Tidak dinafikan, kita tidak boleh dapat semua perkara yang diimpikan. Ada yang diperolehi dengan mudah, ada yang menuntut beribu kali usaha, malah ada juga yang tidak diperolehi langsung! Itulah kehidupan!
Ini terjadi dalam dunia kerjaya saya. Saya baru bergraduat dari sebuah IPTA di Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Hingga detik ini, saya masih belum berpuas hati dengan kedudukan kerjaya saya. Secara peribadinya, saya masih gagal untuk mencapai target yang diletakkan!
Benar, orang disekeliling akan terus menyuruh saya bersyukur. Saya sedar akan tanggungjawab untuk bersyukur itu. Saya tahu. Sekurang-kurangnya nasib saya lebih baik daripada orang lain. Tetapi saya ada cita-cita dan matlamat saya sendiri yang perlu dicapai. Saya punya emak dan abah yang mengharapkan kebanggaan dari saya. Saya juga mahu mereka bangga punya anak seperti saya. Walaupunmanja nakal, tetapi saya anak yang kuat dan boleh berjaya!
Saya selalu berkongsi dilema ini dengan orang yang rapat dengan saya. Dia tak pernah putus memberi semangat dan kata-kata perangsang untuk saya bertahan dan terus kuat semangat. Kadangkala saya sangat terpujuk dengan nasihat darinya. Adakalanya pula saya rasa segala apa yang keluar dari mulutnya sama sahaja dengan apa yang orang lain katakan. Oh kasihan dia...
Mungkin benar...Berapa banyak pesta kerjaya yang saya hadiri, mungkin rezeki saya bukan di situ.
Ini terjadi dalam dunia kerjaya saya. Saya baru bergraduat dari sebuah IPTA di Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Hingga detik ini, saya masih belum berpuas hati dengan kedudukan kerjaya saya. Secara peribadinya, saya masih gagal untuk mencapai target yang diletakkan!
Benar, orang disekeliling akan terus menyuruh saya bersyukur. Saya sedar akan tanggungjawab untuk bersyukur itu. Saya tahu. Sekurang-kurangnya nasib saya lebih baik daripada orang lain. Tetapi saya ada cita-cita dan matlamat saya sendiri yang perlu dicapai. Saya punya emak dan abah yang mengharapkan kebanggaan dari saya. Saya juga mahu mereka bangga punya anak seperti saya. Walaupun
Saya selalu berkongsi dilema ini dengan orang yang rapat dengan saya. Dia tak pernah putus memberi semangat dan kata-kata perangsang untuk saya bertahan dan terus kuat semangat. Kadangkala saya sangat terpujuk dengan nasihat darinya. Adakalanya pula saya rasa segala apa yang keluar dari mulutnya sama sahaja dengan apa yang orang lain katakan. Oh kasihan dia...
Mungkin benar...Berapa banyak pesta kerjaya yang saya hadiri, mungkin rezeki saya bukan di situ.
Oh saya tak terlibat dengan mana-mana parti politik ok. Saya sangat neutral dalam menulis blog. Saya cuma ke sini kerana kebetulan sambil menyahut seruan kerajaan, tapi malangnya sangat tak membantu. Kalau nak mencari eksekutif yang punya pengalaman lebih dari 5 tahun, sila jangan iklankan lebat-lebat di kalangan fresh graduate seperti kami. Kasihan kami!
Pasti Allah sedang melorongkan saya kepada satu peluang yang benar-benar sesuai dengan keupayaan saya. Insya Allah.
Tapi kan...Kerja saya sekarang pun tak kurang hebatnya. Cuma saya canggung berada di kalangan berbelas-belas jurutera lain yang semunya lelaki. Itu bukan saya! Waaaa!
Allah, kuatkan semangat saya~ (^^)

No comments