Entri ke 100!

Yeay!

Saya sudah mencapai entri yang ke 100!

Uhu...Mula menulis dalam Dari Diri Dhiya ini pada Mac lalu, saya sekadar menulis untuk memenuhi minat. Saya menulis tentang semua: isu semasa, tentang diri sendiri, pengalaman, dan nilai baik yang barangkali kita semua boleh mendapat manfaat daripadanya.
Saya memang suka menulis!

Kelahiran Dari Diri Dhiya juga telah banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang dan berhati-hati. Pengalaman baru ini mendisiplinkan saya agar tidak sekali-kali menulis sebarangan, teliti dalam berbahasa, dan cermat ketika meluahkan rasa.

Untuk entri yang ke 100 ni, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pembaca terutamanya rakan-rakan baik saya yang tegar (dalam paksa~) membaca blog ini. Heee!
Saya berjanji akan terus menulis dan meluaskan jaringan persahabat dengan blogger lain dengan cara yang baik dan meneladani segala perkara yang baik ketika menulis dan membaca blog.

Semoga persahabatan maya ini mendapat rahmat Allah swt. Kita berkongsi, kita juga yang akan beroleh manfaat. Sayang kalian semua!

p/s: Semangat nak menulis~! Heee

4 comments

  1. tahniah untuk entri ke 100 ye dhiya. teruskan menulis dan berbelog. kak izan bangga dgn semangat dhiya...

    happy blogging ye!

    ReplyDelete
  2. kak izan: hehe...malu pulak dhiya. baru 100 da bising macam ayam bertelur sebiji. tq kak izan, nanti dhiya visit kak izan selalu. boleh share pengalaman, dan kutip pengajaran!

    Diana: terima kasih, diana!

    sebenarnya Dhiya mula berblog 3 tahun lepas. Dhiya dan menulis banyak dalam blog lama. Tapi sayangnya bangsa melayu kita ni ada perasaan yang tak berapa nak elok. ada yang attack peribadi dhiya. dhiya pernah putus asa dan sebab tu lah dhiya buat blog baru. mohon semangat dari rakan2 semua! dhiya optimis!

    ReplyDelete