Assalamualaikum...
Kepada semua pembaca entri ini, harap
enjoy! Entri kali ini adalah entri bergambar. :) Biar gambar yang bercerita~
Datang dan lawatlah Taiping. Banyak tempat menarik di sini!
|
Tempat letak kereta banyak. Jadi jangan bimbang sangat. Cumanya tinggal jauh atau dekat sahaja dengan pintu masuk zoo. Jadi kalau rasa ada bawak keluarga ramai, datanglah awal dan dapatkan tempat letak kereta yang paling dekat dan teduh. Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan tempat letak kereta yang hampir, cumanya sedikit panas. Itu tak kisahlah :)
Oh ye... Bayaran untuk letak kereta sebanyak RM2 akan dikenakan sebelum masuk ke kawasan parking. Sediakan wang awal-awal tau |
|
Aaaaaaaa~! Akhirnya sampai juga buat kali pertama dalam hidup! Selama ni dok hadap Zoo Negara je. Itupun last 4 years back kut. |
|
Hari kami datang ada ramai sangat pelawat luar, sebab ada nampak banyak bas. |
|
Brief history tentang Zoo Taiping dan Night Safari. Boleh klik untuk view lebih besar. |
|
Ini kawasan foyer zoo. Di sini ada cafe dan kedai makanan ringan. Jadi kalau lapar, bolehlah singgah dan alas perut di sini. Saya singgah juga untuk beli sebotol air dan sempatlah jeling menunya...Hm...menu biasa sahaja, nasi campur macam kat kedai biasa. Tapi kalau rombongan yang datang dari Johor ke, Melaka ke, mesti sangat appreciate menu tu. |
|
Sila semak harga anda.
Kalau nak masuk zoo (siang), harganya adalah seperti yang tertera di bahagian atas. Dewasa: RM12, Kanak-kanak: RM8 dan Warga Emas: RM10
Untuk Night Safari, harga adalah seperti yang terpapar di bahagian bawah. Dewasa: RM16, Kanak-kanak: RM10 dan Warga Emas: RM13 |
|
Ini pula notis waktu pembukaan KAUNTER tiket, bukan waktu pembukaan ZOO ye...Baca betul-betul. Jadi boleh rancang pukul berapa anda boleh datang dan bersedia untuk membeli tiket. Jangan datang dari pukul 6 petang hingga 8 malam. Pegawai nak berehat :P |
|
Pengembaraan bermula. Untuk pusingan pertama ni, kami memilih untuk berjalan kaki ke seluruh pelusuk zoo, tanpa menggunakan khidmat tram. Jadi pastikan anda tidak memakai kasut tumit tinggi. Pakailah kasut bersarung sebab nak jalan jauh ni. Hahahh. Oit jangan malas. Bakar kalori tu sikit~ |
|
Burung Hantu Carik Kafan. Nama sangat spooky. Padan la dengan rupa dan kedudukannya dalam masyarakat kita Melayu pun. Asal ada bunyi burung hantu je, macam-macamlah cerita yang keluar terutamanya dari atuk-atuk atau nenek-nenek kita. Kan? |
|
Kopi Luwak. Saya ada satu buku Antologi FIXI yang berjudul KOPI. Bila baca pasal Kopi Luwak, pasti rasa pelik kenapa dan kenapa kopi ini mahal walhal penghasilannya bukan dari kaedah yang bermaruah sangat. Kalau anda sampai kat situ, tanyalah Musang Pulut ni sendiri, kenapa Kopi Luwak sangat mahal dan dikatakan sangat sedap. Eark! |
|
Kancil. |
|
Chimpanzi. 80% gen mereka menyamai manusia. Tapi martabat kita lebih tinggi dek kerana dianugerahi akal. Kalau yang bodoh bangang, sombong tak boleh diajar tu...ha, orang akan kata tak ada akal...dan samalah dengan haiwan di atas. Kasar? Maaf kepada yang terasa. |
|
Jangan bagi makan haiwan di sini, terutamanya monyet yang bebas berkeliaran di jalan-jalan laluan pengunjung. Nampak la macam adorable tapi kalau sekali anda campak sepotong buah, dia akan datang lagi untuk mintak lagi...lagi...dan lagi. Jangan bagi muka. Tapi ada juga manusia yang tak faham bahasa dan dengan penuh kasih sayang masih bagi makan monyet-monyet tu. Bila dah kena kejar, bukan dia je yang lintang pukang, dengan kita sekali terjebak. Jadi jangan susahkan orang lain tahu. |
|
Comel kan yang bergayut ni. Hahaha. Waktu ni kami tengah tengok pekerja zoo memberi makan. Macam-macam ragamlah. Tapi yang saya kagum, apabila nampak je pekerja tu, mereka terus tergayut dekat dengan hujung dahan pokok untuk bersedia menyambut makanan. |
|
Dan mereka sangat cekap! |
|
Kucing hutan yang sangat gemok. Wah wah, sihat sungguh kau duduk dalam zoo ye~ Kucing ni sekali ganda besar dari kucing rumah. Debab oii! |
|
Pak Bedal |
|
Beruk Kentoi. Akan botak apabila sampai usia tua. Hahaha |
|
Burung ni dilepas terbang bebas dan sangat jinak. :) |
|
Boleh bagi makan deer ni dari celah-celah lubang pagar tu. Memang ada disediakan pucuk kayu di tepi tu. Rasanya untuk kanak-kanak je kut. Tapi saya ikut sekali seronok bagi makan. Kesian budak-budak ni gigit jari. |
|
Skala saiz mereka. I don't care about size. Tak kisah pun rusa dipanggil kancil, kancil jadi rusa. Lantak. Tapi Perodua telah banyak membantu saya mengenal spesis ini dengan tepat. Kalau sebut je Perodua Kancil, dah dapat bayangkan comelnya. Macam Baby K. Hew~ |
|
Burung Hantu Ketumbuk Ketampi. Again the name sounds sooooo spooky. Jangan masuk Nigh Safari lah! Hahaha |
|
Si seksi memerang. Tolong jangan terdampar kat batu sambil posing macam tu. Mengada sangat! |
|
Zirafah |
|
The cute sun bear! |
|
Ikan keli. Hmmm.. Saya kegelian. Besar-besar oi. Meremang tengok. |
|
Dan sebab tu saya tak makan ikan keli. Maaf cakap~ |
|
Tengok akal burung buat sarang. Sungguhlah Allah berikan mereka ilham untuk terus hidup. Malulah jadi manusia kalau yang nak makan pun tak boleh usaha nak suap nasi ke mulut. Terasa lagi ke? Hhaha |
|
Si kaki runcing flamingo |
|
Burung unta. |
|
Close-up encik zirafah. Seronoknya kalau boleh bawa Biha ke sini. Mesti dia teruja tengok semua ni! I wish I could, Biha! |
|
Comelnya duduk dekat-dekat. Eh tapi memang nature mereka macam tu. See...Betapa cantiknya Allah jadikan setiap ciptaanNya kan? |
|
Tak percaya? Baca ni :) |
|
Malayan Tiger. Aum! Inilah inspirasi baju Panthera tu :) |
|
Boleh tengok lagi beberapa jenis harimau yang ada di seluruh dunia melelai gambarajah ni. |
|
Badak sumbu |
|
Tapir |
|
Hippo. 90% hidup mereka termasuklah makan, mengawan dan melahirkan adalah di dalam air. |
|
Ok, mari berehat sekejap :) Lepas ni kami akan naik tram untuk pusing lagi sekali zoo Taiping ni. Biar epic sikit. |
|
Secara keseluruhannya kami dah berjaya meneroka semua pelusuk Zoo Taiping. Saya dapat rasa zoo ni lebih happening berbanding Zoo Negara. Jangan marah. Ini hakikat. |
|
Dan setelah beratur menunggu giliran untuk menaiki tram, kami pun tawaflah zoo ni sekali lagi sebelum keluar. |
Tram berheni dekat dengan kawasan burung ni dan kami terus menuju ke pintu keluar dengan rasa puas hati dan gembira.
Kesimpulan:
Berjalan melihat tempat orang dapat meluaskan pengetahuan kita.
Zoo Taiping telah mengajar kami menghargai makhluk ciptaan Tuhan lain yang sama menghuni alam ini.
Hargailah diri kita yang dijadikan sempurna olehNya. Jika haiwan boleh survive untuk hidup, inikan pula manusia yang punya seribu satu kelebihan.
Terima kasih Zoo Taiping atas pengajaran!
Salam sayang,
Dhiya
bestnya dpt pegi zoo :P Ainil dah lma xpegi zoo , last pegi pon rasanya msa form 1 or form 2 . skrang dah umo 22! ^^
ReplyDelete