Semalam saya ke bandar seorang diri. Itu bukan perkara canggung bagi saya. Setelah mendapat izin abah, saya terus memandu tak ingat dunia ke sana. Hee!
Alhamdulillah setakat ini kalau urusan yang biasa-biasa, abah dah boleh lepaskan saya memandu sendiri (walaupun khutbahnya akan panjang berjela terlebih dahulu.)
Selesai urusan saya, saya ke pasaraya untuk membeli barang. Tiba-tiba:
"Assalamualaikum, teacher!"
Entah kenapa, saya terus menoleh. Perasan cikgu ye, Dhiya?
"Waalaikummussalam!" Saya terus menjawab dan menyambut huluran tangannya sambil bertanya khabar masing-masing.
"Kenapa?!, kenapa?!, kenapa saya jumpa awak kat sini?!" Saya bercanda dengannya.
"Tu la...Teacher nak lari-lari lagi dari kami. Hari ni kantoi dengan saya kat pasaraya je. Senang sangat! Kenapa la bukan kat KFC ke...~" Dia membalas.
"Ah, saya gagal untuk menyorok lagi!"
Dia yang saya maksudkan ialah salah seorang anak murid saya di SMKJP dulu, Nazhirah namanya. Ketika saya mengajarnya dalam tingkatan 5 tahun lepas, saya bertanggungjawab membantunya dan 3 kelas lain dalam subjek Kimia.
Ya...Saya pernah menjadi guru. Mereka menggelarkan saya dengan gelaran 'teacher'. Sungguh, walaupun saya bukan lagi seorang guru, jolokan 'teacher' atau cikgu itu masih kekal. Benarlah, ia akan kekal sampai bila-bila waima sampai saya pencen nanti!
Saya suka dengan gelaran itu, dan sekarang saya ingin menjadi seorang guru. Memberi apa yang saya tahu kepada orang yang tidak tahu, sambil berkongsi kisah dan memotivasikan mereka betul-betul memberi kepuasan kepada saya. Saya ingin menjadi guru walaupun saya bukan pemegang ijazah perguruan. Saya telah jatuh cinta pada bidang ini.
Kami berkongsi banyak cerita di tepi bekas bawang pasaraya itu. huu! Dia yang memperolehi banyak A dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini telah mendapat tempat di matrikulasi KPM dan masih menunggu keputusan UPU ketika itu.
Apapun, semoga terus cemerlang. Apabila kita sedang memacu diri ke arah puncak, kadang-kadang kita perlu untuk memandang ke bawah juga.
Untuk adik-adik murid saya di SMKJP, tahniah dan selamat maju jaya. Saya menganggap pengalaman bersama kalian adalah pengalaman yang sangat berguna dan berharga. Saya akan terus mengingati momen-momen kita dulu. Kalian memang yang terbaik!
p/s: Cikgu Dhiya...Erm, sedap juga bunyinya. Eh...Miss Dhiya la. Baru nampak comel! Ok, panggil Miss Dhiya ye!
Alhamdulillah setakat ini kalau urusan yang biasa-biasa, abah dah boleh lepaskan saya memandu sendiri (walaupun khutbahnya akan panjang berjela terlebih dahulu.)
Selesai urusan saya, saya ke pasaraya untuk membeli barang. Tiba-tiba:
"Assalamualaikum, teacher!"
Entah kenapa, saya terus menoleh.
"Waalaikummussalam!" Saya terus menjawab dan menyambut huluran tangannya sambil bertanya khabar masing-masing.
"Kenapa?!, kenapa?!, kenapa saya jumpa awak kat sini?!" Saya bercanda dengannya.
"Tu la...Teacher nak lari-lari lagi dari kami. Hari ni kantoi dengan saya kat pasaraya je. Senang sangat! Kenapa la bukan kat KFC ke...~" Dia membalas.
"Ah, saya gagal untuk menyorok lagi!"
Dia yang saya maksudkan ialah salah seorang anak murid saya di SMKJP dulu, Nazhirah namanya. Ketika saya mengajarnya dalam tingkatan 5 tahun lepas, saya bertanggungjawab membantunya dan 3 kelas lain dalam subjek Kimia.
Ya...Saya pernah menjadi guru. Mereka menggelarkan saya dengan gelaran 'teacher'. Sungguh, walaupun saya bukan lagi seorang guru, jolokan 'teacher' atau cikgu itu masih kekal. Benarlah, ia akan kekal sampai bila-bila waima sampai saya pencen nanti!
Saya suka dengan gelaran itu, dan sekarang saya ingin menjadi seorang guru. Memberi apa yang saya tahu kepada orang yang tidak tahu, sambil berkongsi kisah dan memotivasikan mereka betul-betul memberi kepuasan kepada saya. Saya ingin menjadi guru walaupun saya bukan pemegang ijazah perguruan. Saya telah jatuh cinta pada bidang ini.
Kami berkongsi banyak cerita di tepi bekas bawang pasaraya itu. huu! Dia yang memperolehi banyak A dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini telah mendapat tempat di matrikulasi KPM dan masih menunggu keputusan UPU ketika itu.
Apapun, semoga terus cemerlang. Apabila kita sedang memacu diri ke arah puncak, kadang-kadang kita perlu untuk memandang ke bawah juga.
Untuk adik-adik murid saya di SMKJP, tahniah dan selamat maju jaya. Saya menganggap pengalaman bersama kalian adalah pengalaman yang sangat berguna dan berharga. Saya akan terus mengingati momen-momen kita dulu. Kalian memang yang terbaik!
p/s: Cikgu Dhiya...Erm, sedap juga bunyinya. Eh...Miss Dhiya la. Baru nampak comel! Ok, panggil Miss Dhiya ye!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBlogwalking sambil menimba ilmu...
Salah satu perkara yang paling 'best' tentang jadi guru ni ialah murid-murid ingat sampai bila-bila, Insya-Allah.
Walaupun saya tak kenal awak, saya sokong usaha dan minat awak dalam bidang perguruan. Kalau betul-betul minat, cari jalan. When there is a will, there is a way. Go for it! :)
Baik , Miss Dhiya yer...nape xmau panggil cikgu?
ReplyDeletesaya yg tak kerja mengajar pun kdg2 kalau dgn stranger sometime ada yg panggil saya cikgu..mungkin depa nampak saya mcm cikgu, atau ntah2 depa nampak saya mcm polis gamaknya...
polis pun kdg2 ada org panggil cikgu...
SumaiyyahAbidah: Terima kasih! Dhiya suka sangat kata-kata dari Sumaiyyah.
ReplyDeleteMemberi inspirasi kepada orang lain bukan suatu yang mudah, tapi Sumaiyyah telah berjaya lakukannya ke atas Dhiya! Syukran!
Baru2 ni Dhiya ada apply DPLI, tapi tak ada rezeki pula. Sekarang dalam proses sambung belajar. Insya Allah. Sumaiyyah doakan ya!
Sama-sama :)
ReplyDeleteDon't give up hope. Bagi saya kalau niat betul insya-Allah Allah tolong. Saya doakan Dhiya dapat nanti. Tapi kena sabar sikit, saya dengar ramai berlumba-lumba untuk dapat KPLI. Mungkin DPLI pun sama. Try, try and try again, they say!
Nanti kalau dapat bolehla baca cerita tentang pengalaman mengajar Dhiya pula :)
Khairil:Kalau Khiril nak tahu, student yang Dhiya ajar je yang panggil Dhiya 'teacher Dhiya' atau 'miss Dhiya', sebab subjek yang diajar tu dalam BI. pelajar lain sume panggil cikgu. Dhiya tak kisah apa panggilan pun, sebab Dhiya suka semuanya.
ReplyDeleteMula2 dulu rasa canggung la juga. Sekarang Alhamdulillah, jumpa kat pasar malam pun Dhiya tak kesah kalau deorang tempik 'Miss Dhiya!' sebatu jauh dari hujung sana. Sekurang-kurangnya Dhiya masih diingati. Hehehe
Khairil kena cuba jadi cikgu. Kerja 2 bulan je, tapi gelaran tu akan lekat sampai bila2!
SumaiyyahAbidah: He...Terima kasih Sumaiyyah! Pengalaman Dhiya mestilah tak setanding dengan pengalaman guru macam Sumaiyah.
ReplyDeleteDhiya dulu sekejap aje~
Btw, terima kasih atas kata-kata semangat itu. Dhiya sedang berusaha!
Kena balas ni. Hehe.
ReplyDeleteMana ada. Saya sedang tunggu posting. Belum lagi bergelar guru yang benar-benar guru. Cuma guru pelatih yang sudah tamat latihan. Masih mentah.
Saling memberi semangat itu perlu. :)