Floria 2014: Apa yang Menarik?


Bismillah

Dalam entri yang lepas, saya dah luahkan perasaan kecewa saya tentang Floria Putrajaya 2014 yang mengenakan bayaran RM3 kepada setiap orang dewasa yang mendaftar.

Pada sebelah malamnya, saya ambil keputusan untuk masuk juga ke dalam dengan niat untuk melihat sejauh mana berbaloinya RM3 yang saya bayar tu dengan isi program di dalam sana. Maka usai solat Maghrib, saya pun beraturlah di kaunter. Masa tu dalam pukul 8.15 malam. Ramai juga orang yang berbaris dengan saya. Dalam hati saya- kosong. Malas nak cakap apa. Saya nak tengok dulu apa yang menarik di dalam.
Tiket. Dewas: RM3, kanak-kanak: RM1.
Saya masuk ke dalam khemah pertama. Di dalam ni semuanya pameran bunga-bunga oleh pelajar sekolah. Ada hasil dari sekolah rendah, ada juga sekolah menengah. Wani beritahu saya anak jirannya ada ambil bahagian. Tapi itulah...Mereka bukan ada di situ pun. Nama je yang ada pada gubahan tu.
Bahagian ni pula mempamerkan idea bunga tangan untuk pengantin. Ha kepada pengantin-pengantin yang rasa nak idea termasuklah idea yang pelik-pelik, bolehlah ke bahagian ni.
Orkid ni diletakkan dalam bebola kaca dan kemudian digantung
Saya secara peribadi rasa benda-benda ni bukan nak bagi idea atau pamerkan flora sangat. It's more to landscape. Kalau betul-betul flora, bunga kecil atas rumput tu tak perlulah fake flowers kan. Hahah! But anyhow, it's a good idea. Adalah sikit inspirasi nak beli rumah dan hias halaman macamni. Itu pun kalau dapat rumah landed lah. Rumah teres 20 kaki x 70 kaki yang minimum tu pun dah cecah 600K. Boleh ke?
Masih kepada bakal pengantin- Nah. Idea sirih junjung. Biar lagi tinggi sirihnya, lagi melangit adat budinya.
Suasana dalam khemah ni dah macam zoo pun ada. Siap ada fake monkey tengah bergayut atas pokok. But all in all khemah yang saya masuk ni tak ada apa yang menarik sangat pun. Kebanyakannya pameran gubahan bunga dan landskap dari peserta sekolah dan IPT.
Sebaik keluar dari khemah tu, kami menghala ke satu kawasan yang pada saya- 'Ok, ini macam menarik~!'
Rumah hijau dari kontena yang diubahsuai dan menggunakan tenaga solar! Yeah ini memang betul-betul menarik perhatian saya. Tapi apabila dicongak-congak, dengan harga kos pada RM30000, lebih baik dibuat bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah teres 2 tingkat. Ouh!
Ada satu lagi kontena yang diubahsuai menjadi rumah 2 tingkat. Siap ada air terjun dan tempat duduk buai lagi. Masih, saya rasa pameran ini sepatutnya jadi pameran ID (Interior Design).
Pemandangan dari atas kontena yang diubahsuai menjadi rumah
Seterusnya, saya meneruskan lagi perjalanan. 
Masih-
Pemandangan berwarna-warni yang terlihat ini adalah lebih kepada kecantikan  buatan yang turut dibantu oleh pencahayaan. Floria dulu-dulu, seingat saya memang guna bunga segar untuk buat hiasan. Wap air di mana-mana sebab nak bagi bunga tu segar. Memang terasa macam dalam musim bunga.
Walkaway yang paling famous di Floria 2014
Lukisan mural juga terdapat di sekitar walkaway payung ni. It's more to yang berminat nak bergambar sahaja.
Kami berjalan sampai ke hujung tasik. Di situ ada tawaran 50% diskaun untuk cruise yang menjadikan harga tiket kepada RM15 sahaja. Siapa-siapa yang berminat, bolehlah cuba. Saya dah rasa. Masa tu bersempena dengan Pesta Belon.
Good idea. Cantik. Tapi nak memasangnya tu memerlukan saya mengumpul tenaga tentera :p
Selebihnya,
Saya hanya berjalan di sekitar kawasan yang agak luas. 
Ada juga kawasan-kawasan landskap dari NGO dan badan kerajaan macam Alamflora dan DBKL. Yang ni agak ok lah. Tapi masih- mereka menekankan konsep landskap. Bukan floria sangat.
Fake flowers lagi. Semasa saya ke Beijing dulu, landskap begini dipenuhi dengan bunga-bunga segar yang sangat cantik.
Setelah penat, kami kembali ke pintu masuk tadi yang juga merupakan pintu keluar. Saya melewati tandas dan surau. Maaf cakap, tandas dari kabin yang disediakan agak tidak selesa. Air bergenang di dalam tandas. Surau pun ala kadar sahaja.
Menghampiri pintu keluar, saya terlihat yang pintu masuk tu dah tak ada orang jaga untuk tengok tiket. Kaunter tiket pun dan kosong. Masa tu saya dapat tengok orang dah bebas keluar masuk walaupun tanpa membayar tiket. Memanglah masa tu dah pukul 10.30 malam, apa sangatlah yang mereka boleh tengok. Tapi to be fair, penganjur patut tutup pintu masuk dan bersedia untuk menerima pengunjung keluar untuk pulang. Bukan keep on terima lagi pengunjung percuma! Habis kami yang masuk jam 8 malam kena bayar- Adil ke?

Come to the conclusion, rating 3/10 saya terus kekal. Kalau boleh nak turunkan kepada 2/10. Tak ada apa yang istimewa sangat pun. Saya cuma impressed dengan rumah kontena dengan tenaga solar tu sebab ada kaitan dengan bidang saya. Memang tak berbaloi pun bayar RM3 entrance fee, tapi  di dalamnya tiada wow factor yang boleh saya bawa keluar dan ceritakan kepada orang lain untuk mereka juga datang dan lihat. TIADA.

Ada beberapa hari lagi untuk Floria 2014 berlangsung. Kepada yang nak rasa pengalaman sendiri, bolehlah pergi. Apa yang saya tulis ni adalah pengalaman dan perasaan saya. Tiada niat untuk mempengaruhi anda.

Terima kasih,
Dhiya

3 comments

  1. kalau fresh flowers mesti best..huhu..baru nak feeling2 macam kat luar negara yg ada banyak bunga tulip tu..mesti cantik

    ReplyDelete
  2. eh..kene bayar erk..
    fake flowers??macam tak sesuai jer dengan floria..

    ReplyDelete
  3. ecah,


    ye sayang. kena bayar. Agak tak berbaloilah sebenarnya :(

    ReplyDelete