19 Julai
Bonda
(Selamat Ulangtahun Kelahiran)
Aku lihat wajahnya
Wajah bonda
Wajah setia
Kedutan melata
Tapi pada aku dia sentiasa muda
Dia wanita biasa
Tidak bekerja, bukan wanita berkerjaya
Tidak moden, hanya biasa-biasa
Hebat di dapur, itu selayaknya
Pendapatan tambahan, menjahit baju raya
Dia wanita desa
besarkan kami dengan apa adanya
Aku tak mewah jauh sekali kaya raya
Tapi aku cukup seadanya
Ilmu dunia
Ilmu fana
Aku dapat dari dia, mula-mula
Kerana dia
Aku berdiri melihat dunia
Jauh berkelana biar terseksa jiwa
Rindu dendam tangis lara
Kerana pesannya, pada aku ada maruah keluarga
Dan aku senyum, meneruskan cita
Dia
Wang ringgit bukan gantinya
Apatah lagi emas permata
Aku sanggup mati menggadai nyawa
Kerana aku mahu lihat dia bahagia
Setelah jerih payahnya demi buat aku gembira
Semoga
Aku mampu mengikut jejak langkahnya
Menjadi suri yang begitu setia
Tak pernah bosan dengan rutinnya
Menjadi bonda yang agung jasanya
Tak pernah putus akan doa keramatnya
Maaf bonda
Aku ini selalu entah apa-apa
Rasa tak layak menjadi sesiapa
Masih keanak-anakkan, tak sumbang apa-apa
Banyak kerenah, memeningkan kepala
Biarpun aku juga semakin tua
Tapi aku bersumpah setia
Darahmu yang mengalir dalam denyut nyawa
Akan menjadi tanda
Aku ini pewaris cinta
Kasih abadi yang tiada hujungnya
Bonda
Kasih cintamu, tiada tara
Kasih cintamu, tiada tara
Kau satu, tiada dua
Salam dari anakanda
Dhiya Dahlia
singgah sini dn baca2..=D
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR UNTUK BONDA DHIYA..=D
ReplyDeleteHappy bday bonda dhiya :)
ReplyDeletewauuuuuuuuu. pandainya create. Happy birthday to your beloved mom =D
ReplyDelete