Big Bad Wolf @ Festival Belia Putrajaya


Bismillah

25 Mei lepas- bersamaan hari Ahad, saya berpeluang ke Big Bad Wolf di Festival Belia Putrajaya. Semuanya memang dirancang mengejut. Kalau ikutkan memang saya mahu pergi, tapi Elis tiada di KL jadi saya dah set dalam minda yang 'kalau tak dapat pergi BBW pun tak apa~'
Nama kata nak pergi festival tu semata-mata memang taklah. Banyak yang mengarut daripada yang memberi faedah. 
Tapi pada petangnya Elis balik dan kami dapatlah juga pergi walaupun masa tu dah petang. Kami solat Maghrib di Masjid Besi dan selepas solat barulah kami ke BBW. BBW ni terletak dalam bangunan dekat dengan Perbadanan Putrajaya, jadi tak bercampur dengan hiruk pikuk muzik dan orang ramai yang memeningkan kepala tu.
Sebaik masuk ke dalam dewan pameran, bau buku dah memang buat saya 'gila'.  Weeeehu! Saya suka sangat sebab tak ramai orang dan boleh berjalan dengan tenang sambil membelek buku-buku yang menarik. Rasanya semua buku pun best. Tak sampai 5 minit masuk, saya dah berjalan sendiri dan tak lama lepas tu saya dapat panggilan telefon:

"Kamu ni kalau dah dapat buku, apa pun tak ingat. Kalau saya tinggal kamu balik pun mesti kamu dah tak sedar kan"

Apa-apalah, Elis. Kamu sangat comel!~ Hahaha!
Suasana dalam dewan BBW. Lengang. Tak ramai orang. Tenang je nak memilih buku.
Saya tak cerewet memilih buku Bahasa Inggeris. Asalkan sinopsisnya menarik, saya terus campak masuk dalam kotak. Novel-novel ini kebanyakannya berharga RM8.
Habis pusing satu dewan, saya bertembung dengan Elis. Dia rembat 4 buah buku. Waaaaaaahhhhh sejak bila pula si comel garang ni minat dengan buku? Terkebil-kebil saya tengok dia.

"Enough, D. I buy these because I wanna read them"

Hikhikhik! Tak payah cakap apa-apa. Dia boleh baca fikiran saya~
Jenayah saya. Ouwh! 5 buku novel, 1 je buku ensiklopedia dan 1 lagi small chunky book for Iman tapi tertinggal pula dalam kereta.
Nampaknya tahun ni saya ada banyak sangat buku. Rasa macam lepas habis master ni, taknak kerja. I just wanna stay at home and read all the books! Yeeeaaaahhhhh!
Tapi tajuk novel saya semua tentang relationship. Haha. Elis pun pelik. Eihhhh...Stop it. Jangan banyak soal~

Rasanya dah kena slow down dah. Takut tak sempat nak baca semua, nanti rugi pula. Tapi saya ada satu lagi buku Bahasa Melayu yang nak sangat saya miliki. Cerita tentang hidup- Santai tapi masuk ke dalam jiwa. Nanti kalau dah dapat, saya kongsikan ya!

Salam sayang,
Dhiya
Bau buku sangat best~

No comments