Bismillahirrahmanirrahim
Ini bukan yang pertama. Saya telah menulis dan berkecimpung dalam dunia blog sejak 3 tahun yang lepas. Apabila keputusan untuk 'berpindah' ini dibuat, itulah keputusan saya sendiri. Saya optimis, mungkin percubaan kedua ini adalah yang terbaik...Insya Allah.
2 Bulan
Kelahiran kedua ini genap 2 bulan dari tarikh ulangtahun kelahiran saya. Mungkin ini hikmahnya. Allah menyuruh saya menjadi lebih dewasa dan matang dalam berkongsi idea. Tapi saya akui, manusia lemah seperti saya ada banyak adunan rasa. Gembira, air mata, merah marah di jiwa perlu diluah dengan cara yang kena pada tempatnya.
Mengambil iktibar yang lalu, saya berjanji ini akan menjadi lebih baik.
Untuk yang membaca, terima kasih. Maaf kerana saya baru bermula. Tapi ini bukan maknanya mula-mula. Ini yang UTAMA, BUKAN YANG KEDUA.
p/s: Sedang mencari rentak. Masih rasa janggal di 'rumah' baru.
Ini bukan yang pertama. Saya telah menulis dan berkecimpung dalam dunia blog sejak 3 tahun yang lepas. Apabila keputusan untuk 'berpindah' ini dibuat, itulah keputusan saya sendiri. Saya optimis, mungkin percubaan kedua ini adalah yang terbaik...Insya Allah.
2 Bulan
Kelahiran kedua ini genap 2 bulan dari tarikh ulangtahun kelahiran saya. Mungkin ini hikmahnya. Allah menyuruh saya menjadi lebih dewasa dan matang dalam berkongsi idea. Tapi saya akui, manusia lemah seperti saya ada banyak adunan rasa. Gembira, air mata, merah marah di jiwa perlu diluah dengan cara yang kena pada tempatnya.
Mengambil iktibar yang lalu, saya berjanji ini akan menjadi lebih baik.
*********
Memandangkan ini entri pertama, saya sedar yang saya sedang bermula dari bawah, dari tapak. Tak mengapalah...apa juga pencapaian dalam diri seseorang bukan datang dengan sekelip mata. Semuanya bermula dengan langkah pertama. Saya tidak akan sedih. Saya akan terus menulis seperti biasa!Untuk yang membaca, terima kasih. Maaf kerana saya baru bermula. Tapi ini bukan maknanya mula-mula. Ini yang UTAMA, BUKAN YANG KEDUA.

No comments