Nadia Khan- Kelabu


Amir, 
Mula-mula, 
Aku nyaris-nyaris juga jatuh cinta dengan kau
Mana tidaknya
Kau layak untuk semua gadis
Yang bertudung litup-Suhani
Yang berskirt pendek-Jun
Semua kau punya

Tapi rupanya hidup kau kelabu
Tak pasti akan matlamat akhir dan arah tuju
Banyak simpang penuh keliru
Oh...Separuh jalan baru aku tahu!


Hai semua,

Saya baru habis baca novel Kelabu by Nadia Khan ni.
(Sejak bila pula D pandai baca buku-buku macamni haaa?)

Er..Don't get me wrong. Buku- buku fixi ni saya beli masa Pesta Buku Antarabangsa April 2013 yang lepas. Novel pertama keluarannya yang saya baca adalah Pecah which I think very realistic, dan sudah diadaptasikan kepada sebuah filem pun.
But I personally prefer the book rather than movie since I believe that different soul have different imagination...

Tapi jujurnya novel fixi ni bahasanya natural. Tak mementingkan susunan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sempurna sangat. Asalkan makna tu sampai dan difahami pembaca. Kadang-kadang apa yang tak patut pun ada. Tapi kita semua dah dewasa untuk menilai kan. They just want to be themselves. Apa yang kita biasa cakap di luar, itulah yang ada dalam novel ni, specifically this Kelabu. Sebab tu saya cakap ceritanya sangat realistik.
Kalau rasa nak cari cinta anak-anak orang kaya, pergi oversea memanjang, korporat-korporat life, bandar- banda je...Dah pergi cari novel lain.

Masa saya baru-baru beli dulu, saya pernah cakap dalam hati yang saya akan jual balik buku-buku fixi ni kalau dah habis baca. Saya sendiri rasa yang buku-buku macamni tak berapa ada tempat di rak buku saya. Tapi setakat baca tak ada masalah.Tapi I think I would like to change my mind for this Kelabu. Only for Kelabu.
Saya jumpa banyak wisdom yang buat saya berfikir panjang.
Hakikat hidup yang molek ditulis sampai rasa macam karakter tu betul-betul hidup dan bercakap sendiri dengan saya . It's like...Pang sedas kena batang hidung~ (Tapi please take note saya BUKAN AMIR okay~ Saya tak ada isu dan konflik macam dia.)
Jadi saya tak rasa nak jual buku ni. Tak ada sebab.

Amir memainkan peranan dia dengan baik sekali, sampai saya pun hampir-hampir rasa dia ni memang hidup dan rasa nak ada Mr. Perfect macam dia. (Bulan puasa, kau berangan lebih haaa). Gaya hidup dia memang wujud kat Malaysia ni dan saya pernah jumpa orang macamni- Mewah, sempurna tapi sangat rendah diri dan easygoing. Sebab tu saya cakap it is realistic.

Sampai dah nak hujung cerita barulah saya tahu kenapa orang seperti Amir tak boleh dan tak mungkin jadi saya punya. Saya kena terus mencari dan menunggu :(

Senario kisah dilema Amir ni ada banyak kat Malaysia. Pernah juga ada dokumentari tentang orang macam Amir ni. Kadang-kadang apa yang terjadi tu bukan apa yang mereka pilih. Banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi orang seperti mereka.
Dan pada saya, apa yang penting adalah berbalik semula kepada bagaimana presentation kita dengan Allah. Buruk macamana sekali pun manusia, kita kena tahu yang Dia tak akan pernah tinggalkan kita.

Amir perlu diberi peluang. Dan kalau dia benar benar wujud, saya nak jumpa dia.

Good job, Nadia!

p/s: Rasa nak jadi penulis pulak.

Salam sayang,
Dhiya

2 comments