Bismillah
Hujung minggu sebelum peperiksaan haritu, saya sempat bersantai di Putrajaya. Tempat tu memang sesuai untuk beristirehat. Ramai yang bawa keluarga untuk ambil angin petang. Saya pun tumpang sekakilah sebab tempat awam macam tu je lah yang saya rasa selamat dan tenang.
Dalam setengah jam selepas tu, saya lihat ada satu kumpulan lelaki dewasa mula berkumpul di tepi tasik dengan membawa bot kawalan jauh. Mereka bersalaman seolah-olah baru berkenalan. Dalam hati, saya menebak yang mereka ini mesti datang dari mana-mana Group FB yang mempunyai hobi yang sama. Mereka buat keputusan untuk berjumpa dan berkongsi hobi itu bersama. Ada yang membawa anak dan isteri. Jadi golongan itu akan duduk dan bersosial bersama-sama. They just made a new relationship!
Tak lama selepas itu, mereka mula menurunkan bot kawalan jauh masing-masing. Maka menderulah enjin bot itu bermain-main di segenap tasik itu. Saya yang menonton ni pun dah jadi leka. Dalam hati mula terdetik: Best rupanya ada hobi ni ya~
Pemandangan di pinggir tasik di Putrajaya |
Yeay dapat snap satu gambar bot kawalan jauh yang sedang melaju di atas permukaan air :) |
Memang.
Ada hobi memang best.
Saya sendiri punya beberapa hobi yang sangat saya sayang dan kalau pejam mata ingat hobi-hobi ni- saya rasa tenang sangat. Ha. Sampai macamtu dah. Baru fikir dan ingat dan rasa best. Inikan pula kalau buat hobi tu!
Saya paling jatuh cinta dengan membaca buku. Bunyi macam klise. Biasa. Tapi hobi yang biasa itulah yang membawa saya kepada banyak ruang dan peluang yang telah saya kecapi. Waima menulis blog ini sendiri adalah hasil candu dari membaca. Paling saya gembira, membaca bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan- Tapi menjadi kayu ukur kepada penggunaan bahasa yang sempurna. Saya orang bidang sains, tetapi saya gembira kerana penguasaan bahasa saya tidak terabai. Terima kasih kepada hobi ini. Terima kasih emak dan abah yang bertanggungjawab memupuk minat ini sejak kecil. Tidak menjadi kejutan atau kepelikan kalau anda melihat bilik saya penuh dengan buku. Saya gembira :)
Membaca pun kadang-kadang buat kita stress juga kan~ Jadi saya punya satu lagi hobi yang lebih santai dan mengasah kreativiti. Jangan gelak tau- Saya sangat minat seni. Seni ni luas. Saya tak ada bakat dalam melukis, rekacipta dan apa. Tapi saya telah jatuh cinta dengan seni quilling kertas yang seterusnya mendorong saya meminati seni handmade card. Selain itu, saya sangat minat dengan seni DIY. Masa kecil-kecil dulu, saya suka minta perca kain emak (ya, emak saya mengambil upah menjahit baju secara sambilan) dan cuba jahit perca kain tu jadi tudung, bantal atau apa sahaja. Sekarang pula, DIY bunga telur kertas saya telah mendatangkan faedah dan kelebihan kepada diri saya sendiri :)
Sejak bekerja beberapa tahun lepas, saya mula jatuh cinta dengan traveling dan fotografi. Ini memang hobi makan duitlah kan~ Saya akui hobi ini memang kosnya agak tinggi. Tapi taklah setinggi hobi lain macam berbasikal (basikal sahaja dah RM10K), mountain hiking dan hobi memiliki barang antik. Fotografi juga telah mendorong saya memiliki sebuah NIKON impian hati sejak beberapa tahun lepas.
Hobi berblog pula menjadi minat yang menyediakan medium untuk saya berkongsi apa yang wajar. Bertambah kenalan, bertambah ilmu pengetahuan melalui perkongsian sesama rakan maya.
Ada hobi memang best. Semuanya bergantung kepada kita. Kita yang buat mereka untuk menjadikan kita happy atau tidak. Tapi as I know, mana ada hobi orang buat orang tu tak gembira kan~? Hahaha!
Rakan-rakan, apa hobi anda? Kongsikan dengan saya :)
Dhiya Dahlia
nice post :)
ReplyDelete