Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 2014 @ PWTC


Bismillah

Alhamdulillah...

Allah beri izin untuk sekali lagi saya ke PWTC untuk menghadiri  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 2014. Tahun lepas seingat saya, tak sempat pergi sebab terkocoh-kocoh nak check out kolej dan perlu balik ke Pahang. Tahun ni peluang yang Allah beri sangat luas. :) 

Saya bertolak lepas Maghrib. Alhamdulillah dapat sampai dalam pukul 8 dan dapat tempat duduk beberapa minit sebelum majlis bermula. Saya memang sengaja pilih malam semalam sebab saya tahu keadaan tak sesak. Kalau malam pembukaan dan malam penutup, memang susah nak dapat tempat duduk.
Sebelum majlis bermula.
Peserta kedua malam tu adalah Pn Hanimzah (Malaysia). Saya memang ingat akak ni. Saya dan dia pernah sama-sama dalam pertandingan tilawah yang sama beberapa tahun dulu. Of course dia menang. Dia memang banyak ilmu dalam bidang taranum ni, siap pernah masuk Akademi Quran Astro. Saya ni beginner je :p
Bacaan dia sedap. Doakan ada rezeki untuk Malaysia
Selepas lima orang peserta, majlis berhenti rehat dan penonton disajikan dengan persembahan bacaan Quran bersanad dari Quraa' Malaysia yang dah well known termasuklah Ustaz Anuar Hasin. Tahun ini nampaknya Ustaz Anuar tak ada rezeki duduk di pentas sebagai peserta, tapi sebagai salah seorang yang membuat persembahan. Ustaz Anuar ni antara sifu saya juga, semasa di Trolak dan UM satu masa dulu. Tahun ini dia kecundang di peringkat kebangsaan. Tak apalah...Rehat~
Mantap-mantap vokal ustaz-ustaz ni. Naik meremang saya dibuatnya.
Ustaz Anuar
 Saya tak dapat tunggu sampai ke hujung majlis. Saya terpaksa balik sebaik majlis sesi kedua bermula. Maklumlah. Komitmen kerja esoknya buat saya ada sedikit kekangan masa. Dapat datang sini walaupun sekejap pun dah besar rahmat dah...
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 2014 akan berlangsung sehingga 21 Jun bermula setiap 8.45 malam. Bawalah keluarga untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari wakil pelbagai negara. Paling mengujakan, ada wakil qari dari Belgium dan US. 
Tahun ini merupakan tahun pertama ada pertandingan menghafaz Al-Quran sekali serentak. Ianya diadakan sebelah siang, bermula jam 8.45 pagi. Tapi yang ini susah sikitlah nak datang sebab bertembung dengan masa kerja kan.

Bak kata mak...
Kalau boleh baca buku, boleh menyanyi, boleh ketawa- Mengaji mestilah lagi boleh.
Kalau boleh pergi pasaraya, boleh pergi taman bunga, boleh pergi Floria Putrajaya- Takkan majlis agama macam ni tak boleh pergi. Alang-alang dah dekat tu pergilah. Siapa lagi nak sokong majlis macamni kalau bukan kita. Jangan bimbang. Ikhlas hati, dapat pahala :)

Salam sayang, 
Dhiya

1 comment

  1. menariknyaa..in shaa allah satu hari nak datang jugak dengaq live

    ReplyDelete