Teringat #1
"Kamu ni, Dhiya...Nama je budak pandai! Tapi nak stay up untuk study pun malas turun bilik study kat bawah!!!"
Suara tengking cikgu Seri itu saya tak pernah lupa hingga hari ini. Kerana tengkingan itulah, saya menjadi saya hari ini.
Teringat #2
"Ustaz, Dhiya teringin sangat nak masuk KISAS tu. Macamana ye?" Saya bertanya kepada Ustaz Awi di suatu hari ketika saya dalam tingkatan 3.
"Ustaz tak ada nak kata apa melainkan satu je. Dapatkan 9A dalam PMR kamu,Insya Allah kamu akan ke sana."
Benar. Berkat kata-kata itu, saya telah mendapat 9A dan telah menjadi sebahagian daripada warga KI pada tahun 2003 dan 2004.
Teringat #3
Hari pertama saya menjadi guru di SMKJP sangat menggetarkan jiwa.
Selama ini saya yang duduk di banyak-banyak kerusi menghadap papan tulis, mendengar segala apa kata-kata hikmat seorang guru.
Tapi hari itu sebaliknya- saya yang berdiri di depan papan tulis , sedang ramai yang duduk di bangku-bangku tekun menulis dan mendengar saya mengajarkan mereka sesuatu.
Oh, baru saya tahu...Begini rasanya menjadi seorang guru!

***************
Puas seorang guru apabila melihat anak didiknya memahami dan menghayati apa yang diperkatakannya. Gembira bukan kepalang apabila segala kefahaman itu diterjemah ke atas sehelai kertas yang menzahirkan sebuah kecemerlangan. Kembang dadanya tak terkata!
Setiap 16 Mei, pasti banyak kenangan saya dengan guru-guru sekolah yang mencuit hati dan mengusik jiwa. Ya, kerana mereka pernah mendidik saya secara formal.
Tak terkecuali, sesiapa juga yang pernah berkongsi ilmu dengan saya secara tak formal- mereka juga guru saya. Si kecil yang membuang sampah ke dalam tong sampah atau si miskin yang kuat tabah mencari rezeki mahupun si kudung yang kuat semangat untuk berjalan, mereka semuanya guru dalam sekolah kehidupan saya.
Tanpa sedar, mereka mungkin telah mengajar saya sesuatu, dan bukankah mereka juga guru?
Di kesempatan ruang menulis ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih sempena Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya secara formal ataupun tidak.
Yang diingati buat guru-guru sekolah- SKJ20, SMK Seri Jengka, Kolej Islam Sultan Alam Shah, pensyarah-pensyarah Pusat Asasi Sains UM dan Fakulti Kejuruteraan UM:
SELAMAT HARI GURU
Semoga setiap apa yang disampaikan itu adalah syafaat yang berguna kelak. Terima kasih, guru!
p/s: Cikgu Dhiya pun dapat ucapan 'Selamat Hari Guru' dari pelajar-pelajar. Seronok ok!
Jika kita semua belajar dari setiap perkara kecil yang terdapat atau berlaku di sekeliling kita, pasti kita akan menjadi insan yang hebat!
ReplyDeleteSelamat Hari Guru, cik Dhiya. Semoga Allah memperkenankan doa dan hajat Dhiya, Insya-Allah :)
Terima kasih, Sumaiyyah! Selamat hari guru juga untuk Sumaiyyah!
ReplyDelete