Yeay! Beli Buku Baru!


Assalamualaikum

Baru habis buku Kelabu, sampai pula buku lain.
Ye, saya beli dari MPH online :)

-A short review of MPH online-

Kali ni saya pilih buku-buku yang lebih serius sikit. Baca fiksyen hari-hari boleh buat saya tidak berada dalam alam nyata. :p

Malam 16 Julai tu macam dipukau-pukau. Tak semena-mena saya gigih sangat mencari tajuk-tajuk buku yang mungkin best dan bagus untuk dibuat bahan bacaan.
Dan macam dipukau-pukau juga, saya terus sign-up akaun MPHOnline.com ni, pilih buku dan terus buat transaksi bayaran. Kira macam beli online laa.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama saya ada akaun MPH dan beli buku secara online melalui mereka. I don't mind when it's stated that the books will be posted only within 5-7 working days. They've stated this in the T&C note. Tak rush pun bagi saya. Jadi bila mereka hantar email bagitahu yang buku-buku tu akan dipos pada 23 Julai, saya tak kisah. Asal sampai. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya simpan juga bukti bayaran dan email-email tu.


Ini maklumat buku yang ditempah. Belian bawah RM50 untuk Semenanjung akan dikenakan bayaran pos sebanyak RM7 dan percuma jika belian lebih dari RM50.Jadi saya fikir lebih baik saya ambil satu lagi buku dan jadilah ia RM60, dua buah buku, penghantaran percuma... :)
Tiba tiba, 18 Julai saya ada terima email dari MPH mengatakan yang buku saya telahpun diposkan pada 17 Julai...Siap bagi tracking number Pos Laju lagi. Saya agak 18 Julai tu juga akan terima...Tapi agak misteri sebab posmen tak ada lalu pun...
Dan hari ni...19 Julai, saya dengan gembirnya dah terima buku-buku saya. Received with good condition :) Bila sembang-sembang dengan posmen tu, dia cakap bungkusan ni boleh je sampai semalam (18 Julai), tapi motor dia rosak pulaaaak. Takpelah bang, janji dapat pun dah gembira
The books. I really impressed when MPH did their job with extremely efficient! You give me a good, bright and clear first impression. Good job!

Inilah buku yang saya nak sangat walaupun boleh je beli semester depan, guna baucer buku yang katanya akan dinaikkan jadi RM300 tu kan..Eh~
Yang ni pula adalah buku kedua yang menjadi penyelamat saya dari membayar kos pengeposan. Saya yakin ini berbaloi. Saya sedang bersedia untuk satu perhubungan serius. betul. Ini serius. Kalau tak, saya taknak pun tahu kenapa lelaki selalu tak dengar apa yang wanita cakap (bebel).

Insya Allah saya akan habiskan buku ini di samping buku Malaysia Kita yang tebal tu. Huhuhu. Mungkin ada sedikit sebanyak point yang boleh saya bawa dalam temuduga PTD nanti.
Oh ye, kumpulan kedua temuduga PTD akan berlangsung 17-31 Julai 2013. Nama saya masih berlum tersenarai. Tapi mesti kena terus berhati-hati dan bersedia kerana saya akan dipanggil pada kumpulan yang mana-mana sahaja.
Keputusan  Q41 pula akan diumumkan pada 12 Ogos 2013.
Oh cuak

Hm...Tadi masa geledah geledah rak buku, ada dua buku fixi yang macam nak dilepaskan. Kedua-duanya buku cerpen. Ada yang berminat? Boleh emailkan kepada diahalida@gmail.com. Deal closed kalau dah ada pembeli.

Salam sayang
Dhiya

5 comments

  1. assalamualaikum wbt saya nak tanya mcm mne nak beli buku mph online?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya pembayaran macam mana ye. Saya berminat beli buku online sebab bookstore agak jauh dari tempat tinggal.Saya dah try tapi confuse dekat pembayaran. Kalau pilih maybank2u, MPH ada bagi no account untuk bank in ke macam mana? Sebab selama ni bank in je kalau ada belian online. Kalau transaksi online tak pernah buat lagi. macam mana ye?

    ReplyDelete
  4. hi,
    ini adalah pengalaman pertama saya membeli secara online dgn mph...method sama je mcm online purchasing yang lain. skrg ni dah banyak sgt online purchase. kalau kat mph, awak kena create acount dulu. Log in dan boleh lah pilih buku.

    ttg bayaran, sama je mcm online payment y biasa. bila pilih m2u, dia akan direct kita terus ke laman web m2u. log in pasword dan username m2u dan transferlah sebanyak harga buku tu.ikut je arahan bayarannya...

    ReplyDelete