Bismillah
Kali ni saya nak kongsikan pengalaman menaiki basikal air di Putrajaya.
Ahad sebelum minggu peperiksaan tempoh hari, saya diraikan macam tuan puteri. Kononnya lah~ Tak ada apa-apa yang istimewa pun sebenarnya. Saya cuma minta nak ke MPH Alamanda saja. Kemudian dapatlah panjangkan langkah ke pesisiran tasik Putrajaya. Kat situ kan seronok petang-petang. Banyak keluarga yang berkunjung.
Tanpa dirancang- Macam mimpi- Dapat naik basikal air di tasik ni pada bayaran RM10 untuk 30 minit. Sebelum dapat naik tu, kita akan dibawa ke rumah bot untuk mengambil jaket keselamatan dan isi indemnity form.
Memandangkan ini adalah pengalaman pertama, saya agak gemuruh sedikit. Masuk je dalam basikal air tu, rasa macam nak tenggelam! Benci tau! Macamkan kita ni berat sangat je~
Pemandangan di jeti sebelum menaiki basikal air. Jangan bimbang, turun naik kita- Ada pekerja yang sentiasa pantau. |
Apabila dah dapat momentum, semuanya dah jadi stabil. Saya pun dah seronok dan dah pandai imbang basikal air tu.
Masa tu mulalah...Tangan tu gatal je nak bergambar. Semua sudut pun nak ambil. Al-maklumlah...Pemandangan dari atas tasik Putrajaya~
Jambatan tu! |
Jeti yang mula-mula naik basikal air tadi berada di sebelah kanan. Rumah yang besar tu di dalamnya ada kaunter bayaran dan juga cafe. Di belakangnya adalah rumah bot untuk ambil jaket keselamatan. |
Babak belakang pulau. Hahaha. Pokok ni menghasilkan bunga yang sangat cantik. Ada banyak yang gugur dan cantik je timbul atas permukaan air. |
Bunga-bunga gugur yang memenuhi permukaan air. |
For those yang selalu tak tahu nak pergi mana setiap kali hujung minggu, rasanya Putrajaya is the best destination. Kawasan Putrajaya ni sangat besar. Saya sendiri pun masih belum dapat habiskan semua destinasi yang menarik di sini.
Saya dengar Marina Putrajaya dekat Pullman sana pun menarik. Tapi tulah...Nak menemukan masa yang sesuai memang agak susah. Setakat ni hanya simpan dalam senarai menunggu sahaja dulu.
Maghrib tu kami bersolat di surau Hotel Pullman. Wah kelas kau D~ Haha! Solat je. Tak sempat nak berjalan dah sebab saya terus balik. Hujung minggu kali ini memang agak memenatkan, tapi penuh keterujaan :)
Salam sayang,
Dhiya
No comments