Bismillah
Alhamdulillah.
Saya kini menjadi RA sambilan di kampus lama, menggantikan sahabat saya yang telah dipanggil untuk menjawat jawatan pensyarah UiTM di Johor. Saya menerima tawaran itu memandangkan saya juga akan bercuti semester selama lebih kurang 3 bulan dan memang mencari-cari peluang bekerja sambilan untuk menambah duit poket :)
Hampir setahun saya tidak bekerja, terasa sedikit janggal dan 'susah'. Tapi saya memilih untuk menghadapinya kerana itu juga sebahagian daripada fasa pembelajaran dalam kehidupan. Tak semua jalan juang itu selesa. Saya tak boleh terus menerus mengharapkan jalan yang indah di hadapan. Kaki yang melangkah ini harus melalui apa saja mehnah dan tribulasi di hadapan.
Sejak 'ditipu' rakan baik sendiri dalam perniagaannya yang menggunakan nama saya dahulu, saya dah berpatah arang untuk meneruskan perjuangan dengan cara dan haluan saya sendiri.
Betullah, saya sedar yang saya tidak boleh hidup bawah acuan dan bayang-bayang orang lain apatah lagi dikawal dan dipergunakan.
Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.
Kaki yang melangkah ini-
Selagi berada di laluan yang tidak menyalahi undang-undang Allah
Ia akan terus melangkah
Kerana kehidupan ini memang diciptakan sebagai sebuah perjalanan
Bukan destinasi perhentian.
Bagi yang mencintai dunia-
Binasalah
Jika apa yang diusahakan itu bermula dengan niat dan matlamat yang salah.
Insya Allah saya akan berada di sini selama cuti semester dan akan kembali ke kampus sebaik semester baru dibuka. Semester itu kelak bakal menjadi semester terakhir pengajian master saya. Doakan- Agar semuanya berjalan dengan baik dan dimudahkan segala urusan.
Salam muhasabah,
Dhiya
Good luck dear..!! ^__^
ReplyDeleteFighting!!
kita singgah sini n follow #266
Salam Khamis, .jln2 blogwalking dan follow blog rkn yg blum sya follow ..:)
ReplyDeletefolwr 268
http://ssurianahyana.blogspot.com