Selesai Satu Paper!


Bismillah

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Semalam saya dah lalui satu paper untuk subjek Corrosion Control. Apa yang saya boleh cakap adalah syukur dan terima kasih Allah- Atas banyak sebab.

Kalau nak diikutkan, saya tak pernah ambil kursus khas untuk Corrosion Control ni. Masa dalam ijazah pertama dulu, saya cuma ambil subjek Sains Bahan secara umum sahaja. Kursus spesifik ini benar-benar sangat baru pada saya. Memang. Corrosion Control ini merupakan kursus elektif yang saya 'terpaksa' ambil sebab elektif yang sepatutnya diambil oleh saya tidak mempuanyai tenaga pengajar.

Kebanyakan pelajar dalam kelas ni pun kebanyakannya datang dari kelas Fizik Gunaan. Saya seorang sahaja dari Teknologi Tenaga.

Peperiksaan ini agak memberi tekanan. Saya ambil masa lebih dari 2 minggu untuk menghadap nota-nota yang diberikan pensyarah ini, ditambah dengan sumber bacaan luar. Pembentangan saya dulu pun bukan sesuatu yang mudah. Banyak tenaga yang dikerah.

Pagi semalam, jam 9 pagi- Peperiksaan bermula. Sebaik saya buka kertas soalan- Saya terkedu dan terkejut. Hampir 5 minit masa saya terbuang kerana otak macam berserabut. Apabila saya susun balik compartment otak, baru saya dapat senyum- Alhamdulillah banyak soalan masuk yang notanya saya baca dan hafal. 
Paling menggembirakan, soalan pembentangan saya tempoh hari keluar untuk hampir separuh markah yang ditawarkan.
Dua jam tu memang tak cukup untuk tulis apa yang ada dalam kepala. Huuu~ Tapi keterujaan saya sedikit terganggu sebab saya tak dapat jawab soalan aliphatic and aromatic inhibitor mechanism tu.

Tapi Insya Allah, saya dah berikan yang terbaik untuk subjek ini. Doakan saya mendapat keputusan yang baik, ya!

Next paper saya adalah pada 21 Jun. Gulp~!

Salam sayang,
Dhiya

No comments