Pengumuman: Rehat Sekejap


Assalamualaikum...

DDD akan berehat sebentar dan Insya Allah akan kembali dalam dua atau tiga hari lagi.

Untuk pengetahuan, laptop saya yang lama telah tamat perkhidmatannya pada 23 Julai 2013 lalu, setelah hampir sepuluh tahun berkhidmat iaitu sejak saya belajar di zaman ASASI lagi.

Atas kehilangan itu, saya telah digantikan dengan sebuah laptop baru, tetapi masih dalam sesi menyesuaikan diri. Secara teknikalnya, Window 8 sangat canggih untuk orang primitif macam saya ni.
Insya Allah dalam minggu ini, dapatlah saya menyesuaikan diri dengan teman baru saya ni. Lagi pula, masih banyak perisian-perisian penting yang saya belum install. Menulis tesis, berblog memang agak susah lagi.

Saya tak lupa. Hutang entri saya yang seterusnya adalah persinggahan saya dalam perjalanan pulang dari rumah Along.

Tunggu, ya!

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Dhiya: Cendol Sedap di Taiping. Nyum!


Bismillah...

Haih...Dugaan puasa sungguh!

...Sambungan

Selepas bertolak dari rumah Along, kami memang dah aim nak mencari cendol yang dikatakan sedap di sekitar bandar ini. Katanya ada beberapa tempat yang boleh tahan, tapi kami rasa yang ni agak convenient sebab sehala dengan jalan pulang kami.
Bismillah Cendol. Ha. Memang betul la...Sepuluh kali hang dok ulang cendoi dia, sepuluh kali hang kena baca Bismillah. Tau dak~
Lokasi: Bersebelahan dengan Koperasi Bank Persatuan Malaysia. Dalam Bandar Taiping.
Gerai kecil sahaja. Tapi ramai yang datang, mujurlah tak sampai kena beratur. Mungkin sebab masa tu weekday kut. Kami je yang tak kenal weekday ke weekend sebab memang kami sedang bercuti.
Memang cendol kampung. Slurp! Masa ni belum bulan puasa. Bila update cerita dalam bulan puasa, mulalah tak senang duduk. Ni salah siapa ni?
Dear food hunters,
Please drop by here and experience this traditional drink!
Look common, but you have to come here by yourselves and find it in your way.

Salam sayang
Dhiya

Travelog Dhiya: Supermoon @ Bukit Merah


Bismillah

...Pulang dari Mee Udang Mak Jah, malamnya kami hanya tersadai di rumah Along. Percutian kali ini memang sangatlah memenatkan. Tapi kami seronok dan gembira. :)

Oh ye...Malamnya tu adalah malam Nisfu Sya'aban. Bulan sangat terang dan dikatan antara yang terang dan dinamakan Supermoon.
Sempat jugalah kami keluar ke halaman dan melihat kebesaran Tuhan yang satu ini.

Full moon falls on June 23, 2013 at 11:32 UTC (6:32 a.m. CDT in the U.S.). Thus, for many, the moon appears about as full in the June 22 evening sky as it does on the evening of June 23. This full moon is not only the closest and largest full moon of the year. It also presents the moon’s closest encounter with Earth for all of 2013. The moon will not be so close again until August, 2014. In other words, it’s not just a supermoon. It’s the closest supermoon of 2013.
Source

Keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun cuti masih berbaki satu hari, tapi memang kami buat keputusan untuk pulang awal supaya kami boleh berehat dan kembali menyesuaikan diri dengan Kota Mega yang sesak gila itu.
Kalau nak berjalan-jalan lagi, mungkin hanya di sekitar KL sahaja.
Jambatan keretapi ini merentas Bukit Merah dan menghala ke Hatyai. Rasanya dah berfungsi ni, sebab tahun lepas masih dalam pembinaan. Hatyai, nak?
Masa ni jerebu macam dah mula datang ke kawasan ni, sedang di Johor dah semakin pulih. Pukul 11 pagi, tapi nampak macam pukul 7 pagi kan? Sangat tak sihat.
Kalau dalam keadaan normal, pemandangan kat sini sangat cantik.
Ehe jangan ingat perjalanan balik kami ni adalah balik semata-mata. Banyak lagi tempat menarik yang kami singgah dan ingin dikongsikan bersama.

Destinasi seterusnya?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cendol sedap sekitar Bandar Taiping.
Puasa-puasa ni cerita pasal cendol sejuk pulak daaaaaaaah!

Salam sayang,
Dhiya

Travelog Dhiya: Mee Udang Mak Jah @ Kuala Sepetang


Assalamualaikum

...Sambungan selepas keluar dari Zoo Taiping...

...Kami ketiduran sekejap di sekitar Taman Tasik Taiping. Mana tidaknya, gagah sangat mengelilingi Zoo Taiping sampai nak tercabut tapak kasut. Tapi penat kami memang penat yang berbaloi. Puas hati!

Bangun je tidur, saya tengok jam dah dekat pukul 3 petang. Ha kau~ Sebaik sedar dari mamai, kami terus pecut ke destinasi seterusnya yang terdapat dalam itinerary kami iaitu gerai Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kuala Sepetang! (30 minit dari Bandar Taiping)

Sebenarnya Mee Udang Mak Jah ni bukan sesuatu yang baru sangat pada kami. Cawangannya yang terletak di Wangsa Maju memang dah jadi macam a-must-visited-restaurant untuk kami sekurang-kurangnya sebulan sekali semasa saya masih menetap di Kuala Lumpur dulu.
Restoran Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju ni berada dekat kawasan niaga belakang Wangsa Walk. Siapa tahu lokasi Restoran Cheng Ho milik Amy Search (sekarang dah ditutup), Restoran Mee Udang Mak Jah berada dekat kawasan tu, corner lot.

Saya tak berminat untuk bercakap panjang tentang Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju, saya telah berada di Kuala Sepetang untuk Mee Udang Mak Jah, the origin of it!

The journey was smooth and we passed by a very nice view of seaside mangrove. Along the way tu, memang banyak sign board gerai mee udang. Tinggal nak pilih je. Tapi macam kami yang dah ada hala tuju ni, kami terus sahaja ke destinasi.
Jadi untuk orang yang baru nak mencuba dan datang dari jauh macam saya ni, saya cadangkan anda terus ke Restoran Mak Jah tu. Unless kalau anda memang selalu outstation ke situ, boleh la cuba semua gerai mee udang Kuala Sepetang. Haha. 

Dari Taiping, anda hanya perlu ikut papan tanda Kuala Sepetang sahaja. Jalannya mudah, tak macam jalan KL yang penuh simpang siur dan lampu trafik. Kalau anda ikut je tanda arah ke Kuala Sepetang, anda akan lalu jalan kampung yang sangat tenang lagi damai. Sebelah kiri anda penuh dengan pokok bakau. Kalau hujan sikit pun, kadang-kadang air akan naik dan melimpah ke jalan. Tapi jangan bimbang, masih boleh dilalui. :)
Sepanjang jalan tu memang akan banyak papan tanda gerai Mee Udang. Tapi carilah papan tanda Mee Udang Mak Jah tu sampai jumpa. Kalau tak silap, kita akan lalu gerai Mee Udang Mak Teh dulu which is quite famous juga. kemudian baru akan jumpa gerai Mak Jah.

Mee Udang Makteh. Ramai juga orang.
Slow down. You are approaching Mak Jah's
Mak Jah, kami sampai!
Jangan bimbang. Ruang meletak kereta disediakan. 
 Apabila sampai, jangan terkejut sebab gerainya tidaklah eksklusif semacam yang anda sangka. Gerai biasa sahaja, cuma ruangnya besar dan pengunjung ramai tak putus-putus hingga terpaksa menggunakan khidmat RELA untuk mengawal kenderaan yang keluar masuk.

Apabila kami duduk, kami didatangi seorang pelayan yang membawa menu. Ya, senarai menu dan harganya adalah sama sahaja dengan cawangannya di Wangsa Maju. Tapi saya percaya rasanya mesti ada sedikit kelainan. Yakin!
Gerai Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang. Open space, sangat best sebab boleh hirup udara kampung. KL mana ada semua ni. Tak ada!
  
Ni Mee Udang Biasa tau. Tak ada pula gambar Mee Udang Istimewanya. Udang saiznya jangan cakaplah. Besar dan banyak. Sekali lagi, kat KL susah nak dapat menu ni pada harga yang reasonable dan rasa yang sedap macam ni.

Terima kasih. Sila datang lagi!- Mee Udang Biasa (RM8), Mee Udang Special (RM12) yang sangat berbaloi baloi. Hmmmm~
Dan kami sepakat untuk memutuskan bahawa memang ada sedikit perbezaan rasa. Kuala Sepetang is Kuala Sepetang. Meenya lebih manis dan udang-udangnya lebih besar dan sihaaaaaat. Kalau hari-hari dapat makan Mee Udang Mak Jah pun saya tak kisah dah. Muahaha :p

Untuk pemburu makanan yang belum pernah sampai ke sini, silalah cuba ye. Tapi saya mohon maaf sebab tak banyak membantu dari segi arah. Tapi percayalah once you get into the right direction in Kuala Sepetang, you will find it easy and you can remember.

Jangan tunggu, datang cepat!

Salam Mee Udang Mak Jah,
(Dah macam duta dah~)
Dhiya

Travelog Dhiya: Zoo Taiping!!!


Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca entri ini, harap enjoy! Entri kali ini adalah entri bergambar. :) Biar gambar yang bercerita~
Datang dan lawatlah Taiping. Banyak tempat menarik di sini!

Tempat letak kereta banyak. Jadi jangan bimbang sangat. Cumanya tinggal jauh atau dekat sahaja dengan pintu masuk zoo. Jadi kalau rasa ada bawak keluarga ramai, datanglah awal dan dapatkan tempat letak kereta yang paling dekat dan teduh. Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan tempat letak kereta yang hampir, cumanya sedikit panas. Itu tak kisahlah :)
Oh ye... Bayaran untuk letak kereta sebanyak RM2 akan dikenakan sebelum masuk ke kawasan parking. Sediakan wang awal-awal tau
Aaaaaaaa~! Akhirnya sampai juga buat kali pertama dalam hidup! Selama ni dok hadap Zoo Negara je. Itupun last 4 years back kut.
Hari kami datang ada ramai sangat pelawat luar, sebab ada nampak banyak bas.
Brief history tentang Zoo Taiping dan Night Safari. Boleh klik untuk view lebih besar.
Ini kawasan foyer zoo. Di sini ada cafe dan kedai makanan ringan. Jadi kalau lapar, bolehlah singgah dan alas perut di sini. Saya singgah juga untuk beli sebotol air dan sempatlah jeling menunya...Hm...menu biasa sahaja, nasi campur macam kat kedai biasa. Tapi kalau rombongan yang datang dari Johor ke, Melaka ke, mesti sangat appreciate menu tu.
Sila semak harga anda.
Kalau nak masuk zoo (siang), harganya adalah seperti yang tertera di bahagian atas. Dewasa: RM12, Kanak-kanak: RM8 dan Warga Emas: RM10
Untuk Night Safari, harga adalah seperti yang terpapar di bahagian bawah. Dewasa: RM16, Kanak-kanak: RM10 dan Warga Emas: RM13
Ini pula notis waktu pembukaan KAUNTER tiket, bukan waktu pembukaan ZOO ye...Baca betul-betul. Jadi boleh rancang pukul berapa anda boleh datang dan bersedia untuk membeli tiket. Jangan datang dari pukul 6 petang hingga 8 malam. Pegawai nak berehat :P
Pengembaraan bermula. Untuk pusingan pertama ni, kami memilih untuk berjalan kaki ke seluruh pelusuk zoo, tanpa menggunakan khidmat tram. Jadi pastikan anda tidak memakai kasut tumit tinggi. Pakailah kasut bersarung sebab nak jalan jauh ni. Hahahh. Oit jangan malas. Bakar kalori tu sikit~
Burung Hantu Carik Kafan. Nama sangat spooky. Padan la dengan rupa dan kedudukannya dalam masyarakat kita Melayu pun. Asal ada bunyi burung hantu je, macam-macamlah cerita yang keluar terutamanya dari atuk-atuk atau nenek-nenek kita. Kan?
Kopi Luwak. Saya ada satu buku Antologi FIXI yang berjudul KOPI. Bila baca pasal Kopi Luwak, pasti rasa pelik kenapa dan kenapa kopi ini mahal walhal penghasilannya bukan dari kaedah yang bermaruah sangat. Kalau anda sampai kat situ, tanyalah Musang Pulut ni sendiri, kenapa Kopi Luwak sangat mahal dan dikatakan sangat sedap. Eark!
Kancil.
Chimpanzi. 80% gen mereka menyamai manusia. Tapi martabat kita lebih tinggi dek kerana dianugerahi akal. Kalau yang bodoh bangang, sombong tak boleh diajar tu...ha, orang akan kata tak ada akal...dan samalah dengan haiwan di atas. Kasar? Maaf kepada yang terasa.
Jangan bagi makan haiwan di sini, terutamanya monyet yang bebas berkeliaran di jalan-jalan laluan pengunjung. Nampak la macam adorable tapi kalau sekali anda campak sepotong buah, dia akan datang lagi untuk mintak lagi...lagi...dan lagi. Jangan bagi muka. Tapi ada juga manusia yang tak faham bahasa dan dengan penuh kasih sayang masih bagi makan monyet-monyet tu. Bila dah kena kejar, bukan dia je yang lintang pukang, dengan kita sekali terjebak. Jadi jangan susahkan orang lain tahu.
Comel kan yang bergayut ni. Hahaha. Waktu ni kami tengah tengok pekerja zoo memberi makan. Macam-macam ragamlah. Tapi yang saya kagum, apabila nampak je pekerja tu, mereka terus tergayut dekat dengan hujung dahan pokok untuk bersedia menyambut makanan.
Dan mereka sangat cekap!
Kucing hutan yang sangat gemok. Wah wah, sihat sungguh kau duduk dalam zoo ye~ Kucing ni sekali ganda besar dari kucing rumah. Debab oii!
Pak Bedal
Beruk Kentoi. Akan botak apabila sampai usia tua. Hahaha
Burung ni dilepas terbang bebas dan sangat jinak. :)
Boleh bagi makan deer ni dari celah-celah lubang pagar tu. Memang ada disediakan pucuk kayu di tepi tu. Rasanya untuk kanak-kanak je kut. Tapi saya ikut sekali seronok bagi makan. Kesian budak-budak ni gigit jari.
Skala saiz mereka. I don't care about size. Tak kisah pun rusa dipanggil kancil, kancil jadi rusa. Lantak. Tapi Perodua telah banyak membantu saya mengenal spesis ini dengan tepat. Kalau sebut je Perodua Kancil, dah dapat bayangkan comelnya. Macam Baby K. Hew~
Burung Hantu Ketumbuk Ketampi. Again the name sounds sooooo spooky. Jangan masuk Nigh Safari lah! Hahaha
Si seksi memerang. Tolong jangan terdampar kat batu sambil posing macam tu. Mengada sangat!
Zirafah
The cute sun bear!
Ikan keli. Hmmm.. Saya kegelian. Besar-besar oi. Meremang tengok.
Dan sebab tu saya tak makan ikan keli. Maaf cakap~
Tengok akal burung buat sarang. Sungguhlah Allah berikan mereka ilham untuk terus hidup. Malulah jadi manusia kalau yang nak makan pun tak boleh usaha nak suap nasi ke mulut. Terasa lagi ke? Hhaha
Si kaki runcing flamingo
Burung unta.
Close-up encik zirafah. Seronoknya kalau boleh bawa Biha ke sini. Mesti dia teruja tengok semua ni! I wish I could, Biha!
Comelnya duduk dekat-dekat. Eh tapi memang nature mereka macam tu. See...Betapa cantiknya Allah jadikan setiap ciptaanNya kan?
Tak percaya? Baca ni :)
Malayan Tiger. Aum! Inilah inspirasi baju Panthera tu :)
Boleh tengok lagi beberapa jenis harimau yang ada di seluruh dunia melelai gambarajah ni.
Badak sumbu
Tapir
Hippo. 90% hidup mereka termasuklah makan, mengawan dan melahirkan adalah di dalam air.
Ok, mari berehat sekejap :) Lepas ni kami akan naik tram untuk pusing lagi sekali zoo Taiping ni. Biar epic sikit.
Secara keseluruhannya kami dah berjaya meneroka semua pelusuk Zoo Taiping. Saya dapat rasa zoo ni lebih happening berbanding Zoo Negara. Jangan marah. Ini hakikat.
Dan setelah beratur menunggu giliran untuk menaiki tram, kami pun tawaflah zoo ni sekali lagi sebelum keluar.
Tram berheni dekat dengan kawasan burung ni dan kami terus menuju ke pintu keluar dengan rasa puas hati dan gembira.

Kesimpulan:

Berjalan melihat tempat orang dapat meluaskan pengetahuan kita.
Zoo Taiping telah mengajar kami menghargai makhluk ciptaan Tuhan lain yang sama menghuni alam ini.
Hargailah diri kita yang dijadikan sempurna olehNya. Jika haiwan boleh survive untuk hidup, inikan pula manusia yang punya seribu satu kelebihan.

Terima kasih Zoo Taiping atas pengajaran!

Salam sayang,
Dhiya