Travelog Dhiya: Cameron Highland #1


Assalamualaikum...

Saya yakin yang saya dah menulis panjang tentang Cameron Highland Disember lepas. Entri pertama tentang Cameron Highland di link ini. 
Nak dijadikan cerita, cuti umum sempena Hari Wesak Mei lepas, saya sekali lagi berpeluang ke sana. Kali ni nasib lebih baik. Cuaca baik dan sikit hujan pun tak. :) Kami betul-betul menikmati Cameron Highland!
Tak banyak sangat cerita yang boleh dikongsi. Tapi saya nak kongsikan gambar supaya anda tahu, Malaysia adalah negara penuh anugerah!

Ladang Teh & sekitar

Jom kita turun ke kebun teh! Masa ni tenang dan segar sangat. Sekitar jam 10 pagi.
Rombongan. (bukan team saya)
Boleh tak bayangkan yang seluruh field ni adalah ladang teh? Sangat luas dan saujana mata mamandang.
Tak dinafikan pengunjung pun memang sangat ramai. Cuti umumlah katakan...Semuanya mengambil peluang untuk meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.
Saya tak berpeluang untuk turun ke kawasan air terjun tu. Jauh sangat ke bawah. Nanti azab je nak mendaki naik balik. Tapi ada pasangan pengantin yang buat sesi fotografi di situ. Ok Tak kacau~
Kami tak ambil masa yang lama di sini. Kata orang tempat macam ni tak boleh berlama-lama. Banyak lagi tempat lain yang kita boleh tengok. Lagipun bukan boleh buat apa sangat kat sini. Secawan teh pun dan RM5. Apekah~!
Saya tak ingat la apa nama tumbuhan ni. Ada sesiapa yang boleh bagitau? Tapi ianya memang ditanam dengan akarnya mesti di  dalam air. Bila tengok dari jauh, cantik je hijaunya. Di bahagian belakang tu ada kebun sayur seperti kobis dan lain-lain. Tapi tak habis pergi pun sebab macam tak menarik je

Masa ni dah lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tapi udara masih nyaman. Kami ambil keputusan untuk teruskan ke destinasi seterusnya. Apa yang ada kita terjah je. Inilah kalau percutian tak terancang! Silap saya juga :(

Jom tengok apa pula yang saya nak kongsikan selepas ini!

Salam sayang,
Dhiya

No comments