Travelog Dhiya: Cameron Highland #2


...Sambungan

Bunga-bungaan dan kaktus

Di Cameron Highland ni, tarikan utama pada saya sebagai seorang perempuan haruslah kebun-kebun bunga yang mempamerkan bunga-bungaan yang segar dan cantik!
Kalau pun tak boleh beli, melihatnya pun dah cukup hilang segala tekanan. Kebanyakan kebun-kebun bunga ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Jadi masuklah selagi larat sebab di dalamnya ada banyaaak hidangan mata!

Lapar?
Maaf, percutian kami ni boleh dikatakan percutian bajet. Jadi kami tak singgah mana-mana restoran sebaliknya hanya singgah di gerai-gerai makanan ringan (selalunya strawberry based). Lagipun kami ada bawa roti dalam kereta. Apa-apa makan je roti tu. Tegas.

Jom. Saya kongsikan gambar-gambar bunga yang sangat menenangkan jiwa!

Welcoming note for visitors
Pelbagai warna bunga ros
Mawar merah. Melambangkan cinta yang sejati dan penuh ketulusan, kecantikan, keberanian, penghormatan, dan keromantisan. Mawar merah merupakan medium untuk menyatakan perasaan cinta kepada seseorang.
Pink. Melambangkan penghargaan, kekaguman, kebahagiaan, kelembutan dan juga kasih sayang
Kaktus yang berwarna warni!
Bunga kering. Cantik untuk hiasan dalam rumah. Tak payah masuk dalam air. Huu
Kaktus kepala merah

Sunflower!
Saya dah tak boleh define satu persatu warnanya. Lantaklah! Banyak sangat.
 

Ini baru di Malaysia. Kalau spring di luar negara, memang lagilah tak terkawal. Mujur saya ke Beijing dahulu musim bunga baru nak bermula. 
Ok, cerita Beijing kena tunggu entri lain yah!

Salam sayang, 
Dhiya

No comments