Travelog Dhiya: Separuh hari @Pangkor


Assalamualaikum

Seperti yang saya pernah cerita dulu, saya ada merancang satu percutian pendek selepas peperiksaan semester.
Kali ni saya dah belajar sikit dari pengalaman. Perjalanan yang tak dirancang akan menyebabkan kita tak tahu nak pergi mana dan boleh jadi membazir duit, masa dan penat dalam kenderaan je. 
Untuk trip pasca peperiksaan ni, saya dah siap buat itinerary lawa-lawa supaya ada guide untuk saya follow.

Destinasi pertama saya adalah Pulau Pangkor. Pulau ini terletak di negeri Perak dan paling mudah untuk diakses pelancong tempatan kerana ada jalan darat dan penunjuk arah yang sempurna.
Memandangkan saya ni taklah pandai sangat bab-bab jalan ni, jadi tak banyak info yang saya boleh kongsikan tentangnya. Tapi kalau tak silap saya, anda boleh menggunakan PLUS atau jalan lama Kuala Selangor- Teluk Intan untuk ke jeti Lumut.

Secara peribadi saya lebih suka jalan lama Kuala Selangor- Teluk Intan kerana dapat melalui kampung-kampung tradisi dan dapat melihat hamparan sawah padi yang cantik menghijau :). Ikut PLUS pun boleh ye, cuma saya tak suka sebab BORING!
Lokasi Pangkor
Ini gambar seluruh Pulau Pangkor. Sebenarnya pulau ni kecil sahaja. Dulu sebelum sampai, saya memang tak percaya. Dengar kawan-kawan cerita pun rasa tak nak dengar. Hahaha!
Sebenarnya kami gerak awal pagi. Tapi dek salah percaturan, kami hanya sampai ke Jeti Lumut dah dekat tengahari. Sedih jugalah. Tapi tak apa. Kita tengok apa yang kami dapat buat di Pulau Pangkor dalam tempoh separuh hari (Tak sampai separuh hari pun sebenarnya)

Oh ye, 
Tempat letak kereta berbumbung ada disediakan berhampiran dengan jeti dengan kadar bayaran tertantu. Kalau tak silap, kami dikenakan bayaran masuk RM4. Tapi tempat letak keretanya memang puas hati. Bersih, luas,  open space (tak terlindung- orang jahat-jahat takde kut) dan boleh jalan kaki sahaja untuk je jeti. Jadi RM 4 tu pada kami sangat berbaloilah untuk mereka tolong jagakan atau tengok-tengokkan kereta kami :)

Bayaran tiket feri: RM 10 (Dah termasuk untuk balik ye. Jangan masa nak balik nanti melilau-lilau pula mencari kaunter di pulau untuk beli tiket. Buat malu je. Tapi pastikan anda simpan tiket tu untuk rujukan. Jangan hilangkan)

Sebaik membeli tiket, kami tengok feri dah menunggu dan ok lah dapat tempat duduk tingkat atas yang selesa. Ramai yang prefer untuk berada di luar feri untuk dapat angin laut, tapi masa tu tengahari dan keadaan pun agak panas. Jadi saya hanya duduk di dalam Oh untuk pengetahuan, masa ni musim jerebu teruk di Johor dan kat Pangkor pun macam ada tempias-tempias sikit, tapi still manageable dan orang masih ramai ke pulau.

Perjalanan ke pulau mengambil masa lebih kurang 20 minit. It was a great experience. Rasanya kali terakhir saya naik feri semasa ke Langkawi 10 tahun lalu. Kesiannyaaaaa...

Dalam perjalanan tu, boleh la nampak pemandangan perkampungan nelayan yang majoritinya dijalankan oleh kaum Cina. Rumah mereka ada jeti panjang mengunjur ke laut dan di hujung jeti itulah mereka mengikat bot-bot kecil mereka. 
My first step in Pangkor
Jeti Pulau Pangkor

Sebaik melepasi kawasan masuk jeti ni, ada ramai ajen-ajen menunggu kami dengan tawaran kenderaan yang bermacam-macam. Ada yang offer motosikal, kereta, dan van teksi. Pilihlah mana yang sesuai dengan kapasiti. Tinggalnya nak kena ada duit je lagi. Hheee
(Jangan bimbang, kadarnya adalah munasabah. Cuma kalau datang berdua atau bertiga, tak payahlah sewa van pink tu. Mahal dan tak berbaloi sebab chartered basis.

Jangan bimbang sangat soal pengangkutan di sini. Banyak pilihan
The journey begins!
Memandangkan kami hanya ada separuh hari, jadi kami terus ke tempat yang sudah diputuskan awal-awal lagi. Sebenarnya tujuan ke sini bukanlah nak mandi sangat. Leceh nanti nak ke tandas, salin baju dan macam-macamlah Saya cuma teruja untuk melihat pemandangan sahaja. Tapi bila dah tengok pantainya yang cantik tu, I really can resist! Lencun juga kaki seluar~
Pasir Bogak
Pantai Pasir Bogak
Lawatan kami ni tak termasuk island hopping dan segala macam yang lain-lain tu sebab kekangan masa. Jadi tak merasalah nak naik bot ke tengah laut lagi..Sabar...Soon...Very soon
Boleh nampak jerebu sikit-sikit kan
:) Ini baru Pantai Pasir Bogak. Orang kata Pantai Teluk Nipah lagi cantik. Ok..Kita tengok sekejap lagi
Sampai je destinasi, kami hadap dulu ini. Habis jugalah sepinggan nasi ayam dan mee goreng mamak. Lapar punya pasal
This is it. Tapi panas sangat..haih
Punyalah jakun apabila tengok air laut biru macam ni. Kat KL mana ada wei~ Asap bagi mampus ada la
Pemandangan pekan kecil dekat dengan pantai
Hornbill Resort ini terletak betul-betul menghadap Pantai Teluk Nipah. Kalau ada ura-ura nak menginap di sini,boleh la mula study pasal kadar dan kualiti perkhidmatan mereka
Teringin juga nak berenang...Tapi mengenangkan separuh hari je...Hm..malas nak beria sangat
Cukuplah berteduh sambil tengok kerenah orang. Inilah Malaysia. Hujung minggu dan cuti umum je, penuh manusia. Semua nak lari dari hiruk pikuk bandar yang gila. Cuba tanya beach boy tu...weekdays mesti sunyi sepi. Mana ada orang kecuali ada la beberapa ketul. Honeymoon kut
Paras lutut dah masuk air. Haaahhaha. Bestnyaaaa!
He sebelum satu badan terjebak, baik kita naik dan siap-siap untuk balik. Hari pun dah dekat pukul 5 petang.
Ini adalah jalan sepanjang pulau. Jalan kampung je...Kadang-kadang boleh berselisih dengan amoi-amoi tempatan dan pelancong yang naik motor dan tak pakai helmet pun. Mana ada polis. Huhu
The small town
Best juga kalau masuk ke dalam kedai-kedai tu. Ada jual baju dan cenderahati lain yang boleh dijadikan buah tangan :)
The haze is getting worse. Matahari dah mula kelam je. Mujur kami dah selesai sesi kat Pangkor dengan rasa puas hati.
Jalan sekitar pulau ni ada yang berbahaya juga. Jadi kalau anda ada cita-cita nak pusing satu pulau, pastikan brek kenderaan anda berada dalam keadaan baik.
Menara tinjau
Selesai pusing pulau, kami terus ke jeti semula dan sempat singgah di surau berhampiran untuk solat.
Feri dah tunggu. Jooom!
Dah sampai Jeti Lumut. Jerebu makin jelas. Uhuuu.
Sebelum meninggalkan kawasan jeti, mesti ada gambar sebagai bukti tau. Iyelah...dah la muka sendiri tak pernah ada, ini je bukti kukuh yang menyatakan saya pernah sampai ke sini.
Good bye, Pangkor. Saya akan kembali
Ooooh ye. sebelum pulang, pastikan anda singgah ke kedai-kedai yang menjual hasil laut di jeti tau. Saya memang pilih kedai di jeti, bukan semasa di pulau. Kepada peminat satay ikan, sila cari brand ni. Sedap. Betul.
Perjalanan diteruskan.

Kami menghala ke Taiping untuk check-in di rumah Along (kakak sulung saya). Nama pun percutian bajet kan. Haruslah cari tempat tidur free.

Agenda seterusnya adalah tempat-tempat menarik sekitar Taiping. Tunggu!

Salam sayang,
Dhiya

1 comment