Rindu Dalam Diam


Bismillah

Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang,
Siapa rasa pernah ada buku ni sila angkat tangan!

Minggu lepas, saya agak rajin mengemas bilik saya ni. Iyalah...sudah berapa tahun tak buat operasi, anak tikus pun ditemui mati. Balik kampung sekali sekala, tidur pun satu malam je. Jadi apa sangat nak kisah tentang bilik lawa ke tak.
Sekali apabila dikemas, punya laaaa banyak baju-baju lama sejak zaman SPM dulu. Nota-nota SPM dan PASUM saya pun ada yang terselit dalam bilik ni bersama dengan buku-buku Engineering saya. Punyaaalah lama. Sekarang sampai dah sambung belajar Msc dah :|

Geledah punya geledah, saya terjumpa ni:

Buku Peraturan dan Undang-Undang Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Pindaan 2000
Saya senyum sendiri. Cepat-cepat memori sepuluh tahun lalu menerpa saya.

Ya, saya rindu sekolah tu. Sekolah yang beri saya peluang untuk dapat banyak benda, bukan sekadar pengisian ilmu di dada. Saya rindu suasana sekolah tu. Dapat berkawan dengan kawan yang baik-baik, bijak dan dalam ilmu agama. Suasana itulah yang buka minda saya untuk fikir lebih dari apa yang saya rasa saya patut ada masa tu.

Baju sekolah cuffed dengan stokin tangan, tudung labuh... :) Selepas sepuluh tahun, secara penampilan fizikalnya saya tak banyak berubah. Cuma saya tidak mengenakan baru kurung (setiap masa), stokin tangan dan tudung labuh berjahit lagi. Itu bukan tanda apa-apa, tapi saya yakin dengan apa yang saya ada sekarang cukup syarat tutup aurat. 

Teringat masa di kolej, setiap malam sebelum light-off, setiap dorm wajib berkumpul dan membaca Al-Mulk dan mendengar tazkirah yang digilir-gilirkan kepada setiap ahli dorm. Ini tak pernah berlaku di Seri saya. Tapi saya suka dengan perkara baru yang lama-lama jadi habit tu. Disebabkan itu jugalah, saya dapat memperbaiki mutu hafalan ayat lazim saya.

Di sana juga saya banyak survive mencari informasi baru untuk dikongsi dengan rakan. Kami seakan-akan berlumba-lumba untuk memberikan info tazkirah yang unik, istimewa dan lain dari yang lain. Dengan itu memang banyak usaha yang saya buat termasuklah membaca, berbincang dan menghadiri usrah.

Oh ye. Usrah :)
Salam rindu buat dua kakak usrah saya, Kak Su dan Kak Syida. Usrah ini memang benda baru dalam hidup saya. Mula-mula memang blur dan tak tahu apa tujuannya, walaupun faham konsep usrah itu datang dari maksudnya sendiri iaitu keluarga.
Lama-lama saya sudah jatuh cinta. Seronok dan selalu tidak sabar untuk berjumpa ahli usrah. Banyak yang kami bincangkan baik dalam silibus ataupun sebaliknya. Jauh dari keluarga buat kami sangat rapat dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Sepuluh tahun berlalu, saya sangat rindu suasana itu- Dalam diam...

Sekarang banyak berubah. Keluar dari pagar sekolah itu selepas tamat SPM buat saya berusaha keras mengimbangi diri sendiri. Banyak kejutan budaya yang saya hadapi. Banyak konflik diri yang berperang dalam hati. Tapi itulah cabaran yang dihadapi oleh anak-anak bumi bertuah itu. Saya cukup bernasib baik, hanya survive di dalam negara. Cuba bayangkan rakan-rakan saya yang terbang ke luar negara?

Lantaklah. Alma mater yang seorang ini cukup tenang menjadi apa yang dia jadi sekarang. Cumanya rindu itu kadang-kadang, di saat rasa jatuh, putus asa dan banyaknya kesal. Tapi saya cuba optimis...Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Setiap anak Adam sudah ada jalannya sendiri. Buruk baik perjalanannya adalah apa yang Allah beri untuk menguji.

Jauh dari dalam hati, saya sangat rindu untuk melangkah kembali ke bumi itu, memutar masa dan kembali belajar di situ. Rindu!
Untuk yang bakal ke sana atau bercita-cita ke sana, teruskan. Jangan undur, kerana saya ke sana pun bermula dari sebuah cita-cita dan harapan. :)

Salam rindu dalam diam,
Dhiya

No comments