Bismillah
Alhamdulillah.
Semua paper semester ini dah selesai dengan berakhirnya paper terakhir saya Sabtu lepas. It's such a great relieve after a long study and exam weeks only for 2 papers.
Yep, paper terakhir saya jatuh pada hari Sabtu, jam 9 pagi. Kelakar kan? Mungkin dalam ramai-ramai tu ada yang mamai dan sambung tidur sampai pukul 8. Sabtulah katakan~ Tapi apa boleh buat. Paper ni mempunyai pelajar lebih dari 200 orang- Kebanyakannya orang bekerja. Jadi hari Sabtu adalah hari yang paling bagus untuk semua orang beri komitmen.
Subjek STPD ni macam elektif, tapi wajib. Soalannya berbentuk objektif sebanyak 30 soalan untuk satu jam. Anda fikir semua orang akan keluar tepat sebaik satu jam tamat?
Subjek STPD ni macam elektif, tapi wajib. Soalannya berbentuk objektif sebanyak 30 soalan untuk satu jam. Anda fikir semua orang akan keluar tepat sebaik satu jam tamat?
Tidak.
Saya keluar selepas setangah jam.
Alhamdulillah Insya Allah semuanya baik-baik sahaja kerana saya sudah memberikan yang terbaik untuk subjek ini sejak dari kehadiran kelas, pembentangan kertas cadangan hinggalah ke peperiksaan bertulis hari ini.
Semester ini dengan rasminya saya isytiharkan tamat dengan berakhirnya peperiksaan STPD. Sekarang adalah masa untuk bertawakkal kepada Allah. Seterusnya saya perlukan sedikit masa untuk settle down dan duduk untuk rancang apa seterusnya- Terutamanya progres penulisan saya dan perancangan jadual semester hadapan.
Syukur sangat-sangat. Tak sangka saya boleh habiskan semester ini walaupun banyak ujian yang melanda, walaupun saya hampir tidak daftar kembali sejak tangguh ke Korea dulu. Allah...Besar sungguh kudratNya yang memegang hati saya supaya tsabat dengan jalan ini.
Terima kasih Allah
Terima kasih emak dan abah. Doa mereka- Walaupun dalam diam, tapi sudah cukup untuk dibuktikan dengan mudahnya urusan saya selama ini.
Salam sayang,
Dhiya
alhamdulillah..
ReplyDelete