Travelog Dhiya: Pusing-Pusing Taman Tasik Taiping

Bismillah...

Sambungan selepas ke Pangkor dan kemudiannya bermalam di rumah Along...

Pagi tu selepas sarapan, kami terus keluar.
Ajak juga Along untuk join sekali. Tapi katanya Ihsan (anak sulungnya, anak saudara saya yang bersekolah di SMKA Kerian nak balik ke rumah sebab minggu ni giliran outing mereka.
Tak mencabar betul si Ihsan ni. Mentang-mentang rumah dengan asrama dekat, time outing kau balik. Cuba tengok Cikdi kau ni. Kental tahu~

Hari tu kami buat keputusan untuk merayap di sekitar Taiping sahaja. Jarak bandar Taiping dengan rumah Along hanya lebih kurang 20 minit. Dekat juga dengan Bukit Merah Lake Town. Tapi itu lake town kita abaikan dulu. Bila-bila pun boleh pergi sebab Along kan adaaaaa.

Pintu masuk Bukit Merah Laketown yang hanya 10 minit perjalanan dari rumah Along. Ngehehe~!
Sebaik sampai di Taman Tasik Taiping, baru saya tahu yang tempat tu luas sebenarnya. Dalam kawasan tu lah letaknya Zoo Taiping dan Bukit Larut. Awalnya kami memang ada rancang nak ke Bukit Larut, tapi dek cuaca tak berapa elok dengan jerebu maka kami batalkan sahaja niat tu. Oh ye...MRSM Taiping dan SERATAS pun hanya 1.5 KM sahaja dari situ. Kesiannya baru tahu!

Masa ni pagi, dalam pukul 10 macam tu. Orang pun ramai sebab hujung minggu. Ala kalau kat KL tu macam Tasik Titiwangsa dan Tasik Perdana lah. Ramai je orang bawa keluarga. 
Tapi saya rasa kat sini lagi seronoklah. Teduh je. Tiba-tiba rasa nak settle down kat sini, beli rumah sebelah rumah Along tu. 
Kalau kat tempat teduh, boleh la nampak famili hampar tikar dan makan-makan. Ada yang siap bawa periuk nasi. :p
Paling 'gila' saya dibawa ke satu kawasan hotel tinggal di kawasan ini. Apa ingat tempat ni masuk dalam itinerary ke? Geraaam je rasa. Dah la tempatnya terbiar, sunyi dan jauh dari orang. Seram juga dibuatnya.

Tapi sayangkan...
Tempatnya sangat strategik. Saya tengok binaannya pun dah hampir 80% sempurna. Infra seperti jalan berturap dan lampu jalan pun dah ada, menunjukkan pembinaan hotel ni memang dirancang dengan baik. Tapi mungkin adalah isu di mana-mana yang membuatkan pelaksanaannya terbantut dan terbiar macamtu sahaja.

Tempat ni seram. Tak mahu cakap panjang. Ada beberapa gambar je.
Habis pusing-pusing 'tempat lawatan' ni, kami terus keluar dan bermulalah destinasi kami yang betul-betul serius. Memang nampak sangat pusing-pusing dekat setengah jam tu tak serius. Grr~!


 Ok. Destinasi seterusnya...

Zoo Taiping!

Jom!
Dhiya

No comments