Bismillah
Saya cuma membaca tatkala semua orang- Tak kiralah di FB, Tweeter, Blogger dan pelbagai media sosial lain bercakap tentang Ramadhan. Dua minggu bercuti, saya masih belum sempat untuk betul-betul menulis. Sungguh janji tak ditepati. Gagaga!
Alhamdulillah, sudah 5 hari Ramadhan. Saya teringat kata-kata ustaz saya dulu. Ramadhan akan datang dan masuk tepat pada waktunya. Habis bulan Sya'ban, datanglah ia. Apa yang paling penting, pastikan kita juga 'masuk' ke dalamnya dengan penuh ikhlas dan keazaman yang tinggi.
Betul
Kadang-kadang kita (saya sendiri juga) menanti Ramadhan hanya pada adat, bukan pada ibadat. Memetik kata Ustazah Jem, kalau dah puasa hanya pada adat...Jadilah puasa yang sia-sia. Orang tak makan, dia pun tak makan. Tapi bila orang dapat pahala, dia tak dapat apa-apa. :|
Ramadhan kali ini agak berbeza pada saya. Kebetulan bertembung dengan cuti semester, jadi saya dengan gembiranya dapat berpuasa di kampung. Agak lama juga saya tak lalui momen ni. Rasanya zaman undergrad saya dulu pun masih berpuasa di kampus...
Syukur rasanya tahun ni tak perlu rasa kesesakan lalu lintas di KL terutamanya di Lebuharaya Persekutuan tu. (Eh, sesak tu boleh sampai tahap keluar pejabat jam 4.30 petang dan sampai Masjid Negara lagi 3 minit nak berbuka tahu!)
Insya Allah tahun ini juga saya tak akan berebut-rebut di tol Gombak dan Lebuhraya KL-Karak untuk balik ke kampung berhari raya. Sungguh azab apabila kereta banyak dan terpaksa main clutch di kawasan slope sebelum Terowong Karak tu. Lagi-lagi kereta kecil macam Baby K ni...Memang selalu kena buli je dengan kereta-kereta mewah. Kebetulan tahun ni juga tambang bas naik 10%...Jadi neither car nor bus. Cukup. Tak nak fikir. Saya sudah di rumah!
Puasa tahun ini menyaksikan saya dapat bersama dengan keluarga sepenuhnya. Dapatlah bersahur dan berbuka puasa dengan emak dan abah, tolong-tolong di dapur dan jadi 'anak lelaki mereka'.
Erm...Saya sudah lama tak menangis kerana keluarga. Entah...Mungkin dah tough kut...Kehidupan saya di Kota Mega banyak buat saya jadi kuat. Banyak hidup dan survive sendiri. Kadang-kadang setakat masalah yang kecil-kecil tu, saya malas nak cerita sangat dengan mereka. Buat hati mereka rusuh je.
Dan ya, masalah tetap masalah. Kalau saya lari beribu batu sekali pun, masalah tu takkan selesai melainkan saya hadapinya dan cuba untuk selesaikannya. Semoga Ramadhan ini menjadi sekolah terbaik untuk saya didik diri jadi sabar, lebih bijak dan kuat pergantungan dengan Tuhan.
Masih banyak kekurangan pada diri saya. Jadi dengan penuh harapan saya berdoa agar saya dibantu untuk menjadi seorang yang lebih baik natijah dari Ramadhan kali ini.
Rasanya masih belum terlambat untuk ucap selamat berpuasa kepada seluruh rakan-rakan blogger dan keluarga tercinta.
Sebulan yang indah,manis dan penuh dengan janji-janji Tuhan. Alangkah bagusnya kalau Ramadhan itu datang dan tak akan pergi!
Sebulan yang indah,manis dan penuh dengan janji-janji Tuhan. Alangkah bagusnya kalau Ramadhan itu datang dan tak akan pergi!
Salam sayang,
Dhiya
No comments