Di rumah abah sendiri pun, pokok di tepi rumah ni tengah seronok berbunga sekarang. Paling menyejukkan hati, bunga-bunga durian yang gugur akan mengeluarkan bau wangi terutamanya di waktu pagi. Memang seronok dan indah berada di desa! O yeah!
Semalam ketika balik dari hospital, saya singgah di pasar malam. Lantaklah berjalan sendiri
'Ada orang berjual durian!' Saya berbisik dalam hati.
Niat di hati ingin dibeli dan dibawa balik untuk isi rumah ini. Tapi apabila datang hampir, saya lihat harga sekilo agak mahal dari yang biasa. Saya pun melangkah sambil makan hati. Sedih
Ketika di rumah selesai azan Maghrib, saya mendengar suara orang memberi salam. Apabila pintu dibuka:
" Ni Mak Itam bawa buah durian untuk kamu" Mak Itam, jiran depan rumah saya berkata sambil meletakkan dua biji buah durian di muka pintu.
"Ya Allah~! Mak Itam ni macam tau-tau je Dhiya teringin nak makan durian. Terima kasih ye!"
"Alah...Benda ada. Kita kongsi la sama-sama. Tapi tak menjadi sangat...Tak banyak, sebab tu Mak Itam hantar Maghrib gelap ni. Nanti orang nampak ada yang terasa pula."
Waaaa...Ini yang seronok hidup bermasyarakat. Walaupun sedikit, tetap mahu dikongsikan dengan jiran-jiran!
Dua tahun yang lepas, abah sendiri dimurahkan rezeki apabila hampir semua pokok durian miliknya mengeluarkan hasil. Setiap hati abah akan mengutip buah durian pada waktu pagi dan petang. Hasilnya pula bukan sedikit. Empat-lima bakul dalam sehari!
Habis jiran-jiran merasa, tapi durian abah masih banyak sehingga abah menyuruh saya mengajak kawan-kawan baik di universiti untuk datang dan makan durian di sini. Tak cukup makan, abah bagi bawa balik lagi. Punyalah banyak sampai penuh satu kereta Kembara tu. Haih!
Rindu. Rindu musim durian di rumah abah. Semoga tahun ini murah rezeki lagi!
singgah sini jap..tapi kebn aku bunga tak keluar lagi
ReplyDelete