...Sambungan
Lepas sarapan di Warung Kopi Jantan, kami balik ke chalet untuk rehat-rehat sekejap sambil F merangka langkah seterusnya. Tentatively dari chalet ni kami akan terus ke Pengkalan Kubor dulu lepas tu baru patah balik ke Kota Bharu sebab hotel kami di Kota Bharu. Cuma F is very particular about route.
Supsapsupsap, kami check out lebih kurang jam 8 pagi menuju ke Pengkalan Kubor yang mengambil masa 3 jam. Tapi kalau tambah dengan berenti sana sini, mau jadi 5 jam juga kan. So it's good untuk gerak awal.
Macam aku cakap- Along the way, memang banyak la tempat persinggahan kami lagi-lagi bound for Kelantan ni. Punyalah banyak gerai keropok lekor dan coffee tepi jalan. To my surprise, keropok lekor kat sini sangat lain rasanya berbanding di KL. Sedap sangat wehhhhhhhh nak nangis ingat balik. Memang tak ada keropok lekor sesedap tu di KL. Sos dia pun sedap Masya Allah!
Kami beli keropok lekor kat kedai ni. Masya Allah sedap nya! Gambar boleh tengok di bawah. |
Dia tak keras macam keropok lekor KL ya. Tekstur dia cruncy di luar tapi lembut dengan isi ikan di sebelah dalam. |
Sekejap-sekejap F akan berhenti juga untuk tengok map dan bagus juga untuk Nuha stretch. Long travel memang kena stop setiap 2 jam especially untuk anak-anak. So Nuha akan grab peluang turun dan main belon atau apa saja. Kalau kami berhenti di tepi-tepi pantai, ha peluang dia la nak main pasir. Kadang tu mandi dan tukar baju dalam kereta je sebab baju dah berpasir. Koboi betul kan kami?
Kami berhenti sekejap kat area Pantai Penarik dan Pantai Mangkuk yang viral tu. Wallahi tempat ni cantik sangat. Kalau ada peluang, aku akan stay area sini pulak nanti. Bila jauh berjalan ni, baru aku sedar yang dunia ini amat luas untuk aku belajar. Insaf. |
Ini view kawasan Pantai Panarik dan Pantai Mangkuk tu. Google map: Jalan Penarik-Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu. |
Kami sampai di Pengkalan Kubor lebih kurang jam 2 petang. Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni pada aku kecil je sebab pusing-pusing tang tu je. Agak selesa dan family friendly sebab berbumbung dan banyak disediakan kerusi batu untuk pengunjung duduk kalau dah penat berjalan. Cuma kena sabra sikit dengan parking sebab ruang agak terhad.
Apa yang best di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni?
Phew
Kalau aku datang time baru dapat gaji, mau penuh bonet dibuatnya. Macam-macam kelengkapan rumah ada dijual di sini. Pakaian, bantal, tilam, toto, Narita, periuk belanga, pinggan mangkuk, makanan (especially yang rare dapat dari Thailand), coklat pun ada. Aku berkenan dengan set non-stick dan pinggan mangkuk, tapi sebab poket aku tak tebal sangat jadi aku babai kan jelah.
Oh ya, di sini masih guna cash ya. Mereka masih belum guna QR code so please withdraw you cash beforehand.
Barang jualan masih boleh ditawar. Aku menggunakan bakat aku yang boleh bercakap dalam dialek Kelantan untuk tawar menawar. Ada yang sudi beri harga adik beradik, ada yang memang jual harga mati. Tapi pada aku, masih berbaloi.
First time sampai Pengkalan Kubor |
Zon Bebas Cukai Pengakalan Kubor ni kemas. Ada shoplot siap ada street art. Bersih dan tak bising. |
Habis membeli belah, kami nak gerak ke Kota Bharu. Kami perlu keluar melalui satu pintu khas yang dijaga oleh pegawai Kastam. Mereka akan check ya apa yang kau beli. Kalau jalan kaki pun kena lalu pintu yang sama sebab semuanya akan di check. Pegawai tu tanya la kami beli apa. Aku syak dia tengok kalau kita beli banyak terutamanya beras (macam nak buat berniaga) ha itu mungkin kena tanya banyak la kut. Entah lahhh aku tak pasti. Tapi kawalan memang agak ketat sebab sebelah kanan kau je dah Thailand.
Heading to Kota Bharu takes 45 minutes only. Kami stay di Hotel Perdana di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dekat kawasan tu banyak je kawasan tarikan tapi apa yang lebih menarik adalah swimming pool Nuha. Kami beli makanan siap-siap dan lepas makan terus terjun kolam aduhai Nuha hahaha!
Hotel Perdana, Kota Bharu |
Kesian Nuha. Lama tak masuk hotel katanya. |
Sebenarnya lama tak datang sini |
Malam- Kami keluar sebab F nak memburu kopi. Kopi sesaja laki aku ni! Tapi lepas tu kami ke Wakaf Che Yeh ehh tak sah laa ke Kelantan kalau tak ke sini kan. Tapi pada aku Wakaf Che Yeh ni macam pasar malam biasa je, menjual barang-barang biasa di pasar malam. Cuma yang special nya adalah makanan la kan. Semua makanan ala-ala Thai gituh. Tapi kami tak cuba pun sebab masih kenyang plus Nuha kerjanya asyik nak mainan mainan mainan je yihhhh
Wakaf Che Yeh, 15 minit dari hotel |
Balik hotel- Berehat jelah puas-puas. Biar Nuha main loncat-loncat sampai penat. Malam tu memang kami ketiduran sebab penat dan sejuk sebab hujan. Hotel Perdana sangat strategic dan selesa. Overall aku bagi 8/10 sebab mencapai standard aku. Bilik bersih dan luas, sesuai untuk Nuha main kejar-kejar. Memang dialah orang yang paling happy dengan hotel ni.
Oh ya, stay ni termasuk sarapan ya. I was amazed with free flow nasi kerabu dan kuih akok yang sangat sedap Masya Allah. Jangan tanya nasi lemak di sini pagi-pagi tau. Memang tak ada nasi lemak. They just serve you nasi kerabu and of course banyak makanan lain yang semuanya sedap-sedap belaka.
Lepas makan, aku ingat kami dah nak check-out. Rupanya dua beranak tu sempat terjun kolam untuk kali kedua. Kau tahulah kan Nuha tu kalau dah terjun kolam, nak naik kemain susah.
Lepas selesai upacara kolam, nak mandi lah, nak kemas beg lah - last-last dekat pukul 11 pagi juga baru check-out. Lambat dah tau nak ke tempat yang paling aku nak pegi - Pasar Siti Khadijah!
So let's Pasar Siti Khadijah. Ini adalah pengalaman pertama aku. Dah lamaaaa teringin nak ke sini sebab all this while tengok dalam tv dan gambar je orang yang berjual kat bawah tu.
Cabaran pertama; parking. Kami check out pun dah tengahari dan aku rasa ramai yang check out around masa yang sama maka bertembunglah kami beramai-ramai di Pasar Siti Khadijah. Tapi nak dijadikan rezeki, Alhamdulillah dapat parking depan entrance cuma masih kena berjalan sikit.
The vibe was very different. Pasar ni meriah and full of colours. Banyak barang yang dijual- Makanan, bahan basah, kering, sayuran, pakaian (batik), tembaga dan macam-macam lagi. Penjualnya Masya Allah sangat ramah. Barang jualan basically tak dapat ditawar menawar sebab mostly jual benda yang sama so macam tak boleh nak buang harga sangat.
View yang aku nak sangat tengok dengan mata kepala aku sendiri. Makanan dia best. Semua yang rare dan sedap! Only in Kelantan! |
Selesai membeli belah, kami load barang dalam bonet dan bersedia untuk balik ke KL. Masa tu dah jam 2pm. Perjalanan mengambil masa 8-9 jam ni. Asudahhhh.
Perjalanan balik kali ni kami tak guna jalan pantai dah. Kami masuk LPT Kuala Terengganu. Tapi dari Kota Bharu nak ke LPT Kuala Terengganu tu terasa jauhnya Ya Allah sebab lalu jalan kampung. Tak ada jalan highway. Bila dah masuk LPT, boleh la pecut sikit tapi jem dekat tempat biasa- Bentong Bukit Tinggi dan Exit Gombak. Kerajaan tolonglah do something kat dua spots ni. Jem dia boleh buat orang fade up tau padahal dalam 45 minit je jarak nak masuk KL.
Nak berenti pun tak keen sebab Maghrib membawa ke malam. So Nuha terkurung jelah dalam kereta sampai tertidur dia sebab boring sangat.
Finally, kami sampai Cyber jam 11 malam. Allahu Akbar penat gila. Semua orang masuk, settle down dan terus tidur sebab esoknya F kerja dan Nuha sekolah macam biasa. Aku je AL so tenanglah sikit aku nak urus rumah tangga lepas 3 hari adventure.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Summary
1/ Kami travel by car. Total damage minyak dan tol rasanya dalam RM450 juga. Ke lebih? Aku tak sanggup nak tanya F sebab selalunya dia memang pegang allocation tu.
2/ Stays were on me. Aku book Teratak Samudera Kita dua bulan awal, dan Hotel Perdana seminggu sebelum. 2 stays ni pun makan RM400 (plus minus) juga.
3/ Others expenses were on sharing basis. Weh laki bini kan, kena la ada tolak ansur.
4/ Semua preference kami adalah based on Nuha's satisfaction. We both agreed that this experience was mainly for our daughter to explore. Sebab tu kami ambil chalet tepi pantai dan hotel ada pool untuk dia rasa semua tu. Dah la membesar dalam Covid year. Kesian anak aku.
5/ Kami pergi masa long weekend Malaysia Day (16-18 September). Orang agak ramai di tempat tumpuan awam. Kami tak pergi pun tempat-tempat viral sebab dah expect memang akan ramai. Kami touch and go mana yang menarik dan tak ramai orang je.
No comments