Wong Solo Kegemaran Saya!


Bismillah

Kalau sebut Wong Solo, mesti semua pun tak tahu kan~
Ia merupakan restoran makanan Indonesia yang agak popular di kawasan Lembah Kelang. Kali pertama diperkenalkan dengan menu set ayam penyet, sampai sekarang saya masih tidak bosan malah ketagih dengan menu ini.
Tambahan pula, restoran ini menyediakan tempat duduk yang selesa dan suasana yang bersih. Sekali sekala kalau kami perlukan tempat untuk berbincang atau duduk santai, kami akan ke sini kerana restoran ini ada menyediakan tempat makan duduk bersila. Malangnya, sekarang ni mereka dah tetapkan tempat duduk bersila tu hanya untuk 4 orang ke atas dan berkeluarga. :(

Apa pun, saya tetap sukakan menu ayam bakar Wong Solo ni. Setakat saya pergi ke mana-mana dan mencuba menu yang sama, jenama Wong Solo masih belum boleh dicabar. Tak ada ke anak Melayu tempatan yang boleh buat macamni? Huu

Sesiapa yang nak mencuba, bolehlah ke Wong Solo. Setahu saya, restoran ini ada di Kampung Baru, Ampang dan Shah Alam. Selainnya saya tak tahu. Kalau ada lagi, itu maknanya saya masih belum buat site visit lah tu~

Salam hujung minggu,
Dhiya

1 comment