Travelog Dhiya: Nasi Kandar Line Clear, Penang!


Ya Allah...

Ke Penang pula!
Tapi sekali lagi saya tekankan bahawa ini adalah pengalaman lepas saya, sebelum bulan Ramadhan :) Moga jadi tips untuk mereka yang berhajat mahu ke sana.

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Tarikan utama mestilah jambatan Pulau Pinang. Kami datang ni kalau tak silap seminggu sebelum kejadian Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh tu. Er...just a coincidence lah~ Saja nak tunjuk the timeframe...

Nampak Jambatan Kedua Pulau Pinang
This is it. Hari-hari dengar Hot Traffic kat Hotfm, tak sah kalau jambatan ni tak jem. How worst is that? I think there is no difference with a certain path in KL kut...Orang Penang jangan marah naaa
Masa ni hari Sabtu, lebih kurang pukul 1. Memang expected jammed sebab orang balik kerja. Quite congested, but still can survive. Mungkin yang meramaikan jalan ni adalah orang seangkatan dengan saya juga- yang dipanggil pelancong
Langit cerah. Tak ada tanda nak hujan. Thanks God, it smooths our plans~!
Saya suka bila dah sampai kawasan ni. Rasa nak berhenti dan keluar dari kereta. Haha
Rasa bangga gile ada kat tengah-tengah jambatan ni. Entah...Tak faham kenapa. Padahal kat Putrajaya pun ada.
After the bridge. Approaching the spot

 Ha. Dah sampai...Punya la susah nak cari sebab Penang ni banyak jalan sehala! Directions yang kami ada cumalah guide dari rakan-rakan blogger... Berkali-kali kami pusing walhal kedai tu elok je tunggu kami sebelah kiri jalan. And yes, salah satu faktornya adalah jalan sehala yang menghalang kami u-turn sesuka hati macam di KL. Oh ye lah...Kami kan orang Key Ell (sangat!)

Yeeeha! dah sampai! Meh sini nak rasa apa yang berhantu sanga nasi kandar ni sampai banyaaaaak sangat review. Tunggu!
Tolong tengok alamatnya dengan penuh hati-hati:

LINE CLEAR RESTAURANT NASI KANDAR
Next to 117, Penang Road, 
10000 Penang

Restoran ni sebenarnya tak ada tapak kedai pun. It is just a space between two shop lots.

Tapi jangan bimbang...24 jam. Kalau rasa pukul 1 tengahari ramai orang, boleh datang pukul 1 pagi. Ok?
Ini senarionya pada pkul 1 petang. Maaaaak ai. Beratur panjang rupanya!
Muka dah tarik masam. I hate waiting tooo long compared to the actual eating session. Tunggu beratur adalah dalam sejam setengah. Berebut tempat duduk, dan makan hanya 30 minit je. Berbaloi tak? Nanti jap saya jawab.
Tengah-tengah tunggu ni, rasa dah nak give-up. Rasa nak keluar barisan dan balik KL. Tapi sekali apabila saya pandang belakang, the line is getting longer and longer. People keep on coming and I start to wonder what's so special about this menu. So I was inspired to wait and wait until my turn comes. Lapaq dah ni nana oi!
Open space kitchen.
Walaupun hanya berada di antara dua lot kedai, they decorate the restaurant very well.
Bukti yang dah berapa orang datang sini...(kut)
Too bad bila saya cari-cari gambar makanan saya, baru teringat yang satu-satunya gambar nasi yang diambil menggunakan tab telah terpadam secara tak sengaja tempoh hari. Bukan setakat gambar nasi kandar tu, banyak juga gambar lain yang hilang. Isk isk! My bad...So tak adalah gambar nasi kandar saya.

Tapi saya nak kongsi juga...
Saya ambil nasi kandar (asas), dan tambah udang besar tiga ekor. Bila abang nana tu datang nak kira, my dish was about..................................... cuba teka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
About RM33. 
Pengsan.
Ok, saya dah salah percaturan.
Lauk ayam seketul baru RM10.

Lesson learnt to all my readers ok. Jangan ambil udang tu unless you are really craving for that and you come here intentionally to get the udangs!
Tapi saya tak ada komen lain untuk ini.

IT WAS SUPERB.
Wow!
Berbaloi datang dari KL untuk sepinggan nasi kandar RM 30++

Dah terkorban RM30++ untuk satu pinggan kat sini, kami balik. Tapi iyalah...Nama pun rezeki yang masuk ke mulut. I just let it be. Buat apa nak merungut sangat...Jadi darah daging tu kan.
Ni gambar yang diambil semasa saya dah dalam kereta, sekitar jam 3 petang. Kami dah menghala balik, tapi masih ramai orang beratur.
Selamat tinggal. Kami balik dulu.
Kami lalu jalan sekitar Penang ni. Bangunan cantik-cantik. Oh ye, we're heading to Padang Kota Lama. Sekejap je sebab nak rush balik KL pulak

Padang Kota Lama. Here we were :)
Sebelum ni dah pernah ke sini dengan Along lepas kenduri Iqa. Pernah la makan char kuey tiaw kat gerai banyak-banyak tu. Sedap jugak. Puas hati.

Ok, jom balik.
Penang house.
Ok heading back to KL
Dah kenyang, jom tidoq~
It was really a great experience. Kami tak ada pun menyinggah beli je jeruk ke apa...Memang aim kami nak pergi Nasi Kandar Line Clear sahaja. Gigih kan? Worth it sangat~

Untuk yang bakal ke sini, have a safe journey!

Salam sayang,
Dhiya

4 comments

  1. Nasi Kandar Line Clear ni yang selalu sponsor artis tu kan...harga mengalahkan beli beras...

    ReplyDelete
  2. 7 tahun saya dok penang ni....baru sekali je pergi. Itu pun sbb nak merasa. Tapi lepas tu malas dah....malas nak masuk town :)

    ReplyDelete
  3. asslmkm..
    singgah follow sini kembali.. :)

    tak pernah pergi penang lagi..tinggin nak lalu atas jmbtan tu..hehe..
    ntah bila nak sampai..cantik permandangannya.. :)

    ReplyDelete