan jadikan alasan ini sebagai batu penghalang saya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Saya sayang keluarga saya. Emak...Abah...~

p/s: Mak masak sedap hari ni. Terima kasih, mak!

Congratulations, Husna!

Congratulations, Husna!

Married life will be merrier, but it is not as easy as we expect. May Allah guide your life, bring you and the whole family to Jannah. Insya Allah!

* Credit to Olin. All pictures below are hers, her camera. Mine is still in the hospital. Uh!

The menu. Nyun nyum!
Listening to the advices from Husna. Hee!
The Princess...
Waiting for her prince
From left: Olin, Dayah, Husna the Queen, Husna's mom, Ida. Sorry, Dhiya was not in the picture
Husna and Firdaus
Before going back!

Good to see my old friends. We enjoyed listening to each other. Till then, I start to realize how naughty I was during the secondary school in SMK Seri Jengka. Hahaha!

p/s: I miss my school days years ago!

Monday Blues

Oh it's Monday again!
  • Thanks God, the space given today was a bit comfortable. Everything moves smoothly. No kelam kabut and sepah-sepah. Thus I can recognize the person who make it before (perhaps~) Hahaha!
  • I was getting mad with a technician. He's not from my department, but always be in our office. He's such a nonsense and immature guy. He keep on talking about his daughter and keep on comparing me with her girl! Cheh! Pakcik, please...I am here not to be your benchmark. Bring your girl here, let everyone evaluate her. Don't just talk! I managed to control myself. I went out from the office and let him talk by himself! Lalala ( I won!)
  • Uh, I can't wait for the date. I do really hope that I can be there!
  • I miss my final year project (suddenly). I miss my VICON Motus and all the stuff in the Motion Lab Analysis, University Malaya. I will write about them later~
  • Counting the day (again), and also counting for money! Ahahaha
p/s: It's really an ugly Monday. I can't forget the uncle. Keep on mumbling about her daughter while everyone busy doing our jobs. Ahaha!

Sibuk

Jangan tak tahu, saya juga sibuk di hari minggu! Huu! Sibuk...Sibuk bersama keluarga!

Pagi-pagi dah bising di dapur. Tolong emak dan akak memasak (tipu) sambil makan-makan~ Menu hari ni: Oh rahsia.

Walaupun memasak, kami tetap bersiap untuk memenuhi jemputan perkahwinan salah seorang client akak. Lauk kenduri dengan lauk di rumah mana sama. Itu pasal kena juga memasak!

Dipendekkan cerita, selesai makan kenduri, kami terus pulang. Selesai solat Zuhur, kami ke bandar Temerloh pula. Huh! Makan-makan (sekali lagi) di Pizza Hut sambil membeli belah tak ingat dunia. (Nama pun perempuan, tak boleh lari dari membeli belah!)

Balik ke rumah, saya kepenatan. Itulah balasannya ligat tak ingat rumah~ Rasakan!

Esok...Isnin akan kembali. Rutin saya juga akan kembali seperti biasa. Saya pasti merindui tempat itu suatu masa nanti. Pasti!

Untuk yang jauh...Doa ini selalu bersama, dalam iringan lafaz kata yang paling jujur dan setia. Ok ok..Tak boleh jiwang-jiwang. Saya silap orang! Huuu!

p/s: Saya nak menulis panjang-panjang, berkongsi semuanya. Tapi kekangan masa sangat menyempitkan ruang hidup saya untuk masa sekarang. Insya Allah stabil nanti, saya akan jadikan Dari Diri Dhiya sebagai medium berkarya sepenuh masa~ Doakan!


Biru

Sedang saya mengemas-ngemas almari baju, hati saya terdetik:

' Oh...Banyak-banyak baju yang aku ada, aku tak pernah ada baju warna biru!'

Betullah...Baru saya sedar. Semua blaus saya berwarna pastel- ungu, kelabu, coklat...Yang pasti memang tak ada warna biru! Kenapakah?

Er...kurang minat barangkali. Eh tak juga~ Saya tak kisah tentang warna, asalkan tak terang benderang hingga silau semua orang yang jalan di sebelah saya, saya ok dengan semua warna. Hurm...Mungkin belum berjodoh dengan warna tu. Tapi sungguh warna dalam almari saya tampak tak sempurna. Tak ada warna biru...

Awak...jom kita beli blaus biru pulak!

p/s: Baju baju baju~

Selamat, Husna!

Selamat Pengantin Baru, Husna!

Saya baru pulang dari majlis walimah kawan sekolah menengah saya, Nurulhusna dan pasangannya. Seronoknya tengok orang kahwin kerana inilah peluang dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Banyak yang berubah. Hampir semuanya berubah!

Maaf kepada rombongan Nabila yang tak sempat jumpa sebab kami tak boleh menunggu lama. Terima kasih Olin dan Dayah yang menjadi teman pendengar setia saya. Kalian rakan terbaik!

Saya menunggu gambar-gambar seputar majlis dari Olin. Maklumlah, Nikon saya sedang rosak. Menyendeng-nyendeng sajalah di kamera dia. Heee!

Lepas ni majlis siapa pula, ya? Ada yang kata majlis saya. Oih oih! Salah tu! Bukan saya!

p/s: Saya sudah dewasa? Sudah boleh nikah?

Patin Lagi

Baru-baru ni kan kecoh cerita hidangan patin dan makanan kampung di Temerloh mencecah RM 13,000. Ingat lagi?

Saya tak mahu komen kebenarannya kerana ada yang saya dengar itu fitnah dan salah faham. Wallahua'lam. Restoran yang diperkatakan tu pun saya tahu. Tapi sebaik saja nama restoran tu disebut, saya mengingati kisah ini yang telah diceritakan oleh jiran kami sendiri:

Menurutnya, restoran itu memang menyajikan hidangan kelas pertama. Maknanya memang yang terbaik. Walaupun fizikal kedainya 'biasa-biasa' saja, tapi siapa sangka Sultan Pahang sendiri pun santap di situ!

Ceritanya lagi, pemilik restoran tersebut memang sangat mementingkan kualiti. Kalau tak ada patin yang selalu menjadi pilihannya (mungkin patin terbaik), dia tidak akan membuka restoran itu sehinggalah stok ikan yang dikehendaki boleh didapati semula.

Dari pemerhatian saya yang setiap hari lalu di depan restoran itu untuk ke tempat kerja, ia lebih banyak tutup daripada beroperasi (sebelum kisah ini lagi). Namun sekali apabila ia beroperasi, kereta-kereta yang diparkir di situ semuanya kereta-kereta mewah!

Maknanya apa? Restorannya memang ekslusif dan berkualiti. Saya sendiri pun tak sangka restoran ini yang diperkatakan. Setahu saya, pemiliknya memang sangat menjaga kualiti patin yang dimasaknya. Tak peliklah kalau harganya boleh mencecah nilai 'itu'! Hehehe

p/s: Temerloh dan popular sekarang ni~ Asyik jem je!

Pagi Sabtu

Hujung minggu datang lagi. Memegang status 'saya bekerja', inilah hari dan saat yang ditunggu-tunggu. Penat lima hari kerja harus dilenyapkan dalam masa dua hari cuti ini. Cas-cas yang hilang pula mesti dikumpul semula dalam tempoh pendek ini!

Malam tadi saya tak sempat langsung untuk menulis. Saya terus tarik selimut seawal 9.20 malam. Penat, sedih, kecewa dan bermacam-macam emosi lagi bercampur baur di dalam ni. Malas melayan, lebih baik tidur saja. Huuu!

Sms yang masuk pada jam 10.25 malam dan 11.05 malam (yang dinanti-nanti sangat) tu pun saya tak sedar. Hanya dibaca pagi ini. (Nasiblah~....)

Pagi ni jadual saya terisi. Insya Allah akan ke majlis pernikahan salah seorang rakan di SMK Seri Jengka dulu, Nurulhusna. Insya Allah dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan lama kut nanti. Nak pakai baju apa pun masih dok bersila depan almari. Tenung satu persatu baju kurung yang tergantung. Haih! Pening!!!

Bilik ni juga sedikit sebanyak perlu dikemas. Pagi Sabtu saya mesti terisi dengan perkara yang bermanfaat. Jom! Kemas bilik! Huhu

p/s: ...

Harga emas meningkat!

Saya tidak pernah lepas rutin yang satu ini: Selepas keluar kereta, saya terus berjalan ke SmartShop hospital membeli surat khabar. Pasti. Jurnal yang satu itu hanya sedap dibaca di awal pagi. Bila dah tengahari atau petang, ia dah lemau!

Tajuk depannya nampak biasa saja. Tapi saya baca juga kerana yakin mesti ada yang menarik. Kalau tak, mana mungkin tajuk itu terpilih untuk mengisi ruang hadapan?

"Lonjakan Harga Emas"

Glup~!

"LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk."

sumber

Saya ternganga tak berapa faham. Apa yang saya faham, harga emas semakin mahal. Itu saja. Kak Zu seakan mengerti daifnya saya tentang hal emas ini. Dia berkongsi sesuatu dengan saya. Jom kita buat latihan matematik sikit tentang emas ni:

1 Auns = 28.3 gram = RM 4,472.23

maka,

1 gram = RM 158.03

Sebentuk cincin yang paling ringkas dianggarkan lebih kurang seberat 5 gram.

Oleh itu,

RM 158.03 x 5 gram = RM790.15

*Perlu diingat bahawa ini adalah kiraan untuk sebentuk cincin yang pada anggaran kami paling ringkas dan paling nipis olahannya. Kadar RM 4,472.23 satu auns adalah paras tertinggi setakat ini. Ia boleh mencecah RM 4,840 satu auns. Maka harga sebentuk cincin boleh lebih dari nilai RM 790.15.

Alamatnya lambat lagilah saya akan bernikah. Dah cincin mahal sangat, teruklah bakal suami saya~ (-.-)

Kak Zu! Macaman ni~?!!!

p/s: Emas sebagai komoditi yang tidak akan jatuh nilai dan paling stabil. Anugerah Allah! Nikmat Tuhan yang mana lagi yang kau mahu dustakan?


Maaf, kawan-kawan

Untuk dua hari berbaki hari bekerja ini, saya amatlah sibuk diburu tuntutan kerja. Lebih mengujakan, saya sedang membantu Kak Sarah dalam proses audit di hospital.

Jadi apa lagi? Pastinya visit rakan-rakan pembaca akan tergendala buat sementara. Mungkin hingga hujung minggu ini.
Maaf tau!

Tunggulah nanti, kot-kot saya dah jadi suri rumah sepenuh masa, saya akan pastikan blog ini akan terisi dengan perkara yang lebih berfaedah. Insya Allah. Sayang anda semua!

p/s: Selamat malam!

Asset Audit

I drove my car only 60 km/h. It took about an hour to reach the hospital (plus minus with all the driving bureaucracies and prejudices along the road). (-.-) They always look small people and small car like mine can be easily bullied. This is bad! Huuu!

When I reached office, I had about 15 more minutes: Wandering around reading newspaper before starting the morning meeting. It's just nice for my routine. I like it. No one can change it.

As boss said, today will be an asset audit session where our department led by HQ persons will be around the hospital to check our assets. I laughed silently. Surely all the sisters and nurses will experience bad migraine and started to find and update their asset in the ward like crazy. Hahaha! (Ops, stop it, Dhiya!)

What you gave, you got back! I thought I was not included in the team. But my boss finally decided to do so. (Padan muka~). While waiting for the HQ team, I red all the tasks and procedures of the audit. Easier for me soon (kut)

*********************
As the door opened, I was extremely shocked. One of the HQ team was my senior during my UM life- Kak Sarah! Ya Allah~!!! She's one of the top students in her batch. I inherited her notes and work papers as my references during my final year. Hee!

We had a very nice chit chat about our life. It's a very great moment. We performed the audit procedures together and at the same time we kept on gossiping almost about everyone we know! Hhehe.

She also advised me in terms of my career life. She had inspired me a lot. She's great! Thank you, Kak Sarah!

Our session continued after lunch break. There were so many asset in the lab. We can't finish them all by today. The auditors must be very particular. On every single mistake we do, we have to be responsible. It's not an easy thing and I was amazed, how Kak Sarah can do it alone almost in all hospital in Pahang and Kuala Lumpur. Ya Allah, she's such a strong woman!

As the time reached 5.00 pm, we went down to the office and take a break. Fuh! It's very tiring eh~!

"Dhiya, don't forget...We didn't finish it yet."

"Ok Kak Sarah. I won't skip tomorrow's session" Hahaha!

That was it. A long and happy today's story. I met my old mate, we had a very fast adaptation and we did our job happily. Can't wait tomorrow. Kihkihkih!

p/s:Thanks Mr. Dictionary for helping me to complete this essay. Still got errors right? Uh...Dah lama tak menulis menggunakan bahasa pertama ni. Asyik berbunga-bunga dengan bahasa kedua je~

Nite, Dhiya

O Dhiya...

Let me wipe your tear
Let me lend the shoulder
Let you talk, I'll hear

Of an obstacle that comes to you
It has its own value and wisdom
Face it
Then you will know what life means in you

O Dhiya...

Do smile
Enjoy your life
Don't leave Allah
HE will take care of you

p/s: Good night, Dhiya!

Sudah

Masih marah?

Sewaktu noktah terakhir entri 'Cedera' dilabuhkan, marah saya juga telah berhenti di situ.

Paling tidak saya telah sedaya upaya untuk menulis dengan uslub yang terbaik sekali demi menangani merah marah saya. Lagipun itu terlalu narrowed down. Saya tak salahkan sesiapa. Saya juga bersalah.

Saya tahu, saya tidak sesempurna wanita idaman lelaki . Saya juga ada tempang langkah dan silap di mana-mana. Saya sedar kelemahan akan kelemahan ini. Saya tak salahkan sesiapa. Emak dan abah sudah berikan yang terbaik. Ya...Saya yang lemah!

Setiap hari saya cuba kawal marah dan kecewa saya. Biarpun kadangkalanya tewas juga, tapi saya puas hati. Paling tidak sehari saya cuba naik satu aras lebih baik dari hari semalam.

Sudah...Saya tak marah lagi. Biarpun cedera itu masih mengambil masa untuk sembuh, biarlah ia diam-diam di sini...Di dalam hati saya. Saya cuba untuk tidak bergantung dengan orang luar. Kalau dulu saya boleh survive selama hampir 2 minggu, mengapa tidak hari ini?

Penatlah fikir pasal perkara remeh dan sampah ni. Cukuplah saya menangis sendiri. Orang di sekeliling saya akan terus gembira membaca blog saya, saya juga gembira tatkala menulis di sini! Betullah...Blog ini betul-betul menggembirakan saya!

p/s: Bercinta dengan bloglah~

Glup~ Patin!

Hari ini memang kecoh cerita patin.

Kat pejabat macam-macam istilah yang keluar: Patin Buah...Patin Muncung...Patin Emas. Semua sebab patin RM 13, 000 di Temerloh lah!

Lebih teruk, saya bekerja di kawasan itu. Bila keluar makan...semua dok bincang patin RM 13, 000!

"Nak...tahu tak di mana kedai yang hidangan patin sampai RM 13, 000 tu? Boleh tunjuk kat Pak Cik tak?" Tanya seorang pak cik ketika di hospital tadi.

Adeyh!
Dari Diri Dhiya pun tak terkecuali menjadi bahan rujukan patin Temerloh RM 13, 000 ni.
Insya Allah, nanti saya bawakkan anda yang teringin ke kedai berkenaan. Saya dah tahu kedai yang mana, dan saya ada cerita menarik akan signifikannya hidangan RM 13, 000 itu.

Saya akan kongsikan di entri lain nanti tau! Sabar!

p/s: Dhiya sendiri pun jarang (tak pernah pun rasanya) makan hidangan patin di Temerloh!

Tarikh-tarikh penting

April dan Mei ini jadual saya sudah penuh. Puas hati!
Sekurang-kurangnya saya tak penat memikirkan tentang perkara lain, yang tak tersenarai dalam planner saya.
  • 16 April: Pengsenam. Jom!
  • 17 April: Gelanggi. Jom!
  • 22-24 April: Percutian keluarga. Angkut mak dan abah sekalilah~ Yuhuu!
  • 29, 30 April dan 1 Mei: Jangan ganggu urusan hobi saya. Saya perlukan fokus!
  • Wan akan melangsungkan pernikahan dalam bulan Mei. Kalau tak jemput pun, saya nak datang sebab dia kawan sekolah rendah saya dulu. Rumah kami pun hanya 10 langkah je~
  • 27, 28, 29 Mei: Ini tarikh terpenting saya. Ya Allah...mudahkan urusan saya untuk tarikh ini. Saya benar-benar teruja menanti tarikh ini! Saya sanggup buat apa saja demi Nurul sahabat baik saya!
  • Lain-lain: Tunggulah kemaskini planner saya untuk sebulan akan datang. Saya bukan jenis yang suka kelam kabut dan last minute. Hidup saya well planned, sangat-sangat mewarisi sifat emak. Sayang mak!
p/s: Sibuk macam perdana menteri! Lantaklah~ Saya tak ganggu orang.

Cedera

Hari ini bermula dengan baik. Saya senyun, saya ketawa...Pendek kata saya gembira.
Semuanya berlalu dengan baik. Saya komited dengan semua tugas terutamanya follow up saya di unit koronari. Walaupun 'gagal', tapi saya tak kisah untuk melakukannya sekali lagi. Sungguh, entah dari mana datangnya semangat dan kekuatan ini.

Tapi siapa sangka, hati saya cedera hanya beberapa minit sebelum waktu pulang. Detik yang dinanti patutnya menjadi kegembiraan, hari ini bertukar sebaliknya. Air mata saya gagal dibendung. Saya tewas. Saya menangis dari pintu keluar pejabat hingga ke depan lobi dan saya menangis sepuas-puasnya di dalam kereta.

*****************

Saya benci apabila maruah dan kekuatan saya diinjak-injak dan dicabar! Saya benci!!! Jangan cuba salahkan saya kalau diri sendiri juga lakukan kesalahan yang sama. Saya takkan dapat menerimanya.

Keluarga saya adalah kekuatan saya. Jangan nafikan ini. Saya boleh buang semua yang saya ada, tapi saya takkan buang keluarga saya. Emak, abah, along dan akak...Mereka adalah kekuatan saya. Stigma hanya ibu dan ayah sebagai penguat semangat adalah salah. Sila ubah! Kekuatan saya datang dari empat orang ini. Bukan hanya dari emak dan abah!

Benar, saya bukanlah anak yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya saya meletakkan keluarga sebagai yang utama. Saya selalu tak sabar untuk pulang ke rumah. Saya selalu rindukan emak dan abah biarpun kadangnya air mata menjadi pelayan mesra. Saya selalu mimpikan keluarga saya. Saya cintakan keluarga saya!

Saya yakin, emak dan abah tidak pernah berkata buruk pada kami anak-anaknya, malah doa yang terbaik selalu bersama kami. Saya tahu...Saya dapat rasakannya.

Keluarga...utama...

p/s: Saya marah. Jom sayangi keluarga! Emak, abah, along, akak...mereka semua darah daging saya. Tidak ada bezanya!

Kerja oh Kerja!

Ya Allah.

Isnin saya penuh terisi hari ini. Seharian saya mengerjakan isu di unit koronari. Mula pukul 9 pagi, hanya siap kembali ke unit berkenaan tepat jam 5 petang.

Alhamdulillah semuanya ok. Esok akan ada follow up pula. Semoga tak ada apa-apa masalah.

Keluar dari bangunan hospital, terus rasa pening. Eh manja mengada sungguh! Tapi saya tak tipu. Saya kepenatan sangat. Waaa!

Nak off lebih awal malam ni. Esok macam banyak kerja lain pula~

p/s: Untuk kamu, terima kasih kerana sudi bertanya khabar.

Patin RM 13,000


Tersedak saya mendengar berita ini di corong radio ketika pulang dari kerja tadi. Terasa kereta yang dipandu melelong-lelong juga~

"Seramai 50 orang pelanggan yang menikmati patin dan hidangan kampung terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM 13,000 di sebuah gerai makan di Temerloh, Pahang."
Apekah~!?

Saya yang masih memandu berusaha keras mencapai kalkulator telefon bimbit untuk mengira:
RM 13, 000 / 50 orang = RM 260 seorang. Isk isk~ Pernah tak anda makan hingga 260 ringgit seorang?!

Saya anak Pahang, malah bandar tersebut hanya beberapa puluh minit dari rumah saya. Memang saya pernah dengar yang makanan di bandar itu terutamanya masakan ikan patin sangat-sangat mahal! Saya sendiri pernah mengalaminya: RM 19 untuk makan tengahari hanya berdua dengan abah. Cekik darah!

Tapi kalau 'diketuk' sampai RM 13,000 tu, memang sangat tidak masuk akal. Saya fikir majlis perbandaran perlu membuat pantauan. Peniaga di kawasan itu fikir patin sangat ekslusif- hanya boleh ditemui di situ sahaja hingga boleh meletakkan harga sesuka hati. Kasihan pelanggan yang rata-ratanya orang luar yang mahu mencuba. Mentang-mentanglah- Temerloh Bandar Ikan Patin!

Siapa yang nak temankan saya naik bot ni? Kecut perut nak melintasi Sungai Pahang yang dalam dan lebar ini!

Lawatlah!

Untuk pelawat atau pengunjung yang berhajat untuk menikmati hidangan patin di bandar Temerloh, dinasihatkan agar bertanya atau pastikan dulu harga hidangan tersebut. Takut nanti dah sendawa kekenyangan, termuntah pula bila dengar harga yang tak masuk akal.
Kitakan pengguna bijak!

Untuk para peniaga pula, jadilah peniaga yang telus dalam menyediakan servis untuk pelanggan. Peniaga dan pelanggan adalah pasangan simbiosis yang paling harmoni yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Tambahan pula, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda bahawa 9/10 sumber rezeki itu datang dari perniagaan. Jika hubungan peniaga dan pengguna terjejas, maka rosaklah institusi perniagaan itu.
Sama-samalah kita menaikkan imej bandar Temerloh dengan identiti hidangan istimewa yang dianugerahkan Allah ini~

Saya menulis bukan untuk memberikan imej buruk bandar ini, atau mana-mana pihak. Itu hanya kes terpencil. Banyak lagi tempat menarik di sini. Saya juga tak pernah jemu. Saya sukakan tempatnya yang tenang dan damai!

p/s: Kalau teringin sangat, beli je patin hidup, jom masak kat rumah Dhiya!

Makan!

Berhenti makan, Dhiya!

Semenjak bekerja, saya kehilangan beberapa kilo berat badan. O yeay! sila email saya untuk mengetahui rahsianya

Setiap kali ke wad, saya tak segan silu naik atas scale tu. Jururawat yang ada pun selalu senyum je malah ada yang siap menyokong dan bagi consultation percuma lagi~

Maka dengan itu, saya perlu kekalkan berat ini. takut sungguh baju pengantin sendat ~ eh...takut baju nak jadi pengapit pengantin Nurul nanti tak muat pulak. Wuuu!
Majlis Makan Malam Alumni KISAS di Shah Alam, 2010

Dhiya...Jangan makan banyak! Hakhakhak!

p/s: Siapa kata Dhiya makan banyak? Biskut Jacob's je dalam kereta. Sedih...

Nilai Sebuah Kerjaya

Dalam kesibukan dan kepenatan setiap hari di hospital, ada masanya saya fikir mahu saja berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini pernah saya utarakan sebagai topik diskusi kami. Tapi dalam dunia yang serba tak cukup ini, ia sukar berlaku. Saya perlu menumpahkan keringat dan usaha sendiri untuk sama membantu sebuah survival masa depan.

Ya, saya kini seorang wanita berkerjaya...Baru bertatih mencari tapak dan sedang belajar selok belok dunia karier yang jauh berbeza dengan dunia universiti saya dulu. Banyak yang telah saya lihat, rasa dan fikir. Pelbagai kerenah manusia telah saya ketemu. Dari sebaik-baik hati dan budi hinggalah sejahat-jahat khianat kelakuan saya pernah jumpa.

Terima kasih kepada Mr. Sofian dan Dr. Nizar yang banyak membuka mata saya akan persepsi nilai sebuah dunia kerjaya umumnya dan kehidupan khasnya.

Hari ini, saya benar-benar di dunia realiti. Kalau dulu sewaktu belajar saya tidak sabar-sabar untuk menempuh alam pekerjaan, nah...Hari ini saya sudah punya kerjaya sendiri. Ia tak semudah dan semanis yang diimpi. Dunia kerjaya menuntut komitmen yang tinggi.

Saya tidak bercakap kosong. Mengambil contoh komitmen saya sekarang, kecuaian atau pelanggaran etika akan mendatangkan risiko kepada pesakit. Nyawa mereka adalah taruhan kerjaya saya. Gerun? Ya...Saya gerun. Saya pernah melihat kematian di saat orang memerlukan saya, sedang saya bukan Tuhan dah tidak mampu menyelamatkannya. Ajalnya menjadi bayaran.
Kerana itu, saya di sini dilatih supaya menjadi lebih teliti. TELITI!

Biar di mulut saya selalu merungut penat dan tidak suka, tapi hakikatnya saya belajar banyak perkara. Ada yang secara terus dan ada kalanya ia tersirat, tapi masuk ke hati sebagai hikmah. Saya mengambilnya sebagai ilmu. Antara yang termahal selain gaji sebagai pendapatan saya.

Esok...Isnin datang lagi. Cuti dua hari benar-benar memadamkan momentum saya untuk kembali bekerja. Argh! Tapi selalunya semua itu 'tipu' saja. Sebaik saya tiba di hospital nanti, rasa itu akan lenyap. Yang ada hanyalah kegembiraan. Mereka yang ada di pejabat semuanya baik-baik dan kelakar~

Baik-baik kerja esok, Dhiya!

p/s: Tiga hari lagi. Jangan lupa, tau!

Sukan Sekolah

Baru balik menemani Kakak dan Angah di sekolah sempena kejohanan sukan yang ke 18 di sekolah berkenaan. Aduh...Penat!

Dua beradik ini bukan orang yang lasak sangat. Jadi Kakak hanya masuk acara sukaneka dan Angah masuk acara larian baton prasekolah. Tapi jangan tak tahu~ mereka berdua juara lapangan masing-masing! Huuu!

Aduh, saya masih penat. Perlu collapse sebentar. Nanti saya kongsikan lagi ok!

p/s: Teringat zaman saya sekolah rendah dulu... Rindunya~!

Rindu

Saya rindu untuk kembali ke medan ini.
Kenangan tahun 2010

Semoga ia kekal dalam darah daging saya. Allah, jadikan kami hambaMu yang beramal soleh!

p/s: Terus berharap~

Kuat Semangat

Ya Allah...

Saya mengeluh lagi. Kadang rasa putus semangat dan harapan. Kadang menyesal. Kadang saya rasa kecewa. Saya ragu dengan apa yang Dia berikan.
Astaghfirullah...Saya telah bersalah!

Allah,

Jangan tarik nikmat Iman dan Islam ini. Kerana ini sajalah harta berharga kami.
Jadikan kami hambaMu yang baik. Peliharakan kami agar tidak termasuk dalam golongan kemurkaanMu.

Allah,

Cintai kami. Kasihi kami. Semoga dengan itu, Kau hadirkan dia yang terbaik untuk hidupku. Jadikan kami hambaMu yang taat perintah, takutkan hukum dan murkaMu.
Kami ingin bercinta,tapi kami bukan sesiapa...Kami ini hamba, ilmu secebis cuma!

p/s: Ingatan dan muhasabah untuk diri sendiri


Ada nampak jam tangan Dhiya?

Jumaat, 7.30 pagi.

"Mak...Ada nampak jam tangan Dhiya?"

"Dhiya letak kat mana? Haih...Mana la mak tau~"

"Entah la mak. Selalu ada je atas meja solek Dhiya. Kalau nak ambil wudhu', selalunya Dhiya letak atas mesin basuh atau kat cermin dalam bilik air tu...Tapi semua tempat tu tak ada pun"

"Tu la...sepah-sepah sangat. Tak sayang harta ke? Lain kali letak tu ingat betul-betul. Tak pe...nanti kalau nampak, mak letak dalam bilik Dhiya"

"Uish! Sayang la mak! Dhiya jarang letak barang sepah-sepah. Dhiya ingat semua barang penting Dhiya tau~ Er...cuma kali ni je Dhiya lupa ingatan sikit..."

******************
Dalam separuh rela, saya keluar pagi itu tanpa jam di tangan kiri saya. Hidup saya terasa kosong! Kosong yang amat!!!

Jam tangan Dhiya

Saya seorang yang tegar memakai aksesori jam. Sejak di sekolah rendah lagi, emak dan abah sudah melatih saya untuk pandai 'membaca' jam. Sebagai galakan, mereka akan belikan jam tangan dan itu menjadi satu kemestian setiap penggal persekolahan! Paling saya ingat, mereka tidak pernah belikan saya jam digital. Semuanya analog!

Hingga saya dewasa, biarlah tangan saya 'kosong' tak ada barang seutas rantai tangan atau sebentuk cincin...Asal saya ada seutas jam tangan sebagai aksesori.

Terbaru, saya memiliki seutas jam: Yang dihadiahi sempena ulangtahun kelahiran saya pada tahun lepas.
Ini dia

Punya nilai sentimentalnya sendiri, saya sangat menyayanginya dan kerana itu ia diterjemahkan ke dalam bentuk jam: Ertinya saya selalu bersamanya, saya tak pernah tinggalkannya~

***********************
Jam itulah yang hilang dalam cerita di atas tadi...Saya hampir hilang arah. Ke hulu ke hilir dalam rumah.

"Sudah...Pergilah rehat dulu. Adalah tu di mana-mana..." Emak memujuk.

Saya pun dah sakit kepala untuk mengingati kembali di mana jam tangan kesayangan itu. Saya putuskan untuk tidur sekejap. Tak kira!!!

Tak sampai 5 minit berbaring, tiba-tiba saya terbangun. Saya sudah tahu di mana jam kesayangan itu berada. Tak berlengah, saya terus menyeluk poket seluar slack saya yang dah dicampak ke dalam baldi. Sikit jam lagi memang dah nak kena rendam!

Alhamdulillah. Dah jumpa! Allah sangat memberi ilham ketika Dia rehatkan saya tadi!

"Mak, Dhiya dah jumpa jam tangan Dhiya"

"Kat mana?"

"Eheee. Mak jangan marah...Er~ Dalam poket seluar Dhiya. Mujurlah belum direndam mak!"

"Ha...lepas ni beringat!" Emak menyindir. Tak kesah la. Memang salah saya pun..Uhu!

Untuk si pemberi jam, jangan bimbang. Ia masih di sini, bersama saya. Saya sangat menyayanginya. Ia selalu bersama saya. Kosong kalau ia tiada di sisi. Benar!

p/s: Sayang~! Pengajaran yang dapat diambil- Jangan letak barang peribadi merata-rata. Susah diri sendiri, susah orang lain juga. Sayangi milik anda!

Oh...Sabtu!

Saya bangun seawal 6.30 pagi. Oh, Sabtu rupanya! Dah tentu tak perlu bangun awal, tak perlu mandi air paip yang sejuk tu, dan yang paling penting tak perlu memandu dalam kabus pagi yang dingin!
Tak perlu berebut tempat letak kereta, tak perlu bergaduh dengan Hafiz dan En. Wan yang sangat baik dengan saya. Sabtu hari bercuti dan berehat. Huu!

Saya ke dapur, sibuk membantu akak yang sedang memasak di dapur.

Pagi ini sebenarnya kami merancang untuk ke satu destinasi istirehat berhampiran rumah. Semuanya untuk meraikan anak-anak yang menggembirakan ini. Mereka adalah permata keluarga kami. Sungguh!

Bertolak jam 8.30 pagi, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk ke sana. Kurang dari sejam, kami sampai. Yang tua-tua dewasa ni tak adalah nak terjun berkubang sekali kan~ Sekadar memerhati dari jauh gelagat tiga beradik anak saudara saya ini.
Ini salah seorangnya. Yang paling bongsu, yang paling kepoh. Mulut macam bertih jagung~ Yang lagi dua orang? Tunggu...Gambar lama (lebih kurang sebulan yang lalu). Kan Nikon saya sedang tidak sihat sekarang? Doakan ia cepat sembuh!

Tuhan, mereka anugerah terindah kami!

p/s: Aduh, penat dan hitam! Habis kulit saya dibakar mentari :p

Jemputan ke Majlis Walimah

Saya melihat jam. Oh, sudah pukul 5.30! Tanpa memandang kiri kanan, saya terus cabut pulang. Di saat-saat seperti itu, saya akan sangat mementingkan diri lebih dari orang lain. Maaf, saya gagal berkompromi untuk cepat pulang ke rumah! Hehe

Di lobi, saya terserempak dengan Pak Din. Dia yang saya kenali sejak 4 tahun lalu merupakan seorang pemandu kepada satu badan korporat di sini. Dialah yang bertanggungjawab membawa saya ke Grand Season Hotel Kuala Lumpur dan Kompleks Belia Rakan Muda Jempol suatu masa dulu. Itulah detik perkenalan kami.

"Assalamualaikum, Pak Din!" Saya menyapa.

"Eh...Dhiya kan? Ya Allah, Lamanya Pak Din tak jumpa kamu. Dah besar ye!"

"Alah Pak Din ni, dulu Dhiya pun besar. Kenapa baru sekarang Pak Din perasan?" Pak Din ketawa besar.

"Hah, Dhiya apa khabar? Kerja kat sini ke?" Pak Din bertanya

"Erm...Dhiya baik, sihat. Dhiya training kat sini. Pak Din doakanlah Dhiya ye..."

"Insya Allah. Mestilah Pak Din doakan. Ha...sebut pasal doa, Dhiya bila nak nikah ni? Pak Din nak datang"

"Eh Pak Din ni...takde kena mengana pun~ Dhiya kan muda lagi....Mesti la kena tunggu dulu!" Berderai ketawa kami di situ. Orang yang lalu lalang kelihatan menoleh. Ops!

"Saja la usik Dhiya ni. Dulu budak lagi...Sekarang dah cantik (Oh apa-apalah, Pak Din!).
Kebetulan pula Pak Din jumpa Dhiya kat sini. Pak Din nak jemput Dhiya ke RSSB, walimah anak Pak Din. Dhiya datang tau. Ajak keluarga. Nanti Pak Din pos kad. Tapi hari ni Pak Din jemput mulut dulu ye"

"Wah, tahniah Pak Din! Dah terima menantu ye!" Saya girang

" Ye lah. Terima kasih. Dhiya la...lambat sangat. Melepaslah Pak Din nak bermenantukan Dhiya" Ada bunyi canda di hujung ayatnya. Saya tak kisah, saya kenal Pak Din bagaimana orangnya.

"Alah...Jangan cakap macamtu. Nanti Dhiya datang, Insya Allah. Pak Din simpan lauk banyak-banyak tau. Dhiya nak tapau" Saya bergurau.

Tak lama selepas itu, kami berpamitan. Saya mesti cepat pulang ke rumah! (wah, masa bersembang tadi, kau hilang ingatan tentang rumah ye~)

Itulah ceritanya. Bukan jemputan walimah saya. Jemputan walimah untuk saya. Sekarang ni sedang sibuk mengisi program dalam planner. Setakat Mei, hampir setiap hujung minggu saya terisi dengan pelbagai program. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Allah...

p/s: 29 Mei ni...Macamana saya nak ke Perak? Bimbang sangat kalau terlepas majlis pernikahan Iqa si kawan baik saya. (TT)

The 50th

It is my 5oth entry!

I've been writing since 13 March 2011. Being a blogger, I can't avoid myself from sharing my concern, ideas, and feelings (in an appropriate way). I do enjoy doing this as this is a part of my interest.

From now on, I'll start my writing in bilingual version: Malay and English. I hope this can be my best platform to improve my communication skills and language performances. As Mr. Sofian said, these will make us marketable in real life of career world. (Yes, they do!)

Dear readers: Keep in reading, and do support each other. I really appreciate my followers and readers because they are my friends. We are friends. I think Blogger has been a new phenomena leading ahead compared to Facebook and so on. Blogger is more effective and more flexible. Hu!

I love my blog!

p/s: It's so hard to finish this three paragraphs entry. It's been so long for not writing in English. Maybe got some grammar and sentence errors. I'm sorry, I'll make it better from time to time~ Promise!

Kesibukan

Sungguh!

Masa yang ada semuanya terisi dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih penting. Tak tertunai semua kehendak dan tak terlaksana semua yang diimpi. Saya berperang dengan masa~ (TT)

Semalam dan hari ini adalah detik-detik tersibuk saya. Habis satu hospital saya tawaf dek isu yang banyak. Walau bagaimanapun, banyak itulah yang mengizinkan saya belajar dan mengutip pengalaman.

Dengan itu, aktiviti penulisan secara automatik akan diminimumkan untuk memberi ruang dan peluang kepada komitmen kerjaya saya. Doakan semuanya ok. Saya selalu hampir jatuh dan menangis, tapi saya yakin Allah sedang menguji saya.

Janji, esok akan mula ligat menulis.

p/s: Nikon saya sedang rosak. Lense error 'katanya'. Ya Allah, nak pengsan saya lihat kesayangan saya tak boleh berfungsi dengan sempurna. Ya Allah, jangan rosakkan Nikon saya. Saya sangat perlukannya!


Dwibahasa

Sudah hampir sebulan saya menulis di blog baru ini.

Alhamdulillah, saya senang menerima rakan-rakan maya baru yang sama berkongsi minat berblog. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mengikuti perkembangan Dari Diri Dhiya.
Untuk pengetahuan, saya sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini. Dari Diri Dhiya adalah medan saya yang kedua: tampil lebih matang, berilmu dan selamat Insya Allah.

Saya suka menulis kerana ia membantu saya memperkasakan penggunaan bahasa. Dulu saya menulis dalam dwibahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Saya tidak pernah berani memulakan langkah menulis dalam Bahasa Inggeris sehinggalah saya memasuki kelas komunikasi Mr. Sofian. Katanya:

"Keyakinan itu penting. Salah macamana pun, tapi apabila orang melihat anda penuh keyakinan...Mereka tidak akan nampak anda melakukan kesalahan. Buatlah sebanyak mana kesilapan. Kerana anda belajar daripadanya, asalkan anda bersedia membetulkan kesilapan itu"
Inilah Mr. Sofian! Er...bunyi tak sedap! This is the guy! (Sounds greater, huh?)

Mengingati tunjuk ajarnya, saya selalu bersemangat untuk memulakan penulisan dwibahasa saya. Cuma entah, Dari Diri Dhiya mungkin belum cukup bersedia. Tapi ketahuilah, saya akan secepat mungkin mengumpul kekuatan dan keyakinan untuk memulakan habit itu kembali.
Apa yang susah, Dhiya? Berapa banyak alasan lagi yang perlu diberi~? Ohooo!

Saya berazam, satu hari nanti Mr. Sofian akan hadir di laman ini dan melihat sendiri betapa saya mengadaptasikan tunjuk ajarnya! Pasti!

p/s: Tribute to Mr. Sofian

Mentera Semangat Isnin

Mana tidaknya~

Malam semalam lelap awal, jadi tak ada masalah liat nak bangun pagi~ Bila tidur cukup, haruslah mata ni terbuka luas-luas. Mood pun baik, maka semangat datang berkobar-kobar!!!

Baju pula dah siap-siap diseterika malam semalam. Cantik, kemas, segak dan meyakinkan. Macamana semangat tu tak membuak-buak? Haih...Nama pun wanita. Mestilah kekemasan, ketelitian dan kecantikan itu menaikkan semangatnya~

Kereta yang dipandu pula berkilat-kilat mengalahkan si Kelisa kenit tu~ (Weeehu! Jangan marah ye, kamu...) Semalam kan dah bertungkus lumus. Tak cukup dengan berkilat, wangi, bersih dan seksi pula tu. Apa lagi alasan untuk tidak bersemangat di pagi Isnin ni, Dhiya? Hahaha!

Kerja pula enjoy dan penuh gelak ketawa. Cuma Nor tak datang, jadi sunyilah sedikit hidup saya. Selainnya, semua menggembirakan. Telatah seorang demi seorang encik-encik di dalam pejabat selalu buat saya rasa gembira.

Fizal: "En. Wan...Mesin ni kenapa?" Tanya Fizal sambil menunjukkan ke arah ventilator di tepi meja.
En. Wan: "Mesin itu rosak" Jawabnya dengan penuh selamba~

Der...Semua orang tau dia rosak. Kalau tak rosak, takde la kena campak tepi tu menungu masa untuk dibaiki. Loyar buruk eh, En Wan!

Perjalanan balik saya pun berjalan lancar. Tak ada gangguan yang besar-besar melainkan keadaan jalan yang sangat teruk (lubang sana-sini~) dan sebuah kereta JPJ yang tiba-tiba buat sekatan di tempat sunyi.
' Maaf encik, jangan tahan saya. Haram menahan saya seorang gadis yang berseorangan di tempat sunyi ini'
Terus encik JPJ tu lepaskan saya. Alhamdulillah...Asalkan saya tak langgar undang-undang jalanraya lah~ Kalau tak, apa dia kisah haram ke halal. Mau kena tahan dan kena saman jugak kan.

Jam 6.30, Alhamdulillah...Saya sampai ke halaman rumah emak dan abah! Emak menunggu saya sambil membuaikan diri di buaian bawah pokok rumah. Abah pula sibuk dengan halaman rumahnya yang masih macam-macam tak kena~ Huu!

Syukur sangat. Saya gembira hari ini. Mak, abah...Benarlah, wajahmu memberi selaut ketenangan dalam jiwa ini!

p/s: Tahniah buat raka-rakan MBBS saya di Universiti Malaya yang secara rasminya bergelar Dr. hari ini. Semoga menjadi doktor muslim yang beriman dan mengamalkan perintah Allah! Buat Dr. Noorazwa Ramli, tahniah!


Kempen: Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!

Assalamualaikum...

Hasil berkongsi idea melalui penulisan blog, saya telah ditemukan dengan pemilik blog Atika Aula. Masya Allah, saya sangat sukakan blognya! Ideanya 'soft' membelai jiwa dan masuk ke dalam hati.

Melihat blog sebagai medium yang paling mudah dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat hari ini, kita sebenarnya telah bebas untuk melontarkan segala idea melalui tulisan. Adunan rasa marah, benci, aib atau segala apa yang dirasakan ingin dikongsi, ianya dengan mudah terlontar ke blog tanpa ada had dan limit.

Menyedari fenomena itu, saya dengan ini menyahut seruan Atika Aula untuk sama-sama memperbaiki diri dengan menjadikan blog sebagai medium dakwah. Bukan hanya menulis tentang agama tanpa diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, saya berazam untuk menulis dan menyelitkan nilai-nilai murni yang biasa kedapatan dalam hidup kita. Semoga ini adalah ingatan terbaik untuk diri saya sendiri malah menjadi perkongsian berguna buat para pembaca, Insya Allah.

Untuk rakan-rakan yang membaca, saya mohon sokongan dan penglibatan semua agar kempen ini dapat disebarkan dengan lebih meluas di kalangan blogger Malaysia. Caranya mudah: Klik gambar di bawah, anda akan terus ke blog si manis Atika Aula. Nanti anda akan buat perkara yang sama seperti yang telah saya buat ni~


Harapan saya, semoga ini adalah tabungan amal jariah kita semua buat menuju hari penting kelak. Biar menulis sedikit, tapi manfaatnya besar. Biar tidak masyhur di kalangan pembaca, tapi isi tulisan kita masuk ke jiwa, Insya Allah.
Moga Allah mudahkan urusan dakwah ini. Biarlah kecil, semoga nilainya besar di sisi Allah. Amin!

Tanggungjawab

Prinsip hidup saya mudah. Apa saja yang menjadi liabiliti seseorang, dia mesti bertanggungjawab dan mengambil berat akannya.

Saya mengambil satu analogi mudah:
Jika saya mempunya sebuah kereta, saya mesti bertanggungjawab atas kereta itu. Ini termasuklah membasuh, mengisi minyak malah memandu sacara selamat dan mengelakkan kemalangan juga adalah sebahagian tanggungjawab saya terhadapt kereta itu!

Fenomena ini biasa terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tipu kalau tak pernah terjadi dalam kehidupan anda.
Saya ni bukanlah sempurna sangat dalam menunaikan tangungjawab. Saya mengaku, saya juga lemah! Tapi saya geram, geram, diulang sekali lagi GERAM dengan orang-orang yang tidak sedar akan tanggungjawab sendiri ni~

Paling mudah: Tempat letak kereta di hospital tempat saya bekerja tu dicipta segi empat tepat tanpa senget, malah tersusun elok.
Suatu pagi ketika sampai di tempat letak kereta yang biasa saya landing, saya rasa terus tak ada semangat untuk bekerja. Kenapa? Kerana pemilik kereta di sebelah tapak yang ingin saya masuk itu meletakkan keretanya dalam keadaan senget dan menggunakan dua petak sekali gus.

'Bang, bukan besar mana kereta awak ni. Kancil je pun. Kalau bawa kontena ke...Mungkin juga consume 2 petak!' Saya mendengus dalam hati. Mod kerja dibawa angin seawal 7.30 pagi!

Sudahlah buat perangai di tempat letak kereta hospital. memang tak ada kesedaran sivik langsung~

Pengajarannya, tak kiralah dalam apa jua aspek: menuntut ilmu, muamalat, malah hubungan dengan makhluk (apatah lagi Allah), marilah kita sama-sama meletakkan nilai tanggungjawab itu tinggi di dalam hati.
Apa yang terzahir dengan perbuatan itu adalah cermin gambaran hati.
Ya Allah, semoga saya tergolong dalam golongan yang baik. Saya bukanlah hamba yang terbaik, tapi semoga saya istiqamah untuk terus melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah. Amin...

p/s: Nasihat untuk diri sendiri. Semoga beroleh iktibar. Jom parking kereta elok-elok<---ops~!

Ahad yang Indah

Alhamdulillah

Hari ini hari Ahad. Seperti biasa, saya tak mahu tahu (buat-buat tak tahu) esok hari apa. Saya tak akan ambil tahu! Hee~

Saya bangun dari tidur, ada genangan air mata. Oh, benarlah. Saya mimpikan seseorang yang jauh. Terasa itu semua berlaku, kerana itu sampai menangis dalam mimpi. Saya mengeluh sendiri. Kenapa mesti hanya dalam mimpi? Kan bagus kalau itu adalah realiti!

Saya tolong emak sidaikan baju-baju yang masih di dalam mesin basuh, sedang emak dan akak sibuk di dapur. Ha..Menu hari minggu: Nasi ayam. Jangan terliur ok. Ni untuk famili sahaja. Tak ada kenduri jamuan untuk orang lain~
Semasa menyidai, baru saya perasan...Baju budak-budak ni (anak-anak akak) semuanya berwarna merah.

"Kak...Kenapa baju budak-budak ni banyak sangat warna merah? Cuba la belikan warna lain..." Saya membebel.

"Alah biarlah. Kalau pergi mana-mana...shopping complex ke, pasar malam ke, senang nak kesan. Itu anak akak. Bukan anak orang lain!" Akak membalas.

Dalam benar maksudnya. Saya faham. Biarlah. (^^)

***********
Kereta saya masih belum berbasuh. Oh malasnya! Sekarang akak sedang membasuh keretanya. Saya tak mahu terlibat. Luas permukaan kereta dia lebih besar, jadi saya tak mahu buang tenaga untuk kereta dia. Saya akan basuh Baby saya sekejap lagi, selepas akak siap!

Tapi...Er..mahu memenuhkan tenaga dulu. Masa untuk makan tengahari!

p/s: Tunggu nanti ok!

Saya Seorang Dhiya

Bismillah...

Cuaca Sabtu ini benar-benar memberi momentum idea yang membuak-buak. Tapi menulisnya tetap tidak. Entah kenapa. Semangat saya dibawa angin (mungkin).

Hari ini saya banyak bersendiri. Saya perlukan masa sendiri. Kadang-kadang senyum, menangis dan ketawa seorang diri. (Jangan sebut macam orang tak betul ok~) Mestilah...dalam usia 20-an ini, saya lalui bermaca-macam perkara dalam hidup. Semuanya teradun sama rasa, sebati dalam jiwa!

Saya dilahirkan dan membesar di Pahang, sedang emak dan abah datang berhijrah dari Perak.
Ini saya: Dhiya. Kata emak, gambar ini diambil ketika saya masih baru lahir. Dalam 2-3 bulan kut~ Sila beritahu yang saya comel. Isk2!

Pendidikan awal saya juga bermula di sini dan ketika di menengah rendah, saya terpilih untuk ke SMK Seri Jengka di Maran.
Tiga tahun (yang paling indah) di sana, saya menyambung pengajian SPM di KISAS, Klang Selangor. Saya ini anak bongsu. Jadi apabila buat pertama kalinya jauh ke 'luar negeri', saya selalu jadi tak tentu arah~ Saya selalu homesick di tempat ini!
Namun, kejauhan yang terdidik itu bukan sesuatu yang sia-sia. Selepas tamat SPM, saya dihantar untuk PLKN di Cherating pula. (Sekali lagi: Jauh!) Kali ini saya lebih baik (kut). Jauh bukan lagi masalah buat saya. Tanpa saya sedari, rupanya saya sudah 'kuat'..Hee
Tamat PLKN, saya diterima masuk ke program Asasi di Universiti Malaya selama setahun. Empat tahun berikutnya, saya kekal di Universiti Malaya sebagai mahasiswi bidang kejuruteraan.
Hari ini? Ah...malunya nak mengaku. Saya sekarang sebagai trainee engineer di Pahang. Doakanlah semoga ada yang terbaik di sini. Alhamdulillah. Saya sudah kembali dekat dengan mak dan abah! Hehu!

Ya, itulah tempat jatuh bangun yang menjadikan saya seorang Dhiya hari ini.
Dhiya hari ini yang masih kekal sama manja seperti yang dahulu, cuma telah menjadi seorang wanita 'hati batu' dalam mencapai apa juga kemahuannya. Emak kata saya memang keras hati dalam mengejar matlamat.
Ini saya: Dhiya. Gambar diambil ketika di Zoo Negara. Maaf, saya ni tak suka bergambar. Sebab tu tak ada gambar terbaru. Maaf, kawan-kawan. Doakan saya nikah cepat. Mungkin ada gambar nanti. <---Eh?

Saya benci dan marah apabila matlamat dan kemahuan saya terhalang (in a good way).
"Insya Allah, ini sifat positif kamu, Dhiya!" Teringat nasihat cikgu sekolah rendah saya dulu~

Jauh saya berkelana menuntut ilmu, tetapi hari ini kembali ke pangkuan emak dan abah. Mengapa? Tidak mahu bekerja di Kota Megakah?
Mahu, mahu sangat. Saya ada cita yang belum tercapai. Tapi buat masa sekarang, saya sangat perlukan semangat emak dan abah. Saya sangat menyayangi mereka. Sebelas tahun lamanya saya 'meninggalkan' desa untuk satu perjuangan ilmu, biarlah hari ini saya ada di samping mereka. Biarlah gaji sedikit, tapi pahala memandang wajah mereka buat saya bahagia.

Memang benar, kini saya berada di Pahang. Kota Mega itu saya tinggalkan seketika dengan harapan dan usaha semoga saya akan kembali ke sana dalam masa terdekat nanti sebagai seorang Dhiya yang lebih baik, Insya Allah.

Benar, saya seorang Dhiya yang sangat mencintai keluarga. Emak, abah dan lainnya!

p/s: Oh ada rintik air mata rupanya. Tak tertahan apabila berbicara tentang mereka yang disayangi.