Khamis


Bismillah

Hari ini hari Khamis.
Tenang
Aman
Bahagia
Saya masih di kampung.

Saya tak boleh tipu diri saya lagi yang desa ini memang kebahagiaan saya. Bau embun pagi...Bau rumput basah yang dibakar...Bau tanah kampung buat saya tenang. Tak macam kota hiruk pikuk yang menyesakkan otak tu!

Besar cita-cita saya untuk kembali dan berkhidmat di sini. Ah, dasar anak kampung!
Tapi betul...Saya dah tak boleh terima lagi hidup di Kuala Lumpur. Hidup yang matlamatnya wang dan ringgit. Berebut di mana-mana sahaja- Samada di jalanraya, ruang pejalan kaki yang sempit waima tandas demi sebuah survival yang penghujungnya adalah kematian.
Kuala Lumpur ini sifirnya satu sahaja- Kau lambat, kau tertinggal.
Yang kaya akan terus kaya. Bekerja (atau duduk) di bilik berhawa dingin tanpa resah.
Anak buah teruk dikerah.
Kan?
Maaf agak sarkastik.
Sebab saya pernah rasa diperlakukan sebegitu. :(

Kadang-kadang manusia (termasuklah saya) menilai kebahagiaan dengan melihat keberadaan. 
Bahagia sebenarnya adalah apa yang kita miliki, bukan apa yang kita cari. Kalau kita terus terusan mencari, maknanya kita tak memiliki.
Jadi rasa redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada itu adalah kebahagiaan.
Saya bukan menidakkan usaha sebahagian di luar sana yang bekerja keras untuk mengubah gaya dan taraf hidup. Mereka pasti punya sebab rasional yang lain. Tapi sementara untuk mencapai impian yang diusahakan itu, salahkah kita untuk berbahagia dengan bersyukur?
Salah?

Matlamat manusia berubah kerana wang.
Hubungan retak angkara harta
Tamadun rosak angkara kedudukan

Wang ringgit boleh dicari. Tapi kita sedar dan kita tahu yang nilai kemanusiaan kita semakin dihakis. Sebab wang, manusia boleh berbunuhan.

Haih
Mengeluh

Allah Maha Tahu
Letak duduk nasib kita selepas adanya usaha

Dan saya akan terus berusaha, untuk menjadi orang yang berbahagia tanpa ada orang lain akan terluka.
Moga tsabat hati saya, yang Allah Maha Utama.

Doakan saya tamat pengajian dengan cemerlang dan dapat kembali kepada masyarakat.

Salam sayang
Dhiya

2 comments

  1. Salam perkenalan dhiya! thankz 4 visit.. semoga urusan awak dipermudahkan.. Selagi kita hidup urusan dunia x penah selesai. selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  2. Bersyukur dengan apa yang ada. Ida dah follow Dhiya...follow me back if sudi ;)

    ReplyDelete