Assalamualaikum
Sejak sambung belajar ni, aktiviti melancong agak berkurang sedikit. Iyalah...kedudukan kewangan yang agak terhad dan komitment yang makin bertambah.
Tapi rasanya destinasi yang dekat-dekat ni tak ada masalah untuk dijejaki. We had fun exploring all the new places around . Cuma tak adalah istilah check-in hotel dan makan sedap-sedap. Semuanya balik hari, di hujung minggu sahaja.
Sebenarnya bukan sekali dua saya jejak tanah pantai PD ni...Hujung minggu kalau dah tak tahu nak ke mana, memang bungkus kain baju, lipat tikar, bawak bekal ala kadar, PD lah destinasinya. Adalah dalam tiga ke empat kali. Tapi seingat saya, inilah visit yang paling puas hati sebab sampai awal dan dapat pergi banyak tempat. Paling istimewa, dapat jumpa tempat sendiri, we name it as Private Island. Hahahaha!
Idaklah private sangat...Cumanya kawasan tu tak ramai orang yang datang sebab tak ada jalan yang boleh bawa masuk kereta...
Trip ni was on Mei 2013 kalau tak silap. Bukan dalam bulan puasa ni ye. Cuma terpaksa update dalam bulan puasa sebab sekarang sedang bercuti. :)
Entri kali ni ada banyak sangat gambar. Implicitly I would like to encourage Malaysians to explore Malaysia and see how wonderful Malaysia is!
Masa ni dalam pukul 3 petang. Air laut membiru je. Cantik sangat. Dekat sini ada tempat duduk menghadap laut, jadi boleh duduk sambil relaks dan disapa angin. |
Pandangan kiri saya. Ada hotel. Tapi tak tahulah apa namanya. Kat sini memang banyak hotel... |
Pandangan kanan saya: Tu ada pulau buatan. Basically pulau tu tak ada apa-apa pun, kecuali ada pathway untuk tengok dari dekat pokok-pokok bakau dan hidupan sekitarnya. |
The Scene |
Jangan tak tau, jauh juga nak berjalan ke pulau tu. Masa ni agak awal juga. Jadi orang masih tak ramai. Petang lepas Asar tu kami tengok pengunjung dah mula ramai. |
Ini layout kawasan pulau. Boardwalk tu panjang juga, melalui tepi-tepi pokok bakau. |
Pandangan dari pulau |
Lebih kurang sejam juga kami di pulau tu. Ni menghala balik ke pantai. Kami pun dah penat dan redup-redup macamni, mulalah nak cari tempat nak landing. |
Pasir yang best. Cuma kotor sikit lah~ |
Selepas Asar, dalam pukul 5.30 petang ni. Sempatlah berjalan-jalan sekejap di persisiran pantai ni. Tak panjang mana pun, dia macam tanjung yang terlindung. Jadi pantainya kecil sahaja. |
Playing around with the stuffs |
:) |
Ok. Bersedia untuk balik. |
Kami buat keputusan untuk ke Jimat Tomyam! Ini pun selepas terbaca reviews dari bloggers yang dah pernah ke sana. Meh nak tengok jimat sangat ke sampai nama kedai korang Jimat Tomyam kan...~ Hahaha
Kedai ni tak dibuka pada waktu siang. Masa mula-mula sampai tadi kami dah datang, tapi tutup..Jadi kami makan tengahari di kedai sebelahnya, iaitu kedai asam pedas. Hurm..sedap juga. (tapi tak ingat nama).
Malam tu kami sampai agak awal, jadi orang tak ramai lagi.
Ingat-ingat lupa, kami pesan makanan yang paling asas- Nasi putih, tomyam campur, daging goreng kunyit, kailan ikan masih, keropok goreng dan teh o ais. (tak ada gambar lah...sebab kepalaran sangat!)
Rasa makanan- 7/10
servis- 7/10
Harga- 8/10 (berbaloi lah)
Harga- 8/10 (berbaloi lah)
Tempat letak kereta- (6/10) disediakan, tapi sempit sikit
Tandas- Satu tandas kampung je, share, tapi bersih.
Ampun sangat sebab sikit pun tak ada gambar makan. Kalau yang ingin mencari, kedai ni terletak lebih kurang 1km je dari Pantai Teluk Kemang, berada di sebelah kiri. Kalau malam, nampaklah nama restoran ni dihiasi dengan lampu terang benderang. Insya Allah tak akan sesat. Pandu perlahan dan jangan gopoh.
Lepas makan, kami terus balik KL. Esoknya Isnin oi...Kembali serabut, kembali pening kepala!
Kembali ke alam realiti!
Salam sayang,
Dhiya
bestnya~
ReplyDelete