Bismillah
Minggu lepas, saya melawat sekolah lama saya semasa di Tingkatan 1 hingga 3 iaitu SMK Seri Jengka, Maran Pahang.
Sebaik tamat Tahun 6 dan mendapat 5A dalam UPSR, saya ditawarkan ke sekolah ini. Masa tu sedih jugalah tak dapat tawaran ke MRSM atau SBP. Pada saya dengan keputusan 5A tu, tak dapat tempat di MRSM atau SBP adalah sesuatu yang agak mengecewakan.
Tapi saya belajar untuk redha dan menerima apa yang Allah aturkan untuk saya. Siapa sangka, di sinilah saya membina karekter saya, menikmati manisnya jalan menuntut ilmu dan berjaya mencipta ruang seterusnya yang menjadikan siapa saya hari ini.
SMK Seri Jengka, hari ini sudah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Saya tumpang bangga. Saya tak malu untuk mengaku bersekolah di sini walaupun hanya untuk 3 tahun. Susah payah, tangis tawa dan keringat yang tumpah di sini telah menjadikan saya menghargai setiap satu inci ruang di sekolah ini.
Di sini jugalah saya menemukan sahabat-sahabat sejati yang masih menjadi sahabat susah payah saya hingga ke hari ini. Mereka adalah anugerah terindah saya. Mereka adalah saudara-saudara saya.
Pandangan dari Dewan Ibnu Sina. Di depan saya tu adalah tapak perhimpunan setiap hari Isnin. Saya selalu beratur di belakang. Main. Hhaahah! |
Untuk adik-adik yang masih berada di sini, belajarlah bersungguh-sungguh. SMK Seri Jengka adalah sekolah terbaik. Berseiringan dengan usaha kalian, Insya Allah anda akan berjaya.
Selamat maju jaya :)
Salam sayang,
Dhiya
Hmnnnn seri jengka kepep it up sbp plakk lpas ni
ReplyDeletehummnnn skrg ni nk tunggu dpt sbp jekk
ReplyDelete