Kisah setahun yang lalu, di Universiti Malaya.
++*************++
Semester satu tahun akhir memerlukan saya mengambil satu subjek elektif luar- maknanya satu subjek yang tidak ada kaitan dengan apa yang saya sedang belajar. Saya mencari-cari subjek yang sesuai dari segi minat saya dan jadualnya. Uh, susah juga sebab terpaksa berebut dengan pelajar-pelajar fakulti lain. Subjek-subjek yang enjoy dan menarik, pasti cepat laris seperti pisang goreng panas!
Lama juga menilai, akhirnya saya dan beberapa orang teman sekelas membuat keputusan untuk mengambil kelas Bahasa Arab komunikasi tahap satu. Kebetulan saya juga ada asas dalam subjek ini. Pada perkiraan saya, prioritinya taklah setinggi subjek-subjek kejuruteraan lain. Ok lah tu kan?~
Kelas setiap Isnin dan Rabu jam 8 awal pagi itu diadakan di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Alhamdulillah, alat bantu belajar yang satu itu sangat banyak membantu. Saya masih ingat suasana hari pertama kelas itu. Isnin yang masih dibaluti Monday Blues itu terasa sunyi kerana kami bukan datang dari fakulti yang sama. Entah sesiapa pun saya tak kenal. Kami baru sesama kami. Mujurlah ustaz Malik yang mengajar kami sangat cool dan menggembirakan. Kami dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Alhamdulillah.
Hari kedua (Rabu) minggu yang sama, saya dan beberapa rakan lain menunggu di depan kelas yang masih berkunci. Kereta yang lalu lalang di situ memberikan pemandangan sesak yang menyakitkan mata. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang panjang. Saya terus memandang ke arah bising itu.
Kelihatan seorang gadis memegang tongkat teraba-raba mencari arahnya. Dia seperti hendak melintas jalan, tetapi hilang panduan.
Saya terus berlari ke arahnya. Bimbang kalau-kalau dia dilanggar kereta. Saya masih ingat ada satu suara yang bertimpik ke arah saya setelah saya memegang lengan gadis itu:
"Adik, kawan sendiri pun tak boleh tolong ke? Prihatin la sikit! Nama je pelajar bagus"
Argh! Marah benar saya dituduh begitu. Saya bukannya sengaja!
Setelah keadaan tenang dan membawanya ke tepi jalan, saya bertanya:
"Nama awak siapa? Awak nak ke mana? Maaf tadi saya tak nampak awak nak lintas jalan" Saya benar-benar kesal.
"Saya Atikah...ambil subjek Bahasa Arab Komunikasi tahap satu. Awak tahu tak kelas tu kat mana? Saya baru je daftar..." Katanya lembut.
"Oh kebetulan ni! Saya pun ambil kelas yang sama. Lepas ni kita akan jadi rakan sekelas!" Saya gembira. Dia sudah terbantu!
Sejak perkenalan kami itu, saya mula rasa gagal dan bersalah jika melihat dia datang ke kelas berjalan kaki. Saya kagum akan kentalnya jiwa dan semangat juang yang dimiliki. Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, tapi dia tetap mahu belajar dan rela bersusah payah ke hulu ke hilir menghadiri kelas.
Perkenalan satu semester itu mengajar saya banyak perkara. Setiap kali menjemput dan menghantarnya pulang dari kelas, dia selalu menceritakan perihal keluarganya pada saya. Saya gembira mendengarnya.
Pernah suatu ketika saya menghantarnya ke bilik, dia menunjukkan saya semua kemudahan yang dia miliki sebagai seorang OKU. Saya belajar bagaimana untuk menggunakan mesin Braille, membaca kodnya dan melihat komputer dan telefon bimbitnya yang dilengkapi panduan bersuara. Itu pengalaman yang sangat baru pada saya.
Satu keistimewaan yang saya lihat pada Atikah, dia punya daya ingatan yang tinggi. Inilah kelebihan yang dia miliki ketika Allah menyimpankan satu kelebihannya yang lain. Dia boleh mengingat banyak perkara. Uh, benarlah buta mata tak bermakna buta hatinya!
Perjuangan itu kami teruskan hinggalah tiba di akhir semester, kami perlu mengambil peperiksaan. Atikah terpaksa mengambil peperiksaan di bilik khas dan dikuarantin beberapa jam sebelum peperiksaan. Jadi kami tidak berjumpa lagi.
Selepas kelas yang terakhir minggu itu, saya menghantarnya pulang seperti biasa. Dia memeluk saya erat sambil mengucapkan terima kasih kerana banyak membantunya.
Ah, apalah sangat kalau nak dibandingkan dia yang banyak menyedarkan saya tentang itu dan ini? Tentang semangat dan tekad yang jangan pernah padam?
Kami sama-sama sebak di situ. Saya tak mampu nak berkata apa-apa cuma:
"Dhiya tak tau nak cakap apa. Tapi Dhiya belajar banyak tentang kuat semangat dari Atikah. Atikah tolong doakan Dhiya cemerlang semester ni dan satu semester lagi. Nanti kita boleh konvo sama-sama."
++***********************++
Di hari keputusan peperiksaan diumumkan, saya terpana melihat keputusan sendiri. Pointer saya mencanak naik, rasanya itulah yang paling tinggi yang pernah saya dapat. Alhamdulillah. Terus saya teringat akan Atikah. Semoga Allah terus membantu saya dan dia!
p/s: Di mana Atikah sekarang ya? Saya telah putus hubungan dengannya.
dah jumpa atikah tu??saya kenal dia
ReplyDeletesaya kenai atikah tu
ReplyDeleteSalam Qaseh Rofizah,
ReplyDeletesaya dah lama putus hubungan dengan Atikah. Kalau sudi, boleh saya tau di mana dia sekarang? Kerja ke? Sambung belajar ke?
email saya: diahalida@gmail.com