Dah Habis Baca: Hasan Al- Banna_ Perjuangan Belum Selesai


Bismillah

Alhamdulillah. Saya dah habis baca buku ini- Hasan Al-Banna_Perjuangan Belum Selesai. Untuk yang belum tahu siapa sebenarnya siapa  Hasan Al-Banna, beliau merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin yang memperjuangan Islam di Mesir. Itu asasnya.
Memandangkan saya pun baru dalam 'mengenali' beliau, jadi pengetahuan saya jauh masih cetek. Tapi apa yang boleh saya katakan, perjuangan dan pengaruhnya sangat hebat.
Beliau juga boleh dikatakan sebagai seorang rakyat yang sangat patriotik. Cuma malangnya perjuangannya dianggap sebagai penentangan terhadap negara dan akhirnya beliau dibunuh dalam satu konspirasi. Innalillah.

Buku ini- Jalan ceritanya bersifat naratif. Ada gaya bahasa bercerita. Jadi pembaca tak akan bosan. Malah sangat terasa berada di Mesir dan bersama Hasan Al-Banna dalam zaman kanak-kanak dan remajanya yang dipenuhi dengan proses pembelajaran.

Buku ini saya beli semasa PBAKL 2014 yang lepas. Diterbitkan oleh PTS Publication, penulis Abdul Latip Talib telah banyak menghasilkan siri buku tokoh agama dengan cara yang sangat menarik. Jalan penceritaannya mudah difahami dan dihayati.
Tak salah dibeli dan dijadikan koleksi peribadi. Sangat berbaloi!

Selamat membaca,
Dhiya

1 comment

  1. belum baca lagi buku ni. Tapi novel Islam karya Abdul Latip Talib memang banyak menjadi koleksi. bahasanya mudah dipahami dan sedap dibaca

    ReplyDelete