Perspektif


Bismillah

Perspektif kita-
Sentiasa boleh berubah
Selalu boleh diubah

Fleksibel-
kata pendeknya.
Jangan terlalu rigid-
Kata nasihatnya.
Bertolak ansur-
Mungkin ada asasnya.
Kadang-kadang kita terlalu melihat sesuatu pada sudut pandangan kita sahaja. Kita lupa untuk bertolak ansur dan cuba untuk meletakkan kita pada sudut pandangan dan perasaan orang lain.
Mungkin-
Perspektif kita dirasakan sudah betul, tepat dan sempurna tapi sebaliknya pada sudut pandangan orang lain. Oleh itu kita jangan terlalu mementingkan diri dalam memberi pandangan, pendapat atau pendirian. Jadilah insan yang bertimbang rasa dan mengambil kira keadaan serta perasaan orang lain.

Perkongsian ini mungkin nampak terlalu umum untuk diterjemah. Anda bebas untuk mengaitkan situasi apa saja dengan entri ini. Dalam majlis syura di pejabat, majlis-majlis atau pendirian yang berkaitan dengan agama sekali pun- Gunakanlah uslub yang sopan dan berhemah. 

Iman Hasan Al-Banna meraikan perspektif atau pendapat orang lain dengan penuh rasa hormat. Beliau tidak pernah tidak memberi peluang orang lain untuk menzahirkan pendapat dan perspektif mereka dan syura sangatlah menjadi amalan beliau.
Siapa kita untuk menolak akhlak baik ini?

Raikan perspektif orang lain.

Salam hormat,
Dhiya

1 comment

  1. Done follow sini...weee http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete