Assalamualaikum...
Entri kali ni saya akan ceritakan tempat menarik yang terletak dekat dengan kampung saya di Perak.
Ban Pechah ni terletak di Tanjung Piandang, sebuah kawasa dalam daerah Kerian Perak.
Kawasan pantai ni sebenarnya terletak di belakang rumah nenek saya sahaja... :) Tapi masih perlu menaiki kenderaan untuk sampai ke pantai. Petang-petang naik basikal atau motor ke sini memang best. Anginnya kuat. Ada juga gerai-gerai kecil yang menjual makanan untuk pengunjung.
Setiap kali balik ke kampung, saya tak akan lepaskan peluang untuk ke sini. Bukannya nak berkubang (berendam) sangat pun- Memang tak boleh berenang macam Pangkor tu ye. Tapi saya suka pemandangannya. Cantik dan saujana luas mata memandang.
|
Pandangan yang sempat saya capture dari Google Maps |
Paling menarik, Ban Pechah ni seolah-olah memisahkan kawasannya kepada dua bahagian- Sebelah laut Selat Melaka, dan sebelah lagi hamparan sawah padi yang luas menghijau!
Dari rumah nenek saya, jarak perjalanannya adalah kurang dari 3KM jalan besar, dan kemudian perlu masuk ke jalan sawah untuk sampai ke pantai. Jangan bimbang, kereta boleh masuk. Tapi kalau bertembung dengan kereta lain (nak-nak pula bawa Hilux), kenalah salah seorang beralah. Tapi tidaklah sampai masuk dalam sawah. Kekek!
|
Sawah padi yang menghijau. Kalau musim menuai lagiiii la cantik. Kalau nak tengok macamana rupa mesin padi dari dekat, boleh je kalau nak berhenti tepi jalan tu. Tapi pandai-pandailah, sebab jalan tu jalan tanah je...Sempit juga :) |
|
Macam tak percaya ni kampung saya :) |
|
Dan inilah tempatnya! Lupakan je hasrat nak bermandi manda. Pantainya dah ditambak dengan batu-batu besar untuk elak hakisan pantai yang boleh menjejaskan kawasan padi berhampiran. Dapat duduk atas batu tu sambil makan-makan pun dah cukup seronok tau. |
|
Kalau petang-petang, boleh makan kerang bakar kat anjung tu. beeeest sangat! |
|
Ni boleh dikatakan air surut ni..Sekitar jam 12 tengahari (kut) |
|
:) |
|
Kalau air surut, kita dapat tengok kunci air lebih kurang 2-3 km ke tengah laut. Memang hakisan sudah berlaku. Sebab tu pantai ni ditambak dengan batu, supaya tak merebak ke sawah padi. |
|
Sebelah hujung sana tu ada tempat nelayan berlabuh. Kat situ la mereka ikat bot dan sampan mereka. Siapa nak udang segar boleh tunggu pakcik tu balik. (tak pernah cuba la pulak~) |
|
Tengahari |
|
Ombak kuat! Tapi masa ni tak berapa ramai orang. Petang lepas Asar memang pasti ramai. Kena cuba! |
|
Ha ini kawasan sawah padi berhadapan dengan laut tu. Isk memang cantiklah tempat ni! |
|
Masa ni matahari tegak atas kepala. Tengoklah langit pun cerah dan cantik sangat! |
|
Ok. Sebelah kiri tu laut, dan sebelah kanan tu sawah padi atau bendang. Ini kampung saya! |
Siapa-siapa yang nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni, boleh baca
blog ni. Saya yakin mereka yang berada dalam blog ni memang anak jati kawasan ni yang membesar di sini. Saya ni cuma cucu penduduk yang balik ke situ sekali sekala je. Mohon maaf atas salah info atau salah cakap.
Banyak lagi kawasan menarik di sini, antaranya Kuala Gula- Khas untuk kaki pancing. Memandangkan saya bukanlah minat sangat dengan hobi ni, jadi saya tak pernah ke sana lagi. Tunggulah kalau ada
attach dengan mana-mana kaki pancing nanti, saya ikut ok.
Jom melancong!
Dhiya
No comments